You are on page 1of 6

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/5

SJK (T) LADANG NAM HENG, KOTA TINGGI


MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME AWAL TAHUN SESI 2016 –Bil 1/2017

Tarikh : 27 Disember 2017 (Selasa)


Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Kehadiran Guru :
1) En.M. Aragennan
2) Cik K.Logeswari
3) Pn. Siti Nur Afiqah
4) Cik S. Vasugi
5) Cik R. Yunithera

1.0 Perutusan Pengerusi

1. Pn. Siti Nur Afiqah pengerusi panitia Pendidikan Muzik mengucapkan selamat
datang kepada ahli – ahli panitia Pendidikan Muzik.
2. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK atas kerjasama
yang diberikan pada tahun lalu dan diharap tahap komitmen yang sama dapat
dikekalkan pada tahun ini.

2.0 Perutusan Guru Besar


1. Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru.
2. Beliau berharap agar semua guru Pendidikan Muzik dapat bekerjasama bagi
memberi komitmen sepenuhnya semasa mengajar Pendidikan Muzik walaupun
subjek ini merupakan subjek elektif.
3. Beliau telah menyentuh perkara berikut;
Perhatian yang khusus perlu diberikan kerana mungkin terdapat pemantauan dari
dari pihak PPD Kota Tinggi untuk subjek ini.
4. Kewangan panitia telah dibincangkan. Alatan atau bahan-bahan yang diperlukan
oleh panitia telah disenaraikan.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

3.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.


1. Setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2. Minit mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik telah disokong oleh Cik Vasugi
Makluman : Semua Guru PM
4.0 Perkara Berbangkit
1. Aktiviti yang dijalankan oleh guru mesti dapat menarik minat murid dalam
Pendidikan Muzik. Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar semasa pdpc.

5.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Panitia


Ketua Panitia : Pn. Siti Nur Afiqah
Setiausaha : Cik R. Yunithera
AJK : Cik S. Vasugi

Maklumkan Semua Guru PM


Maklumat Mata Pelajaran
1. Senarai guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik adalah seperti
berikut :
TAHUN NAMA GURU
1A Cik S. Vasugi
2A Cik S. Vasugi
3A Cik. S. Vasugi
4A Pn. Siti Nur Afiqah
5A Cik. R. Yunithera
6A Cik R. Yunithera

6.0 Target Akademik / Headcount

*Fail Panitia

7.0 Perancangan Pelan Strategik Tahunan Panitia


PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

*Fail Panitia

8.0 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)

10. Semua guru mata pelajaran harus memastikan bahawa DSKP bagi kelas yang
diajar telah difailkan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
11. Penyemakan fail DSKP akan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Akademik pada minggu pertama persekolahan.
Tindakan Semua Guru PM

9.0 Rancangan Pengajaran Tahunan / Harian


12. Semua guru harus memastikan supaya Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
telah difailkan dan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
13. Semua guru yang mengajar Pendidikan Muzik boleh merujuk fail DSKP panitia
bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwin
sekolah 2017.
14. Rancangan pengajaran harian adalah mengikut format yang dibekalkan oleh ketua
panitia agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.
15. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah difailkan akan disemak oleh
oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik pada minggu pertama
persekolahan.
Tindakan Semua Guru PM
10.0 Penggunaan Buku Teks
17. Para guru diseru untuk mengoptimumkan penggunaan buku teks semasa Pdpc.
18. Guru harus memastikan murid telah membalut buku teks dengan pembalut buku
plastik dan menggunakan buku tersebut dengan berhemah.

