You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM BIL 1/ 2016

TARIKH :
MASA :
TEMPAT: BILIK MESYUARAT

HADIR

TIDAK HADIR - Tiada

HADIR BERSAMA :

URUSETIA

I. Ucapan Aluan Pengerusi – Penolong Kanan Kokurikulum

1. PKKK mengucapkan salam dan terima kasih kepada AJK yang hadir. Beliau memaklumkan tujuan
mesyuarat diadakan adalah untuk berbincang perancangan tahunan di samping membuat beberapa
penambahahbaikan ke arah kecemerlangan kokurikulum khasnya unit berunifom
2. Beliau berharap guru-guru mengambil tindakan mengingatkan murid-murid agar memakai uniform
masing-masing setiap hari Rabu. Ahli unit uniform juga mesti memakai uniform lengkap ( full dress)
pada hari Ahad minggu ke-3 setiap bulan.
3. PKKK menyampaikan saranan Guru Besar agar guru-guru Pemimpin juga memakai uniform unit
masing-masing pada setiap hari Rabu dan Ahad minggu ke-3 setiap bulan.
4. Beliau berharap guru penasihat atau pemimpin memberi keutamaan terhadap keselamatan murid
sepanjang menjalankan aktiviti unit uniform serta dapat menguruskan unit uniform masing-masing
dengan baik dan cemerlang.
5. Beliau meminta setiap unit uniform berbincang tentang perkhemahan perdana peringkat sekolah
dan membuat perancangan yang rapi bagi mencapai matlamat dan objektif pelaksanaannya.

II. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.

6. Tiada pembentangan dibuat kerana ketiadaan minit mesyuarat sebelum ini.

III Perkara berbangkit

7. Tiada
IV Isu-isu Berkaitan

a) Penyelarasan Ahli 2016


8. Guru Ketua Pemimpin Unit Beruniform diminta membuat penyelarasan ahli 2016. Keahlian murid
baru akan dibuat oleh SU Kokurikulum dan Penyelaras Unit Beruniform. Sebarang kemusykilan yang
timbul khususnya tentang bilangan ahli unit masing-masing boleh dirujuk dengan Penyelaras

b) Perancangan Aktiviti 2016


9. Guru Pemimpin Unit Beruniform diminta membuat perancangan aktiviti tahunan dengan lebih
terperinci berdasarkan sukatan masing-masing. Perancangan yang dibuat hendaklah berdasarkan
tarikh yang ditetapkan dalam buku perancangan sekolah.Sekiranya aktiviti yang dirancang tidak
dapat dijalankan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan,tidak perlu diulang pada minggu
berikutnya, sebaliknya diteruskan dengan perancangan berikutnya bagi mengelakkan kekeliruan.

10. Perancangan Aktiviti Tahunan disediakan oleh unit masing – masing.

c) Kemas kini Fail Unit Beruniform

11. PKKK mohon kerjasama semua ketua unit beruniform supaya kemas kini fail dengan maklumat
semasa dan buat penambahbaikan dalam kandungan Fail 1, 2 dan 3 seperti yang dilampirkan.

d) Kewangan

12. Meyuarat dimaklumkan tiada sebarang kutipan pada tahun 2015.

13. Mesyuarat juga dimaklumkan yuran pengakap setiap kali perjumpaan ialah RM 5.00 setahun. Tujuan
kutipan dibuat adalah untuk yuran keahlian dan menampung akitiviti yang akan dijalankan.

Makluman : Semua Guru Penasihat

V Hal-hal Lain

a) Latihan Kawat Kaki

14. Mesyuarat memutuskan ada penyertaan kawad kaki peringkat daerah yang akan dibimbing oleh
jurulatih luar. Penyertaan dibuka kepada semua murid yang mewakili Unit Pengakap. Bagaimanapun
pemimpin yang ada pengetahuan dan kemahiran diminta membantu pasukan sekolah.Penyelaras
unit uniform akan bertindak sebagai pengurus pasukan.

b) Perkhemahan Perdana

15. Hasil perbincangan semua guru bersetuju Unit Uniform mengadakan praperkhemahan dalam unit
masing-masing. Tarikh pelaksanaan akan ditentukan oleh unit masing-masing. Ketua Unit Uniform
diminta mengemukakan kertas cadangan kepada pentadbir untuk mendapat kelulusan.
16. Perkhemahan Perdana peringkat sekolah akan diadakan selepas semua unit uniform selesai
mengadakan praperkhemahan masing-masing.Maklumat lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat
kedua nanti.

