You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

BARAT DAYA
JALAN PERMATANG TEPI
11000 BALIK PULAU Tel : 04-8664500 / 04-8661500
PULAU PINANG Fax : 04-8666500
e-mail : pentadbiran@ppdbd.edu.my

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Rujukan kami : PPDBD (AKAD) 600-3/1 (29)


Tarikh : 9 April 2017

Kepada:
Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Barat Daya,
Pulau Pinang.

Tuan/Puan,

WACANA BAHASA MELAYU BERSAMA KETUA PANITIA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak PPD Barat Daya akan melaksanakan taklimat
tersebut bagi menyelaras tindakan susulan Panitia Bahasa Melayu terhadap Perakuan Menteri
Pendidikan bagi Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan 2016 oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK) pada butiran yang berikut:

Tarikh : 14 April 2017 (Jumaat)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bayan Lepas
d/a SK Sungai Ara

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk membenarkan
Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk menghadiri taklimat tersebut.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas,sila hubungi Pn Rosni Bt Ismail di talian


04-8664500 dari Unit Pengurusan Akademik.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian,terima kasih

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


`PENDIDIKAN PULAU PINANG DIPERSADA ANTARABANGSA

Saya yang menurut perintah,

(HAJI RUSLI BIN HASHIM)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya
Pulau Pinang.

You might also like