You are on page 1of 9

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEMESTER 1 2017/2018
SARJANA PENDIDIKAN

MPPU 1003-02
INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN.

NAMA : HASLINDA BINTI JAMALUDDIN MPP171026

SYAHIDAH BINTI GHANI MPP171027

CANDRASEGAR A/L RAJANDRAN MPP171028

TAJUK : KEBERKESANAN ‘EXPLODE SEWING BOX’ DALAM


MENINGKATKAN KEMAHIRAN JAHITAN ASAS.

PENSYARAH : DR.HASNAH BINTI MOHAMED

DR.MAHYUDDIN BIN ARSAT

1
1.0 ANALISIS MASALAH

Kami mendapati bahawa masalah dihadapi oleh murid tahun 4 ialah mereka tidak kenal jenis
jahitan asas dan tidak tahu menjahit. Ini kerana, subjek Reka Bentuk dan Teknologi adalah satu
subjek yang baru diperkenalkan bagi murid tahun 4. Ia agak sukar untuk mereka mendalami
topik ini oleh kerana mereka masih kecil (berumur dalam lingkungan 9 hinga 10 tahun), untuk
mengenal alat dan bahan jahitan, mengenal nama jahitan asas dan juga menjahit artikel mudah.
Selain itu, tajuk jahitan dianggap agak sukar untuk diberikan penjelasan kepada murid-murid. Ini
kerana mata jahitan yang ditunjukkan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh murid-murid dan guru
perlu menggunakan masa yang berlebihan untuk menjelaskan kepada murid-murid bagaimana
untuk menjahit satu persatu mata jahitan.

Oleh itu, kami sebagai guru RBT perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk
membantu murid-murid secara minimum dengan mengkaji bagaimana untuk membantu murid-
murid mengenal topik jahitan secara individu atau secara berkumpulan tetapi dalam
pembelajaran koperatif atau berkumpulan.

Oleh yang demikian, kami telah menggunakan bahan bantu mengajar sama ada iaitu “
Explode Sewing Box”. Kami telah menggunakan bahan bantu mengajar ini kerana ianya dilihat
bersesuaian dan relevan untuk membantu murid dalam mengingati topik ini dengan mudah serta
menarik minat murid dalam aktiviti menjahit artikel mudah.

2
2.0 PENYELESAIAN MASALAH

Kami telah menggunakan bahan bantu mengajar “Explode Sewing Box” atas beberapa faktor
iaitu :

1) Kebolehtadbiran

Bahan bantu mengajar “Explode Sewing Box” ini boleh ditadbir dengan mudah dan
berkesan. Ini kerana, bahan ini bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa oleh guru atau murid.
Selain itu, bahan ini bersaiz sederhana (30 cm x 30cm) ringan dan boleh diangkat dengan
mudah. Malahan, ianya boleh digunakan di mana-mana sahaja serta tidak memerlukan ruang
yang besar. Selain itu, bahan pengajaran ini mudah penyimpanannya dan reka bentuk yang
menarik. Bahan ini juga boleh di guna pakai bukan sahaja bagi subjek RBT malah ianya
boleh juga di gunakan untuk Program Selepas UPSR dan juga program-program yang
berkaitan. Murid boleh menggunakan bahan ini sewaktu aktiviti pengukuhan serta dapat
digunakan sewaktu ulang kaji untuk menghadapi peperiksaan.

2) Kepentingan

Bahan bantu mengajar ini penting dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
menjahit. Bahan ini dapat membantu murid untuk mengingat daripada topik asas seperti
mengenal alat dan bahan jahitan sehingga murid boleh menjahit artikel mudah dengan
menggunakan manual yang telah disediakan di dalam kotak tersebut. Dalam kotak ini, murid
akan belajar mengenai asas jahitan iaitu mengenal dan banding beza alat dan bahan jahitan.
selain itu, murid akan mengenal juga tiga jahitan asas yang digunakan iaitu jahitan kia,
jelujur kasar dan jelujur halus. Dari mengenal jenis jahitan, murid akan melatih untuk
menjahit satu artikel mudah yang diaplikasikan daripada ketiga-tiga jahitan asas.

