You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Pakaian secara umum difahami sebagai "alat" untuk melindungi tubuh atau "kemudahan"
untuk memperindahkan penampilan . Tetapi selain untuk memenuhi dua fungsi tersebut, pakaian
pun dapat berfungsi sebagai "alat" komunikasi, kerana pakaian mengandug simbol - simbol yang
mempunyai pelbagai makna. Pakaian merupakan barang yang selalu melekat pada tubuh kita dan
merupakan barang yang sifatnya pokok dalam kehidupan sehari- harian. Manfaat dari pakaian iaitu
boleh memberikan keselesaan, keyakinan dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan manusia ,
ternyata gaya fesyen pun ikut menyesuaikan dari masa kemasa . Oleh kerana itu setiap masanya
selalu keluar gaya fesyen moden yang akhirnya menjadi trend di kalangan masyarakat. Namun
begitu, nilai peribadi juga dilihat sebagai lambang peribadi seseorang itu, jikalau elok pakaian yang
dipakai maka eloklah akhlak atau perangainya.
Dalam nilai agama pula, islam menganggap pakaian yang dikenakan adalah simbol identiti ,
jati diri , kehormatan dan kesederhanaan bagi seseorang , yang dapat melindungi dari berbagai
bahaya yang mungkin mengancam dirinya. Kerana itu dalam islam pakaian mempunyai ciri-ciri
yang sangat jauh dari segi syarat di larang kerana memberi penilaian terhadap agama islam itu
sendiri rendah oleh penganut agama lain.
Pada masa ini, hampir semua jenis majlis yang diadakan telah menetapkan jenis pakaian
yang perlu dipakai oleh tetamu. Oleh yang demikian, tetamu yang menghadiri dalam sesebuah
diwajibkan mengayakan atau mengenakan pakaian mengikut kesesuaian majlis. Sesetengah majlis
telah menetapkan tema atau jenis pakaian yang telah di garispadu dalam kad jemputan yang di
terima oleh tetamu, peraturan pakaian ini ada disebut dalam kad jemputan sama ada di sebelah
kanan, bawah ataupun sebelah belakang kad jemputan.
Sehubungan dengan itu, beberapa jenis pakaian wanita ke majlis rasmi akan dihuraikan.
2.0 ANALISIS DATA
Majlis rasmi terbahagi kepada tiga iaitu majlis rasmi penuh istiadat , majlis rasmi formal dan majlis
rasmi tetapi tidak formal. Setiap majlis rami mempunyai pakaian yang sesuai untuk digaya dalam
sesebuah majlis rasmi. Beberapa jenis pakaian rasmi perempuan di pamerkan mengikuti majlis
rasmi.

2.1 Majlis rasmi penuh istiadat

Majlis rasmi penuh istiadat seperti majlis istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran,
menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri. Beberapa contoh pakaian rasmi
yang sesuai digunakan dalam majlis istiadat pertabalan.

Rajah 1.
Rajah 2.

Rajah 1 dan 2 diatas menunjukkan kesesuaian mengayakan baju bagi wanita ke majlis pertabalan,
penganugerahkan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh
menteri. Baju kurung digunakan lebih paras lutut dan tidak mempunyai banyak warna cuma
memakai sekurang-kurangnya dua warna dalam satu masa. Selain itu, tidak cerah sangat sesuai
digunakan. Warna elegant sangat sesuai dan elakan menggunakan warna kuning dan warna sangat
gelap iaitu hitam. Hal ini kerana warna kuning hanya digunakan oleh golongan kerabat diraja
sahaja ketika menghadiri majlis tersebut. Namun, ada beberapa pakaian yang tidak sesuai ketika
menghadiri majlis tersebut seperti rajah 3 dan 4.
Rajah 3 Rajah 4

Rajah 3 dan 4 menunjukkan pakain yang kurang sesuai digunakan ketika menghadiri majlis istiadat.
Rajah 3 tidak sesuai digunakan disebabkan pakaian tersebut jarang sehingga menampakkan susuk
tubuh dan kain lace tidak sesuai digunakan dalam majlis rasmi. Malahan, pakaian tersebut sangat
sarat dengan rekaannya. Manakala, rajah 4 kurang sesuai kerana baju tidak labuh sehingga paras
punggung walaupun nampak sesuai dan pergelangan tangan sangat pendek. Baju tersebut sangat
ketat. Namun, kedua-dua rajah sesuai pada digunakan pada majlis-majlis lain.
2.2 Majlis rasmi formal

Majlis rasmi formal ialah majlis yang dianjurkan oleh kerajaan mislanya. Majlis jamuan makan
malam dberikan oleh Perdana menteri untuk seseorang ketua Negara Asing. Pakaian wanita yang
sesuai digunakan semasa menghadiri majlis tersebut seperti berikut.

Rajah 5.

Rajah 5 menunjukkan baju yang sesuai digunakan dalam majlis rasmi formal. Baju ini dikenali
sebagai baju peplum. Baju ini di namakan Peplum Kurung. Terdapat tiga jenis peplum iaitu
Peplum Kurung, Peplum Dress dan Peplum Top. Namun, rajah yang dipaparkan ialah Peplum
Kurung.
Seterusnya, pakaian yang sesuai digunakan semasa menghadiri majlis rasmi formal seperti rajah

Rajah 6

Rajah 6 inilah yang baju juga sesuai digunakan semasa menghadiri majlis rasmi formal. Pakaian
yang dipaparkan ialah jenis blouse dan seluar Palazo dikenakan. Warna yang digunakan sesuai
kerana seluar Palazo ini sangat elegant iaitu hitam dan kelabu. Malah, warna yang dikenakan setiap
pakain tidak melebihi empat warna. Pakaian ini juga sering digunakan oleh wanita ketika hendak
kepejabat. Seluar Pazalo ini sesuai digunakan kerana mudah digunakan dan selesa semasa
melakukan sebarang aktiviti.
Rajah 7

Rajah 7 ialah baju kebaya tradisional. Baju kebaya ini juga sesuaikan digunakan untuk menghadiri
majlis rasmi. Baju ini sesuai digunakan untuk menghadiri majlis rasmi. Hal ini demikian kerana,
baju kebaya merupakan salah satu baju identiti orang Melayu selain baju kurung. Pemilihan warna
juga memainkan peranan penting dalam pemilihan baju agar bersesuaian dengan pemakai.Baju
kebaya tradisional sesuai digunakan, akan tetapi terdapat beberapa baju kebaya yang tidak sesuai
digunakan untuk menghadiri majlis rasmi seperti rajah 8.
Rajah 8.
Rajah 8 ialah baju kebaya modern. Baju kebaya modern ini sangat cantik akan tetapi tidak sesuai
digunakan semasa menghadiri majlis rasmi yang formal. Hal ini kerana baju kebaya ini sangat ketat
sehingga menampakkan susuk tubuh badan. Kebaya sangat pendek hanya sehingga paras punggung
sahaja. Baju kebaya hanya sesuai dipakai ketika majlis keramaian seperti majlis pernikahan, majlis
kenduri-kendara dan sebagainya.
Kesimpulannya, perempuan tidak mempunyai pakaian yang tidak terhad berbanding dengan lelaki .
Hal ini demikian kerana, semua jenis pakaian perempuan sesuai digayakan kemana-mana majlis
mengikut situasi.

You might also like