You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan
Pada zaman abad ke-21 ini, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah
sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengahsemakin hangat diperkatakan
dalam media massa terutamanya di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen.
Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak ini
menimbulkan tanda tanya dan meresahkan semua pihak terutamanya ibu bapa, pihak
sekolah dan juga masyarakat. Hal ini kerana, semua pihak mula bingung memikirkan
mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini sama ada berpunca dari rumah
ataupun sekolah mahupun persekitaran.

Di sekolah, guru yang akan sering kali dikaitkan dengan masalah ini kerana,
kemungkinan guru-guru kurang menitik beratkan disiplin murid semasa di sekolah
ataupun kurangnya bimbingan terhadap jiwa dan dalaman murid . Hal ini pula akan
sering kali dikaitkan dengan guru bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah itu
disebabkan dengan tugas yang sebenar guru bimbingan dan kaunseling tidak
diketahui secara lanjut dan mendalam.

Perkhidmatan bimbingan kaunseling merupakan satu perkhidmatan tolong


bantu yang unik. Menurut Taylor (1994) dalam buku “Caunselor Preparation”,
kaunseling bukanlah suatu perkhidmatan mewah yang ditawarkan kepada individu
yang bermasalah sahaja, tetapi sebagai satu keperluan untuk masyarakat yang sihat.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga sebenarnya dilihat sebagai satu
perkhidmatan asas yang diperlukan oleh manusia dalam mencapai maklumat.

Oleh itu, selain permasalahan pelajar, desakan daripada ibu bapa dan
masyarakat yang sentiasa inginkan keputusan cemerlang dalam pencapaian
akademik tanpa sokongan padu kepada pihak sekolah juga menggamit tekanan
seorang guru bimbingan dan kaunseling. Halini kerana, terpaksa menghadapi kritikan
masyarakat yang menempelak kegagalan guru bimbingan dan kaunseling dalam
membentuk akhlak pelajar. Keadaan ini menggambarkan bahawa harapan
masyarakat terhadap guru bimbingan dan kaunseling dalam membantu menangani
permasalahan pelajar. Selaras dengan pandangan Menteri Perpaduan Malaysia
(1998) iaitu Datin Paduka Zaleha Ismail yang mengatakan seorang kaunselor umpama
seorang doktor yang merawat pesakit.

1
2.0 Konsep Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting


dalam agenda pendidikan negara terutama bagi mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020. Peranan penting ini
dapat dimainkan dengan berjaya melalui perancangan Program Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan
pelaksanaan program yang berkesan. Namun, masih ramai masyarakat yang di luar
sana tidak tahu akan konsep dan bidang yang dilakukan oleh kaunselor bimbingan
dan kaunseling. Hal ini menyebabkan mereka salah tafsir terhadap tugas sebagai
bimbingan dan kaunseling.

Menurut Tang Chee Yee (1989) dalam buku Bimbingan dan kaunseling,
konsep asas bimbingan ialah bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada murid-
murid biasa atau normal yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental,
sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian mereka. Hal ini kerana, murid-
murid seperti ini adalah seorang murid yang akan melalui fasa perkembangan remaja
yang sangat banyak cabarannya. Oleh itu, sifat perkembangan itu haruslah sejajar
dengan sifat yang positif agar tidak berada di laluan yang salah dengan terlibatnya
dengan gejala sosial yang negatif.

Selain itu, menurut Crow dan Crow (1983) beliau mengatakan bahawa erti
bimbingan ialah sebarang bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada pelajar
dengan betul. Hal ini boleh ditafsirkan sebagai suatu aspek pendidikan yang fungsinya
berhubung dengan perkembangan dan penyesuaian kanak-kanak. Jadi, bimbingan
boleh ditafsirkan sebagai suatu faktor yang disedari dan disusun dalam alam sekeliling
sekolah seseorang individu yang direka bentuk secara langsung untuk membentuknya
dalam penyesuaian kepada semua aspek hidup.

Sebagai contoh, semasa proses bimbingan berlaku, masalah klien diberikan


tumpuan dan layanan yang rapi. Hal ini kerana, agar pembimbing atau guru dapat
memberikan maklumat atau nasihat kepada seseorang itu dengan baik dan teratur.
Tambahan pula, semasa bimbingan diberikan, klien juga telah pun dapat membuat
keputusan terhadap sesuatu isu dan klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan
nasihat terhadap keputusannya itu sahaja. Oleh itu, konsep bimbingan adalah satu
proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan
kepada kehidupan mereka. Misalnya, memilih gaya hidup yang diingini. Perbezaan
ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu
individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai.

