You are on page 1of 10

LAPORAN TENTANG PERTANDINGAN

PENCAK SILAT DAERAH GOMBAK HARI


PERTAMA

Pada 6 Julai 2010 pertandingan pencak silat bagi daerah Gombak telah diadakan di SK(1)
Taman Melawati. SMK Taman Keramat telah dijadikan tuan rumah bagi tahun ini dan
disebabkan SMK Taman Keramat tidak mempunyai dewan untuk mengadakan pertandingan
pencak silat ini, dewan SK(1) Taman Melawati telah digunakan untuk mengadakan
pertandingan ini. Pada hari pertama pertandingan ini, pendaftaran bagi sekolah-sekolah seluruh
daerah gombak telah berjalan dengan lancar dan sebanyak 21 buah sekolah telah mendaftar
untuk pertandingan pencak silat pada tahun 2010. Nama dewan yang telah digunakan untuk
pertandingan silat ini bernama Dewan Toh Puan Mahani. Terdapat 5 juri dikeliling gelanggang
pertandingan untuk mengadili pertandingan bagi acara yang pertama,kedua dan ketiga. SMK
Taman Keramat telah menghantar 8 orang pelajar untuk memasuki acara pada tahun ini.
Sebanyak 16 orang guru dan juga 5 orang pengawas sukan lelaki SMK Taman Keramat bertugas
untuk memastikan pertandingan pencak silat pada tahun ini berjalan dengan lancar. Puan Susan
dan 3 orang pelajar perempuan dari SMK Taman Keramat membawa peralatan perubatan
untuk bersiap-sedia untuk sebarang kecederaan yang berlaku di sepanjang pertandingan
berlangsung. Terdapat juga 5 pegawai perubatan membantu jika sebarang kecederaan berlaku
pada para peserta. Selain itu, 4 buah sekolah telah membawa peralatan muzik untuk
dipertandingankan pada pertandingan silat pada tahun ini dan sekolah-sekolah itu ialah SK
Sungai Kertas, SK Gombak Setia, SMK Sungai Pusu dan SBPI Gombak. SMK dan SK Sungai Kertas,
SK Gombak Setia dan juga SBPI Gombak telah memakai pakaian tradisional untuk
menyeragamkan pakaian dengan alunan muzik yang dialunkan oleh sekolah mereka. SMK
Sungai Kertas telah memakai baju melayu dan seluar hitam dan juga bertongkolok hitam serta
sampin kekuningan, SK Sungai Kertas telah memakai baju melayu dan seluar hijau muda dan
juga bersampin keemasan serta bertongkolok, SK Gombak Setia telah memakai baju melayu
dan seluar oren dan juga bersampin serta bertongkolok keemasan, dan akhir sekali SBPI
Gombak telah memakai baju melayu merah dan seluar serta bertongkolok hitam. Pada jam 9.25
pagi, timbangan dibuat bagi para peserta untuk menentukan kelas bagi acara yang
dipertandingkan. Pada jam 10.25 pagi, taklimat dan peraturan pertandingan telah diberikan
daripada Cikgu Anizam Bin Ahmad daripada SMK Taman Keramat kepada guru-guru yang
mendaftar untuk pertandingan pencak silat kali ini. Para peserta bersiap-sedia dan
memanaskan badan semasa taklimat itu diberikan kepada guru mereka. Pada jam 11.00 pagi,
juri Cikgu Md Rashid bin Abdul Wahab daripada SK Gombak Setia melakukan sedikit seni tari
silat sebagai pembuka tirai pertandingan pencak silat pada tahun 2010 dan acara yang pertama
yang dipertandingkan ialah acara seni tari putera secara tempur bagi sekolah rendah serta 3
buah sekolah telah mengambil acara dalam pertandingan ini. Acara ini mengambil masa
maksimum 3 minit setiap seni tari silat dilakukan. Pertama sekali, dua orang murid lelaki dari SK
Sungai Kertas telah memulakan acara seni tari silat putera secara tempur dan dan
menamatkannya dalam masa 3 minit serta diiringi oleh alunan muzik sekolahnya. Mereka
memakai baju melayu dan seluar hijau muda serta tongkolok. Seterusnya, dua orang murid
lelaki dari SK Gombak Setia melakukan seni tari silat putera secara tempur dan menamatkannya
