You are on page 1of 1

7 TANDA ANAK BERBAKAT DAN BERKEBOLEHAN LUAR BIASA YANG RAMAI

IBU BAPA TERLEPAS PANDANG!! | Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai
kepada anda. Mereka merupakan penceria kehidupan rumah tangga anda. Kami
nak kongsikan 7 tanda anak anda berbakat dan berkebolehan luar biasa. Tanda-
tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:

1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa
dengan nombor.

2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.

3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding


dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk
bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.

4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.

5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering


mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat
pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka
masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan
aktiviti yang sukar.

6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan
berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.

7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari
dari rancangan televisyen, filem, atau buku.
Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah berbeza
dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-
rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.

Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental
mereka. Wallahu alam.

You might also like