You are on page 1of 1

Laporan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang

Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan
Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat
yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-
aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh
Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan


pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan
membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara
100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum.
Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do
sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar
telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Muhammad Syahid A. Rahman
dan adik Nur Alia sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan
sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini.
Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang.
Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2014

(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)


Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

You might also like