2
Mengupas mengenai konsep bimbingan, konsep kaunseling pula adalah
dimana satu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang
individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama
memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut
seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Menurut Jones (2004) dalam kajian Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008)
menjelaskan bahawa kaunseling mempunyai pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan
individu yang menerima kaunseling. Dimensi seterusnya ialah sebagai satu
perhubungan, intervensi, satu proses psikologikal dan mempunyai matlamatnya.

Sebagai contoh, semasa proses kaunseling dijalankan, masalah klien


dibincangkan bersama klien dan kaunselor. Semasa proses kaunseling dijalankan,
aspek yang dititik beratkan ialah agar klien mempertimbangkan satu-satu pilihan yang
berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan. Setelah itu, di akhir sesi,
klien diharapkan mendapat celik akal dalam mencari cara penyelesaian serta
berupaya membuat keputusan yang baik.

Selain itu, menurut Patterson (1995) dalam buku “Introduction to Counseling


dan Guidance”, konsep kaunseling adalah sebagai satu proses interaktif melalui satu
perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah kepada
perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat
keputusan. Secara ringkasnya, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku yang
bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi dengan kebolehan memahami dan
mengurus emosi.

Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling merupakan dua aspek yang


berbeza dari segi takrif dan konsepnya. Bimbingan lebih kepada cara seseorang guru
itu membantu murid-murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau memberi
ruang kepada murid-murid untuk membuat pilihan yang lebih baik manakala
kaunseling pula adalah suatu proses sistematik yang memerlukan kawasan kondusif
dan teraputik bagi membincangkan perubahan dalam diri klien sama ada dari segi
tingkah laku dan sebagainya. Perubahan ini seharusnya mencakupi pelbagai aspek
dalam diri klien itu sendiri dan klien harus merasakan perubahan itu sebagai suatu
perubahan yang positif iaitu berubah kepada kebaikan. Secara amnya, persamaan
bimbingan dan kaunseling adalah bermatlamatkan memberi klien peluang untuk
melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien
membuat keputusan yang bijak.

3
3.0 Etika Kaunselor

Sebagai guru kaunseling, kod tatalaku haruslah dipatuhi dan sentiasa diambil berat
semasa menjalankan sesi kaunseling terhadap seseorang klien. Hal ini kerana, kod
etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi
asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada
standard perlakuan kaunselor. Prinsip kod etika kaunselor ini menggariskan tentang
standard perlakuan kaunselor dalam menjalinkan perhubungan yang profesional
dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta
masyarakat keseluruhannya.

Kaunselor perlu diingatkan dan memahami bahawa, dalam proses kita


membuat pertolongan dan juga bantuan dalam sesi kaunseling ini, ia haruslah
berlandaskan kepada prinsip yang telah digariskan. Prinsip etika merupakan garis
panduan atau peraturan yang digunakan untuk menilai sama ada sesuatu perkara
yang dilakukan itu baik atau buruk. Menurut Kitchener dalam buku Malek Muhamat
Said (2009), telah mengenal pasti lima prinsip etika yang utama di dalam membuat
keputusan secara beretika di dalam membuat perhubungan pertolongan antara
kaunselor dengan seorang klien. Lima prinsip yang dikenali ialah sebagai “golden five
principles”.

Autonomi
(autonomy)

Tidak
Kemurahan
Berniat
Hati
jahat
(Beneficien
(Nonmalefic
ce)
ience) Prinsip
Etika
Kaunselor

Kejujuran Keadilan
(Vedelity) (Justice)

Gambar rajah 1 : Lima prinsip etika kaunselor

4
Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaslah bahawa seorang kaunselor itu
haruslah ada sprinsip yang pertama iaitu Autonomi (Autonomy). Prinsip ini merujuk
kepada seorang kanselor itu haruslah menghormati hak klien untuk membuat
keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau
gangguan daripada guru bimbingan dan juga kaunseling. Hal ini dimaksudkan
bahawa, klien itu mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.
Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan
sendiri. Dalam hal ini, menurut Patterson dan Welfel (2007), prinsip autonomi
melibatkan keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat
daripada pilihan yang dibuat. Namun, sebgai kaunselor, haruslah membantu klien
dalam mencari dan membuat jalan penyelesaian yang terbaik yang tidak
mengecewakan diri sendiri dan juga orang lain.

