You are on page 1of 8

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk
individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu
mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang
mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku,
gangguan komunikasi-pertuturan dan bahasa, hilang pendengaran, kecacatan dalam
penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar
cerdas.

Di Malaysia, Pendidikan Khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia


dilaksanakan melalui sekolah khas dan murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program
tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah
yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan
separa inklusif.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang dipanggil disleksia merupakan murid yang


mempunyai masalah pendidikan khas yang sukar untuk diramal dan dikesan. Oleh itu, kanak-
kanak disleksia seringkali tercicir ataupun diabaikan kerana guru ataupun orang
disekelilingnya tidak dapat mengesan sama ada murid ini mempunyai masalah disleksia
ataupun tidak. Disleksi merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh
kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah
sejenis penyakit. Disleksia merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaannya
gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis dan mengeja mahupun kemahiran
mengira walaupun pemikiran yang normal dan fizikal yang normal seperti kanak-kanak yang
lain. Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi hanya mengalami gangguan pembelajaran dan
boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Oleh itu, guru seperti yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan khas dan juga
individu yang normal harus mampu mengesan kanak-kanak ataupun pelajar yang berpotensi
menghidap masalah disleksia agar mereka ini tidak tercicir jauh dengan murid-murid yang lain
seterusnya dapat memulihkan maslaah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana, mereka
tidak tahu dan sukar untuk menggambarkan masalah yang mereka hadapi kepada kita insan
yang normal kerana mereka mengalami situasi yang agak membingungkan diri mereka
sendiri.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSI
(Menurut pandangan tokoh-tokoh di dalam 3 buah jenis buku)

Sebelum mengupas lebih jauh tentang definisi disleksia, sejarah perkataan disleksia (dyslexia)
muncul hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan
“Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain kesukaran dalam menggunakan
perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada
tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan”ophalomostologist” telah mendedahkan
perkataan ”Disleksia”. Beliau mengatakan bahawa “Disleksia” ialah satu “Disorder” dalam
Pendidikan biasa yang telah diterima oleh kanak-kanak biasa kerana meraka tidak
memperolehi kemahiran Bahasa, bacaan , menulis dan ejaan yang setaraf intelek.

Menurut World Federation of Neurology (1968) dalam buku “Apa itu Dysleksia?”, telah
mendefinisikan disleksia bahawa ia adalah suatu bentuk kecelaruan yang dialami oleh kanak-
kanak dimana mereka telah melalui pengalaman bilik darjah konvensional namun tetaap gagal
menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan
kemampuan intelektual mereka. Oleh itu,mereka dikatakan dan dibawah golongan pelajar
yang lebih teruk daripada murid pemulihan kerana langsung tidak dapat memberi respon yang
baik terhadap pembelajaran.

Seterusnya, menurut Thomas (1984) dalam buku “Dysleksia in the Primary Classroom”
, mempunyai definisi yang lebih terkini mengenai kanak-kanak bermasalah disleksia iaitu
dengan mengiktirafnya sebagai suatu masalah kognitif. Hal ini kerana, disleksia diakui bukan
sahaja dapat menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan juga
kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik. Oleh
itu, apabila dikaitkan dengan masalah kognitif, maka ia berkait rapat dengan saraf-saraf
neurologi yang tidak dapat memberikan tindak balas dan respon yang baik terhadap akal
fikiran seseorang kanak-kanak. Maka, seorang kanak-kanak itu tidak berfikir dengan baik dan
menunjukkan kognitif yang baik.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah mendefinisikan bahawa disleksia


merupakan masalah yang dihapi oleh murid yang mempunyai kecerdasan mental yang sejajar
atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Oleh sebab yang demikian, boleh dikatakan
bahawa akal fikiran murid disleksia lebih tinggi daripada murid-murid biasa dalam kemahiran-
kemahiran tertentu seperti kemahiran kreativiti dan juga kemahiran kesenian berbanding
menguasai kemahiran belajar.
Selain masalah kemahiran belajar iaitu masalah membaca dan mengeja, terdapat juga
masalah-masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam
pembelajaran seseorang individu. Antaranya adalah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan
kemahiran menulis iaitu sukar mentafsir bentuk-bentuk atau symbol-simbol huruf yang dilihat.
Masalah Discalculia (Dyscalculia) pula adalah berkenaan dengan kesukaran dalam
pembelajaran matematik dan masalah bahasa yang melibatkan kesukaran mendengar dan
bertutur. Masalah-masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan
sukar untuk dikesan.

