You are on page 1of 8

LAPORAN PROJEK PENDIDIKAN KESENIAN AKHIR TAHUN,

ANJURAN BERSAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL & PANITIA MUZIK,


SK TANSAU, 2017.

1. PENDAHULUAN

Pendidikan Kesenian merupakan subjek baru bagi murid Tahun 1. Subjek ini merupakan gabungan
diantara Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Pengubahsuaian dari segi objektif dan matlamat,
menambahkan lagi keseronokan murid dengan adanya kepelbagaian aktiviti dalam subjek ini iaitu Projek
Kesenian. Projek kesenian merupakan anjuran bersama Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia
Muzik. Perbelanjaan bagi projek ini menggunakan PCG Panitia Pendidikan Seni Visual seperti yang
dipersetujui oleh panatia masing-masing.

Projek kesenian ini dijalankan dua kali setahun, iaitu pada pertengahan dan diakhir tahun dimana semua
karya murid yang terbaik dipamerkan. Selain itu murid-murid juga membuat persembahan dengan
mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari dari awal tahun sehingga pertengahan tahun.

Aktiviti sebegini menarik minat murid dalam bidang kesenian, dapat menambah keyakinan diri murid
serta meningkatkan kerjasama sesama murid dan guru.

2. MATLAMAT

Melahirkan murid berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan
potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran
terhadap estetik kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.

3. OBJEKTIF

3.1. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi aktiviti kesenian;

3.2 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran seni visual dan muzik dalam menjayakan persembahan;

3.3 Menghasilkan karya seni dengan menggunakan pelbagai sumber dan teknologi;

3.4 Menghayati dan menghargai nilai estetik seni dari pelbagai karya; dan

1
3.5 Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti kesenian.

4. PELAKSANAAN

4.1 MASA, TARIKH & TEMPAT.

Tarikh : 13hb Oktober 2017

Masa : 12.45 petang

Tempat : Dewan Terbuka Sekolah

4.2 PENYERTAAN

4.2.1 Semua murid Tahun 1 seramai 139 orang. 4 buah kelas bertanding.

5. AKTIVITI

5.1 PERTANDINGAN KARYA

5.1.1 Hasil karya terbaik murid dipertandingkan.

5.2 PERTANDINGAN NYANYIAN

5.2.1 Murid membuat persembahan menggunakan prop.

6. LAPORAN BERGAMBAR

6.1 PRA PERSIAPAN PAMERAN

2
6.2 SEMASA PAMERAN & PENILAIAN KARYA MURID

3
4
6.4 SEMASA UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

6.5 SEMASA PERTANDINGAN NYANYIAN BERKUMPULAN

5
6.6 SESI BERGAMBAR BERSAMA MURID TAHUN 1

6
7
7.0 PENUTUP

Syukur yang tidak terhingga program ini berjalan dengan jaya sekali atas kerjasama semua guru sesi
petang. Murid-murid tahun 1 semua bergembira semasa pertandingan dan dapat menampilkan
keyakinan diri yang begitu baik sekali serta satu pengalaman yang berharga buat mereka semua.
Harapan pada program yang sama yang akan dijalankan akhir tahun persembahan murid ditambah
baik lagi dengan adanya penceritaan dan prop yang lebih menarik lagi. Syabas dan tahniah kepada
semua guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________ __________________________
JESSY BINTI GANIE SALAT HJ. TARASIL
SU PROJEK P. KESENIAN PENOLONG KANAN PETANG

You might also like