Prinsip kedua yang perlu ada dalam etika kaunselor adalah Kemurahan Hati
(Beneficience). Seorang kaunselor itu haruslah sentiasa ada sikap yang positif dalam
dirinya iaitu sentiasa mengambil hati klien dan menjadi seseorang yang pemurah dari
segi budi bahasa dan juga lain-lain perkara. Hal ini kerana, agar dapat membantu klien
mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling. Sebagai contoh, bimbingan dan
penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang
demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlulah berasaskan kepada
perkara atau benda yang baik yang dapat menjaga kebajikan klien. Justeru itu,
kaunselor haruslah mempunyai komitmen yang baik dalam sentiasa berbuat kebaikan
agar ia dapat melahirkan keyakinandan kepercayaan diri klien terhadap seseorang
kaunselor untuk membantu dirinya.

Seterusnya ialah, prinsip ketiga adalah Tidak Berniat Jahat


(Nonmaleficience). Seorang kaunselor ituharuslah sentiasa bersikap baik dan tidak
melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klien atau orang lain.
Menurut Khadijah Rohani Bt. Mohd Yunus dan Nazariah Bt. Ab Samad dalam buku
mereka, kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan
sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka
perlu menjaga batasan dalam perhubungan dan tidak melakukan kecuaian serta
sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada pelajar di samping mengelak daripada
melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.

5
Disamping itu, prinsip etika kaunselor yang keempat ialah, sentiasa
mempunyai sikap keadilan (Justice). Kaunselor haruslah memberi layanan yang
sama kepada semua kanak-kanak ataupun kliennya tanpa ada unsur berat sebelah
atau memilih dari segi umur, jantina, bangsa mahupun agama. Hal ini kerana,keadilan
merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.
Tambahan pula, ini akan membina keyakinan terhadap diri klien untuk menceritakan
permasalahan yang dihadapinya.

Akhir sekali, pinsip kelima dalam etika kaunselor adalah, Kejujuran (Vedelity).
Kejujuran melibatkan kejujuran dan keihklasan dalam perhubungan menolong antara
klien dan kaunselor. Selain itu, kejujuran juga merupakan tanggungjawab untuk
memberikan kepercayaan serta membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya
merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Kejujuran merangkumi
aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor terhadap klien.
Selain daripada itu, kejujuran juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada
organisasi, majikan dan profesionnya.

Seterusnya, selain adanya prinsip etika kaunselor, Persatuan Kaunseling


Malaysia (PERKAMA) (1994), selain prinsip etika kaunselor, kod tatalaku sebagai
kaunselor juga harus dipatuhi oleh para kaunselor. PERKAMA telah menggariskan
empat perkara utama kod tatalaku yang perlu dipatuhi selalu sebagai seorang
kaunselor iaitu yang pertama, kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi
memelihara piawaian dan identiti sebagai kaunselor dan nama baik profesion
kaunseling. Hal ini kerana, seorang kaunselor banyak memberi bantuan dan manfaat
kepada masyarakat dan ia akan dipandang mulia jika seseorang kaunselor itu sentiasa
menjaga tatalakunya.

Selain itu, yang kedua ialah, kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai
dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Hal ini
kerana, kanselor akan menjadi pakar rujuk kepada orang ramai dan haruslah
mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat banyak dan mendalam. Oleh itu, tidakakan
ada mustahil untuk seorang kaunselor itu tidak mengetahui sesuatu perkara apabila
berhadapan dengan klien.

6
Di samping itu, perkara yang ketiga dalam kod tatalaku kaunselor adalah,
hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur
selaras dengan profesion kaunseling. Ini membuktikan bahawa kaunselor itu diyakini
dan boleh dipercayai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien.

Akhir sekali ialah, kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya
oleh Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan
perundingan (consultative support).

Secara tuntasnya, Perkhidmatan kaunseling seperti juga perkhidmatan


professional yang lain mempunyai etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya.
Secara umumnya etika adalah satu garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi
dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak kurang pentingnya, etika membantu
menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya klien atau dianiaya oleh klien. Selain
itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika kaunseling untuk kegiatan seharian
mereka.

