You are on page 1of 9

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/302946385

Tahap Motivasi Terhadap Pelajar Kolej


Vokasional dalam Melaksanakan Kerja-Kerja
Kemahiran Teknikal

Conference Paper December 2015

CITATIONS READS

0 213

4 authors, including:

Nur Hafiz Hafiz


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1 PUBLICATION 0 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Nur Hafiz Hafiz on 12 May 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are added to the original document
and are linked to publications on ResearchGate, letting you access and read them immediately.
Tahap Motivasi Terhadap Pelajar Kolej Vokasional dalam
Melaksanakan Kerja-Kerja Kemahiran Teknikal
Muhamad Azmi Makhtar1,Mohd Nur Hafiz Fauzi2,Azman Hasan3 ,Hasyamuddin Othman4
Fakulti PendidikanTeknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Email : muhamadazmimakhtar@gmail.com, pnurhafiz@gmail.com, azmanh@uthm.edu.my,syamwau72@gmail.com,

Abstrak

Motivasi merupakan elemen psikologi yang amat penting sebagai penggerak kepada seseorang individu untuk melakukan
sesuatu.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap dan mengenalpasti perbezaaan yang signifikan bagi
motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas pelajar Kolej Vokasional Kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.
Selain itu, kajian ini juga secara langsung dapat menyingkap sejauh mana sambutan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) untuk mengikuti pengajian di kolej vokasional dan keberkesanan transformasi pendidikan melalui pengstrukturan semula
sistem pendidikan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Seramai 148 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) tahap 1 semester 2 Kolej Vokasional Kluang yang mengambil jurusan teknikal merangkumi 7 kursus pengajian dipilih
sebagai respondan. Instrumen kajian menggunakan set borang soal selidik. Rekabentuk kajian adalah jenis kajian kes melalui
pendekatan secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis statistik secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian
Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 21. Keputusan analisis dapatan menunjukkan motivasi intrinsik pada tahap
yang tinggi di mana nilai min bersamaan 4.28 yang merangkumi faktor-faktor seperti keperluan, minat, ingin tahu, dan
keseronokan manakala motivasi ekstrinsik pada tahap yang sederhana iaitu nilai min 2.90 yang mana merangkumi faktor-faktor
seperti ganjaran, tekanan sosial dan hukuman. Selain itu, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi
motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina (intrinsik, =0.97,
ekstrinsik, =0.23) dan kursus pengajian(intrinsik, =0.98, ekstrinsik, =0.50) yang mana ( > 0.05). Sebagai kesimpulannya,
motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding motivasi ekstrinsik kerana pelajar lebih didorong oleh faktor dalaman
berbanding faktor luaran sebagai penggerak untuk melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.

Kata kunci: Motivasi, Kemahiran Teknikal, Kolej Vokasional, Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1. Pengenalan

