You are on page 1of 8

TMK T5 PPT 2016

BAHAGIAN A ( 15 MARKAH )

Arahan : Setiap soalan diikuti olem empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul.

1. Apakah maksud rangkaian?

A. Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer untuk berkongsi sumber.
B. Sekumpulan komputer dan peranti rangkaian yang bersambung.
C. Rangkaian komputer yang digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada
pada lokasi yang berbeza.
D. Perpindahan maklumat antara satu komputer ke komputer lain yang tidak berhubung
secara fizikal.

2. Antara berikut, manakah merupakan kegunaan rangkaian?

I berkongsi akses internet III berkongsi peranti


II mel elektronik IV berkongsi fail

A. I dan II C. I, III dan IV


B. I, II dan III D. semua di atas

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)?

A. Perpindahan maklumat antara satu komputer ke komputer lain yang tidak berhubung
secara fizikal.
B. Merupakan dua atau lebih komputer untuk berkongsi sumber.
C. Kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama.
D. Rangkaian komputer yang digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada
pada lokasi yang berbeza.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Luas (WAN)?

A. Perpindahan maklumat antara satu komputer ke komputer lain yang tidak berhubung
secara fizikal.
B. Sekumpulan komputer dan peranti rangkaian yang bersambung.
C. Rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza.
D. Merupakan dua atau lebih komputer untuk berkongsi sumber.

1
TMK T5 PPT 2016

5. Apakah kegunaan alat berikut?

A. Digunakan untuk menghantar data melalui talian telefon atau kabel.


B. Digunakan untuk menyambung rangkaian internet.
C. Digunakan untuk menyambung antara komputer dengan komputer lain.
D. Digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.

6. Rajah menunjukkan sebuah hab. Apakah kegunaannya?

A. Peranti yang akan memilih laluan semasa penghantaran data ke destinasinya.


B. Peranti yang menjadi pusat rangkaian berkabel yang digunakan untuk menyambung
antara komputer dengan komputer lain.
C. Peranti yang digunakan untuk menyambung antara komputer dengan komputer lain.
D. Peranti yang menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian
tanpa wayar.

7. Apakah kegunaan modem seperti gambar di bawah?

A. Digunakan oleh komputer untuk menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
B. Digunakan untuk memilih laluan semasa penghantaran data ke destinasinya.
C. Digunakan untuk menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu
rangkaian tanpa wayar.
D. Digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi dalam rangkaian.

8. Apakah maksud internet?

A. Perkhidmatan capaian maklumat


B. Perkhidmatan komunikasi
C. Perkhidmatan rangkaian
D. Rangkaian komputer terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di
seluruh dunia.

2
TMK T5 PPT 2016

9. Apakah kegunaan penghala (Router)?

A. Menghubungkan data komunikasi untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar.


B. Betindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk
memindahkan data.
C. Digunakan untuk menyambung antara komputer dengan komputer lain.
D. Digunakan untuk memilih laluan semasa penghantaran data ke destinasinya.

10. Perkhidmatan capaian internet terdiri daripada?

A. Protokol pemindahan fail (file transfer protocol : FTP) dan muat turun
B. E-mel dan laman blog
C. Enjin pencari dan blog
D. Blog dan muat turun

11. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan enjin carian?

A. Yahoo (www.yahoo.com) C. Bing (www.bing.com)


B. Google (www.google.com) D. Blogspot (www.blogger.com)

12. Antara berikut, yang manakah boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi?

A. E-mel C. Laman sosial


B. Muat turun D. Blog

13. Kaedah pencarian Boolean terdiri daripada

I menggunakan frasa AND II menggunakan tanda (&)


III menggunakan tanda (“ “) IV menggunakan tanda (*)

A. I dan II C. I, III dan IV


B. I, II dan III D. semua di atas

14. Apakah yang dimaksudkan dengan laman web?

A. Catatan aktiviti peribadi


B. Penggunaan carian Boolean dengan menggunakan frasa dan tanda
C. Carian maklumat yang menggunakan internet sebagai medium
D. Paparan yang kebiasaannya dikendalikan oleh seseorang individu atau organisasi
tertentu yang memaparkan penulisan, gambar, audio, video dan sebagainya