7
4.0 Peranan Guru Biasa dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
Sekolah

Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta
kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran
khusus untuk mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Namun,
peranan guru biasa dalam menjayakan program-program tersebut tidak dapat
dinafikan. Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat melihat keperluan semua
murid-murid yang berada di sekolah. Oleh itu, guru biasalah yang berfungsi sebagai
mata dan telinga untuk guru bimbingan dan kaunseling.

Antara peranan utama yang dapat dimainkan oleh guru biasa ialah, sebagai
pengumpul maklumat murid serta mengenal pasti masalah murid-murid di bawah
jagaannya. Segala maklumat yang diperoleh akan diberikan kepada guru bimbingan
dan kaunseling untuk tindakan selanjutnya. Guru juga perlu menjalankan kerja
pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, menyimpan
rekod, surat-menyurat dan juga melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada
pentadbir.

Terdapat dua teknik yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul
maklumat murid-murid, iaitu teknik ujian dan teknik bukan ujian. Secara amnya, teknik
ujian merujuk kepada ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri murid
seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan personaliti. Ujian-ujian
tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu atau kelompok.
Hasil penganalisian skor murid-murid dalam ujian digunakan sebagai rujukan dalam
sesi bimbingan dan kaunseling kelak. Bagi memperoleh satu gambaran yang
komprehensif dan menyeluruh, teknik bukan ujian turut digunakan oleh seseorang
guru biasa. Teknik bukan ujian ini bersifat subjektif berbanding dengan teknik ujian
yang bersifat objektif.

Tugas seorang guru bukan hanya sekadar mengajar di sekolah atau memberi
ilmu kepada murid-murid sahaja, malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai
guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah diketahui,
perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru
bimbingan dan kaunseling sahaja. Setiap guru sama ada guru mata pelajaran atau
guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil
kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing.

8
Selain itu, guru biasa juga memainkan peranan dalam mengurus program
bimbingan dan kaunseling. Di antara pengurusan yang boleh dibuat ialah
perancangan. Guru merancang program di sekolahnya. Sebagai contoh, program
minat kerjaya. Dalam program ini, guru berperanan membuat satu slot tentang kerjaya
dan membincangkan bagaimana murid itu hendak mencapai sesuatu bidang kerjaya
melalui keputusan pencapaian mereka.

Setelah itu, guru menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola


program tersebut. Seterusnya, penentuan halatuju. Guru menentukan halatuju dan
perlu melaksanakan perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan
peraturan kepada murid. Hal ini bertujuan, agar murid dapat membuat keputusan
tentang minat kerjaya yang dipilih olehnya dan mampu mencapai dan berjaya dalam
bidang kerjaya yang ingin diperolehi.

Akhir sekali, guru menilai. Dalam aspek ini, guru menilai keberkesanan
program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan
seterusnya. Hal ini kerana, agar program yang dijalankan itu dapat memberi impak
yang positif kepada murid-murid.

Di samping itu, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga
dapat menolong dan membantu murid-murid di bawah jagaannya dalam pelajaran
mereka. Murid pada masa kini menghadapi pelbagai masalah. Masalah-masalah
tersebut kadang-kala menjadi satu bentuk halangan kepada mereka untuk mengikuti
atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi mengatasi
masalah tersebut, guru biasa boleh membantu murid-murid ini dalam pelajaran
mereka. Hal ini bertujuan agar murid ini tidak akan ketinggalan dan juga tidak tercicir
bersama pelajar arus perdana dan mampu mencorak langkah sejajar dengan murid
normal yang lain demi mengejar kejayaan.

Selain dari itu juga, guru biasa boleh berperanan dengan memberikan
kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran kepada murid-murid di bawah
jagaanya. Terdapat murid yang sangat aktif untuk belajar, dan pada masa yang sama
juga terdapat murid yang datang ke sekolah hanya sebagai rutin harian mereka. Dalam
hal ini, guru biasa boleh memberikan kesedaran kepada murid-murid ini bahawa
betapa pentingnya pelajaran pada masa kini. Hai ini kerana pendidikan yang diperoleh
oleh seseorang murid pada masa kini akan menentukan masa depan mereka pada
suatu hari yang akan datang. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid akan
berpeluang untuk mengubah diri mereka dan bersedia untuk menghadapi cabaran di
dalam dunia pendidikan ini.

