You are on page 1of 1

LAPORAN KARNIVAL KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Pada 13 dan 14 April 2011 yang lalu, SMK Abu

Bakar telah menghantar seramai 33 ahli Kadet Bomba dan Penyelamat beserta 3 orang guru pengiring ke Karnival Kadet Bomba dan Penyelamat yang diadakan di Balai Bomba Mentakab. Sebanyak 12 sekolah telah menyertai karnival tersebut dan 8 acara dipertandingkan semasa karnival berlangsung. Pada 13 April 2011, pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan kawad kaki, kawad campuran lelaki dan perempuan serta kuiz kadet bomba. Manakala pada 14 April 2011 pula, acara yang diadakan ialah pertandingan kawad operasi menyelamat (kering) kategori lelaki dan perempuan, pertandingan kawad berhalangan (basah) kategori lelaki dan perempuan serta pertandingan juara kadet. Sekolah ini meyertai semua acara yang dipertandingkan, walau bagaimanapun sekolah ini Berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara pertandingan kawad berhalangan (basah) kategori perempuan. Maka, dengan itu diharapkan agar ahli kadet bomba dan penyelamat SMK Abu Bakar dapat mempamerkan lagi kesungguhan dalam karnival yang akan diadakan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Dilaporkan oleh, . (Cik Suriyani Binti Abu Jamil) Guru Penasihat, Kadet Bomba Dan Penyelamat SMK Abu Bakar, Temerloh. 23 MEI 2011

You might also like