Manakala, menurut Choong Lean Keow (2009) dalam buku “Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku” telah mendefinisikan bahawa disleksia adalah kesukaran menggunakan
perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa. Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa apabila seorang kanak-kanak dilihat mempunyai simptom-simptom disleksia,
kanak-kanak itu menunjukkan tingkah laku yang berlainan daripada kanak-kanak yang normal.
Kanak-kanak ini menjadi pendiam dan tidak mahu bergaul dengan orang disekelilingnya serta
apabila berada di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid ini tidak menunjukkan
prestasi yang baik dalam akademik kerana mempunyai masalah 3M membaca, menulis dan
mengira.

Oleh itu, kita sebagai individu yang normal yang mempunyai pengetahuan tentang
disleksia ini dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia agar mereka
tidak terus tercicir dan boleh Berjaya seperti kanak-kanak yang normal.guru juga yang
mempunyai kepakaran dalam bidang disleksia harus menangani kanak-kanak yang
bermasalah seperti ini kerana, kanak-kanak ini tidak tahu mengenai masalah disleksia yang
menimpa terhadap diri mereka. Maka, guru seharusnya mengkaji masalah-masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila berdepan dengan masalah ini agar mampu
mencari jalan penyelesaian yang berkesan terhadap diri mereka. Hal ini kerana, setiap individu
yang bermasalah disleksia tidak mempunyai jalan penyelesaian yang sama. Guru perlu bijak
mengkaji setiap masalah yang berlaku dengan mengambil kira punca-punca berlakunya
masalah disleksia agar dapat menggunakan strategi yang berkesan kepada mereka.
3.0 Punca-punca Berlakunya Masalah Disleksia

Kita sering dikejutkan dengan masalah kanak-kanak disleksia yang tidak asing lagi di negara
kita dan juga di seluruh negara. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang mempunyai
masalah disleksia dikesan apabila memasuki ke alam persekolahan berdasarkan hasil
keputusan pencapaian akademik mereka. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak disleksia ini
kebiasaannya mempunyai sifat rendah diri. Mereka juga sering kali memberikan alasan bagi
mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang diajukan oleh guru semasa berada di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada peringkat awal persekolahan, mereka ini juga menunjukkan sifat mundur dan
lembam seperti lambat membaca dan juga mempunyai tulisan tangan yang buruk atau tidak
kemas. Ketika membaca, mereka seringmengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Menurut teori dan kajian, kebanyakan kes-kes disleksia yang berlaku adalah darikalangan
lelaki. Masalah ini juga kerap kali berlaku kepada pasangan kembar,kanak-kanak yang lahir
tidak cukup bulan dan juga anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur serta kanak-
kanak yang mengalami kecederaan pada kepala sewaktu kecil. Banyak punca-punca yang
yang telah dikaji yang telah menyumbang kepada berlakunya masalah disleksia. Oleh itu, kita
perlu mengambil tindakan yang sepatutnya untuk membantu kanak-kanak disleksia ini kerana
masalah ini boleh berlanjutan sehingga mereka dewasa.

Persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang berlakunya masalah


disleksia?

Menurut seorang tokoh iaitu Lerner (1997) dalam buku “Living With Dysleksia”, beliau
mengatakan ;

“Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan komples bagi manusia dan ia
memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat”.