9
Seterusnya, guru biasa juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan dan
kaunseling sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap murid-murid mereka.
Mengisi kad 001 bagi murid-murid sekolah rendah juga merupakan salah satu dari
tugas seorang guru biasa. Antara butir-butir peribadi murid yang perlu diisi oleh guru
ialah seperti rekod berat, tinggi, rabun atau tidak, markah peperiksaan pertengahan
dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita murid tersebut. Kad 001 ini, adalah satu-
satunya kad peribadi murid yang diterima pakai dalam mahkamah. Sekiranya terjadi
apa-apa musibah ke atas murid-murid ini semasa dalam tempoh usia mereka
bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi dan
cita-cita murid tersebut.

Guru biasa juga hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga murid-
murid. Hal ini adalah kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi setiap
murid. Oleh itu, mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan murid dari
semasa ke semasa. Kerjasama antara kedua-dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa
akan dapat membantu kedua-dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak
mereka. Hal ini akan mendorong kepada guru atau ibu bapa untuk mengambil
sebarang tindakan yang seterusnya.

10
5.0 Inventori Minat Kerjaya (Ciri-Ciri & Signifikasi Inventori Minat Kerjaya
Self Directed Search-Sds)

Kita sering melihat seseorang kanak-kanak yang mempunyai minat dan cita-cita untuk
menjadi apa setelah dewasa kelak. Namun, sebagao seorang guru dan juga ibu bapa,
kadangkala tidak dapat menunaikan impian dan juga harapan seseorang kanak-kanak
itu. Hal ini kerana, seorang guru mahupun ibu bapa kurang meneroka terhadap
kecenderungan minat pelajar dan juga seseorang kanak-kanak itu. Oleh itu, mereka
tidak mampu dan juga tidak dapatmencapai impian mereka dengan sebaik mungkin.
Dalam keadaan seperti ini, sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sesebuah
sekolah, guru itu haruslah melakukan sesuatu seperti memilih salah satu inventori
minat kerjaya yang ada dan melaksanakannya terhadap pelajaragar dapat
mengetahui kecenderungan minat kerjaya seseorang pelajar itu.

Menurut Nowak (1986), satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu
tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan
persekitaran kerja. Contoh ujian minat ialah seperi Vocational Preference Inventory
(VPI), Self Directed Search (SDS), Strong –Campbell Interest Inventory (SC11),
Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS), Borang Minat Rothwell-Miller (BMRM) dan
Kuder Preference Records-Vocational (KPRV).

Secara umumnya, ujian minat kerjaya boleh mengenal pasti potensi individu
daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) dan Self-
Directed Search (SDS) misalnya boleh digunakan untuk mengenal pasti minat individu
sama ada dalam bidang Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) atau Conventional(C). Kebiasaannya, ujian Self - Directed Search
merupakan salah satu alat pengukuran yang sering kali diguna masyarakat kerana
ketepatan terhadap konsep dan teori yang digunakan. Alat pengukuran ini telah
diperkenalkan oleh Dr. Holland.

Dr. Holland telah memperkenalkan teknik yang dikenali sebagai Self-Directed


Search. Melalui Self Directed Search pelajar boleh mengarahkan dirinya sendiri bagi
mengenali minat dan jenis personaliti yang dimiliki. Teknik ini tidak memerlukan
bimbingan daripada orang lain. Bagi melakukan teknik ini, pelajar hanya perlu
mengikut arahan yang telah disediakan.

11
Menurut Dr. Holland, terdapat 6 jenis personaliti iaitu RIASEC (Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional) serta 6 jenis persekitaran
iaitu RIASEC di dalam alat pengukuran ini. Justeru itu, individu akan mencari
persekitaran yang membenarkan ekspresi dirinya sendiri. Di samping itu, tingkahlaku
individu seperti motivasi, pencapaian, kepuasan, produktiviti dan stabiliti adalah
bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dan jenis persekitaran.
Berikut merupakan jadual yang memberikan contoh padanan karakteristik personaliti
individu dan persekitaran karier berdasarkan Self-Directed Search. Melalui Teori
Holland, profil personaliti dan profil minat kerjaya boleh ditentukan dalam bentuk kod
tiga huruf Holland untuk mengetahui keselarasan antara personaliti dan pemilihan
kerjaya.

