You are on page 1of 3

1.

MINIT MESYUARAT
SK SUNGAI JERNIH

34510 BATU KURAU

PERAK

1. MINIT MESYUARAT PANITIA TMK

2. BIL : 01/2014

3. TARIKH : 30 DISEMBER 2014

4. MASA : 12.30 TENGAHARI

5. TEMPAT : MAKMAL ICT

6. KEHADIRAN

6.1 Hadir:

6.1.1 En. Mohd Hafiz bin Abdullah - Ketua Panitia

6.1.2 En. Mohd Sofri b Abd Manan - Setiausaha

6.1.3 Cik Norhanim bt Mohd Husni - Ahli

6.2 Hadir Bersama: -

6.3 Tidak Hadir Bersebab: -

7. CATATAN MESYUARAT

7.1 Ucapan aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi

Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat Panitia TMK kali pertama tahun 2015.

7.2 Pengesahan minit mesyuarat terdahulu

Cadangan: En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim

Penyokong : Cik Norhanim bt Mohd Husni

Minit mesyuarat terdahulu disahkan tanpa pindaan. Tindakan: Untuk Makluman

7.3 Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

Tindakan: Untuk Makluman

7.4 Sukatan & Rancangan Pelajaran Tahunan

Semua guru ICTL dimaklumkan sebanyak 5 modul telah disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum yang

merangkumi modul Pengenalan Kepada Komputer, MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan MS Access.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran

7.5 Jadual Waktu

Jadual waktu P&P telah diterima oleh semua guru. Semua penggunaan makmal ICTL/TMK mesti dicatatkan oleh

guru dalam fail log penggunaan makmal. Guru mata pelajaran mesti memastikan semua pelajar yang masuk ke

dalam makmal ICT mencatatkan maklumat yang diperlukan dalam kertas log penggunaan komputer yang

diletakkan di atas meja setiap komputer walaupun murid tidak menggunakan komputer pada hari tersebut.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran

7.6 Dasar Kurikulum

Semua dasar kurikulum sekolah dan keputusan mesyuarat kurikulum sekolah yang telah ditetapkan mesti dipatuhi.

Rancangan Pelajaran Tahunan ICT & ICTL mengikut format yang ditetapkan sudah diserahkan kepada semua guru

mata pelajaran untuk dilaksanakan dalam P&P.

Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL

7.7 Post Mortem Peperiksaan

Tidak berkaitan

Tindakan: Untuk Makluman

7.8 Perancangan / Takwim Panitia 2015

Antara perancangan Panitia ICT 2015 ialah

- Kursus dalaman perisian MS Excel dan MS Powerpoint untuk guru-guru baru mata pelajaran ICTL akan diadakan

untuk memantapkan lagi penguasaan guru-guru tersebut untuk P&P ICTL

- Membina blog panitia ICT

Tindakan: Untuk Makluman

7.10 P&P

Setiap waktu P&P ICTL danTMK mesti menggunakan makmal ICT. Peraturan makmal ICT mesti dipatuhi boleh

dirujuk pada kenyataan yang terletak di luar makmal dan kertas yang ditampal pada kenyataan bahagian hadapan

makmal.

Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL

7.12 Jadual Pencerapan

Jadual Pencerapan belum dikeluarkan lagi oleh pihak pentadbir skolah.

Tindakan: Untuk makluman

7.13 Kewangan

Gran Perkapita (PCG) yang dijangka diterima pada tahun 2015 adalah tidak diketahui lagi.

Tindakan: Untuk Makluman

7.14 Hal-hal lain

Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(En Mohd Sofri b Abd Manan) (MUHAMAD FAUZI BIN ABDUL RAHIM)

Setiausaha Ketua Panitia

You might also like