You are on page 1of 3

KOT KALI KE-22 SKBS

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

KALI KE-22

GOWRI A/P TANASYGRAN

LAPORAN KETUA RUMAH SUKAN TOPAZ

Pada 29 April 2018 yang lalu Sekolah Kebangsaan Sunway (Sekolah Amanah
Malaysia), telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-22. Kejohanan Olahraga
Tahunan (KOT) telah bermula pada 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di padang
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway. KOT kali ke-22 telah dirasmikan oleh Puan
Guru Besar SK Bandar Sunway, Puan Ruslina Bt Mohd Yunus.

Rumah sukan pada tahun ini terdiri daripada empat pasukan. Rumah sukan yang telah
diberi nama seperti Ruby, Topaz, Zircon dan Emerald. Murid-murid telah dibahagikan sama rata
kepada setiap rumah sukan. Rumah sukan Topaz mempunyai seratus dua orang murid. Guru-
guru juga telah diagihkan kepada empat buah rumah sukan. Saya Gowri Tanasygran selaku
ketua rumah sukan Topaz telah dibantu oleh dua belas orang guru yang lain untuk mengurus
peserta balapan dan padang, mengurus perbarisan dan ssebagainya.

Sebelum berlangsungnya KOT, beberapa sesi latihan telah dijalankan. Latihan tersebut
telah melibatkan semua guru. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua guru menjadikan
sesi latihan berjalan dengan lancar. Seterusnya, beberapa acara akhir balapan dan padang
telah dijalankan. Antaranya ialah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, 4x200m dan 200m.

Pada hari kejadian, KOT, pesertaberkumpul dan bersedia untuk perbariasan pada jam
8.00 pagi. Pada jam 8.30 pagi , acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi
setiap rumah sukan. Perbarisan diketuai oleh adik Mohd Hanif dan kontijen Rumah Topaz
diketuai oleh adik Mohd Zunaidy. Majlis perasmian ini diserikan lagi dengan persembahan
senamrobik berirama daripada murid-murid 4i yang dibimbingi oleh Cik Sathi Eswari. Semua
peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing untuk
bacaan ikrar KOT. Seterusnya, upacara menaikkan bendera kejohanan oleh wakil murid,
bacaan ikrar, ucapan Guru Besar merangkap perasmi bagi kejohanan sukan tahunan kali ke-
22.

RUMAH TOPAZ 1
KOT KALI KE-22 SKBS

Kejohanan sukan tahunan dimulakan dengan acara jemputan. Beberapa sekolah telah
dijemput bagi memeriahkan lagi sukan pada tahun ini. Seterusnya,pada jam 9.30 pagi acara
akhir trek bagi semua kategori telah bermula. Kemudian, diadakan majlis penyampaian pingat
untuk acara-acara yang telah dipertandingkan. Acara lompat tinggi bagi kategori lelaki tahun 4
telah dimenangi oleh rumah Emerald. Acara lompat tinggi bagi kategori lelaki tahun 5 telah
dimenangi oleh rumah Topaz. Acara lompat jauh bagi kategori lelaki tahun 4 dan tahun 5 telah
dimenangi oleh rumah Topaz. Selain itu, bagi tahun 6 kategori lelaki juga dimenangi oleh rumah
Topaz. Kategori perempuan bagi tahun 4 telah dimenangi oleh rumah Topaz. Acara terakhir
yang telah dijalankan sebelum kejohanan berlangsung ialah acara 200m. Tahun 5 dan 6 telah
dimenangi oleh rumah Zircon dan Topaz. Penyampaian hadiah bagi acara 4x100m dan 100m
juga telah disampaikan kepada para pemenang sejurus tamat larian di padang. Acara ibu bapa
juga telah dijalankan iaitu larian 4x50m. Pasukan guru perempuan telah mendapat johan dalam
larian tersebut manakala pasukan guru lelaki mendapat tempat ketiga.

Terdapat juga acara tarik tali oleh peserta rumah sukan. Bagi kategori perempuan telah
dimenangi oleh rumah Emerald. Manakala bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh rumah
Ruby. Sebelum diumumkan johan keselruhan bagi Kejohananan Sukan Tahunan kali ke-22,
keputusan pertandingan perbarisan antara rumah telah diumumkan. Rumah Zircon telah
mendapat johan dalam acara perbarisan pada tahun ini. Setelah itu, johan keseluruhan bagi
Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Sunway kali ke-22 telah dimenangi oleh Rumah Ruby.
Rumah Emerald telah mendapat tempat kedua, Rumah Zircon telah mendapat tempat ketiga
dan Rumah Topaz telah mendapat tempat keempat.

Kesimpulannya, Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-22 pada tahun ini telah berjalan
dengan lancar dan meriah. Sokongan yang padu daripada guru-guru dan murid-murid serta ibu
bapa menjadikan sukan tahunan kali ini berjalan seperti yang telah dirancang. Semangat
kesukanan yang ditunjukkan oleh permata SK Bandar Sunway perlu dipupuk dan diberikan
sokongan yang jitu dalam melahirkan ramai atlet yang berjaya pada masa hadapan.

RUMAH TOPAZ 2
KOT KALI KE-22 SKBS

LAPORAN BERGAMBAR

PERSEDIAAN BAGI PERBARISAN RUMAH TOPAZ

PESERTA RUMAH TOPAZ MELIBATKAN DIRI DALAM


ACARA-ACARA YANG DIJALANKAN

RUMAH TOPAZ 3

You might also like