Bidang kemahiran merupakan bidang yang terlalu penting terutamanya bagi negara-negara membangun untuk mempersiapkan
diri menuju abad ke-21. Malaysia merupakan antara negara membangun di benua asia tenggara yang mana bergiat secara aktif
dalam melahirkan tenaga mahir untuk menampung keperluan tenaga kerja negara. Jika sesebuah negara gagal menghasilkan
belia yang berkemahiran tinggi menjelang era 2020 maka negara tersebut dianggap ketinggalan dari semua aspek sama ada
ekonomi mahupun pembangunan teknologi.
Oleh itu, kerajaan mengambil pendekatan yang sesuai untuk merealisasikan wawasan 2020 dengan penerapan sukatan
pelajaran yang berkaitan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) terhadap generasi muda dibangku sekolah dan juga di
institusi pengajian tinggi (IPT). Dengan usaha seumpama ini, belia-belia berkesempatan mempelajari ilmu pengetahuan secara
praktikal selain ilmu akademik semata-mata sepanjang pengajian di peringkat sekolah menengah mahu pun di peringkat IPT.
Selain itu, kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam PTV perlu dilihat secara keseluruhan untuk meningkatkan tahap
kemahiran tenaga kerja secara ketara memandangkan PTV bertujuan untuk menambah bekalan modal insan berkemahiran di
Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam
bidang teknikal dan vokasional (RMK-10, 2010).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah menawarkan
dua bidang pengajian kepada pelajar peringkat lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengikuti program yang
bersesuaian dengan pencapaian akademik masing-masing di sekolah-sekolah menengah teknik (SMT) atau Kolej Vokasional
(KV) yang terpilih. Bidang yang ditawarkan adalah Pendidikan Teknikal, Pendidikan Vokasional dan Latihan Kemahiran yang
bermula pada tahun 2013. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) pula, akan ditawarkan di peringkat menengah rendah bagi
sekolah-sekolah menengah harian, khusus kepada pelajar yang cenderung terhadap bidang vokasional (BPTV, 2012).
Bidang pendidikan teknikal yang ditawarkan adalah dikhususkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam
Peperiksaan PMR. Sungguh pun bermula pada tahun 2014, Peperiksaan PMR sudah tidak digunakan sebagai piawaian untuk
menentukan tahap kecemerlangan pelajar, tetapi ia masih diguna pakai sehingga tahun 2013. Oleh hal yang demikian, tahap
kecemerlangan berasaskan peperiksaan PMR masih wajar dijadikan panduan dalam kajian ini. Oleh itu, KPM telah menetapkan
satu garis panduan gred bagi mengukur tahap kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut. Menurut KPM (2013), pelajar cemerlang
akademik merupakan pelajar yang mendapat Gred A dengan memperoleh 80-100 markah bagi setiap mata pelajaran yang
diambil.
Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke sekolah menengah teknik (SMT) dalam aliran teknikal adalah bertujuan untuk
membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan).
Kursus-kursus yang ditawarkan dalam aliran teknikal adalah bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan
awam, perdagangan dan sains pertanian. Pelajar yang terpilih mengikuti aliran teknikal akan meneruskan pembelajaran di SMT
yang terpilih. Setelah menamatkan pembelajaran di SMT, pelajar akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi seperti diploma dan ijazah di mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta (universiti, politeknik, kolej
komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau tingkatan enam. Justifikasinya, SMT merupakan saluran
terbaik untuk pelajar cemerlang akademik membina kerjaya masa hadapan dalam bidang PTV.
Menurut KPM (2012), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pernah menyuarakan kebimbangan
bahawa, Malaysia tidak akan menjadi negara kompetitif dan terus ketinggalan sekiranya bidang PTV tidak mengalami perubahan
besar dengan segera. Perubahan yang dimaksudkan adalah termasuk dalam meningkatkan bilangan graduan dalam bidang
teknikal. Menurut Yahaya et. al (2011), walaupun mereka yang berjaya mendapat tempat di SMT adalah merupakan pelajar-
pelajar yang terpilih berasaskan kelayakan, prestasi yang ditunjukkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidaklah
menepati sesuatu yang membanggakan.
Pada hakikatnya, pakej-pakej bagi mata pelajaran yang ditawarkan dalam aliran teknikal dapat menyediakan kemahiran yang
bersesuaian dengan kelayakan akademik pelajar. Kemahiran dan pakej lengkap yang dimiliki oleh pelajar cemerlang akademik
bergelar graduan akan menjadi faktor terhadap pemilihan tenaga kerja. Hal ini demikian kerana, pada masa ini pasaran kerja
graduan bukan lagi hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi kualiti kendiri seseorang individu itu
sendiri boleh mempengaruhi kebolehpasaran mereka (Mat Yazid, 2010). Kajian Othman et.al (2011) mendapati bahawa, prestasi
yang diharapkan oleh majikan berbanding prestasi kerja sebenar graduan mempunyai jurang yang begitu ketara. Hal ini boleh
menyebabkan peningkatan longgokan penganggur dalam kalangan graduan siswazah dari masa ke semasa. Pada tahun 2009,
27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan
pengajian, manakala yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 33% daripada mereka memperoleh pendapatan kurang daripada
RM1,500 sebulan (KPM, 2012d). Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, universiti-universiti dan politeknik di
seluruh negara telah mengeluarkan 184,581 graduan pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, seramai 44,391 atau 24% daripada
jumlah tersebut tidak mempunyai pekerjaan. Berdasarkan statistik kementerian, graduan daripada kursus Sastera dan Sains
Sosial merupakan kelompok penganggur terbesar iaitu 44.5% atau 19,784 daripada jumlah keseluruhan graduan yang
menganggur. Kelompok kedua pula ialah graduan kursus teknikal iaitu seramai 12,321 atau 27.7% manakala graduan kursus
sains berada di tempat ketiga iaitu seramai 7,321 orang atau 16.49% daripada jumlah keseluruhannya. Statistik juga
menunjukkan seramai 21,248 pemegang ijazah masih belum mempunyai pekerjaan manakala bagi pemegang diploma, hanya
tiga peratus daripada jumlah graduan yang menganggur keseluruhannya. Menurut maklum balas sektor industri, masih ramai
graduan yang menganggur disebabkan kursus yang mereka ambil di universiti tidak sesuai dengan keperluan dan permintaan
pasaran (KPTM, 2012).
Statistik yang diperolehi menunjukkan bahawa, pelajar lepasan siswazah lebih ramai yang menganggur berbanding pelajar
lepasan diploma. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga Mac 2013, kadar pengangguran
meningkat kepada paras 3.3%.berbanding hanya 2.9% pada Mac 2012. Kadar pengangguran tersebut meliputi kumpulan graduan
siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. Statistik yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan
Malaysia juga menunjukkan bahawa, ramai pelajar yang hanya cemerlang di peringkat sekolah dan universiti, tetapi masih tidak
berjaya menembusi pasaran kerja (JPM, 2013). Ia merupakan pembaziran modal insan berkualiti yang seharusnya berpotensi
kepada pembangunan sesebuah negara. Ekoran masalah tersebut, kerajaan telah merangka transformasi pendidikan vokasional
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dengan memperkenalkan
pendidikan asas vokasional (PAV) di peringkat menengah rendah dan pengstrukturan semula sistem pendidikan Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) di peringkat menengah atas.
Namun, usaha-usaha yang diaturkan oleh pihak kerajaan dengan menyediakan kelengkapan untuk tujuan pendidikan teknikal
dan vokasional kurang mendapat sambutan oleh pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk melanjutkan
pengajian ke Kolej Vokasional dan secara tidak langsung dilihat pada tahap yang rendah. Kenyataan ini disokong berdasarkan
analisa statistik yang telah dibuat oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang menunjukkan jumlah peratusan
permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional bagi tahun 2013 sebanyak 25.3% sahaja iaitu 117,000 permohonan yang diterima
daripada 462,940 orang calon yang menduduki PMR pada tahun 2013 seluruh negara (KPM, 2013). Di samping itu, mereka juga
kurang berminat untuk menjalankan kerja-kerja kemahiran teknikal serta hasil kerja yang kurang berkualiti. Kenyataan ini
disokong berdasarkan keputusan tinjauan awal melalui proses temubual terhadap pengajar Kolej Vokasional Kluang seperti
berikut:

Ada sebahagian masuk sebab desakan ibu bapa, jadi dia masuk tapi tidak berminat. Kena pula kerja peluh-peluh panjat
tangga dan sebagainya, sebab yang masuk pun ibubapa dia yang uruskan, temuduga pun ala kadar saja. Bila ditanya, mak ayah
diorang yang suruh masuk. Kebanyakan yang masuk sebab target diploma.

Ada juga yang buat kerja lewat dan lambat. Ada jugak yang buat kerja sambil lewa, sebab tu bukan minat yang datang dari
dalam diri, jadi kualiti kerja kurang.

Ada yang ikut kawan, bila kita temuduga kita tanya macam mana awak dapat maklumat awal tentang kolej vokasional? dia
jawab, ni ikut kawan, tapi kebanyakannya datang dengan ibubapa la. (P1)

Ekoran daripada perkara tersebut, kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti permasalahan sebenar yang berlaku
seterusnya mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik di mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti faktor sikap, kemahiran, minat,
kecergasan dan keseronokkan. Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor popular, mobiliti
sosial, kepujian, dorongan dan faktor ganjaran (Mohad Anizu, 2009).

2. Metodologi

Menurut Sekaran (2006), rekabentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Untuk melaksanakan kajian ini, penyelidik menggunakan rekabentuk kajian jenis
kajian kes melalui pendekatan secara kuantitatif yang disokong data kualitatif. Kajian ini melibatkan analisis statistik secara
deskriptif dan inferensi. Rekabentuk kajian ini dipilih bertujuan mengukur dan mengenalpasti tahap motivasi terhadap pelajar
kolej vokasional kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Pembolehubah bebas adalah motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik. Elemen-elemen yang diwakili oleh motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti keperluan, minat,
ingin tahu, dan keseronokan. Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor ganjaran, tekanan sosial
dan hukuman (Woolfolk, 2008). Pembolehubah bersandar pula adalah penglibatan pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja
kemahiran teknikal.
Kajian kes dipilih bagi kajian ini untuk menjawab dan menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan
suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa
dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif, bukannya suatu tektik
pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian
tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian
mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988).
Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan bagaimana atau
mengapa tentang sesuatu fenomena.