17. PKKK meminta guru penasihat unit uniform mengawal disiplin murid ketika menunaikan solat di
surau.

18. Guru Penasihat yang tidak dapat hadir menjalankan aktiviti diminta memaklumkan kepada PKKK
dan Ketua Unit masing- masing.

Tindakan : Guru Penyelaras

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

………………………………… ……………………………

Penyelaras Unit Beruniform


Sekolah Kebangsaan Khir Johari
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman

TARIKH :
LAMPIRAN
Nama Sekolah :SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang.

LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT


Tajuk Mesyuarat : MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM BIL 1 / 2012

Status
Rujukan
Bil Perkara Tindakan Pelaksanaan Catatan
Minit / M.S

1 Perkara 10 PKKK meminta semua Ketua Semua Ketua


Perkara Berbangkit- Guru Penasihat mengemas kini dan SU Unit
Pengurusan Kad kad kk murid dengan maklumat Kokurikulum
Kokurikulum semasa termasuk penyertaan
/ ms2 dan penglibatan luar murid
dalam aktiviti kokurikulum.

2. Perkara 17 Ketua Guru Penasihat diminta Semua


Pengurusan Fail melengkapkan fail Laporan Penyelaras dan
Laporan Pelaksanaan Pelaksanaan Aktiviti Mingguan Semua Ketua
Aktiviti Mingguan dan rekod kehadiran murid Unit
Ms 2 setiap kali perjumpaan Kokurikulum
mingguan diadakan. Fail yang
lengkap diminta hantar ke
pejabat pada hari
berikutnya(Khamis untuk
semakan PKKK

3. Perkara 19 Pn Hamnah Hani


Perancangan Strategik Unit Uniform Pengakap, Pn Norizah
Semasa 2012 Persatuan BM, Kelab PSS, Pn Zaharah
Kaunseling dan Kelab Permainan Pn Rasidah
Ms 2 Hoki diminta menyediakan Pn Norlizal
perancangan strategic semasa
berdasarkan pelan tindakan
Perancangan Strategik 2011-
2013.
4 Perkara 21 Semua Ketua
Kemaskini Fail dan SU Unit
Semua Ketua dan SU Unit Kokurikulum
Kokurikulum diminta mengemas
kini fail dengan maklumat
semasa dan hantar ke pejabat
pada akhir Februari
5 Perkara 22 Semua Ketua
Surat Kebenaran Unit
Memohon Kutipan Semua Ketua Unit Kokurikulum Kokurikulum
Yuran Unit diminta mengemukakan surat
Kokurikulum permohonan kelulusan membuat
kutipan yuran unit kk kepada GB

LAMPIRAN
Nama Sekolah :SK Sultan Mudzaffar Shah, Bujang.

LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT


Tajuk Mesyuarat : MESYUARAT INDUK KOKURIKULUM BIL 1 / 2012

Status
Rujukan
Bil Perkara Tindakan Pelaksanaan Catatan
Minit / M.S

6 Perkara 24 Setiap Unit Uniform diminta Ketua Unit


Perhimpunan melatih murid bagi menguruskan PPK,PPIM, TKRS
Kokurikulum Perhimpunan Mingguan dan PBSM
Kokurikulum pada minggu ke-3
setiap bulan berdasarkan
takwim yang diedarkan

7. Perkara 25 SU Kokurikulum diminta SU Kokurikulum


Pelarasan Ahli 2012 membuat pelarasan ahli 2012
/ ms3 bagi semua unit khususnya
murid tahun 4 dan murid
baharu di sekolah ini.

8 Perkara 26 PKKK dan Ketua


Sijil Pelantikan dan Sijil akan disediakan oleh PKKK . Penasihat Unit
Penglibatan murid Guru berkenaan diminta Kokurikulum
dalam aktiviti luar member maklumat murid bagi
Ms 3 melancarkan urusan penyediaan
sijil.
9 Perkara 27 Guru Pengiring
Laporan Aktiviti Luar dan Pengurus
Guru Pengiring yang mengiringi Pasukan Sekolah
Ms 3 murid menyertai aktiviti luar
diminta membuat laporan dalam
buku Laporan Aktiviti Luar yang
disediakan oleh PKKK di pejabat.

You might also like