3) Kebolehgunaan

Bahan bantu mengajar ini boleh diguna pakai bukan sahaja untuk murid di sekolah rendah
malahan ianya juga boleh digunakan oleh murid pra sekolah, murid pendidikan khas dan juga
murid sekolah menengah. Ini kerana, topik jahitan ini bukan sahaja dipelajari di dalam buku

3
teks RBT sekolah rendah Tahun 4 serta turut diselitkan dalam buku teks RBT Tingkatan 1
sekolah menengah.

4) Kawalan

Bahan ini digunakan bukan sahaja secara individu malahan ianya digunakan dalam kumpulan
kecil antara dua hingga empat orang murid. Di sini murid akan melakukan aktiviti-aktiviti
berdasarkan manual yang diberi. Di sini juga murid menyemak jawapan yang berada di
setiap lapisan kotak aktiviti. Di sini penggunaan guru dalam aktiviti ini adalah minimum.

5) Kolaborasi

Bahan bantu mengajar ini mewujudkan kolaborasi antara murid-murid serta antara guru dan
murid. Bahan ini dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan murid sewaktu
pembelajaran dan pemudahcaraan.

6) Kerelevanan kepada sekolah.

Bahan bantu mengajar ini digunakan oleh pihak sekolah bagi Panitia Reka Bentuk dan
Teknologi serta boleh diletakkan di Bengkel RBT sekolah sebagai bahan rujukan untuk
matapelajaran. Ini kerana, bahan bantu mengajar ini sangat membantu murid dalam
mengingati topik ini dan kesemua topik jahitan dirangkumkan dalam “Explode Sewing Box”
ini. Ianya bukan sahaja dijadikan bahan rujukan untuk murid di sekolah-sekolah bahkan
boleh dijual kepada murid-murid yang berminat untuk memudahkan mereka untuk
mempelajari, memahami, mengingati serta membuat ulang kaji walaupun tanpa pengawasan
dari guru.

3.0 KONSEP PRODUK

Produk ini dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan yang mesra alam dan tidak
berbahaya. Rekabentuk produk yang menarik perhatian semua lapisan murid. Kami melakar
rekabentuk produk untuk dipilih bersama-sama. Hasil perbincangan kami memilih produk yang
berbentuk kotak yang sederhana serta mudah dibawa dan disimpan.

4
Bahan yang digunakan adalah mounting board, kain felt, foam paper, LED, cooper tape,
wallpaper, tali, reben, benang, jarum, pita ukur, gunting, kain dan buzer.

Untuk menarik perhatian pengguna kami akan masukkan elemen elektronik seperti lampu
LED dan buzer bagi produk ini memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan. Selain itu, setiap aktviti akan disediakan manual. Manual dapat membantu
murid atau pengguna menggunakan produk ini dengan baik.

4.0 ANGGARAN KOS PRODUK

BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

Mounting board 5 keping RM7.50 x 5 RM 37.50

Kain Felt sepaket RM 6.50 x 1 RM 6.50

Foam Paper sepaket RM 7.00 x 1 RM 7.00

Lampu LED Satu Set RM 1.50 x 1 RM 1.50

Cooper Tape Satu RM 24.00 x 1 RM 24.00

Wallpaper 3 keping RM 4.00 x 3 RM 12.00

Tali segulung RM 2.50 x 1 RM 2.50

Reben 3 gulung RM 2.00 x 6 RM 6.00

Benang sebuku RM1.50 x 1 RM 1.50

Jarum Satu set RM2.00 x 1 RM2.00

Pita ukur satu RM 2.00 x 1 RM 2.00

Gunting sebilah RM 5.00 x 1 RM 5.00

5
Kain sehelai RM 5.00 x 1 RM 5.00

Buzer Sebiji RM3.00 x 1 RM3.00

Jumlah RM 115.50

Jadual 1 : Kos penghasilan produk

5.0 MODEL PEMBANGUNAN PROJEK

Bagi membangunkan projek Alat Bantu Belajar kami “ Explode Sewing Box” kami telah
menggunakan model pembangunan ADDIE iaitu Analysis, Design, Development, Implemention
dan Evalution. Menerusi model ini, pembangunan projek kami terbahagi kepada lima fasa yang
asas iaitu analisis masalah, rekabentuk, pembangunan produk, pelaksanaan produk dan penilaian
produk.

Dalam fasa yang pertama iaitu analisis masalah, kami telah mengenalpasti masalah-maslah
yang dihadapi oleh guru-guru Reka bentuk dan Teknologi (RBT) tahun 4 di sekolah untuk
mengajar murid mengenai topik jahitan. Antara masalah yang dihadapi murid tidak kenal alatan
dan bahan jahitan, mengenal nama jahitan asas dan menjahit artikel mudah.