Tindakan Semua Guru PS


11.0 Penggunaan ICT / VLE / ABM / BBM
19. Guru mata pelajaran digalakkan untuk melaksanakan Pdpc melalui penggunaan
peralatan ICT yang telah dibekalkan oleh pihak KPM.
20. Guru-guru disarankan untuk merancang aktiviti Pdp yang dapat mengalakkan anak
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

murid untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai langkah


pendedahan teknologi kepada mereka.
21. Guru-guru boleh mendapatkan bahan pengajaran atau bahan rujukkan dari laman
Frog-Vle sebagai rujukan tambahan dalam pelaksanaan Pdpc. Para guru boleh
merujuk dengan Penyelaras Vle Sekolah sekiranya terdapat sebarang kemusyikilan.
22. Semua ABM / BBM telah pun dikemaskini dengan bantuan serta kerjasama semua
guru dan staf sokongan sekolah bagi memudahkan penggunaan para guru bagi sesi
pembelajaran dan pengajaran 2017 .
23. Guru-guru diseru agar mengunakan ABM / BBM bagi tujuan Pdpc. Perekodan
penggunaan bahan-bahan tersebut adalah diwajibkan dalam buku yang disediakan.

Tindakan Semua Guru PM

12.0 Penyemakan Buku Latihan

25. Para guru juga harus memeriksa tarikh dan hari dari segi ejaan serta data agar
ditulis dengan betul oleh murid.
26. Semakan hasil kerja murid / latihan murid akan dinilai oleh Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Akademik sekurang-kurangnya beberapa kali dalam setahun
mengikut jadual yang ditetapkan.

Tindakan Semua Guru PM


13.0 PdP / Pencerapan Guru
27. Pdp yang dijalankan perlulah merangkumi aspek pembelajaran abad ke 21 seperti
konsep ‘trafic light’, ‘parking lot’, pemberian ganjaran, ‘behavior chart’ dan
sebagainya.
28. Aktiviti Pdp yang dirancang perlu terdiri daripada pelbagai aras dan diselit dengan
didik hibur agar objektif Pdp dapat dicapai secara efektif dan afektif.
31. Dapatan hasil pencerapan akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa
untuk tindakan susulan meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran
murid.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

Makluman Semua Guru PM


14.0 Sudut Mata Pelajaran di Bilik Darjah
32. Guru kelas harus menyediakan sudut mata pelajaran Pendidikan Seni di kelas.
33. Guru mata pelajaran harus menampal hasil kerja dan kreativiti murid termasuk
hasil murid yang berlandaskan I-Think (peta pemikiran) atau bahan hasil murid
sendiri dan harus ditukar dari semasa ke semasa.
34. Hasil kerja murid boleh simpan dalam fail murid sebagai bahan rujukan atau
bahan bukti pelaksanaan Pdpc.

Tindakan Semua Guru PM

15.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Peperiksaan


35. Guru mata pelajaran harus mengemaskinikan data dalam modul offline dalam
masa yang ditetapkan oleh Penyelaras PBS.
36. Guru mata pelajaran juga perlu mengisi data markah murid dalam sistem
SAPSNKRA pada tarikh yang dimaklumkan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Tindakan Semua Guru PM


16.0 Analisa Item
37. Guru mata pelajaran diwajibkan untuk membuat analisa item sejurus selepas
penyemakan setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.
38. Apabila kelemahan murid dapat dikenalkan pasti melalui analisa item, guru dapat
merancang tindakan / langkah susulan bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Tindakan Semua Guru PM


17.0 Hal-hal lain
43. Guru harus berhati-hati semasa menegur murid agar tidak menyinggung perasaan
murid melalui pertuturan dan tindakan guru. Namun begitu, ketegasan guru tetap
dititikberatkan.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

44. Semua guru bertanggungjawab terhadap maklumat yang dipaparkan dalam portal
PPD. Guru tidak boleh memberikan alasan bahawa tiada internet dan lain-lain sebab.
45. Persembahan murid semasa perhimpuan perlu diberi perhatian agar kualiti
persembahan dapat ditingkatkan lagi.

7.0 PENUTUP
46. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------ -------------------------------------
(SITI NUR AFIQAH BINTI OTHMAN) (CIK K.LOGESWARI)
PENGERUSI, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SJK(T) LADANG NAM HENG

You might also like