dalm masa 3 minit serta diiringi oleh alunan muzik sekolahnya. Mereka memakai baju melayu
dan seluar kuning dan juga bersampin merah serta bertongkolok. Ketiga, dua orang murid lelaki
dari SK Sungai Pusu melakukan seni tari silat putera secara tempur dan menamatkannya dalam
masa 3 minit diiringi dengan alunan muzik sekolahnya. Acara seni tari silat lelaki secara tempur
bagi sekolah rendah ini berakhir pada 11.23 pagi dan markah diambil daripada para juri. Acara
seterusnya ialah acara seni tari silat putera secara solo bagi sekolah rendah bermula pada jam
11.25 pagi dan 3 buah sekolah mengambil acara dalam pertandingan ini. Acara ini juga
mengambil masa maksimum 3 minit setiap seni tari silat dilakukan. Pertama sekali, seorang
murid lelaki dari SK Sungai Pusu memulakan seni tari silat putera secara solo dan
menamatkannya dalam masa 3 minit serta diiringi oleh muzik sekolahnya. Murid itu memakai
baju melayu, seluar kuning dan bersampin serta bertongkolok hitam. Seterusnya, seorang
murid lelaki dari SK Gombak Setia melakukan seni tari silat putera secara solo dan
menamatkannya dalm masa 3 minit dan diiringi dengan alunan muzik sekolahnya. Murid itu
memakai baju melayu, seluar kuning dan bersampin merah serta bertongkolok. Ketiga, seorang
murid lelaki dari SK Sungai Kertas melakukan seni tari silat putera secara solo lelaki yang
terakhir dan menamatkannya dalam masa 3 minit serta diiringi dengan alunan muzik
sekolahnya. Murid itu memakai baju melayu dan seluar hijau muda serta tongkolok. Acara seni
tari silat putera secara solo lelaki bagi sekolah rendah berakhir pada jam 11.40 pagi dan markah
diambil daripada para juri serta para juri meninggalkan tempat pemarkahan. Terdapat 5 orang
juri yang menilai kedua-dua acara ini dan juri 1 ialah Cikgu Mohd Shahril bin Mohd Salleh
daripada SBPI Gombak, juri 2 ialah Cikgu Norwaty binti Hassan daripada SMK Hillcrest, juri 3
ialah Cikgu Md Rashid bin Abdul Wahab daripada SK Gombak Setia, juri 4 ialah Cikgu Mohd Ezlie
Azram bin Mohammad Hasasi daripada SK(1) Taman Melawati dan akhir sekali juri 5 ialah Cikgu
Azlina binti Haji Osman daripada SK Sinaran Budi serta ketua juri ialah Cikgu Mat Zaib bin
Awang daripada SMK Taman Keramat. Markah dikutip daripada juri pada setiap penghujung
seni tari silat setiap sekolah. Pada jam 12.10 tengah hari, acara seni tari silat puteri secara
tempur bagi sekolah menengah bermula dan 5 buah sekolah telah mengambil acara ini untuk
dipertandingkan serta para juri mengambil tempat pemarkahan mereka. Acara ini mengambil
masa maksimum selama 5 minit setiap satu seni tari silat dilakukan. Juri-juri yang bertugas ialah
juri 1 ialah Cikgu On bin Arasad daripada SK Hulu Langat, juri 2 ialah Cikgu Marini binti Wan
Abdullah Zawawi daripada SMK Darul Ehsan, juri 3 ialah Cikgu Azlina binti Haji Osman daripada
SK Sinaran Budi, juri 4 ialah Cikgu Harun bin Abdullah daripada SK Hulu Langat dan juri 5 ialah
Cikgu Azizah binti Mansor daripada SAM Rawang serta ketua juri ialah Cikgu Mohd Nazri bin
Jaafar daripada SK Jalan Tanjung. Pertama, 4 orang pelajar perempuan dari SMK Sungai Kertas
memulakan seni tari silat puteri secara tempur dan menamatkannya dalam masa 4 minit 37
saat. Mereka memakai 2 baju yang berlainan iaitu baju hitam dan hijau muda, berseluar hitam
serta memakai sampin keemasan. Kedua, 4 orang pelajar perempuan dari SAM Rawang
melakukan seni tari silat puteri secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3 minit 9 saat.
