You are on page 1of 1

Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga dengan saya.

Ibu
saya bernama Wong Siao Lin Usianya sekarang ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di
Kampung Gunung Rapat, Ipoh. Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.

Ibu saya mendapat pendidikan awal di SJK (C) Gunung Rapat selama enam
tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di SMK Gunung Rapat selama lima
tahun. Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan
diri di Maktab Perguruan Sultan Idris Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau
sebagai seorang pendidik di SJK (C) Yeok Kheong, Kedah.

Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di SJK (C) Gunung Rapat. Ibulah
insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil. Beliau
seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Beliau tidaklah garang walaupun
pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang yang lemah lembut dan
penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau
tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.

Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan amat
memahami. Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah
ratu hatiku.

You might also like