You are on page 1of 3
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, ARAS 8, BLOK E8 } KOMPLEKS E Tel : +603-8884 9343 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Fax : +603-8884 9342 62604 PUTRAJAYA, Laman-web : http://wwww.moe.gov.my KP (BPSH — SPPK) 601/3 Jid 3 (23 ) 17 Disember 2008 19 Zulhijjah 1429 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH SELURUH NEGARA Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas Bil. 3/1996 bertarikh 11 Julai 1996 dan surat siaran KP (BPSH - SPPK) 601/3 Jid 2 (56 ) bertarikh 26 Ogos 2008. 2. Semua Pengetua dan Guru Besar di sekolah hendaklah memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah seluruh negara dapat melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, hal ehwal murid dengan berkesan di sekolah 3. Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah untuk merealisasikan agenda Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) khususnya bagi aspek teras kedua PIPP jiaitu Membangunkan Modal Insan. Manakala dari aspek falsafah pendidikan negara, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk memantapkan aspek keutuhan emosi dalam kalangan murid sekolah. 4, Bagi mengelakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling banyak bertugas di luar sekolah semasa sesi persekolahan, berikut adalah perkara-perkara dasar pengurusan profesional keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu di patuhi: 4.1 Sebarang program dan aktiviti hal ehwal murid yang dikelolakan oleh agensi luar daripada KPM mesti mendapat kelulusan daripada Pengarah di Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu dan pegawai meja yang bertanggungjawab adalah Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di Jabatan Pelajaran Negeri. 4.2 Tanggungjawab utama Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah di sekolah. Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab penuh untuk membuat keputusan berhubung kebenaran kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan tugas mereka selain di sekolah jika diminta oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling secara sepenuh masa membawa maksud Guru Bimbingan dan Kaunseling (sekolah rendah dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru matapelajaran biasa. Walaubagaimanapun, Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah melaksanakan arahan Ketua Jabatan dari masa ke semasa meliputi waktu bertugas di hujung minggu jika diperlukan merujuk kepada program-program pembangunan sahsiah dan pendidikan kerjaya murid di sekolah masing-masing 7. Tugas dan tanggungjawab utama Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pula adalah mengendalikan sesi kaunseling individu dan kelompok, manakala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah adalah meliputi tajuk-tajuk pengajaran dan pembelajaran seperti berikut: Matapelajaran murid tahun 1 hingga tingkatan 6 7.4 Kemahiran Belajar 7.2. Pendidikan Panduan Kerjaya 7.3. Pendidikan Psikososial dan Kesejahteraan Mental 7.4 Pendidikan Kepimpinan Murid 7.5 Pendidikan Pencegahan Dadah dan Rokok 7.6 Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS. Subjek matapelajaran adalah sama bagi murid sekolah rendah dan menengah, tetapi berbeza dari segi tahap isi kandungannya. 8. Program wajib yang mesti dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bagi memperkukuhkan program pembangunan modal insan dalam kalangan murid sekolah adalah: 8.1. Program Kaunseling Berfokus 8.2 Program Pembimbing Rakan Sebaya 8.3 Program Kepemimpinan Pengawas 8.4 Program Orientasi Murid 8.5 Kelab Bimbingan dan Kaunseling Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Guru besar di sekolah. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, ‘ < ‘ t DATO’ HAJI ALJMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM Ketua Pengarat'Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia s.k. Menteri Pelajaran Malaysia Timbalan Menteri Pelajaran 1 Timbalan Menteri Pelajaran 2 Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) 8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) 9, _ Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia 10. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 11. Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kuali 12. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 13. Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 14, Setiausaha, Bahagian Psikologi dan Kaunseling 15. Pengarah Institut Aminuddin Baki 16. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 17. Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster 18. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional 19. Pengarah Bahagian Pelajaran Swasta 20. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 21. Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 22. Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum PAaen= N

You might also like