You are on page 1of 5

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK TUNG HUA 201 6

Hadirin yang dimuliakan,

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah Smk Tung Hua 2016 akan
bermula sebentar lagi.
Diminta semua pasukan mengambil tempat masing-masing dan bersedia
untuk memulakan pertandingan kawad kaki sebentar sahaja lagi.

Yang berusaha Pn pengetua Puan Ling Chai Ping

Yang dihormati, En Tang Tung Kwong merangkap naib pengerusi


Jawatankuasa Pengelola pertandingan kawad kaki peringkat sekolah Smk
tung hua.

Penolong kanan 1, En Wong Su Tye

Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Pn Lee Su Leng

Guru-guru

Serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH


SMK TUNG HUA 2016.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pada pertandingan ini, kita akan menyaksikan 8 unit beruniform yang


mengambil bahagian dalam mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran
masing-masing dalam kawad kaki. Pasukan ini terdiri daripada unit
beruniform PENGAKAP, GIRLS BRIGADE, PANCARAGAM, BOYS BRIGADE,
KADET REMAJA SEKOLAH, KADET POLIS, BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
dan PANDU PUTERI.

Untuk makluman semua , pertandingan kawad kaki ini akan diadili oleh 8
Orang hakim.

Mereka terdiri daripada


EN TANG TUNG KWONG selaku ketua hakim
En Daeie Hafizzuil
En Hu Kwong LIIK
Law Siew Hie
Pn Siti Zalihah
Cik Ling Siew Ming
En Kueh Bip Le
Lee Chuo Hua dan
En Ling Teck Ping

Pertandingan kawad kaki ini akan dinilai dari aspek:

KESERAGAMAN KAWAD KAKI dan KOMANDAN TERBAIK..

Bagi keseragaman kawad kaki, aspek yang dinilai ialah:


i)Pergerakan masuk padang dan melapor
ii)Kawad static
iii)Kawad dinamik dan
iv)Pergerakan keluar padang

Manakala bagi Komandan terbaik pula, aspek yang dinilai ialah:


i)Kualiti suara
ii)Kawad persendirian
iii)Kemahiran/ketokohan
iv)Kawalan skuad/Bahasa hukuman dan
v)Kepercayaan diri sendiri

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi,

Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah SMK TUNG HUA 2016 akan
dimulakan dengan pasukan unit beruniform PENGAKAP yang diketuai oleh
Daren Lee Kiu Huo dan dibimbing oleh jurulatih Cikgu Evelyn Tang. Majlis
mempersilakan.

(berkawad)

Sekarang, dipersilakan pula pasukan yang kedua iaitu unit beruniform


GIRLS BRIGADE yang diketuai oleh Ivy Liong Ruan Zhen dan di bawah
bimbingan CIKGU NGUI CHIENG LING.
(berkawad)

Pertandingan diteruskan lagi dengan pasukan yang ketiga iaitu unit


beruniform PANCARAGAM yang diketuai oleh Sharen Ting See Qi dan di
bawah bimbingan CIKGU SU MEE NGUK

(berkawad)

Seterusnya pasukan keempat yang akan bergerak masuk ialah unit


beruniform BOYS BRIGADE yang diketuai oleh JOHNNY HO MING YU dan
di bawah bimbingan CIKGU TOH WEE KONG

(berkawad)

Pertandingan diteruskan lagi dengan pasukan yang kelima iaitu unit


beruniform KADET REMAJA SEKOLAH yang diketuai oleh Julia Wong Lik
Tiang dan di bawah bimbingan CIKGU Murni Mohd Nor

(berkawad)

Pasukan keenam yang akan bergerak masuk pula ialah unit beruniform
KADET POLIS yang diketuai oleh Nurhan Bin Ramzar di bawah bimbingan
CIKGU HUANG MEI PING

(berkawad)

Pasukan yang akan bergerak masuk seterusnya ialah pasukan ketujuh iaitu
unit beruniform BULAN SABIT MERAH MALAYSIA yang diketuai oleh Laura
Kong Kee Fang di bawah bimbingan CIKGU LAW SIEW KIEW.

(berkawad)

Akhir sekali, pasukan terakhir atau pasukan kelapan yang akan bergerak
masuk ialah pasukan Unit beruniform PANDU PUTERI yang diketuai oleh
Tiong Yen Fang di bawah bimbingan CIKGU Heah Soo Huang.

Selesailah sudah perbarisan oleh kelapan-lapan pasukan unit beruniform.


Kita akan berehat seketika dan Diminta guru-guru serta para pelajar tidak
kemana-mana kerana selepas ini acara penyampaian hadiah akan
diadakan.

# rehat dan minum pagi


Majlis akan diteruskan sebentar lagi .semua pelajar diminta bersama
pasukan masing-masing.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput komandan dari
pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia tampil kehadapan bagi mengiringi
nyanyian lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.
Semua hadirin di minta berdiri tegak.

#nyanyian lagu negaraku dan ibu pertiwiku

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata dari Puan
Pengetua Puan Ling Chai Ping .
Dipersilakan...

#ucapan pengetua

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan Pn Pengetua sebentar tadi.

Seterusnya, bagi tujuan mengumumkan pemenang PERTANDINGAN


KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH SMK TUNG HUA 2016, saya akan
menyerahkan upacara pengumuman pemenang ini
kepada……………………………………………………..............untuk
mengumumkannya.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Puan zPengetua Pn Ling Chai Ping


diiringi oleh …………………...............................................bagi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

#penyampaian hadiah

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada Pn


Ling Chai Ping di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah


PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH SMK TUNG HUA 2016

Hadirin yang dihormati sekalian,


Bagi merakamkan kenang-kenangan, diminta semua peserta bersama
pengurus pasukan berada dalam kumpulan masing-masing bagi sesi
bergambar.

#sesi bergambar

Seterusnya, Pengurus pasukan diminta untuk mengumpul dan


memastikan semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing bagi
meneruskan slot terakhir kita pada hari ini iaitu aktiviti khidmat
masyarakat. Semua yang terlibat perlulah berada di kawasan yang telah
ditetapkan dan mohon kerjasama semua guru dan pelajar-pelajar untuk
sentiasa berada bersama-sama kumpulan masing-masing bagi
mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa aktiviti ini dijalankan.

Sehingga kita berjumpa lagi di tahun yang akan datang.


Sekian terima kasih.

You might also like