Pada peringkat kedua iaitu fasa rekabentuk, kami telah mengenalpasti masalah yang wujud.
Melalui fasa ini, kami telah membuat lakaran produk kami. Produk yang kami reka merangkumi
semua spesfikasi bagi membantu murid kami mendapat kemahiran menjahit dengan baik.
Kemahiran ini akan digunakan sepanjang hayat dalam kehidupan seharian.

Fasa ketiga pula ialah fasa pembangunan projek, kami telah membuat pilihan rekabentuk
yang memenuhi citarasa dan ergonomik iaitu sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya menarik
dan amat membantu guru-guru RBT. Produk yang digunakan secara kumpulan dan individu.

6
Fasa seterusnya adalah fasa pelaksanaan. Dalam fasa pelaksanaan kami telah berbincang
untuk menghasilkan produk yang berinovatif supaya produk ini dapat digunakan oleh semua
lapisan masyarakat dan mesra alam. Kami telah berbincang tentang bahan yang perlu digunakan
berserta kos terawal bagi membina produk.

Fasa terakhir adalah fasa penilaian dan pengujian produk. Setelah pembangunan siap kami
akan membuat pengujian dan penilaian tahap keberkesanan produk terhadap murid. Selain itu,
kami akan mengenalpasti masalah atau kesilapan yang terdapat pada produk ini. Kami akan
memperbaiki dan menambah baik serta membuat kemasan. Hal ini, bagi menghasilkan produk
yang menarik untuk dipersembahkan kepada pengguna.

6.0 MENGUKUR TAHAP KEBERKESANAN PRODUK

Kami menggunakan kaedah rubrik secara pemerhatian melalui penjadualan untuk


mengenalpasti keberkesanan produk yang dihasilkan. Instrumen ini akan digunakan sebelum dan
selepas produk digunakan. Dengan mengambil enam orang murid ( satu kumpulan ) dalam
matapelajaran Rekabentuk dan Teknologi Tahun 4 untuk topik Sains Rumah Tangga iaitu
Jahitan. Kaedah ini bagi murid mengenal alat dan bahan jahitan, mengenal nama jahitan asas dan
menjahit artikel mudah.

Kami juga akan menjalankan pra ujian berkaitan topik jahitan. Dalam ujian yang dijalankan
murid di minta membanding beza alatan dan bahan jahitan serta jenis jahitan asas. Kad gambar
akan diberikan kepada murid untuk disusun.

Hasil daripada pra ujian, kami dapat mengenalpasti bahawa murid tidak dapat membanding
beza dengan tepat. Oleh itu, kami mencipta “Explode Sewing Box” (ESB) Kami menggunakan
ESB yang kami cipta dengan mengulang ujian dengan menggunakan jadual sepanjang
pelaksanaan tersebut.

7
MENGGUNAKAN
PRA UJIAN
EXPLODE
( PRA UJIAN
SEWING BOX
(SEBELUM
(ESB)
INTERVENSI)

MURID DAPAT POST UJIAN


MEMBANDING BEZA ( SELEPAS
ANTARA BAHAN DAN INTERVENSI )
ALATAN JAHITAN
JENIS JAHITAN ASA

7.0 KEBAIKAN PRODUK

Banyak kebaikan yang terdapat dalam dua produk yang dicadangkan yang tidak terdapat pada
produk lain iaitu ianya dilengkapi dengan cip suara serta lampu LED untuk memberikan hasil
interaktif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Produk ini juga membolehkan murid
mempelajari daripada mengenal alat dan bahan jahitan sehingga boleh menjahit artikel mudah
Konsep “pop-up” dan juga demo menjahit ditunjukkan dalam kedua-dua produk ini. Murid
dapat belajar secara gembira dan juga dapat mendalami topik jahitan ini tanpa sebarang tekanan.

8.0 KEASLIAN PRODUK

Produk ini baru di pasaran yang mana diadaptasi dari konsep explode box diangkat secara ilmiah
untuk di gunakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan serta menggunakan teknik interaktif.

8
9.0 NILAI KOMERSIAL PRODUK

Produk ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan guru
sekolah rendah ataupun menengah malahan ianya juga mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat yang ingin mempelajari topik jahitan ini.

You might also like