Mereka memakai baju, seluar, tudung bewarna hitam dan mempunyai kuning keemasan pada
pergelangan baju mereka. Muzik yang dipertandingkan dan dialunkan ialah dari SK Sungai
Kertas. Ketiga, 4 orang pelajar perempuan dari SBPI Gombak melakukan seni tari silat puteri
secara tempur dan menamatkannya dalam masa 5 minit. Mereka memakai baju bewarna
merah, berseluar hitam, bertudung hitam dan bersampin songket serta bertongkolok. Muzik
yang dipertandingkan dan dialunkan ialah dari ialah dari SBPI Gombak. Keempat, 4 orang
pelajar perempuan dari SMK Sungai Kertas melakukan seni tari silat puteri secara tempur dan
menamatkannya dalam masa 5 minit 1 saat. Mereka memakai baju keemasan, seluar
keemasan, bertudung hitam, bersampin 3 warna iaitu merah putih dan emas serta
bertongkolok. Muzik yang dipertandingkan dan dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Kelima, 4
orang pelajar perempuan dari SMK Selayang Baru melakukan seni tari silat puteri secara tempur
dan menamatkannya dalam masa 5 minit 1 saat. Mereka memakai baju dan seluar keemasan,
bertudung hitam, bersampin hijau dan bertongkolok oren. Muzik yang dipertandingkan dan
dialunkan ialah dari SK Gombak Setia. Keenam, 4 orang pelajar perempuan SMK Sungai Pusu
melakukan seni tari silat puteri secara tempur dan menamatkannya dalam masa 4 minit 55
saat. Acara seni tari silat puteri secara tempur berakhir pada jam 12.55 tengah hari dan
pertandingan silat ini berhenti untuk seketika. Pada jam 2.45 petang, pertandingan pencak silat
bersambung semula dan acara seni tari silat putera secara berkumpulan bermula. Acara ini
mengambil masa maksimum 3 minit setiap seni tari silat dilakukan dan 5 buah sekolah telah
mendaftarkan untuk memasuki acara ini. Pertama, 3 orang pelajar lelaki da SMK Gombak Setia
melakukan seni tari silat putera secara berkumpulan dan menamatkannya dalam masa 3 minit.
Kedua, 3 orang pelajar lelaki dari SMK Selayang Baru melakukan seni tari silat putera secara
berkumpulan dan menamatkannya dalam masa 3 minit 3 saat. Ketiga, 3 orang pelajar lelaki dari
SMK Hillcrest melakukan seni tari silat putera secara berkumpulan dan menamatkanya dalam
masa 2 minit 40 saat. Keempat, 3 orang pelajar lelaki dari SMK Sungai Pusu melakukan seni tari
silat putera secara berkumpulan dan menamatkannya dalam masa 3 minit 5 saat. Kelima, 3
orang pelajar lelaki melakukan seni tari silat putera secara berkumpulan dan menamatkannya
dalam masa 3 minit 1 saat. Acara seni tari silat putera secara berkumpulan berakhir pada jam
3.15 petang. Juri-juri yang bertugas ialah Cikgu Md Rashid bin Abdul Wahab dari SK Gombak
Setia sebagai juri 1, Cikgu Mohd Ezlie Azram bin Mohammad Hasasi dari SK(1) Taman Melawati
sebagai juri 2, Cikgu On bin Arasad dari SK Hulu Langat sebagai juri 3, Cikgu Mohd Shahril dari
SBPI Gombak sebagai juri 4, Cikgu Harun bin Abdullah dari SK Hulu Langat sebagai juri 5 dan
ketua juri ialah Cikgu Mohd Nazri bin Jaafar dari SK Jalan Tanjung. Perlawanan pertama hingga
ke-20 dan pertandingan pencak silat berakhir pada jam 6.05 petang.
