You are on page 1of 2

Tutorial Minggu Keempat

(i) Kajian Kes


Cikgu Norizan baru ditukarkan ke sekolah barunya di sebuah kawasan perumahan
elit. Beliau telah dilantik menjadi guru kelas bagi Kelas Zamrud, iaitu kelas yang
menempatkan murid yang tidak mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan akhir
tahun. Pertama kali menjejakkan kakinya di kelas tersebut, Cikgu Norizan dapat merasakan
bahawa suasana kelas tidak memberangsangkan. Sewaktu beliau mengajar, sebahagian
besar muridnya tidak menumpukan perhatian kepada pengajarannya, malah ada beberapa
orang muridnya tidur. Apabila beliau mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran yang diajar, murid-muridnya lambat memberikan tindak balas. Apabila
beliau menyediakan akitiviti perbincangan kumpulan, sebilangan besar muridnya enggan
mengambil bahagian. Cikgu Norizan hampir kecewa dan patah hati untuk terus mengajar di
kelas tersebut. Cikgu Norizan mengambil masa beberapa minggu untuk mengenal pasti
masalah murid-muridnya. Majoriti muridnya datang dari kampung yang terletak berdekatan
dengan kawasan perumahan tersebut. Murid-murid itu sentiasa diabaikan oleh sebilangan
besar guru sekolah tersebut dan tumpuan guru lebih kepada kelas yang pandai. Murid-
murid kelas tersebut juga tidak mahu digauli oleh murid-murid lain yang datang daripada
keluarga elit dan mewah. Mereka menjadi golongan yang terpinggir. Cikgu Norizan simpati
dengan murid-muridnya dan nekad untuk menaikkan semangat murid-muridnya agar dapat
bersaing dengan murid-murid lain. Cikgu Norizan mula mendorong murid-muridnya
membersihkan kelas dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Murid-murid
diberikan tugas mencari keratan akhbar untuk ditampal di papan kenyataan yang
dibahagikan kepada beberapa ruang, iaitu ruang Sejarah, Sains, Geografi dan Bahasa. Cikgu
Norizan berpendapat, dengan aktiviti begitu, paling tidak muridnya akan mula membuka
akhbar, meneliti tajuk-tajuk yang sesuai, memotong keratan dan menampalkannya di papan
kenyataan di bilik darjah mereka. Cikgu Norizan berjanji akan membelanja murid-muridnya
makan sekiranya kelas mereka memenangi pertandingan kelas terbersih pada minggu akan
datang. Alangkah gembiranya murid-murid Kelas Zamrud apabila dalam perhimpunan
bulanan pada minggu berikutnya, kelas mereka diumumkan sebagai kelas terbersih. Ketua
Kelas Zamrud dalam keadaan terkejut naik ke pentas mengambil piala pusingan. itulah kali
pertama nama Kelas Zamrud diumumkan dalam dalam perhimpunan dan itulah kali pertama
wakil Kelas Zamrud naik ke pentas untuk menerima penghargaan. Sejak minggu tersebut,
Kelas Zamrud mengungguli kelas terbersih dan piala pusingan sentiasa berada di atas meja
guru mereka. Semua guru berasa hairan bagaimana Cikgu Norizan mampu mengubah sikap
murid Kelas Zamrud. Mereka mula positif terhadap pembelajaran dan mula berkeyakinan
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di sekolah. Malah, mereka tidak-takut untuk
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Cikgu Norizan berjaya menukar wajah Kelas
Zamrud dan menukar sikap dan penampilan muridnya, malahan berjaya membetulkan
persepsi guru-guru lain bahawa setiap individu mempunyai potensi tersendiri.
Refleksi

 Apakah perbezaan antara Cikgu Norizan dengan guru-guru yang lain?


o Guru-guru lain tidak menghiraukan murid-murid yang lemah dalam
akademik. Tetapi, Cikgu Norizan prihatin terhadap murid-murid yang lemah
dan cuba mengenalpasti masalah murid-muridnya dan berusaha untuk
menyelesaikan semua masalah.
o Guru-guru lain mementingkan akademik pelajar sahaja tetapi Cikgu Norizan
mementingkan kebersihan kelas supaya murid-murid dapat mempelajari
dalam suasana yang ceria dan bersih.
 Kelas Zamrud mengungguli kelas terbersih hampir setiap minggu, sesuatu yang tidak
terfikir oleh guru-guru lain, mahupun murid-murid Kelas Zamrud sendiri. Pada
pendapat anda, mengapakah murid kelas Zamrud bersikap positif terhadap
rancangan Cikgu Norizan untuk membersihkan kelas mereka?
o Cikgu Norizan mula mendorong murid-muridnya membersihkan kelas.
o Cikgu Norizan berjanji akan membelanja murid-muridnya makan sekiranya
kelas mereka memenangi pertandingan kelas terbersih pada minggu akan
datang.
 Apakah sikap profesionalisme yang ada dalam diri Cikgu Norizan?
o membetulkan persepsi guru-guru lain bahawa setiap individu mempunyai
potensi tersendiri.
o Tidak berputus-asa membantu pelajar yang lemah.
o Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.
o Mementingkan perkembangan pelajar secara holistik.
o Menjaga setiap pelajar dengan hati yang ikhlas dan suci.
 Apakah kesan positif kepada murid-murid Kelas Zamrud setelah mereka memenangi
pertandingan kelas terbersih?
o Murid-murid mula positif terhadap pembelajaran dan mula berkeyakinan
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di sekolah.
o Mereka tidak-takut untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
o Imej Kelas Zamrud telah bertukar dan tidak lagi menjadi kelas yang
diketepikan oleh guru-guru yang lain.

You might also like