You are on page 1of 13

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGDU 5083
CREATIVITY IN MANAGEMENT FOR
EFFECTIVE SCHOOLS

INDIVIDUAL ASSIGNMENT
( ARTICLE REVIEW )

TAJUK ARTIKEL :
KERJASAMA PIHAK SEKOLAH DAN
PENGLIBATAN IBU BAPA INDIA DALAM
PENDIDIKAN ANAK DI SEKOLAH
KEBANGSAAN

PENSYARAH
DR NORAZLINDA SAAD

NAMA PELAJAR :
NOR AZIAH BINTI HASHIM ( 821199 )

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 RINGKASAN ARTIKEL 2

2.1 Tajuk Jurnal 2

2.2 Populasi dan Sampel Kajian 2

2.3 Instrumen Kajian 3

2.4 Kaedah Kajian 3

2.5 Dapatan Kajian 4

2.6 Ulasan Jurnal 6

3.0 KESIMPULAN 7

4.0 RUJUKAN 11

2
1.0 PENGENALAN

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak bukan merupakan suatu isu baru

yang menjadi bahan perdebatan dalam kajian-kajian pendidikan. Berdasarkan kajian

yang dijalankan, peranan sekolah merupakan suatu faktor penting dalam mendorong

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak. Terdapat sesetengah sekolah yang

memperlihatkan suatu bentuk kekosongan dalam hubungan antara pihak sekolah dan

ibu bapa yang memberi kesan ke atas pola pembelajaran dan perkembangan anak

(Epstein, 1995). Kebanyakan guru berpendapat bahawa kanak-kanak terutamanya

daripada kelas bawahan gagal mempelajari sesuatu kerana persekitaran rumah yang

kurang selesa ( Ogbu, 1974 ). Ibu bapa dikatakan tidak menghargai kebolehan dan

kemahiran seseorang guru selain tidak dapat membezakan antara kepentingan

hubungan dalam keluarga dan keperluan hubungan dengan pihak sekolah (Lightfoot,

1978). Perbezaan pemikiran dan persepsi antara ibu bapa dan guru ini mampu memberi

limitasi ke atas pola penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak (Smrekar & Cohen-

Vogel, 2001). Maka, hubungan dan interaksi antara ibu bapa dan pihak sekolah sewaktu

peringkat awal persekolahan anak amat penting memandangkan tahap-tahap awal

pembelajaran yang dilakukan oleh anak ini dapat menjadi asas kepada tingkah laku,

kualiti hubungan dan pelbagai jenis penglibatan ibu bapa pada tahun-tahun

kemudiannya (Lightfoot, 1978).

3
2.0 RINGKASAN ARTIKEL

2.1 Tajuk Jurnal

Jurnal yang telah dipilih bertajuk Kerjasama Pihak Sekolah Dan Penglibatan

Ibu Bapa India Dalam Pendidikan Anak Di Sekolah Kebangsaan. Ianya telah di

kaji oleh Suresh Kumar N Vellymalay daripada School Of Distance Education,

Universiti Sains Malaysia. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2016. Tujuan

kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kerjasama antara pihak sekolah

dan ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan

anak.

2.2 Populasi dan Sampel Kajian

Dalam metodologi kajian terdapat sampel kajian yang terdiri daripada 150 ibu

bapa murid. Untuk mendapatkan 150 ibu bapa ini, sebanyak 150 orang murid

dipilih secara rawak iaitu mengikut persampelan rawak berlapis daripada

jumlah 194 murid India di Sekolah Kebangsaan di daerah Kerian, Perak Darul

Ridzuan. Murid-murid yang berada di Tahun Tiga hingga Tahun Lima iaitu 50

orang murid dari setiap tahun dipilih dengan menggunakan Jadual Nombor

Rawak. Dalam kajian ini, murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua tidak dipilih

kerana ia terlalu awal untuk memantau penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

anak yang berada pada tahap awal persekolahan. Murid-murid Tahun Enam

pula tidak dipilih kerana peraturan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