LAPORAN TENTANG PERTANDINGAN
PENCAK SILAT DAERAH GOMBAK PADA
HARI KEDUA
Pada 7 Julai 2010, pertandingan pencak silat bersambung semula pada jam 8.57 pagi dengan
perlawanan yang ke-21 dan dimenangi oleh ______________ dari sudut merah dengan
kemenangan 2-1. Perlawanan yang ke-22 hingga ke-39

Pada jam 11.35 pagi, acara seni tari silat puteri secara solo bagi sekolah rendah bermula. Acara
ini mengambil masa maksimum 3 minit setiap seni tari silat dilakukan dan 4 buah sekolah telah
mengambil bahagian dalam acara ini. Pertama, seorang murid perempuan sekolah rendah dari
SK Melawati (1) melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit 2
saat. Kedua, seorang murid perempuan dari SK Sungai Kertas melakukan seni tari silat secara
solo dan menamatkannya dalm masa 2 minit 59 saat. Ketiga, seorang murid sekolah rendah dari
SK Gombak Setia melakukan seni tari silat secra solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit 1
saat. Keempat, seorang murid perempuan dari SK Sungai Pusu melakukan seni tari silat secara
solo dan menamatkannya dalam masa 2 minit 59 saat. Acara ini berakhir pada jam11.55 pagi
dan para juri di panggil. Pada jam 12.00 tengah hari, acara seni tari silat puteri bagi sekolah
menengah dilansungkan. Acara ini mengambil masa maksimum 3 minit sahaja dan 7 buah
sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam acara ini. 5 orang juri yang menjadi juri
pemarkahan untuk acara ini ialah Cikgu Abdul Raouf bin Dahlan dari SAM Bestari sebagai juri 1,
Cikgu Ahmad Jamsany bin Mat Isa dari SK Sungai Pusu sebagai juri 2, Cikgu Azlina binti Haji
Osman dari SK Sinaran Budi sebagai juri 3, Cikgu Azizah binti Mansor dari SAM Rawang sebagai
juri 4, Cikgu Mohd Nazar bin Hamzan dari SK Gombak Setia sebagai juri 5 dan yang terakhir
sekali Cikgu Abdul Rahman Bin Ibrahim dari SMK Pendamaran Jaya sebagai ketua juri. Pertama,
2 orang pelajar perempuan dari SMK Bandar Baru Sungai Buloh memulakan seni tari silat secara
tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 58 saat. Mereka memakai baju ungu,
berseluar hitam dan bertongkolok hitam. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas.
Kedua, 2 orang pelajar perempuan dari SMK Gombak Setia melakukan seni tari silat secara
tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 58 saat. Mereka memakai baju merah tua,
berseluar hitam, bertongkolok merah dan bersampin keemasan. Muzik yang dialunkan ialah
dari SK Sungai Kertas. Ketiga, 2 orang pelajar perempuan dari SAM Rawang melakukan seni tari
silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 51 saat. Mereka memakai baju
dan seluar berwarna merah tua serta ungu cair, bersampin keemasan dan bertongkolok hitam.
Muzik yang dialunkan dari SK Sungai Kertas. Keempat, 2 orang pelajar perempuan dari SMK
Hillcrest melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 51
saat. Mereka memakai baju hijau dan putih, berseluar hitam, bersampin keemasan, bertali
putih dipinggang dan bertongkolok hitam. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Pusu.
Kelima, 2 orang pelajar perempuan dari SMK Sungai Pusu melakukan seni tari silat secara
tempur dan menamatkannya dalam masa 3 minit 5 saat. Mereka memakai baju dan seluar
kuning keemasan, bertali merah dipinggang dan bertongkolok hitam. Muzik yang dialunkan
ialah dari SMK Sungai Pusu. Keenam, 2 orang pelajar perempuan dari SBPI Gombak melakukan
seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3 minit 1 saat. Mereka memakai
baju dan seluar merah, bertali putih dipinggnang, bertongkolok hitam dan bersampin
keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SBPI Gombak. Ketujuh, 2 orang pelajar perempuan
dari SMK Selayang Baru melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam
masa 2 minit 59 saat. Mereka memakai baju dan seluar kuning keemasan, bersampin kebiruan
dan bertongkolok oren. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Pada jam 12.30
tengah hari, acara seni tari silat puteri secara tempur bagi sekolah menengah ini berakhir dan
para jiru dipanggil oleh ketua juri untuk keluar bertugas. Pada jam 12.37 tengah hari, acara seni
tari silat puteri secara tempur bagi sekolah rendah diteruskan dengan acara seterusnya dan
para juri dipanggil oleh ketua juri melaporkan diri untuk bertugas dalam acara ini. Juri-juri yang
bertugas bagi acara ini ialah Juri 1 Cikgu Md Rashid bin Abdul Wahab dari SK Gombak Setia
sebagai juri 1, Cikgu On bin Arasad dari SK Hulu Langat sebagai juri 2, Cikgu Kamariah binti Arifin
dari SK Gombak (2) sebagai juri 3, Cikgu Ahmad Saidi bin Musa dari SMK Taman Melawati
sebagai juri 4, juri 5 ialah Cikgu Mohd Ezlie Azram bin Mohammad dari SK Taman Melawati (1),
dan akhir sekali ketua juri ialah Cikgu Mat Zaib bin Awang dari SMK Taman Keramat. Acara ini
mengambil masa maksimum 3 minit setiap satu seni tari silat dilakukan dan 4 buah sekolah
telah mengambil bahagian dalam acara ini. Pertama, 2 orang murid perempuan dari SK Sungai
Pusu melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 48 saat.