Tema Gaya Individu Persekitaran Pekerjaan


Individu agresif, lebih menyukai Pekerjaan-pekerjaan mahir
tugas-tugas yang konkrit daripada seperti juruelektrik, operator
abstrak, asasbya kurang bersosial, mesin, juruteknik mahir
Realistik interaksi interpersonal yang lemah. seperti mekanik motor,
pelukis pelan dan pekerjaan
perkhidmatan.
Individu yang intelek, abstrak, Kerja-kerja saintifik seperti
analitik, berdikari, kadang-kadang pakar kimia, fizik dan
radikal dan berorientasi tugas. matematik, juruteknik seperti
Investigatif juruteknik makmal, pekerja
elektronik dan pengatur cara
computer.
Individu imaginative, menilai tinggi Pekerjaan seperti pelukis, ahli
estetik, ekspresif, bebas dan agak muzik, penulis artikel, skrip
ekstrovert. drama, novel, pemimpin
Artistik orchestra, juruukur dan
pereka fesyen.
Lebih menyukai interaksi sosial, Kerja pendidikan seperti
berkaitan dengan sosial, agama, pendidik, pentadbir
orientasi kepada kerja-kerja pendidikan dan professor,
Sosial kemasyarakatan dan pendidikan. kerja kebajikan, ahli sosiologi,
kaunselor dan jururarawat.

12
Individu ekstrovert, agresif, suka Kerja-kerja pengurusan
Enterprising mengembara, suka peranan seperti pengurus jualan,
memimpin, pandai memujuk, mahir pengurus personel dan
dan pandai menggunakan pengurus pengeluaran. Kerja-
perkataan. kerja penjualan seperti
jurujual kereta, insuras dan
hartanah.
Individu praktikal, dapat mengawal Kerja-kerja pejabat dan
diri, suka bersosial, konservatif, perkeranian, kerani kaunter,
Conventional menyukai tugas-tugas berstruktur kerani fail, penyimpan kira-
dan mematuhi peraturan yang kira dan penyambut tetamu.
disediakan.

Jadual 1 : Contoh Padanan Karakteristik Personaliti Individu dan Persekitaran


Kaerjaya berdasarkan Self-Directed Search.

5.1 Pelaksanaan Inventori Minat Kerjaya (Self Directed Search- SDS)

Dalam konsep menjalankan inventori minat kerjaya di kalangan pelajar, saya telah
memilih dan menguji pelajar Institut Pendidikan Kampus Kent untuk mengetahui
kecenderungan minat kerjaya pelajar-pelajar di sini. Dalam melihat profil personaliti
dan juga profil minat kerjaya pelajar-pelajar, saya dapat mengetahui dan melihat sama
ada terdapat keselarasan atau tidak antara personaliti dan pemilihan kerjaya sebagai
guru dalam kalangan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ini.
Kajian telah dijalankan terhadap seramai 20 orang guru pelatih yang dipilih secara
rawak. Saya telah mengukur keselarasan antara personaliti dengan minat kerjaya
dengan menganalisis menggunakan kod tiga mata Holland yang diperolehi oleh guru
pelatih.

13
Saya telah menggunakan instrumen Inventori Self Directed Self (SDS) kerana,
alat ukur ini merupakan ujian minat kerjaya yang dapat mengukur dengan tepat
kecenderungan minat kerjaya guru pelatih sama ada sesuai dengan pekerjaan
sebagai guru atau tidak. Kesesuaian personaliti dengan minat kerjaya ini dapat diukur
melalui padanan antara kod tiga mata yang telah diperkenalkan oleh Holland.
Terdapat tiga bahagian dalam ujian SDS ini iaitu :

Bahagian A : perkara-perkara yang anda suka atau perkara-perkara yang anda


tidak suka lakukan
Bahagian B : perkara-perkara yang anda boleh atau perkara-perkara yang anda
tidak boleh lakukan
Bahagian C : pekerjaan yang anda berminat atau tidak berminat

Jadual 2 : Tiga bahagian dalam ujian SDS

Dalam kajian saya, sampel saya adalah seramai 20 orang dan merupakan 14
orang pelajar dari Pismp Pemulihan dan 6 orang dari kelas Pismp Bahasa Kadazan
Dusun. Sampel harus menjawab ujian SDS yang diberikan dan setiap soalan haruslah
dijawab dengan jujur dan betul. Hal ini kerana, agar dapat mengetahui dengan tepat
tentang keselarasan personaliti dengan persekitaran kerjaya pelajar.