4
Malaysia agar kajian tidak dilakukan ke atas murid-murid yang bakal

menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

2.3 Instrumen Kajian

Dalam instrumen kajian, kaedah soal selidik digunakan oleh pengkaji untuk

mendapatkan data kuantitatif daripada sampel yang dikaji. Soal selidik ini

diadaptasi oleh pengkaji berdasarkan Walker, Wilkins, Dallaire, Sandler dan

Hoover-Dempsey (2005). Pengkaji telah melakukan modifikasi terhadap

strukturnya dengan menambahkan soalan yang perlu dan menyingkirkan

soalan-soalan yang dirasakan kurang penting untuk kajian ini selain membuat

sedikit perubahan pada format responnya. Dalam kajian ini, perkara yang

menjadi ukuran penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak dalam soal

selidik yang dikemukakan kepada salah seorang sama ada ibu atau bapa murid-

murid Sekolah Kebangsaan merangkumi tiga komponen utama iaitu Latar

Belakang Ibu Bapa, Kerjasama Pihak Sekolah dan Penglibatan Ibu Bapa dalam

pendidikan anak.

2.4 Kaedah Kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai

instrumen kajian. Berdasarkan pemilihan sampel, surat pemakluman tentang

kajian dikeluarkan kepada kesemua 150 responden kajian. Surat ini

disampaikan kepada responden kajian melalui anak masing-masing. Sebanyak

150 responden yang terdiri daripada ibu bapa telah diminta untuk hadir ke

5
sekolah pada tarikh dan waktu yang ditetapkan untuk melibatkan diri dalam

kajian.

Semua maklumat yang diperoleh daripada responden melalui soal selidik

dianalisis dengan menggunakan Statistical Package of Social Sciences (SPSS).

Kesemua enam item dalam soal selidik bagi kategori 'kerjasama pihak sekolah'

adalah konsisten. Nilai Cronbach alfanya adalah 0.78. Selain itu, kesemua

empat belas item dalam kategori 'penglibatan ibu bapa' adalah juga konsisten

dengan nilai Cronbach alfanya sebanyak 0.93. Kedua-dua angka ini

menunjukkan bahawa ukuran bagi item-item yang dikaji ini mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang tinggi.

2.5 Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian, bahagian pertama telah menerangkan latar

belakang ibu bapa yang dikaji. Manakala bahagian kedua pula menerangkan

analisis deskriptif tentang kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah

terhadap ibu bapa yang dapat merangsang penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan anak. Seterusnya bahagian ketiga pula menerangkan analisis

deskriptif tentang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak. Dalam kajian

bahagian terakhir pula menjelaskan analisis korelasi antara kerjasama pihak

sekolah dan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Kajian ini

mendapati bahawa golongan ibu mewakili 80.7% responden dan didapati paling

banyak meluangkan masa bersama anak dalam membantu pendidikan anaknya

berbanding golongan bapa. Hasil kajian yang dijalankan juga menunjukkan

6
bahawa secara keseluruhan ibu bapa yang dikaji berasal daripada latar belakang

sosio ekonomi yang rendah. Analisis deskriptif yang diterangkan tentang

kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah telah merangsang penglibatan

ibu bapa dalam pendidikan anak. Berdasarkan Jadual 2, nilai min bagi setiap

pemboleh ubah dalam kategori Kerjasama Pihak Sekolah adalah lebih daripada

3.0. Nilai ini jelas menunjukkan bahawa kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak

sekolah kepada ibu bapa adalah memberangsangkan. Manakala analisis

deskriptif tentang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak pula

keseluruhannya nilai min dalam setiap pemboleh ubah dalam kategori

Penglibatan Ibu Bapa menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan anak juga memberangsangkan. Ini dapat ditunjukkan bahawa

daripada 14 pembolehubah, tujuh pemboleh ubah memperlihatkan nilai min

antara 4.03 dan 4.28. Seterusnya, analisis korelasi antara kerjasama yang pihak

sekolah dan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak ialah kerjasama yang

ditunjukkan oleh pihak sekolah melalui pemboleh ubah Menghargai

kedatangan, Perhatian berbincang pendidikan anak dan Pemakluman mesyuarat

dan aktiviti rata-rata menampakkan hubungan yang signifikan dan positif ke

atas penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak dalam kesemua 14 pemboleh

