You are on page 1of 5

KELAB PERMAINAN

BADMINTON
2014
LAPORAN TAHUNAN KELAB PERMAINAN BADMINTON SKSM 2014

1. PENGENALAN

Kelab Badminton tahun 2014 diuruskan oleh Cik Nadrah binti Khaidir, Puan
Haniza binti Ab Hamid, Puan Hayati binti Md Fadzali dan Puan Hasanah binti
Mohamad Ali selaku guru penasihat Kelab Permainan Badminton SKSM. Aktiviti
atau rancangan tahunan adalah seperti yang dirancangkan berdasarkan takwim
kokurikulum SKSM 2014. Ahli kelab berjumlah 29 orang murid dan ahli
jawatankuasa murid adalah seperti yang berikut:

PENGERUSI : SITI NUR HANIS AFIQAH BINTI ISMAIL (6A)

NAIB PENGERUSI : SOLIHIN B. IBRAHIM (6A)

SETIAUSAHA : SOLEHAH BT MUSTAFA (6A)

BENDAHARI : SITI HIDAYAH BT MOHAMAD SALLEH (6B)

AJK TAHUN 3 i) TARMIZI B. IBRAHIM (3A)

ii) SURIANI BT SULAIMAN (3A)

TAHUN 5 i) SH. SALMAN B. SM SALIM (5A)

ii) AMARINA BT RAZALI (5B)

TAHUN 6 i) SOBIRIN B. CHED MAD (6B)

ii) NORAINI BT MUHAMAD ALI (6B)


2. AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Kesemua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi Kelab


Permainan Badminton ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamatnya iaitu;

(i) Mendedahkan pelajar tentang asas, teknik dan peraturan permainan


badminton.

(ii) Melahirkan pemain yang berpotensi dan berkualiti utk mewakili sekolah.

(iii) Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan.

Pertama sekali, kesemua ahli telah diberikan latihan teori mengenai


badminton yang menyediakan pengetahuan tentang permainan ini seperti sejarah
permainan badminton, saiz serta jenis gelanggang dan peraturan permainan.
Kemudian, ahli-ahli diberikan latihan fizikal bagi menyediakan murid-murid untuk
mempelajari kemahiran asas permainan ini. Latihan fizikal yang dimaksudkan ialah
latihan ketangkasan. Guru melatih murid pergerakan yang digunakan dalam
permainan ini.

Setelah murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal, semua ahli diberi
latihan kemahiran asas bermula dengan cara memegang raket sehinggalah cara-
cara membuat servis. Kemahiran asas yang telah diajar adalah seperti berikut:

1. Memegang Raket

 3 cara pegangan asas iaitu :


1. pegangan depan(forehand grip)
2. pegangan kilas (backhand grip)
3. pegangan rata (flatgrip)

2.Membuat Servis
 2 jenis servis iaitu :
1. Sevis rendah
- Servis rendah depan
- Servis rendah kilas
2. Servis tinggi
- Pukulan hadapan
- Pukulan kilas
- Pukulan lob
- Pukulan smesy

Latihan-latihan kemahiran asas ini disertakan dengan amali latihan secara


perseorangan, berpasangan dan berkumpulan. Bagi murid tahun 5 dan 6 yang telah
mahir dengan kemahiran permainan, murid dibenarkan untuk bermain dalam bentuk
pertandingan.

Setelah segala kemahiran diajar, pertandingan antara ahli dilaksanakan. Terdapat 2


acara iaitu acara perseorangan dan beregu. Murid bermain bersama rakan sealiran
dahulu dan pemenang akan bertanding dengan ahli bagi aliran yang lain. Guru
penasihat Kelab Permainan Badminton turut menjemput Encik A’dul Hadi bin Mohamad
untuk turut sama memberi tunjuk ajar memandangkan guru-guru penasihat yang sedia
ada kurang mahir dengan permainan badminton.

3. PENILAIAN

Penilaian bagi kesemua ahli dilakukan sepanjang aktiviti latihan kemahiran dan juga
pertandingan. Guru menilai prestasi murid dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh,

………………………………..

(NADRAH BINTI KHAIDIR)

GURU PENASIHAT,

KELAB PERMAINAN BADMINTON,


SK SINAR MUTIARA,

26600 PEKAN.

You might also like