You are on page 1of 4

3. Nyatakan EMPAT jenis persampelan bukan kebarangkalian.

a) Persampelan Mudah Sampel dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang


mudah diperolehi untuk kajian tertentu. Contoh, biasanya guru menggunakan pelajar
sendiri sebagai subjek kajian.
b) Persampelan Bertujuan Sampel dipilih selepas pengkaji melakukan kajian
lapangan terhadap kumpulan tertentu untuk memastikan sesuatu ciri dapat
digunakan dalam kajian yang dijalankan. Contoh, pengkaji menggunakan
pemonteng sekolah dalam kajian berkaitan ponteng sekolah.
c) Persampelan snowball
Kumpulan sampel dipilih setelah dikenalpasti memiliki ciri-ciri tertentu, kemudiannya
akan memberi nama pelajar-pelajar lain yang mempunyai ciri yang sama. Contoh,
dalam kajian berkaitan penggunaan dadah, pengkaji mengenalpasti pelajar-pelajar
yang mempunyai ciri-ciri penggunaan dadah, kemudiaan meminta mereka
menamakan pelajar-pelajar lain yang menggunakan
d) Persampelan Kuota Sampel dipilih mengikut pembahagian ciri-ciri tertentu seperti
dadah. jantina, umur, pendidikan, dan atribut lain. .
Dalam langkah pertama, pengkaji mewujudkan kategori pelajar, misa lnya 15 tahun ke
atas dan 15 tahun ke bawah. Diikuti langkah kedua, membahagikan dan menentukan
jumlah pelajar mengikut kategori (umur, jantina, dan sebagainya). Disusuli langka
Contoh, dalam kajian berkaitan isu keganasan antara pelajar sekolah dalam satu
daerah, pengkaji perlu menetapkan jadual yang melinatkan beberapa lan h-langkah
seterusnya.

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.


1. Andaikan anda ing n menjalankan i kajian bertopik Hubungan antara motivasi
dan minat dengan pencapaian dalam ujian Bahasa Inggeris.
a) Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini.
Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama ada
proses pencapaian dipengaruhi oleh motivasi guru dan minat murid-murid semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil daripada kajian ini diharap
dapat membantu guru- guru Bahasa Inggeris untuk melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat
membantu guru-guru untuk meningkatkan dorongan dan minat murid dalam mata
pelajaran ini.

b) Senaraikan DUA soalan kajian yang berkaitan dengan variabel-variabel yang


diberikan dalam kajian ini.
i. Adakah wujud hubungan antara motivasi belajar dengan pencapaian Bahasa
Inggeris?
ii. Adakah wujud hubungan antara minat dengan pencapaian Bahasa Inggeris?
iii. Adakah wujud hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian
Bahasa Inggeris?

c) Nyatakan sedikit latar belakang kepada masalah kajian.


Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang diwajibkan di semua peringkat
persekolahan. Namun pencapaian dalam mata pelajaran ini amat membimbangkan.
Kajian ini diharapkan dapat mencari sebab-sebab utama mengapa ramai murid
lemah dalam mata pelajaran ini. Dapatan-dapatan ini mungkin boleh dijadikan
panduan kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

d) Cadangkan jenis-jenis maklumat yang diperlukan dalam tinjauan literatur untuk


kajian ini.
Untuk topik kajian ini, kita perlu membaca dan memahami konsep-konsep motivasi
dan minat. Selain itu, kita perlu membaca dan memahami bagaimana motivasi
(dorongan) dan minat, kaedah pengajaran guru, bahan bantu mengajar,
penggunaan bahasa Inggeris oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran,
mempunyai perkaitan dengan pencapaian murid.
2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk kajian?
Reka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melibatkan
pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai
serta kaedah dan teknik pengutipan data.
b) Nyatakan DUA jenis reka bentuk kajian untuk setiap kajian berikut:
i. Kajian Kuantitatif
a. Reka bentuk Eksperimen
Reka bentuk ini biasanya dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Pengkaji
akan membandingkan kumpulan-kumpulan dari segi satu atau lebih hasil eksperimen.
Ia juga disebut kajian ubahan kerana variabel kajian diubah atau dimanipulasikan.
Kajian bentuk eksperimen ini boleh dijalankan oleh guru sesuatu mata pelajaran untuk
membuat perbandingan pencapaian murid-murid yang diajar kaedah baru dengan
murid-murid yang diajar kaedah biasa di dalam bilik darjah. Contohnya,
membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa bagi
konsep tertentu dalam Matematik.
b. Reka bentuk Korelasi
Reka bentuk ini boleh digunakan dalam dua bentuk, iaitu untuk menjelaskan perkaitan
antara dua atau lebih variabel, atau membuat telahan sesuatu hasil. Kajian bentuk
kolerasi ini boleh dijalankan oleh seseorang guru untuk mengetahui sama ada wujud
hubungan antara pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran dengan
pencapaian murid dalam mata pelajaran lain. Contohnya, mengetahui sama ada
benar atau salah andaian murid-murid yang pandai Matematik akan pandai juga
dalam Sains.
ii. Kajian Kualitatif
a. Reka bentuk Kajian Teori Grounded
Kajian ini dibuat untuk mengkaji fenomena berdasarkan teori seseorang
(pengkaji). Contohnya, guru yang berpengalaman 20 tahun mengajar
mendapati latar belakang sosio-ekonomi murid-murid mempengaruhi
pencapaian mereka dalam pelajaran. Beliau membuat kajian berdasarkan teori
sendiri, iaitu murid-murid daripada keluarga bertahap sosio-ekonomi tinggi
berpencapaian tinggi, manakala murid-murid daripada keluarga bertahap sosio-
ekonomi rendah berpencapaian rendah.
b. Reka bentuk Ethnografi
Ethnografi atau ethonagraphy dari segi istilah bermaksud menulis tentang
kumpulan-kumpulan orang (LeCompte & Shensul, 1999). Reka bentuk ini adalah
tatacara kajian kualitatif untuk menghuraikan tingkah laku, kepercayaan dan
bahasa yang telah lama dibina ahli-ahli kumpulan tertentu. Contohnya, seseorang
pengkaji yang ingin mengetahui dan memahami kehidupan harian pelajar-
pelajar sekolah berasrama penuh. Dengan cara berada bersama mereka dalam
jangka masa tertentu, pengkaji dapat menggambarkan kehidupan pelajar-
pelajar tersebut.
iii. Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif
a. Reka bentuk Kaedah Bercampur
Merupakan satu tatacara untuk mengutip data kuantitatif dan data kualitatif
dalam satu kajian. Sieber (1973), mengatakan sejak tahun 1930an, pengkaji-
pengkaji bidang pendidikan dan sains sosial telah menggabungkan beberapa
kaedah kajian untuk mengutip data mereka. Reka bentuk kajian
bercampur boleh dijalankan dalam kajian tentang tabiat belajar murid-murid
yang melibatkan kajian ethnografi da nkaedah gumpulan data sepencara
kuantitatif.
b. Reka bentuk Kajian Tindakan
Merupakan kajian yang cuba m erinca enyelesaian kepada masalah atau isu spesifik
berkaitan amalan profesional haarin pikta. K ajian ini dijalankan berdasarkan data
yang dikutip sama ada secarar efleksi tentang pengajaran mereka di dalam kelas.
Contohnya, seorang guru membuat kuantitatif atau kualitatif. Juga dijalankan sebagai
satu cara untuk guru membuat kajian untuk menyelesaikan masalah pencapaian
murid dalam mata pelajaran yang diajar. Hasil kajian digunakan untuk membantunya
meningkatkan penguasaan murid-murid.

You might also like