ubah di bawah Penglibatan Ibu Bapa yang dikaji dengan nilai korelasi (r) antara

0.32 dan 0.56 kecuali korelasi antara pemboleh ubah Perhatian berbincang

pendidikan anak dengan pemboleh ubah Pembelian bahan bacaan (r = 0.23, p <

0.01). Namun, hanya dua pemboleh ubah yang menunjukkan hubungan yang

sederhana iaitu penglibatan ibu bapa dalam memberi pengagihan masa yang

terancang kepada anaknya untuk belajar, menonton dan aktiviti masa lapangnya

7
(r = 0.39, p < 0.01) dan penglibatan ibu bapa dalam mengenal pasti masalah

yang dihadapi oleh anaknya di sekolah dalam akademik (r = 0.31, p < 0.01).

2.6 Ulasan Jurnal

Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian yang baik dan ia

mendatangkan manfaat kerana ia mengkaji secara menyeluruh kerjasama pihak

sekolah dan penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan anak di sekolah

kebangsaan. Disamping itu, kajian ini juga boleh memberi maklumat yang jelas

berkaitan tajuk yang dikaji dan telah menunjukkan hubungan yang positif dan

signifikan dalam kerjasama pihak sekolah-ibu bapa dalam meningkatkan

penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan anak mereka. Lebih tinggi ibu

bapa berasa bahawa kedatangan mereka ke sekolah dihargai oleh pihak sekolah,

lebih tinggi penglibatan mereka dalam pendidikan anak. Kajian ini juga selaras

dengan kajian Lareau (1987), Reay (2004), Baker dan Stevenson (1986), dan

Ho Sui-Chu dan Willms (1996) yang jelas membuktikan bahawa terdapatnya

hubungan yang signifikan dan positif antara kerjasama pihak sekolah dan

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak. Hasil kajian ini juga jelas

menyokong hujah Epstein (1995) yang menjelaskan bahawa kerjasama daripada

pihak sekolah amat penting bagi merangsang penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan anak. Kerjasama daripada pihak sekolah memberi ruang kepada

pelbagai program kerjasama yang diimplementasikan dalam usaha

meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa.

8
3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan jurnal ini menunjukkan bahawa ia bertepatan dengan tajuk

Kerjasama Pihak Sekolah Dan Penglibatan Ibu Bapa India Dalam Pendidikan Anak Di

Sekolah Kebangsaan. Dalam kajian ini juga terdapat banyak kajian literature yang telah

digunakan oleh penulis berkaitan dengan penglibatan ibu bapa India di sekolah

Kebangsaan. Memang jelas bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif

dalam kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan ibu bapa

India dalam pendidikan anak mereka.

Namun begitu, berkaitan sampel kajian yang digunakan, ia hanya menggunakan Jadual

Nombor Rawak sahaja berbanding dengan cara lain. Selain itu, sewajarnya sampel

kajian merangkumi keseluruhan ibu bapa sekolah tersebut dan disini penulis hanya

mengambil ibu bapa yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga lima sahaja.

Seharusnya untuk mendapatkan data yang lengkap sampel kajian hendaklah terdiri

daripada tahun satu hingga tahun enam murid-murid Sekolah Kebangsaan di daerah

Kerian, Perak Darul Ridzuan. Walaupun biasanya tahun enam tidak digalakkan untuk

mendapatkan borang soal selidik namun soal selidik ini hanya ibu bapa yang menjawab

soal selidik dan ianya tidak melibatkan murid.

Merujuk kepada instrumen kajian, penulis menyatakan dengan jelas instrumen kajian

yang dikaji dan ini adalah soal selidik yang baik kerana memberikan kefahaman yang

terperinici kepada responden.

9
Dalam konteks lain, kaedah kajian yang digunakan ialah menggunakan kajian

kuantitatif dan tidak menggunakan kaedah kualitatif. Kesemua enam item dalam soal

selidik bagi kategori `kerjasama pihak sekolah adalah konsisten. Namun begitu nilai

cronbach alfanya hanya 0.78. Sewajarnya untuk mendapatkan kebolehpercayaan yang

tinggi nilai cronbach alfanya perlu melebihi 0.80 keatas. Oleh itu, item dalam kategori

kerjasama pihak sekolah perlu dikaji dan dinilai semula agar ia mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.

