You are on page 1of 1

3.

Perubahan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan

Raja Mongkut sendiri telah melakukan beberapa perubahan khususnya dalam sistem
perhubungan dan pengangkutan di Thailand. Walaupun perubahan hanya terdapat beberapa
kejayaan sahaja dan bersifat kecil namun perubahan ini dilihat sebagai satu permulaan lain
kepada Thailand. Satu sistem jalan-jalan raya, tanah dan tali air telah menghubungkan
kawasan-kawasan pengeluaran kepada sungai Chao Phraya, iaitu hanya satu jalan
perhubungan yang penting pada zaman Raja Mongkut.1 Orang-orang Thailand digalakkan
bagi menyumbang sama ada dalam bentuk wang atau tenaga bagi pembinaan sistem
perhubungan. Buruh paksa tidak digunakan. Hal ini kerana, sekiranya berlaku kekurangan
tenaga buruh maka buruh yang bergaji akan digunakan. Dengan adanya sistem pengangkutan
ini, barangan yang dikeluarkan oleh negara dapat dibawa melalui sungai Chao Phraya ke
Bangkok di mana ianya dibahagikan untuk dieksport oleh pedagang-pedagang asing yang
berada di sana. Namun, berbanding dengan Burma, jalan semula jadinya yang utama iaitu
Sungai Irrawaddy telah merosot akibat daripada penglibatan British terhadap penguasaan
jalan airnya. Halangan yang besar juga wujud kerana faktor gunung-ganang dan dataran
tinggi telah mengehadkan hubungan perdagangannya.2 Pembinaan landasan-landasan kereta
api di Burma juga pada mulanya dirangka berdasarkan pertimbangan-pertimbangan strategi
British dan banyak dipengaruhi oleh perkembangan kereta api di India. 3 Hal ini menunjukkan
bahawa sistem pengangkutan dan perhubungan di Thailand berkembang melalui usaha yang
dilakukan oleh Raja Thailand sendiri terutamanya semasa pemerintahan Raja Mongkut
manakala di Burma, penglibatan British ke atas penguasaan sistem pengangkutan dan
perhubungannya sejak awal lagi telah menyebabkan Burma tidak dapat membentuk
perkembangannya melalui pentadbiran dirajanya.

1
Gilbert Khoo dan Dorothy Lo, 1978, Asia dalam Perubahan, Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books ( Asia ) Ltd, hlm 414.
2
Donald W. Fryer, 1982, Asia Tenggara yang sedang Membangun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 503.
3
D.J.M. Tate, 1984, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Sun U Book Co. Sdn. Bhd,
hlm 141.

You might also like