Jadual 3 di bawah telah menunjukkan dapatan hasil jawapan pelajar yang dianalisis
menggunakan padanan kod tiga mata mengikut skor SDS.

Bil Skor SDS Responden

1 SEI 6 orang

2 SAE 3 orang

3 SIE 4 orang

4 ASE 1 orang

5 IRS 2 orang

6 ISA 1 orang

7 IAS 1 orang

8 CSI 1 orang

14
9 SRE 1 orang

Jumlah orang 20 Orang

Jadual 3 : Hasil jaawpan pelajar menggunakan padanan kod tiga mata.

Berdasarkan hasil jawapan pelajar melalui ujian inventori yang diberikan, murid
menunjukkan terdapatnya keselarasan antara personaliti dan juga juga persekitaran
kerjaya sebagai guru dikalangan pelatih. Hal ini kerana, responden ini mempunyai trait
dominan personaliti-sosial. Kod tiga mata Holland yang paling banyak diperolehi
adalah kod SEI iaitu seramai 6 orang guru pelatih.

Oleh itu, ciri-ciri sosial yang dimiliki oleh guru-guru pelatih adalah sikap gemar
terhadap berinteraksi dan juga bekerja dengan manusia serta bermatlamat membuat
kebajikan. Hal ini sejajar dengan ciri-ciri seorang guru iaitu mempunyai sikap
berkomunikasi yang baik dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, ciri-ciri Enterprising pula ialah, individu ini gemar bekerja dan
berinteraksi dengan manusia untuk keuntungan ekonomi individu mahupun sesebuah
organisasi. Sikap ini menunjukkan sikap yang positif yang perlu ada dalam seseorang
individu.

Di samping itu, ciri-ciri Investigatif yang diperolehi oleh guru pelatih pula
menunjukkan bahawa, guru pelatih ini seorang individu yang intelek, abstrak, analitik,
berdikari, kadang-kadang radikal dan berorientasi tugas. Ciri-ciri ini menunjukkan
bahawa mereka mempunyai daya pemikiran kreativiti dan sentiasa mengkaji sesuatu
benda yang baharu. Hal ini dapat menjadikan seorang guru yang bijak dan kreatif
dalam apa jua aspek-aspek kehidupan.

Sehubungan dengan keputusan yang diperoleh, boleh disimpulkan bahawa


kesesuian inventori minat kerjaya Self Directed Search (SDS) ini sesuai digunakan
untuk mengenalpasti kecenderungan minat kerjaya pelajar.

15
6.0 Kesimpulan

“ Kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi


tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau
menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.”

(Kamus Dewan, 1998)

Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah mencapai


kesempurnaan kendiri. Bagi mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan
beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan klien. Walaubagaimanapun,
semua itu bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan klien untuk melakukan
perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.

Secara tuntasnya, sebagai seorang guru kaunseling dalam melakukan


inventori terhadap seseorang pelajar itu, kita haruslah menitikberatkan personaliti
yang ada pada diri seseorang pelajar itu. Hal ini kerana agar masalah yang dihadapi
oleh seseorang itu dapat diatasi atau diselesaikan. Inventori boleh diguna pakai secara
meluas dan terdapat pelbagai jenis inventori selain inventori untuk mengetahui minat
kerjaya murid.

16
RUJUKAN

Gibson, R.L & Mitchell, M.R. (2003). Introduction to Counseling and Guidance. United
States: Merrill Prentice Hall.

Hollis, J.w. (1999). Counselor Preparation. Philadelphia: Taylor&Francis.

Malek Muhmat Said. (2009). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Sri
Pengajian Profesional.

Sabariah Siron. (2005). Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Menolong. Selangor:


Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Sapora Sipon & Hapshah. (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor: Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.

Sapora Sipon et. al. (2008). Kaunseling Individu Edisi Ketiga. Selangor: Prentice Hall.

Tang Chee Yee. (1989). Bimbingan dan Kaunseling : Perkhidmatan, Prosuder dan
Kemahiran mengikut Sukatan Pelajaran 1988. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

17

You might also like