2.1 Populasi dan persampelan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), populasi ditakrifkan sebagai jumlah semua orang yang mendiami sesuatu
tempat (negara, negeri, daerah dsb), penduduk; dua kumpulan individu sesuatu spesies (haiwan dan tumbuhan) yg terdapat di
sesuatu kawasan geografi atau habitat tertentu. Menurut Mohd Najib (2003), populasi ialah sekumpulan masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Persampelan merupakan strategi penyelidikan bila mana penyelidik boleh mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Maklumat yang
didapati daripada sampel boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi yang dikaji. Dalam kajian ini
populasi dan persampelan kajian adalah pelajar Kolej Vokasional Kluang yang mengikuti kursus teknikal yang merangkumi
jurusan teknologi elektrik, teknologi elektronik, teknologi kimpalan, teknologi automotif, teknologi pembinaan, pemesinan
industri dan teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara . Peringkat pengajian sasaran adalah pelajar tahun 1 semester 2 iaitu
peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1. Respondan yang terlibat adalah seramai 148 orang pelajar sebagai sampel
kajian daripada populasi seramai 161.

2.2 Instrumen

Soal selidik adalah kaedah kajian yang paling popular, mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data yang senang diproses
untuk dianalisis (Mohd. Najib, 2003). Dalam kajian yang akan dijalankan, penyelidik akan menggunakan instumen kajian berupa
set borang soal selidik untuk mengukur tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap pelajar kolej vokasional kluang dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Set borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C. Bahagian A merupakan demografi pelajar. Bahagian B merupakan soal selidik berkaitan dengan motivasi
intrinsik, manakala bahagian C merupakan soal selidik berkaitan dengan motivasi ekstrinsik (Mohad Anuzi, 2009). Set borang
soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan demografi responden.


2. Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan motivasi Intrinsik.
3. Bahagian C mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan motivasi Ekstrinsik

Jadual 2.1 : Bilangan item bagi bahagian-bahagian dalam soal selidik


Bahagian Item Bilangan item
A) Demografi Jantina 1
Kursus Pengajian 1
B) Motivasi Intrinsik Keperluan 5
Minat 5
Ingin tahu 5
Keseronokan 5
C) Motivasi Ekstrinsik Ganjaran 5
Tekanan sosial 5
Hukuman 5
Jumlah 37

Bagi bahagian A iaitu demografi, responden perlu menandakan ( ) pada setiap maklum balas yang dipilih. Untuk Bahagian B
dan C, responden akan memberi jawapan berdasarkan Skala Likert yang telah diubahsuai agar bersesuaian dengan maklumat
yang diperoleh.

Jadual 2.2: Analisis keputusan Alpha Cronbach bagi sampel kajian rintis
Faktor Alpha Cronbach Bilangan Item
Intrinsik 0.763 20
Ekstrinsik 0.785 15
Jumlah 35

2.3 Analisis Data

Analisa data adalah satu perkara penting yang menyumbang kepada keberhasilan sesuatu kajian itu. Data dan maklumat yang
diperolehi akan melalui analisis statistik secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian komputer SPSS 21.0 for
windows (Statistical Packages For Social Sciences). Prosedur statistik secara deskriptif diperlukan bagi membentuk profil
jumlah sampel di mana taburan kekerapan dipamerkan oleh setiap nilai skor. Dalam kajian ini, analisis dilakukan dalam bentuk
skor min, frekuensi dan peratusan. Kategori data dibahagikan kepada tiga tahap iaitu: sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi
dan sangat tinggi.