Mereka memakai baju dan seluar hijau tua, bertali putih dipinggang, bertongkolok hitam dan
bersampin putih keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Pusu. Kedua, 2 orang
murid perempuan dari SK Taman Melawati melakukan seni tari silat secara tempur dan
menamatkannya dalam masa 3 minit 3 saat. Mereka memakai baju dan seluar merah jambu,
bertongkolok hitam, bersampin keemasan dan bertali merah dipinggang. Muzik yang dialunkan
ialah dari SK Sungai Kertas. Ketiga, 2 orang murid perempuan dari SK Sungai Kertas melakukan
seni tari silat secra tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 58 saat. Mereka memakai
baju dan seluar hijau muda, bersampin keemasan, bertali hitam dipinggang dan bertongkolok
keemasan. Muzik yang dialunkan ialh dari SK Sungai Kertas. Keempat, 2 orang murid
perempuan dari SK Gombak Setia melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya
dalm masa 3 minit tepat. Mereka memakai baju dan seluar kuning keemasan, bersampin hitam
keemasan dan bertongkolok kemerahan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Gombak Setia.
Acara ini berakhir pada jam 12.54 tengah hari dan para juri dipanggil oleh ketua juri untuk
keluar bertugas. Pertandingan pencak silat ini berhenti seketika pada jam 1.00 petang. Pada
jam 2.35 petang pertandingan ini bersambung semula dan acara seni tari silat putera secara
tempur bagi sekolah menengah bermula. Acara ini mengambil masa maksimum 3 minit sahaja
dan 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam acara ini. Juri- juri yang bertugas ialah
Mohd Azrin bin Yunus dari Matrikulasi Selangor sebagai juri 1, Cikgu Norwaty binti Hassan dari
SMK Hillcrest sebagai juri 2, Cikgu Harun bin Abdullah dari SK Hulu Langat sebagai juri 3, Cikgu
Mohd Shahril Bin Mohd Salleh dari SBPI Gombak sebagai juri 4, Cikgu Mohd Nazri bin Jaafar dari
SK Jalan Tanjung sebagai juri 5 dan akhir sekali Cikgu Ahamd Rizal bin Yahya sebagai ketua juri.
Pertama, 2 orang pelajar lelaki dari SMK Gombak Setia melakukan seni tari silat secra tempur
dan menamatkannya dalm mas 2 minit 59 saat. Mereka memakai baju biru dan kuning,
berseluar hitam, bersampin keemasan, bertali hitam dipinggang dan bertongkolok hitam. Muzik
yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Kedua, 2 orang pelajar lelaki dari SMK Rawang
melakukan seni tari silats secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3 mint tepat.
