You are on page 1of 7

Transkripsi sesi kaunseling

Guru : Selamat datang.


Murid : ( murid bermain-main jari )
Guru : Jangan risau, saya bukan nak marah awak ke, nak buli awak ke, jangan
risau. Assalamualaikum dan selamat pagi.
Murid : Waalaikumussalam
Guru : Awak tahu nama cikgu?
Murid : ( mengangguk )
Murid : Tapi awak tak tahu nama penuh cikgu kan? Nama cikgu yang sebenar ialah
Fitri Hanna Binti Muhammad Saed. Cikgu daripada Institut Perguruan Teknik.
macam cikgu praktikal lah ni. Kalau cikgu nak berkenalan dengan awak boleh?
Berikan nama penuh awak dengan kelas dengan asal mana?
Murid : Asal tu dekat mana? Lahir dekat mana?
Guru : lahir la. Tempat lahir awak.
Murid : (sambil bermain baju) nama Faridah Inda Azwa Binti Busra, kelas 5 Setia,
lahir dekat Hospital Seremban.
Guru : oh, orang seremban.
Murid : (mengangguk)
Guru : ok, cikgu nak bagitau sesuatu. Kita ni sebenarnya ada sesi kaunseling sikit
la. Tapi bukan sebab awak ni seorang yang bermasalah yang teruk sangat. Awak
tidak. Tapi awak jangan anggap dia sebagai sesi kaunseling, awak anggap ini
sebagai cerita kita sahaja. Kira ni cerita kita berdua la. Cikgu cerita dengan awak,
awak bercerita dengan cikgu. Lepas tu lagi satu, kalau kita cerita-cerita dekat sini,
kita habis dekat sini je tau. Jangan bawa luar. Jadi kalau awak nak cerita rahsia
dengan cikgu, boleh je, tapi kita habis dekat sini. Maksudnya, kalau cikgu ada cerita
apa-apa dengan awak, awak tak cerita dengan dengan kawan-kawan. Kita habis
sini, habis dekat sini.
Murid : (mengangguk sambil tersenyum dan memegang bibir)
Guru : Oh, lagi satu, cikgu nak minta izin awak untuk cikgu rakam. Boleh tak?
Murid : (menggangguk) boleh.
Guru : Cikgu tak adalah sebar masuk dalam youtube, jangan risau. Kan cikgu dah
cakap tadi. Ini antara kita. Kira ini untuk cikgu ajelah, kalau awak nak tonton sendiri
nanti boleh. Boleh x?
Murid : (murid tergelak dan tersenyum) boleh.
Guru : apa-apapun, pertama sekali cikgu nak kenal awak dengan lagi rapatlah.
Cikgu nak awak cerita yang penuh-penuh punya tentang diri awak, maksudnya
tentang keluarga, ayah nama apa, mak ayah kerja apa, mak nama apa, adik beradik
ada berapa orang, awak anak yang keberapa, awak boleh cerita. Ok?
Murid : (tergelak sambil memegang bibir sekali lagi) (mengangguk-angguk) nama
ayah Busra Bin Adawi, emmm, kerja ayah sendiri.
Guru : buka kedai makan ke?
Murid : (geleng kepala) tak lah, ayah buka kedai topup. Mak kerja klinik.
Guru : Mak kerja klinik. Jururawat?
Murid : haah. (mengangguk)
Guru : nama mak?
Murid : Nur azizah.
Guru : Adik-beradik ada berapa orang?
Murid : dua je.
Guru : untung la, cikgu adik beradik tiga orang, semua perempuan. (pandang
murid) apa lagi awak rasa nak cerita?
Murid : apa cerita?
Guru : tak kisah. Awak nak cerita tentang atuk nenek awak ke, tinggal dengan atuk
nenek ke? Kan nak cuti sekolah ni. Awak nak bercuti kemana-mana.
Murid : (sambil tergelak) cikgulah cerita dulu.
Guru : Eh, cikgu dulu pula. Ok la. Dah nak cuti dah. Cikgu nak balik kampung
cikgulah. (tersenyum) Kalau tak mahu cerita tak apalah, cikgu tanya sesuatu boleh?
Murid : (angguk) tanyalah
Guru : ayah asal orang mana?
Murid : ayah orang Indonesia
Guru : Indonesia tu dekat mana?
Murid : dekat Acheh.
Guru : oh, yang kena tsunami dulu tu?
Murid : (angguk) haah, tapi tak kena pun tempat ayah.
Guru : baguslah, syukur tak kena.










