You are on page 1of 4

TAJUK: PEMBUBARAN

Soalan 1
Anis, Fatin dan Qistina ialah pekongsi-pekongsi dalam sebuah perniagaan yang berkongsi untung
atau rugi mengikut nisbah 2 : 2 : 1. Pada 31 Disember 2017, mereka bersetuju membubarkan
perkongsian itu. Kunci kira-kira pada tarikh pembubaran adalah seperti berikut.

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2017


Aset RM Liabilit RM
Premis 80,000 Modal :Anis 60,000
Kenderaan 22,500 Fatin 40,000
Kelengkapan kedai 9,200 Qistina (7,688)DT
Stok 10,100 Pinjaman 30,088
Penghutang 9,220 Pemiutang 11,730
Bank 3,110
134,130 134,130

Maklumat Tambahan:
i. Anis mengambil alih kenderaan dengan harga RM21,300.
ii. RM120 tidak dapat dikutip daripada penghutang.
iii. Pemiutang dijelaskan dengan nilai RM11,000.
iv. Belanja pembubaran RM970 telah dibayar.
v. Aset-aset lain dijual dengan harga seperti yang berikut : Premis RM88,000,
Kelengkapan kedai RM8,000, dan stok RM7,800.
vi. Pinjaman dijelaskan sepenuhnya.
Pekongsi-pekongsi bersetuju membawa masuk tunai tambahan untuk menampung kurangan
modal jika perlu.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Realisasi (c)Akaun Bank
(b) Akaun modal pekongsi
Soalan 2

Linda dan Eliza ialah pekongsi dalam satu perkongsian yang membahagikan untung atau rugi
mengikut nisbah 3 : 2. Linda ingin berpindah dan memulakan perniagaan di tempat lain.
Pada 31 Ogos 2017, mereka bersetuju membubarkan perkongsian. Kedudukan kewangan
perniagaan pada tarikh itu ditunjukkan oleh Kunci Kira-kira di bawah ini.

Kunci Kira-kira pada 31 Ogos 2017


Aset RM Liabilit RM
Kenderaan 25,000 A.Modal Linda 18,000
Lengkapan 5,600 Eliza 12,000
Stok 3,800
Penghutang 6,600 A. Semasa : Linda 620
Bank 3,100 Eliza 470
Pemiutang 13,010
44,100 44,100

Maklumat Tambahan:
i. Linda mengambil alih kenderaan dengan nilai RM23,000.
ii, Sejumlah RM6,000 berjaya dikutip daripada penghutang dan bakinya dihapuskan sebagai hutang
lapuk.
iii. Cek bernilai RM9,200 diterima hasil daripada jualan aset-aset lain
iv. Pemiutang telah dibayar setelah ditolak diskaun sebanyak RM1,010
v. Perbelanjaan realisasi berjumlah RM900.
vi. Semua penerimaan dibankkan dan pembayaran dibuat dengan cek.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Realisasi (c)Akaun Bank
(b) Akaun modal pekongsi
rkongsi untung
mbubarkan

ng kurangan
ng atau rugi

an sebagai hutang

You might also like