3
TMK T5 PPT 2016

15. Apakah maksud blog?

A. Catatan peribadi yang ditulis pada perisian pemprosesan perkataan


B. Perkongisan resepi dalam kalangan pengguna internet
C. Buku catatan peribadi
D. Sebuah jurnal peribadi yang diterbitkan pada rangkaian internet

BAHAGIAN B ( 25 MARKAH )

Arahan : Jawab semua soalan. Tulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan

1. Nyatakan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah. ( 5 markah )

(a) Internet boleh dilayari di atas talian sahaja.

(b) Kita tidak boleh menghantar e-mel kepada rakan jika tiada akaun
e-mel.

(c) Internet hanya boleh dilayari oleh organisasi kerajaan dan pihak
swasta sahaja.

(d) Salah satu manfaat besar bagi memasang rangkaian di sekolah


adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam satu komputer
(server).

(e) Kelemahan rangkaian komputer adalah tidak boleh mengakses


internet secara serentak.

4
TMK T5 PPT 2016

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang diberikan. (5 markah)

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) komputer rangkaian

Rangkaian Kawasan Luas (WAN) Wi-Fi (wireless fidelity)

a) Komputer dalam __________________________________ boleh dihubungkan melalui kabel,


talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
b) ______________________________________________ merupakan rangkaian komputer jarak
jauh dan teknologi yang biasa digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada
lokasi yang berbeza.
c) ___________________________________________ menyambungkan komputer di mana-mana
sahaja sama ada di rumah atau di sekolah tanpa sambungan wayar.
d) ________________________________________ merupakan rangkaian kumpulan komputer
dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama dalam satu bangunan yang sama.
e) Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih _______________________ yang dihubungkan untuk
berkongsi sumber.

3. Padankan rajah di bawah yang merupakan peranti rangkaian. (5 markah)

(a) Hab

(b) Kabel rangkaian dan RJ45

(c) Kad antaramuka rangkaian (NIC)

(d) Titik Pusat Tanpa Wayar

5
(e) Modem
TMK T5 PPT 2016

4. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (5 markah)

Frasa Boolean Simbol Internet Enjin carian

a) __________________________ ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk


mendapatkan maklumat, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil
seperti LAN atau dalam komputer peribadi.
b) Carian yang lebih khusus boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pencarian
__________________________ .
c) Pencarian Boolean sama ada menggunakan _________________________ (AND,OR) atau
menggunakan _________________________ (“ “) atau (*).
d) Enjin carian ini selalunya dikaitkan dengan __________________________ untuk mencari
sesuatu maklumat.

5. Padankan.

Penerangan kepada jenis laman web Jenis laman web

(a) Menjual atau menawarkan sesuatu


Organisasi
barangan atau perkhidmatan.

(b) Mengandungi maklumat atau


pengalaman peribadi seseorang. Komersial

Mengandungi maklumat sesebuah


(c) organisasi, persatuan atau kelab. Hiburan

Memberikan maklumat dan berita.


(d) Peribadi

(e) Hiburan seperti permainan video,


filem, lagu, artis dan sebagainya. Informasi/berita

6
TMK T5 PPT 2016

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A
1. A
2. D
3. C
4. C
5. B
6. B
7. A
8. D
9. B
10. A
11. D
12. A
13. C
14. D
15. D

BAHAGIAN B

Soalan 1
a) BETUL
b) BETUL
c) SALAH
d) BETUL
e) SALAH

Soalan 2
a) rangkaian
b) Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
c) WIFI (wireless fidelity)
d) Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
e) komputer

Soalan 3
a) kabel rangkaian dan RJ45
b) kad antaramuka rangkaian (NIC)
c) modem
d) hab
e) titik pusat tanpa wayar (access point)

Soalan 4
a) enjin carian
b) Boolean
c) frasa , simbol
d) internet

7
TMK T5 PPT 2016

Soalan 5
a) komersial
b) peribadi
c) organisasi
d) informasi / berita
e) hiburan

You might also like