You are on page 1of 2

MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Tarikh: 11 MEI 2010


Tempat : SMK Kg Baru, Si Rusa, Port Dickson
Anjuran : Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNS
Pegawai : Ketua Sektor, Ketua Unit, Penolong-penolong Pengarah

Perkara-Perkara Penting:

Ketua Sektor: Tn Haji Mohd Razib Jamaludin

1. PBS merupakan satu komponen pentaksiran berterusan oleh pihak sekolah yang
akhirnya pelajar dianugerahkan sijil
2. Tiada lagi pentaksir kawasan akan datang ke sekolah, jadi Guru Penolong Kanan
dilantik sebagai Ketua Pentaksir Sekolah untuk menyelaras dan memastikan PBS
dilaksanakan oleh Pentaksir Sekolah dengan lancar mengikut jadual
3. Subjek Prinsip Perakaunan mulai ting 4 tahun ini ada PBS
4. Menerangkan tentang penggredan baru SPM seperti yang dipersetujui dalam
Mesyuarat Kurikulum Negeri
5. Tanggungjawab mengurus dan mengekalkan kecemerlangan dalam SPM dan PMR
peringkat kebangsaan adalah tanggungjawab semua
6. Memandangkan masalah sahsiah pelajar yang semakin merosot , (kes rogol semakin
meningkat)disarankan perjumpaan dengan pelajar perempuan diadakan pada tengah
hari Jumaat oleh Ustazah/Kaunselor. Boleh minta bantuan Dr atau pihak PDRM jika
perlukan penceramah
7. Gerakkan kaunselor, program kaunselor SMKA Pedas boleh dijadikan penanda aras

En Mohd Fakharuddin

1. PBS berlaku waktu P & P, pentaksiran berlaku serentak. Adakan pemantauan agar PBS
Berkualiti
2. Jika tiada buku pentaksiran boleh tulis surat permohonan ke SPP JPNS
3. Bilik Pentaksiran seharusnya diwujudkan (spt SMK Rantau)untuk menyimpan
dokumen skor, eviden atau sijil, yang perlu disimpan selama 6 bulan selepas keputusan
peperiksaan diumumkan. Selepas itu boleh dilupuskan
4. Untuk kes CBK –Calon Berkeperluan Khas boleh mohon pengecualian melaksanakan
PBS kepada JPNS untuk dipanjangkan ke LPM beserta bukti-bukti ( misalnya pelajar
cacat dll)

En Megat Affandi

1. Bahasa Cina perlu melaksanakan ULBS mulai tahun 2010 untuk pelajar Ting 4 dan
Prinsip Perakauan melaksanakan projek
2. Pastikan jadual waktu peperiksaan SPM tiada pertindihan, dan ajdikan jadual yang
diedarkan dua tahun awal sebagai panduan menentukan package subjek yang
ditawarkan
3. Tarikh akhir memasukkan markah ialah 31 Julai 2010, markah PBS boleh dimasukkan
dalam result

En Mohd Zaini : PBS SPM

1. Penubuhan Jawatankuasa PBS peringkat sekolah yang mengandungi Pemantau


Dalaman yang terdiri daripada Pengetua, GPK dan ketua Bidang. Penyelaras Dalaman
terdiri daripada Ketua Bidang (Yang Opsyen) , Guru Cemerlang, Ketua Panitia dan
Pentaksir Sekolah.
2 Pemantau Luar ialah Pegawai JPN atau PPD. Dan Penyelarasan Luar oleh KPN dan
KPkw

Puan Sabariah : PBS PMR

1. Menerangkan beberapa perkara yang menyentuh fail, dokumen, dll


2. Menyatakana bahawa SUP telah dimaklumkan bahawa mereka perlu buka website
http://spp.jpnns.gov.my seminggu tiga kali untuk melihat berita-berita terbaru

Disediakan Oleh

You might also like