You are on page 1of 4

Lagu Guru…. (Melodi lagu Ibu nyanyian P.

Ramlee) (semua pelajar)

Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Bila kubersedih
Engkau nasihat selalu

Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Mendidikku selalu
Wahai guru

Betapa tidak hanya engkaulah


Yang menyinari hdidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Guru guru
Engkaulah penyuluh hidupku
Tak jemu mencurahkan ilmu
Wahai guru

Tap tap tap tap tap (bunyi kasut guru) – (semua pelajar)
Semua bangun….. (seorang pelajar lelaki)
Selamat sejahtera cikgu (semua pelajar)
Selamat sejahtera , baiklah, awak semua boleh duduk (seorang pelajar perempuan)

Terima kasih cikgu (nada upin dan ipin) (semua pelajar)


Cikcikgu cikcikgu
Terima kasih cikgu
Cikcikgu cikcikgu

Gurindam jiwa lagu diseru


Buat mengubat hati yang rindu (semua pelajar)
Pantun ini terkhusus untukmu
Dari kami untuk cikgu

Gajus muda dicicah garam


Sedap rasanya walaupun pahit
Pelbagai karenah pelbagai ragam (pelajar perempuan)
Guru tak heran tak pernah serik

Sejarah, BM dan juga Ekonomi


Subjek pilihan tingkatan enam
Soal disiplin tiada kompromi (pelajar lelaki)
Hormati guru asas kejayaan
Wajah ayu lagi menawan
Puteri jelita Pulau Sentosa (pelajar perempuan)
Jangan degil tak baik melawan
Kelak dirimu akan binasa

Jauh berjalan Pendekar Sidik


Duduk di kali melepaskan penat (pelajar lelaki)
Guru mengajar dan juga mendidik
Pantang duduk walaupun penat

Badan penat terasa perit


Mari makan pulut semangat (pelajar perempuan)
Vokal lantang sesekali menjerit
Bukan marah tetapi bersemangat

Hang Tuah pahlawan terbilang


Nama tersohor di serata pekan (pelajar lelaki)
Cemerlang, gemilang dan juga terbilang
Itulah harapan yang guru gantungkan

Burung helang menyambar mangsa


Gegak gempita seluruh desa (pelajar perempuan)
Ajaran guru ilmu berharga
Semangat dan keikhlasan demi anak bangsa

Antara syabu dan juga ganja


Dadah heroin lagi berbahaya (pelajar lelaki)
Guru pencetus kegemilangan berganda
Pelajar penggerak wawasan negara

Anak Cina bermain tongkang


Tongkang pecah dipukul taufan (pelajar perempuan)
Sudah berjaya melakar kecemerlangan
Jasa guru tak akan kami lupakan

Rajin sungguh anak petani


Lepas membajak mandi di perigi (semua pelajar)
Budi bahasa amalan murni
Guru dihormati tidaklah rugi
Baiklah pelajar, minggu lepas cikgu suruh awak buat latihan A.
Seperti yang dijanjikan, hari ni kita akan bincang.
Ahmad, sila jawab….. (seorang pelajar perempuan)
Jeng jeng jeng… (semua pelajar)
Saya tak buat cikgu.. (pelajar lelaki)
Hah? Tolong berdiri ! (seorang pelajar perempuan)

Lily? Sila jawab…. (pelajar perempuan)


Jeng jeng jeng… (semua pelajar)
Saya buat cikgu tapi tertinggal di rumah… (pelajar perempuan)
Hah? Tolong berdiri! (pelajar perempuan)

Muttu? ( seorang pelajar perempuan )


Alamak kantoiiii (semua pelajar)
Ayoyo..saya tarak buat cikgu (seorang pelajar lelaki)
Awak pun sama? Tolong berdiri…. (seorang pelajar perempuan)

Kalau macam ni sikap awak, hari ni kita semua tak payah belajar…awak buat kerja
sendiri dan cikgu buat kerja cikgu..puas hati awakkan? Awak sukakan? (pelajar
perempuan)

Dan cikgu pun merajuk (pantun)


Keluar kelas keraskan hati (semua pelajar)
Murid panggil cikgu tak nak masuk
Pelajar turut susah hati

Hahaha..tak tahu (pelajar lelaki)


Hahaha..tak tahu (semua pelajar)
Engkaulah (semua pelajar lelaki)
Engkaulah (semua pelajar perempuan )
Ehh, engkaulah (seorang pelajar lelaki)

Jom kawan-kawan
Mari kita sama-sama (semua pelajar)
Pergi pujuk cikgu
Minta maaf ramai-ramai

Cikgu , cikgu kami minta maaf,


Kami janji akan buat kerja cikgu (semua pelajar)
Cikgu masuklah kelas

Maafkan kami…
Maafkan kami.. (semua pelajar)
Maafkan kami
Maafkan kami
Maaafkan kami
Barapa banyak maaf daaa…. (seorang pelajar perempuan)
(Melodi lagu maafkan kami oleh P. Ramlee)

Cikgu pun diam sahaja


Murid menangis rasa bersalah
Lalu cikgu pun berkata (pantun)
Baiklah, cikgu pun minta maaf (semua pelajar)

Jom kita masuk kelas


Cikgu marah sebab sayang (pantun)
Cikgu harap awak sedar (semua pelajar)
Murid angguk, tanda faham

Wahai anak didikku


Kau harus rajin belajar, tekun dan juga taat (sajak)
Usah dibazirkan waktumu dengan perkara yang sia-sia (seorang pelajar
perempuan)
Jadikan buku teman terbaikmu
Kelak kau lulus dengan cemerlang
Nanti dapat masuk universiti pilihan
Belajar pula kursus yang diinginkan
Tak mahukah kamu?

Murid angguk tunduk sahaja


Rasa kesal menerjah dada (semua pelajar)
Pesanan guru tersemat di dada
Akan ingat sampai bila-bila

Maafkan kami cikgu (semua pelajar)


Terima kasih cikgu

You might also like