Merujuk kepada dapatan kajian pula, artikel jurnal ini menunjukkan bahawa tiada

keseimbangan antara lelaki dan perempuan. Dimana responden lelaki hanya 19.3

peratus berbanding dengan perempuan sebanyak 80.7 peratus. Ini menunjukkan

bahawa berkemungkinan golongan bapa kurang mengambil berat terhadap anak-anak

mereka jika dibandingkan dengan kaum ibu. Keseluruhan pekerjaan ibu bapa mereka

hanyalah sebagai buruh sebanyak 41.3 peratus. Ini menunjukkan bahawa faktor kerja

ibu bapa yang menyebabkan ramai golongan ibu yang banyak mengambil berat tentang

pendidikan berbanding dengan golongan bapa. Kesibukan bekerja menyebabkan hanya

golongan ibu yang mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.

Dalam aspek lain, berkaitan dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah

nilai min bagi setiap pembolehubah dalam kategori ini adalah lebih 3.0. Oleh yang

demikian ia menunjukkan bahawa kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah

kepada ibu bapa adalah memberangsangkan. Artikel jurnal ini juga diuji dengan

menggunakan analisis korelasi antara kerjasama yang ditunjukkan pihak sekolah dan

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak. Walaupun ia menunjukkan hubungan

yang signifikan namun ada juga pembolehubah menunjukkan hubungan yang

10
sederhana iaitu penglibatan ibu bapa dalam memberi pengagihan masa terancang dan

penglibatan ibubapa dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anaknya di

sekolah dalam akademik. Ini mungkin disebabkan ibu bapa tidak membuat jadual yang

terancang untuk aktiviti-aktiviti anak dirumah dan mereka juga dianggap kurang

mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka terutama

dalam masalah peribadi atau masalah pembelajaran.

Selain itu, dalam artikel ini penulis tidak menjelaskan sekolah kebangsaan yang dikaji.

Ia terus tertumpu kepada daerah sahaja dan tidak menerangkan secara terperinci sekolah

kebangsaan tersebut dan berapa buah sekolah yang terlibat.

Artikel yang dikaji penulis hanya memfokuskan penglibatan ibu bapa India sahaja.

Oleh itu, pada kajian pada masa akan datang perlu dilakukan pengujian pengaruh

kerjasama pihak sekolah ke atas penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak dengan

mengambil kira status sosioekonomi ibu bapa. Seterusnya, kajian ini hanya meneroka

hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa kepada satu kumpulan etnik

sahaja. Justeru itu, kajian pada masa akan datang perlu memfokuskan perbandingan

antara ketiga-tiga etnik utama yang terdapat di Malaysia iaitu etnik Melayu, Cina dan

India. Kajian perbandingan sebegini mungkin memberi keputusan yang berbeza tentang

kesan sikap dan tingkah laku pihak sekolah ke atas ibu bapa daripada pelbagai etnik ini

dalam melibatkan diri dalam pendidikan anak. Kajian perbandingan melibatkan

Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil juga kemungkinan memberi hasil yang lebih bermakna dalam menilai hubungan

kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, kajian ini ingin menarik

11
perhatian kepada keperluan lebih banyak kajian dalam ruang lingkup kerjasama antara

pihak sekolah dan ibu bapa.

Kesimpulannya, secara keseluruhan keputusan kajian menunjukkan bahawa Kerjasama

Pihak Sekolah Dan Penglibatan Ibu Bapa India boleh menyumbang kepada pencapaian

pendidikan anak-anak di sekolah. Kemungkinan, dapatan kajian mungkin lebih

menarik jika dapat menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data secara

kualitatif terhadap kerjasama pihak sekolah dan penglibatan Ibu bapa India

12
4.0 RUJUKAN

Suresh Kumar N Vellymalay (2016). Kerjasama Pihak Sekolah Dan Penglibatan Ibu

Bapa India Dalam Pendidikan Anak di Sekolah Kebangsaan. Asia Pacific Journal

of Educators and Education, Vol.31,131-151. School of Distance, Universiti

Sains Malaysia.

13

You might also like