Jadual 2.3 : Interpretasi Skor Min


JULAT SKOR MIN INTERPRETASI
1.00 1.50 Sangat Rendah
1.51 2.49 Rendah
2.50 3.49 Sederhana
3.50 4.49 Tinggi
4.50 5.00 Sangat Tinggi

Sumber : Mohd Najib (2003)


Jadual 2.4 : Ringkasan ujian terhadap aspek yang dikaji
Persoalan kajian Ujian
i. Apakah tahap motivasi intrinsik pelajar kolej Analisis Statistik Deskriptif
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran (min, sisihan piawai dan peratusan)
teknikal?
ii. Apakah tahap motivasi ekstrinsik pelajar dalam Analisis Statistik Deskriptif
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal? (min, sisihan piawai dan peratusan)
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
bagi motivasi intrinsik pelajar dalam Analisis Statistik Inferensi
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal (Perbezaan)
mengikut jantina?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
bagi motivasi ekstrinsik pelajar dalam Analisis Statistik Inferensi
melaksanakan kerja-kerja kemahiran mengikut (Perbezaan)
jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
bagi motivasi intrinsik pelajar dalam Analisis Statistik Inferensi
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal (Perbezaan)
mengikut kursus pengajian?
vi. Adakah terdapat perbezaan bagi motivasi
ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja- Analisis Statistik Inferensi
kerja kemahiran teknikal mengikut kursus (Perbezaan)
pengajian?

Analisis statistik yang digunakan adalah secara deskriptif bagi menjawab persoalan kajian 1 dan persolan kajian 2 untuk
melihat skor min dan sisihan piawai. Manakala bagi menjawab persoalan kajian 3, 4, 5 dan 6 dianalisis secara inferensi untuk
melihat sama ada terdapat perbezaan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik mengikut jantina dan kursus pengajian atau
sebaliknya.

3. Keputusan

Penganalisisan yang dilakukan di dalam Bahagian A pada borang soal selidik kajian ini akan memberi gambaran secara
menyeluruh berkaitan dengan latar belakang responden yang terlibat dengan kajian penyelidik. Melalui data yang diperoleh,
terdapat 2 item utama yang terdapat di dalam Bahagian A di mana item-item tersebut disenaraikan seperti berikut:

(i) Jantina
(ii) Kursus Pengajian

Jadual 3.1 : Analisis demografi mengikut jantina


Jantina
Kekerapan Peratusan(%) Peratusan Sah(%) Peratusan Terkumpul(%)
Lelaki 105 70.9 70.9 70.9
Sah Perempuan 43 29.1 29.1 100.0
Jumlah 148 100.0 100.0

Jadual 3.2 : Analisis demografi mengikut kursus pengajian


Kursus Pengajian
Kursus Pengajian Kekerapan Peratusan(%) Peratusan Sah(%) Peratusan Terkumpul(%)
Teknologi Elektrik 26 17.6 17.6 17.6
Sah Teknologi Elektronik 24 16.2 16.2 33.8
Teknologi Kimpalan 14 9.5 9.5 43.2
Teknologi Automotif 20 13.5 13.5 56.8
Teknologi Pembinaan 27 18.2 18.2 75.0
Pemesinan Industri 18 12.2 12.2 87.2
Teknologi
penyejukbekuan dan 19 12.8 12.8 100.0
penyaman udara
Jumlah 148 100.0 100.0

Jadual 3.3: Taburan item motivasi intrinsik mengikut elemen yang telah ditetapkan
Statistik Deskriptif
Bil Elemen Intrinsik Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
1 Keperluan B7 B10 B11 B15 B19 4.41 0.34 Tinggi
2 Minat B1 B2 B5 B9 B17 4.24 0.45 Tinggi
3 Ingin tahu B4 B6 B13 B14 B18 4.27 0.42 Tinggi
4 Keseronokan B3 B8 B12 B16 B20 4.20 0.38 Tinggi
Jumlah Skor Min Intrinsik 20 4.28 0.31 Tinggi

Jadual 3.4 : Taburan item motivasi ekstrinsik mengikut elemen yang telah ditetapkan
Statistik Deskriptif
Bil Elemen Ekstrinsik Item Min Sisihan Piawai Interpretasi
1 Ganjaran C7 C10 C11 C13 C14 2.56 0.46 Sederhana
2 Tekanan Sosial C2 C6 C8 C9 C12 2.74 0.56 Sederhana
3 Hukuman C1 C3 C4 C5 C15 3.39 0.32 Sederhana
Jumlah Skor Min Ekstrinsik 15 2.90 0.38 Sederhana

Jadual 3.5 : Ujian Man-Whitney untuk melihat perbezaan mengikut jantina


Ujian Statistika
Intrinsik Ekstrinsik
Mann-Whitney U 2249.500 1972.500
Wilcoxon W 7814.500 7537.500
Z -0.034 -1.207
Asymp. Sig. (2-tailed) 0.973 0.227
a. Pembolehubah Kumpulan: Jantina

