You are on page 1of 12

20 fakta menarik mengenai Malaysia

yang saya kira semua rakyat Malaysia


patut tahu:
(1) Malaysia sebenarnya bermula dengan nama
Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau
kepulauan di rantau ini. Namanya popular
dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu
sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan
pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan
negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco
Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di
India), Ma- Li-Yu-R (Yuan
Shih/Cina), Mailiur (Siam)
dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

(2) Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada


nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10.
Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi
rumpun bangsa Melayu.

(3) Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh


kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan,
Bandar Hilir, Melaka pada 20 hb Feb, 1956.
(4) Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari
Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British
tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan
negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu,
Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura.
Brunei menolak daripada menyertai gabungan
tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura
telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

(5) Lembah Bujang yang terletak di sepanjang


kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu
Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang
1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang
adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu
nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang
bermaksud ular atau naga yang melambangkan
kemakmuran sesuatu tempat.

(6) Bendera Malaysia mula digunakan secara


rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya
direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR)
di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih
dengan bulan dan bintang berwarna kuning di
bahagian tepi
kiri.
Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa
pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang
Terutama Gabenor-Gabenor telah
memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia
yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan
Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada
bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi
menunjukkan 14 buah negeri baru bagi
Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah
disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950
dan pertama kali dikibarkan di depan Istana
Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia
ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di
Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee,
Johor.
(7) Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat
terakhir di mana pokok getah hidup yang asal
telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk
oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada
tahun 1877.
(8) Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal
abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan
pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping
nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.
(9) Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya
adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun,
berasaskan kepada persembahan Wayang
Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan
diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal
Chemical Company yang berpengkalan di
Singapura.

Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin,


Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem
bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh
Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi
oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan
arahan oleh B.N. Rao.

(10) Penang Free School merupakan Sekolah


Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan
oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.
(11) Nasi Kandar, sejenis masakan tersohor di
kalangan penduduk Malaysia sekarang pada
asalnya dibawa masuk ole pendatang India
Muslim di mana yang terbaik adalah di Pulau
Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan
masakan tersendiri. Antara kedai-kedai nasi
kandar tersohor ialah di Flet Kampung Melayu, di
Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan
bertentangan dengan Pasar di Jelutung.

(12) Waktu tempatan di Malaysia telah diubah


beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada
tahun 31 hb Disember, 1930, waktu tempatan
telah dipercepatkan sebanyak 0 minit untuk
memanjangkan waktu siang; pada 1 hb
September, 1941, ianya ditambah lagi 10 minit.
Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun,
waktu di Malaya telah dipercepatkan kedepan
sebanyak 2 jam untuk disamakan dengan waktu
di Jepun. Tahun 1945, ianya telah diundur balik 2
jam seperti pada tahun 1941.dan pada 1 hb
Januari, 1982, waktu di Semenanjung Malaysia
telah dipercepatkan 30 minit untuk
menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia
sebagai waktu standard Malaysia.
(13) Kota Bharu merupakan tempat bermulanya
Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa
Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. Pendaratan
tentera Jepun melalui darat bermula di Singora,
Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara
melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya
menggunakan basikal (istilah – Bicycle
Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa
selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana
ia merupakan Pusat keterpenting dalam Empayar
British selepas London) dan berjaya
menaklukinya.

(14) Landasan keretapi pertama dibina di Malaya


adalah di antara Port Weld (sekarang Kuala
Sepetang) ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya
sepanjang 13.6km.

(15) Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala


Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan
terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956
ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa,
dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan
pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru

yang berharga $590,000.


Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina
pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun
1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini
berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh
digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang
pertama yang mendarat di lapangan terbang ini
ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun
30an.

(15) Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil


Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia
apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14 hb
November, 1957.

(16) Tahukah anda bahawa tarikh asal untuk


penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah
pada 31 hb Ogos, 1963. Namun apabila tarikh
tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai,
penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16
September, 1963. Walau bagaimanapun,
Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah
mengisytihar merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu 2
minggu lebih awal daripada tarikh penubuhan
yang ditetapkan.

(17) Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera


Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera
Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang Bintang
Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu
Melayu, Cina dan India.

Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada


tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana
pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis
Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti
Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah
Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak
ada parti politik yang boleh berjaya.
(18) Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis
telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman

komunis.
200 orang pengganas komunis telah menyerang
dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa
yang memalukan, 200 orang pengganas komunis
ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang
bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas
Ke-4, Komunis.
(19) Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet
Loy di Wilayah Kwangtung, China pada tahun
1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga
petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah.
Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya
untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di
Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya
mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis
tempatan Melaka.

Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina


Sungai Ujong, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada
masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke
Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan
perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang
terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah
membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan
kepimpinannya telah membawa kepada
perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala
Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun.
Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala
Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang
maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai
untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun
1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap
yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula,
beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama
di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy
meninggal dunia pada usia 48 tahun.
(20) Melaka digelar sebagai Bandar Melaka
Bersejarah kerana mempunyai banyak
peninggalan sejarah daripada penjajahan Portugis
dan Belanda seperti:

A Famosa – Kota A Famosa (bermaksud “Yang


Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina
oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan
Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak
di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika
Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia
merupakan seni bina Eropah tertua yang masih
tinggal di Asia.

Gereja St. Paul – Gereja St. Paul merupakan


sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir,
Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang
bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan
dinamakan “Our Lady of The Hill”.
Antara hasil peninggalan sejarah yang lain ialah
Bukit Cina, Patung St Francis Xavier, Porta de
Santiago, Bangunan Stadhuys (Peninggalan
Belanda), Kota St John, Perigi Hang Li Po dan
banyak lagi.

You might also like