Oleh itu, antara punca yang menyumbang kepada berlakunya masalah disleksia adalah
disebabkan faktor biologi kanak-kanak. Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah
semasa dilahirkan tidak cukupbulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran
yang amat sukar menyebabkan fungsi otak menjadi tidak sempurna. Kanak-kanak disleksia
ini mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurangnya fungsi otak
(dysfunction).
Menurut Spaafford dan Grosser (1996) dalam buku “Apa itu Disleksia?”, faktor biologi
ini menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan kanak-kanak. Sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan
kerosakan ini minimum. Para penyelidik juga telah mengetahui bahawa punca masalah
disleksia ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeza dari
lazimnya. Kanak-kanak ini mengalami kecederaan atau kerosakkan di bahagian otak tetapi
otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami
disleksia.

Disamping itu, punca masalah disleksia juga berlaku daripada keturunan ataupun
genetik. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah
yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah
keterukkannya. Mengikut Hammond dan Hughes (1996), terdapat kajian yang dijalankan telah
membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan
secara turun-temurun. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa apabila didapati ahli keluarga yang
mengalami masalah disleksia, maka keberangkalian mendapat anak yang mengalami
masalah disleksia juga akan ada.

Seterusnya, masalah disleksia juga boleh berpunca daripada kecederaan semasa


dalam kandungan ibu. Sifat kesempurnaan kanak-kanak akan bermasalah jika mempunyai
masalah kecederaan yang dialami oleh ibu semasa mengandung. Hal ini kerana, apabila
seorang ibu itu mengandung, kandungan itu haruslah dijaga dengan baik kerana ia amat
sensitif dan tidak boleh berlaku kecederaan yang boleh mengakibatkan kepada kandungan.
Oleh itu, semasa perempuan sedang mengandung, mereka haruslah menjaga kandungannya
itu agar kecacatan tidak berlaku kepada kanak-kanak apabila tidak berlakunya kecederaan
kepada bayi yang dikandung. Sebagai contoh, kecederaan yang boleh berlaku apabila
perempuan yang sedang mengandung adalah seperti jatuh ataupun pengambilan makanan
dan minuman yang tidak sepatutnya seperti arak .

Selain itu, faktor kematangan juga mempengaruhi kanak-kanak mendapat masalah


disleksia. Ini dapat dibuktikan melalui Mercer (1997) bahawa terdapat kanak-kanak yang
lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasaannya
kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan pada kanak-
kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. Oleh yang demikian, ibu bapa
yang mendidik anak-anak dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak mereka
haruslah sentiasa menjadi model kepada anak-anak dan sentiasa melakukan sesuatu yang
dapat meningkatkan atau mempercepatkan proses kematangan anak-anak mereka.
Hal ini kerana, ibu bapa yang menjadi tonggak kepada anak-anak. Jika ibu bapa tidak
mempedulikan perkembangan anak-anak mereka, kanak-kanak ini akan terbiar dan sudah
semestinya proses perkembangan kematangan mereka terbantut atau lambat. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh mendidik mereka dengan sentiasa mempertingkatkan sosial anak-anak
dan juga tunjuk ajar tentang erti kehidupan melalui keadaan persekitaran disekeliling mereka
agar akal fikiran mereka sentiasa berfikir dan juga dapat meningkatkan kognitif mereka serta
kematangannya.
Kesimpulan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang
budaya yang sempurna. Disleksia bkan sejenis penyakit dan tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat
dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan
tetapi seseorang disleksia tidak dapat mengecam sesuatu dalam keadaan baik dan terbalik.

Oleh itu, kita sebagai individu yang normal perlu mencari langkah penyelesaian dan
membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia agar mereka dapat dibantu dan
masalah yang dihadapi dapat diatasi walaupun mereka berbeza dengan kanak-kanak yang
lain.
Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ingvar Lungard at. al. (1999). Dysleksia : Advances in Theory and Practise. Goteborg:
Academic Publisher.

Nicola Brunswick. (2011). Living With Disleksia. New York: The Rosen Publishing Group Inc.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. (2006). Apa itu Disleksia? Kuala Lumpur: PTS Profesional
{ublishing Sdn.Bhd.

Wendy Hall. (2009). Dyslexia in the Primary Classroom. Glasgow: Learning Matter Ltd.

You might also like