Jadual 3.6 : Ujian Kruskal Wallis untuk melihat perbezaan mengikut kursus pengajian
Ujian Statistika,b
Intrinsik Ekstrinsik
Chi-Square 1.016 5.355
Df 6 6
Asymp. Sig. 0.985 0.499
a. Kruskal Wallis Test
b. Grouping Variable: Kursus

4. Dapatan dan Perbincangan

Daripada keputusan analisis deskriptif untuk melihat skor min dan sisihan piawai bagi setiap kategori motivasi, skor min bagi
motivasi intrinsik menunjukkan pada tahap yang tinggi. Oleh itu, secara keseluruhan pelajar yang mengikut pengajian kolej
vokasional adalah berlandaskan keinginan sendiri di mana mereka sememangnya berminat dengan bidang teknikal dan
mempunyai kesedaran kendiri terhadap kepentingan menceburkan diri dalam bidang teknikal. Mereka juga mempunyai sikap
ingin tahu yang tinggi dalam diri. Secara teorinya, seseorang yang mempunyai minat atau keinginan secara dalaman terhadap
sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang lebih berkualiti. Kenyataan ini disokong oleh Barron (2001), beliau
berpendapat bahawa sebarang tujuan adalah bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu yang mempunyai motivasi
dalaman yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan jangka panjang berbanding individu yang kurang bermotivasi.
Merujuk kepada motivasi ekstrinsik pula menunjukkan secara keseluruhannya pada tahap yang sederhana. Hal ini dapat
disimpulkan bahawa motivasi ekstrinsik kurang memberi kesan kepada pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran
teknikal. Walau bagaimanapun, motivasi ekstrinsik tetap menyumbang kepada kecenderungan pelajar dalam melaksanakan
kerja-kerja kemahiran teknikal di kolej vokasional kluang. Pengaruh luaran ini sebenarnya tidak semua membawa padah kepada
individu kerana ada juga faktor luaran yang boleh membantu seseorang ke arah sesuatu yang positif seperti faktor dorongan ibu,
rakan-rakan dan seumpamanya. Kenyataan ini disokong oleh Yu dan Patterson (2010) di dalam jurnal mereka mengenai
Examining Adolescent Academic Achievement: A Cross Cultural Review untuk mengenal pasti kesan keluarga, rakan sebaya
dan guru kepada motivasi remaja dalam pencapaian akademik.
Selain itu, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina dan kursus pengajian.Walaupun berbeza jantina, pelajar kolej
vokasional kluang mempunyai tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang sama. Faktor jantina tidak mempengaruhi minat,
keinginan, kemahuan dan hasrat seseorang untuk memilih dan menceburi sesuatu bidang untuk penyempurnaan kendiri.
Kenyataan ini disokong oleh Blythe (2008), yang menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi
dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan
dengan dunia luar. Selain itu, walaupun kursus pengajian yang diambil oleh pelajar kolej vokasional berbeza, namun kursus
pengajian yang terlibat boleh dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu termasuk dalam kursus teknikal yang ditawarkan di
kolej vokasional kluang. Dalam kajian ini respondan hanya difokuskan kepada pelajar teknikal sahaja dan tidak melibatkan
pelajar dari kursus pengurusan, perniagaan dan bukan daripada kursus teknikal. Hal ini kerana kajian yang dijalankan bertujuan
untuk mengukur tahap dan mengenalpasti perbezaan motivasi terhadap pelajar kolej vokasional kluang dalam melaksanakan
kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina serta mengikut kursus pengajian. Maka tidak menjadi isu, sekiranya keputusan
analisis data menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus pengajian. Sebagai kesimpulannya, motivasi intrinsik lebih
berpengaruh berbanding motivasi ekstrinsik kerana pelajar lebih didorong oleh faktor dalaman berbanding faktor luaran sebagai
penggerak untuk melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.

