Professional Documents
Culture Documents
Nota Bab 1 - 3
Nota Bab 1 - 3
Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan
tertentu.
Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
● Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
● Jaminan pasaran yang luas.
● Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
● Kaya dengan bahan mentah
2. Revolusi perindustrian.
● Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
● Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
● Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.
2. Pengaruh Agama
● Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
● Persatuan Belia Buddha di Burma.
● Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian
berbangsa Sepanyol.
3. Karya Kesusasteraan
● Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
● Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
● Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.
4. Sistem Pendidikan
● Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
● Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
● Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
● Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.
8. Pengaruh Luar
● Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
● Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
● Perjuangan mahatma Gandhi di India.
● Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.
Tahap Pertama
● Dipimpin – Jose Rizal
● Bersifar sederhana
● Bergerk cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
● Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
● Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
● Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
● Matlamat perjuangan :
● Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
● Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
● Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
● Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
● Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
● Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
● Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Tahap Kedua
● Penentangan secara radikal
● Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
● Matlamat katipunan
● menyatukan bangsa Filipin
● mencapai kemerdekaan melalui revolui
● Media cetak iaitu akhbar Kalayan
● Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
● Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
● Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
● 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
● Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
● Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
● Aguinaldo ditangkap.
● Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
● Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
● Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
● 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk
pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.
Tahap Pertama
● Tumpuan isu pendidikan
● Utk ubah nasib penduduk Indonesia
● Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
● Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan
kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
● Pertubuhan penting : Muhammadiyah
● Matlamat Muhammadiyah
● Menyebar islam sebenar
● Menghindari ancaman sekualrisme barat
● Menghindari ancaman agama kristian
● Membina sekolah, klinik & masjid
Tahap Kedua
● Perjuangan Parti politik radikal.
● Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
● Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
● PNI pimpinan Soekarno paling popular.
● Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
● Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
● PNI turut di haramkan.
Tahap Pertama
● Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
● Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
● Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
● Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
● 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
● Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
● Sistem raja berkuasa mutlak tamat
● Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.
Tahap Kedua
● Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
● Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
● Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
● Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
● Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
● 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
● Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan
semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
3. Dasar British.
● British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan
menetap di Tanah Melayu.
● Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.
● Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
● British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal
di kampung-kampung dengan serba kekurangan.
● Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran
dan penduduk lain di bandar.
4. Pendudukan Jepun
● Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia
untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara
tersebut.
● Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
● Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu
membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
GERAKAN ISLAH
■ Gerakan Islah – Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan
pandangan mereka terhadap Islam.
■ Tokoh pendorong gerakan ini – Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-
Helmy.
■ Golongan ini dikenali sbg Kaum Muda.
■ Akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh menjadi medium untuk
menyalurkan maklumat gerakan ini.
■ Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
■ Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
■ Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
■ Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang
Melayu.
■ Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.
■ Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja.
■ Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
■ Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran Sultan.
■ Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke Negeri-
Negeri Melayu.
■ Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
■ Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
■ Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan.
1. Nama-nama Akhbar
● Warta Malaya
● Lembaga Malaya
● Majlis
● Utusan Melayu
● Warta Negara
● Fajar Sarawak
SOSIAL/PENDIDIKAN
EKONOMI
POLITIK
3. Nama-Nama Majalah
Majalah Pengarang
● Majalah Guru Muhammad Dato’ Muda
Linggi.
Yusuf Ahmad
Mohd. Sidin Rashid
● Pengasuh Dato’ Nik Mohamad
● Bulan Melayu Zainon Sulaiman
● MAJALAH GURU
● Pendidikan anak-anak Melayu.
● Perpaduan di kalangan org Melayu.
● Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
● Membaiki taraf hidup orang Melayu.
● Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
● Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
● PENGASUH
● Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.
● Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
● Memperluas ilmu dalam semua bidang.
● Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
● Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap buruk.
● BULAN MELAYU
● Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
● Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.
● Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
● Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.
5. Nama-Nama Novel
Novel Pengarang
● Keris Melaka Ahmad Bakhtiar
● Anak Mat Lela Gila Ishak Haji Muhammad
● Putera Gunung Tahan Ishak haji Muhammad
● Melor Kuala Lumpur Harun Aminurrashid
● Keris Melaka
● Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt Portugis.
● Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.
● Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan
bangsa bagi generasi muda.
3. Persatuan Negeri
■ Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri
Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
■ Objektif – mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam
soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
■ Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.
4. Persatuan di Sarawak
■ Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).
■ Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
■ Tujuan – mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah
bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.
5. Persatuan di Sabah
■ Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
■ Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
■ Ditubuhkan pada 1939.
■ Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
■ Objektif – menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan
orang Melayu.
■ Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat politik.
PERKEMBANGAN KMM
■ KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
■ Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
■ Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
■ Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan
kader-kader yg dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
■ Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap
oleh British pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi Singapura.
3. Force 136
■ Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.
■ Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.
1. Negara
■ Negara – wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
■ Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
2. Bangsa
■ Merujuk kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
■ Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.
3. Kerajaan
■ Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
■ Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
■ Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
4. Perlembagaan
■ Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir
dan memerintah sesebuah negara.
■ Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
1. Wilayah Pengaruh
■ Wilayah - Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
■ Wilayah Pengaruh – kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
■ Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh
Timur Sumatera.
2. Kedaulatan
■ Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh
mana-mana pihak.
■ Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan
undang-undang.
■ Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau
penjajahan kuasa asing.
3. Lambang-lambang
■ Lambang Negara – Simbol atau tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
■ Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
■ Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan
yang dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
■ Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna,
bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
4. Keunggulan Undang-Undang
■ Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
■ Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan
diterima oleh masyarakat.
■ Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
■ Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta
pantang larang di kalangan masyarakat.
■ Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-
undang keluarga.
■ Undang-Undang Laut Melaka – berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal
kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan
jenayah.
5. Rakyat
■ Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan
yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
■ Sebagai tanda ketaatan , rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan,
mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.
6. Kerajaan
■ Badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan
kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
■ Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu
oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
1. Latar Belakang
■ Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.
■ Dikuatkuasakan pada tahun 1895.
3. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
4. Majlis Negeri – mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa
pelaksanaan.
5. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu
raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri dan rakyat.
6. Jemaah Menteri teriri daripada 8 hingga 12 org pegawai kanan kerajaan yg menjadi anggota
Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu, beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.
1. Latar belakang
■ Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-
1836).
■ Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan kelantan.
■ Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa
dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
● Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
● Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
● Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan
kehakiman.
● Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
● Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
● Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
● Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
● Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan
negeri.
1. Latar Belakang
■ Pada 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
■ Dikenali juga sbg Ittiqan-Il muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg
berdasarkan keadilan.
■ Tujuan – untuk menghalang British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
1. Latar Belakang
■ Negeri Sembilan teriri drpd 9 buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri
Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
■ Paa abad ke 18, Negeri Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran
Yamtuan Besar.
■ Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum
terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
■ Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada
ditangan rakyat.
■ Mengikut hieraki Adat Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu
Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang Dipertuan
Besar.