Mereka memakai baju dan seluar merah, bertongkolk merah dan bersampin keemasan. Muzik
yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Ketiga, 2 orang pelajar lelaki dari SMK Taman
Keramat melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 2 minit 59
saat. Mereka memakai baju dan seluar hitam, bersampin kain batik, bertongkolok hitam dan
bertali putih dipinggang. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Keempat, 2 orang
pelajar lelaki dari SMK Bandar Baru Sungai Buloh melakukan seni tari silat secara tempur dan
menamatkannya dalam masa 3 minit 1 saat. Mereka memakai baju ungu, berseluar hitam,
bersampin keemasan, bertali hijau dipinggang dan bertongkolok keemasan. Muzik yang
dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Kelima, 2 orang pelajar lelaki dari SMK Sungai Pusu
melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Mereka
memakai baju merah tua, bersampin keemasan, bertali hijau dipinggang dan bertongkolok
hitam. Muzik yang dialunkan ialah dari SMK Sungai Pusu. Keenam, 2 orang pelajar lelaki dari
SMK Sungai Kertas melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3
minit tepat. Mereka memakai baju, seluar, sampin dan bertongkolok keemasan. Muzik yang
dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Ketujuh, 2 orang pelajar lelaki dari SMK Hillcrest
melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Mereka
memakai baju hijau muda dan putih, bertongkolok kuning dan hitam serta bersampin
keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Kelapan, 2 orang pelajar lelaki dari
SMK Selayang Baru melakukan seni tari silat secara tempur dan menamatkannya dalam masa 3
minit 2 saat. Mereka memakai baju dan seluar kuning keemasan, bertali hijau dipinggang,
bersampin hijau muda dan bertongkolok oren. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai
Kertas. Kesembilan, 2 orang pelajar lelaki dari SAM Rawang melakukan seni tari silat secara
tempur dan menamatkannya dalam masa 3 minit 2 saat. Mereka memakai baju kuning dan
coklat cair, berseluar hitam, bersampin keemasan dan bertongkolok hitam. Muzik yang
dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Kesepuluh, 2 orang pelajar lelaki dari SMK Darul Ehsan
melakukan seni tari silat secara tempur selama 3 minit tepat. Mereka memakai baju merah,
berseluar hitam dam bersampin merah. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Acara
ini berakhir pada jam 3.30 petang dan para juri dipanggil untuk keluar bertugas. Acara olahraga
perlawanan ke-40 hinggake-63 dan pertandingan pencak silat ini berakhir pada jam 6.15
petang.
LAPORAN TENTANG PERTANDINGAN
PENCAK SILAT DAERAH GOMBAK HARI
KETIGA
Perlawanan ke-64 hingga ke-75………..

Pada jam 10.40 pagi, acara seni tari silat putera secara solo bermula dan 7 buah sekolah telah
mengambil bahagian dalam acara ini serta juri dipanggil untuk melaporkan diri bertugas dalam
acara ini. Juri 1 yang bertugas ialah Cikgu Md Rashid bin Abdul Wahab dari SK Gombak Setia,
juri 2 ialah Cikgu Mohd Shahril bin Mohd Salleh, juri 3 ialah Cikgu On bin Arasad dari SK Hulu
Langat, juri 4 ialah Cikgu Ahmad Jamsany bin Mat Isa, juri 5 ialah Cikgu Marini binti Wan
Abdullah Zawawi dan akhir sekali ketua juri ialah Cikgu Mat Zaib bin Awang. Acara ini
mengambi masa maksimum 3 minit setiap seni tari silat dilakukan. Pertama, seorang pelajar
lelaki dari SMK Gombak Setia melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya dalam
masa 2 minit 59 saat. Beliau memakai baju kuning, berseluar hitam, bertongkolok hitam, bertali
hitam dipinggang dan bersampin keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas.