5. Kesimpulan

Merujuk kepada keputusan kajian dapat dirumuskan bahawa motivasi intrinsik pelajar kolej vokasional kluang pada tahap yang
tinggi. Hal ini bermakna secara keseluruhan pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 semseter 2 sememangnya
mengikuti pengajian di kolej vokasional kluang berdasarkan minat dan keinginan sendiri. Hal ini disokong berdasarkan
keputusan daripada hasil analisis statistik secara deskriptif dan inferensi terhadap set borang soal selidik yang telah diedarkan
kepada mereka. Pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional kluang sememangnya mempunyai kesedaran kendiri
tentang kepentingan ilmu kemhiran teknikal untuk dipelajari dan dikuasai bagi persediaan sebelum alam pekerjaan nanti. Selain
itu, mereka juga sememangnya berminat melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal dan mempunyai sifat ingin tahu yang
tinggi dalam diri untuk mengenali alatan, mengetahui bagaimana mesin dikendalikan serta cara yang betul untuk menyelenggara
mesin. Disamping itu, mereka juga berasa seronok dan teruja setiap kali melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal
berbanding pembelajaran secara teori yang lebih membosankan serta mengundang kepada perasaan mengantuk.
Selain itu juga, kajian ini secara langsung menyingkap transformasi pendidikan yang dilaksanakan olek pihak kerajaan
adalah tepat dan amat bersesuaian. Hal ini merujuk kepada kerelaan seorang pelajar untuk mengikuti pengajian ke kolej
vokasional tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran. Menurut Muhyiddin (2012), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Justeru, tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia menambah baik program pendidikan vokasional menengah atas sedia ada
dengan pengstrukturan semula Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) merupakan tindakan yang
tepat.

Rujukan

Adelman, C., Jenkins, D. & Kemmis, S (1976). Re-thinking case study: notes from the second Cambridge conference.
Cambridge Journal of Education, 6, 139-50.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV, 2012). Pengenalan Transformasi PTV. Dicapai pada Mei 20, 2014,
dari http://www.bptv.edu.my/v3/index. php/transformasi-pendidikan-vokasional.
Barron (2001). Achievement Goal and Optimal Motivation : Testing Multiple Goal Models. NewYork
Blythe, J. (2008). Consumer Behaviour, Thomson Learning, London, p. 42.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2013, Mei). Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Mac 2013. Dicapai pada Mei 25, 2014,dari
http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2013/Labour_Force_Indicator_Malaysia
Mac_2013BM.pdf
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012, strategi perlaksanaan, p.20.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012b). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dicapai pada
April 12, 2014, dari ms. 156-157 di http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012d). Rancangan Malaysia ke Sepuluh: Membangun dan Membekalkan Modal Insan
bertaraf Dunia. Dicapai pada Mei 20, 2013, dari ms. 220, di http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6
_10.pdf
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Punca Graduan Sukar Dapat Kerja. Dicapai pada Mei 20, 2014, dari
http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca-graduan-sukar-dapat-kerja.html
Mat Yazid, R., (2010). Penerapan Kemahiran ePersonal Qualitiesf Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Kejuruteraan Melalui
Aktiviti Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Merriam, Sharan B. (1988). Case Study Research in Education. San Fransico: Jossey-
Bass Inc. Publ.
Muhyiddin (2012), Kementerian Pelajaran Malaysia, laporan awal-ringksan eksekutif, pelan pembangunan pendidikan 2013-
2025
Mohad Anuzi (2009), Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti
Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Gahafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Othman, M. Z., Hamzah, R., Norihan, I. S., Aripin, M. A. (2011). Dua Teras, Satu Destinasi: Pelan Reformasi Strategik PTV Ke
Arah Pembangunan Sejagat. Jurnal Teknologi, 56, 101-11. Patton, M. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods.
Beverly Hills, CA: Sage.
RMK-10 (2010). Bab 5: Membangun dan Membekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Sekaran, U (2006). Metode Penelitian Bisnis, Jakarta: Salemba Empat.
Woolfolk (2008). Educational Psikology, Tenth Edition, Module 27, Motivation: A definition and four general approaches ,
Intrinsic and Extrinsic Motivation, 405-410, 2008.
Yahaya, A. & Ismail, N. (2011). Faktor-Faktor Pemilihan Kursus dan Masalah-Masalah Pembelajaran Dalam Mempengaruhi
Pancapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat Aliran Teknikal Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri
Sembilan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 2, 93-106.
Yin, R.K. (1994) Case study research: design and methods. 2nd edition.Thousand Oaks, CA: Sage.
Yu, F. & Patterson, D. 2010. Examining Adolescent Academic Achievement: A Cross-Cultural Review. The Family Journal:
Counselling and Therapy for Couples and Families. 18(3): 324.V3

View publication stats

You might also like