Guru : Ok, aaaa, sebenarnya macam ni, cikgu dapat tau daripada cikgu-cikgu inilah
yang awak ni selalu dalam kelas selalu mencarut-carut. Maksudnya macam awak,
aaa, tau tak maksud mencarut tu apa?
Murid : (geleng kepala)
Guru : mencarut tu maksudnya cakap benda-benda yang tak elok, cakap benda-
benda yang tak elok la. Contoh macam ba alif ba ya ke, bodoh ke, tak guna ke,
celaka ke, tu antara perkataan-perkataan yang tak elok lah. Selepas tu cikgu dapat
tahu juga yang awak ini ada tulis surat cinta.
Murid : (mengerutkan dahi dan air muka berubah) tak lah. Apa ni, Hisyamlah yang
buat.
Guru: lepas tu, awak buat apa?
Murid : saya balas la balik.
Guru : awak balas balik? Awak suka dia ke? Ke dia suka awak?
Murid : tak ada maknanya.
Guru : tapi yang pertamanya tulah, yang perkataan-perkataan yang sebut tu, betul
ke?
Murid : (menganggukkan kepala tanda betul)
Guru : kenapa macam tu?
Murid : sebab Hisyam tuduh-tuduh saya ambil gambar bogel lah, macam-macam.
Guru : awak tau tak yang perkataan-perkataan tu tak elok sebenarnya?
Murid : (angguk lagi sekali)
Guru : awak tahulah maksudnya yang perkataan-perkataan tu sebenarnya tak elok.
Tapi sebab awak marah, awak sebut.
Murid : (angguk, tanda betul)
Guru : Perkataan yang selalu keluar daripada mulut awak antaranya apa?
Murid : (bermain jari) bodoh.
Guru : oh, banyak bodoh la, yang babi tu tak ada?
Murid : tak ada. (geleng kepala)
Guru : hubungan awak dengan rakan kelas? Maksudnya dengan budak lelaki,
dengan budak perempuan, macam mana?
Murid : dengan budak perempuan ok, tapi lelaki biasa, dengan Hisyam tak, sebab
dia suka ejek nama bapa saya. (murung sebentar)
Guru : kalau awak marah dekat Hisyam tu awak cakap apa dengan dia?
Murid : kalau marah dekat dia, cakap bodoh dengan babi tu lah.
Guru : kira awak ni tak boleh kawal marah awak lah. Kira awak ni temper tantrum la
juga ni. Kalau macam kawan-kawan yang lain, sama juga ke?
Murid : kalau dengan kawan tu macam mana? Kawan biasa ke kawan rapat?
Guru : tak kisah mana-mana, contoh macam diaorang tak sengaja sakitkan hati
awak, pun awak cakap macam tu jugak?
Murid : kalau diaorang minta maaf, saya tak adalah cakap.
Guru : kalau diaorang tak sengaja atau tak tahu. Macam contoh, dia langgar awak
tapi dia tak sengaja dan dia tak tahu.
Murid : marah lah juga.
Guru : maksudnya, awak ni memang tak boleh kawal marah la juga.
Murid : Kalau mood saya baik, baiklah.
Guru : kira awak ni kalau orang baik dengan awak, baiklah. Kalau orang buat awak
marah pon awak akan marah-marah. Tapi antara tu, awak sukar kawal marah ke
tau emosi boleh dikawal lagi?
Murid : emosi masih boleh dikawal lagi.
Guru : cikgu ni pun temper tantrum jugak, awak pernah perasan kan cikgu kadang-
kadang mengamuk dalam kelas awak.
Murid : (angguk tanda betul)
Guru : Tapi tu bukan cikgu yang sebenar. Cikgu yang sebenar bukan seorang yang
nak marah-marah. Cikgu jenis yang cool. Tapi cikgu boleh kawal marah lagi. Tak
seronok la dalam kelas kita nak marah-marah je. Betul tak?
Murid : (angguk dan senyum)
Guru : awak tengok cikgu dalam kelas macam mana?
Murid : macam biasa.
Guru : macam biasa tu yang macam mana?
Murid : macam kalau orang buat salah tu cikgu marah lah.
Guru : ha, cikgu tengok situasi. Bukan apa, sebab bila cikgu tanya awak ni seorang
yang jenis pemarah ni, awak mengangguk.
Murid : (tersenyum dan menggerakkan jari dan tangan)
Guru : cikgu nak bagitau awak macam mana nak kawal marah kalau lelaki kacau-
kacau kita
Murid : (mendengar)
Guru : lelaki ni, kalau dia suka kacau-kacau kita, dia suka kita sebenarnya.
Murid : eeeeeee.
Guru : betul. Awak buat tak peduli je. Kalau awak layan, lelama dia akan jadi give
up. Tau give up tu apa?
Murid : apa tu?
Guru : putus asa.
Murid : kalau dia ejek nama atuk?
Guru : awak buat tak layan je. Kalau awak asyik marah, itu menunjukkan yang
awak layan apa yang dia ejek. Cikgu tau Hisyam tu macam mana, masa pertama
kali cikgu tengok dia, cikgu boleh tau macam mana.
Murid : (tergelak-gelak)
Guru : kita jadi perempuan ni, kena jual mahal, jadi cool, jangan layan perangai
budak lelaki yang suka ejek-ejek, kacau la. Jangan layan. Dalam hati kita mungkin la
kita sakit hati, tapi diamkan aje. Jangan buat apa-apa. Tu je satu cara nak kawal
marah awak. Kalau awak tak tahan juga nak marah, carilah dinding ke, pergilah
marah kat dinding, nescaya awak akan lega.

You might also like