Kedua, seorang pelajar lelaki dari SMK Bandar Baru Sungai Buloh melakukan seni tari silat
secara solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Beliau memakai baju ungu, bertali
hijau, bersampin kuning, berseluar hitam dan bertongkolok hitam. Muzik yang dialunkan ialah
dari SK Sungai Kertas. Ketiga, seorang pelajar lelaki dari SMK Selayang Baru melakukan seni tari
silat secara solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Beliau memakai baju dan
seluar kuning, bertali hijau dipinggang, bersampin biru laut dan bertongkolok oren. Muzik yang
dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Keempat, seorang pelajar lelaki dari SMK Darul Ehsan
melakukan seni tari silat secra solo dan menamatkannya dalam masa 2 minit 59 saat. Beliau
memakai baju dan seluar hijau tua, bersampin hitam, bertali hitam dipinggang dan
bertongkolok keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Kelima, seorang
pelajar lelaki dari SMK Hillcrest melakukan seni tari silat secra solo dan menamatkannya dalam
masa 3 minit tepat. Beliau memakai baju dan seluar hitam, bersampin kain batik, bertongkolok
hitam dan bertali putih dipinggang. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Keenam,
seorang pelajar lelaki dari SMK Sungai Kertas melakukan seni tari silat secara solo dan
menamatkannya dalam masa 2 minit 58 saat. Beliau memakai baju dan seluar bewarna oren,
bertali putih dipinggang, bertongkolok hitam dan bersampin hitam keemasan. Muzik yang
dialunkan ialah dari SK Sungai Pusu. Ketujuh, seorang pelajar lelaki dari SMK Taman Keramat
melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Beliau
memakai baju oren, berseluar hitam, bertali putih, bertongkolok hitam dan bersampin
keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Kertas. Acara ini berakhir pada jam 11.15
pagi dan para juri dipanggil untuk keluar bertugas. Acara seni tari silat yang terakhir iaitu acara
seni tari silat puteri secara solo bagi sekolah menengah dilangsungkan pada jam 11.27 pagi. 5
buah sekolah telah memasuki acara ini dan acara ini mengambil masa maksimum 3 minit setiap
seni tari silat dilakukan. Juri-juri yang bertugas ialah Cikgu Mohd Nazar bin Hamzan dari SK
Gombak Setia sebagai juri 1, Cikgu Marini bin Wan Abdullah Zawawi dari SMK Darul Ehsan
sebagai juri 2, Cikgu Norwaty binti Hassan dari SMK Hillcrest sebagai juri 3, Mohd Azrin bin
Yunus dari Matrikulasi Selangor sebagai juri 4, Cikgu Mohd Ezlie Azram bin Mohammad Hasasi
dari SK(1) Taman Melawati sebagai juri 5 dan ketua juri ialah Cikgu Mat Zaib bin Awang dari
SMK Taman Keramat. Pertama, seorang pelajar perempuan dari SMK Bandar Baru Sungai Buloh
melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Beliau
memakai baju ungu cair, berseluar hitam, bertali putih dipinggang, bertongkolok keemasan dan
bersampin oren. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Pusu. Kedua, seorang pelajar
perempuan dari SMK Sungai Pusu melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya
dalam masa 3 minit 2 saat. Beliau memakai baju dan seluar kuning, bertali merah dipinggang
bersampin keemasan dan bertongkolok hitam. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Pusu.
Ketiga, seorang pelajar perempuan dari SMK Hillcrest melakukan seni tari silat secara solo dan
menamatkannya dalam masa 3 minit 1 saat. Beliau memakai baju dan seluar hijau,
bertongkolok kuning, bertali kuning dipinggang dan bersampin kain batik. Muzik yang dialunkan
ialah dari SK Sungai Kertas. Keempat, seorang pelajar perempuan dari SMK Sungai Kertas
melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya dalam masa 3 minit tepat. Beliau
memakai baju dan seluar kuning, bertudung putih, bersampin keemasan dan bertongkolok
kuning keemasan. Muzik yang dialunkan ialah dari SK Sungai Pusu. Kelima, seorang pelajar
perempuan dari SMK Selayang Baru melakukan seni tari silat secara solo dan menamatkannya
dalam masa 3 minit tepat. Beliau memakai baju dan seluar kuning, bertali hijau dipinggang,
bertongkolok oren dan bersampin biru. Acara ini berakhir pada njam 11.50 pagi dan para juri
dipanggil untuk keluar bertugas. Perlawanan akhir ke- 76 hingga 81.

Pada jam 1.00 acara pertandingan pencak silat telah berakhir dan upacara penutup
pertandingan pencak silat bersambung pada jam 2.10 petang. Pada jam 4.10 petang, Cikgu Mat
Zaib bin Awang dari SMK Taman Keramat dan Cikgu ______________ dari SK Wilayah
Perseketuan melakukan sedikit langkah persilatan untuk menutup tirai pertandingan pencak
silat bagi sekolah-sekolah daerah Gombak pada tahun 2010.

You might also like