You are on page 1of 57

BAB 1

PROFIL SEKOLAH

1.1 Latar belakang sekolah

1.1.1 Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah (SMKM), merupakan sebuah


sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang Jalong. Pada 2009,
Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah memiliki 311 murid-murid lelaki
dan 355 murid-murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai
666 orang di samping mempunyai seramai 46 orang guru.

Sekolah yang menjadi mercu tanda bagi Kampong Baru Simpang


Jalong Sungai Siput (U) ini dibuka pada tanggal 2 Januari 2001. Sekolah ini
didirikan di kawasan bekas ladang getah milik Guthrie iaitu di
sebahagian 16,221 seluas 6.2 hektar. Sekolah pasang siap yang tersergam
indah ini telah mengeluarkan graduan sulung PMR pada tahun 2003 dan
graduan sulung SPM pula pada tahun 2005.

SMK Muhibbah menyediakan enam blok bangunan yang dilengkapi


dengan 18 bilik darjah, enam makmal sains, bilik komputer, makmal
matematik, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik pendidikan seni, bilik
kaunseling, bilik gerakan, bilik guru, pusat sumber sekolah, ruang serbaguna,
pejabat, kantin, bilik rawatan, kelas pendidikan integrasi, kedai koperasi,
surau, dataran perhimpunan, tiga gelanggang permainan dan sebuah padang
sekolah.

Pengetua pertama SMK Muhibbah ialah Allahyarham Mohd Azam bin


Mahmud dan beliau dibantu oleh 11 orang guru pada awal pembukaan sesi
persekolahan dengan jumlah murid-muridnya pula ialah seramai 166 orang

1
yang belajar di Tingkatan Satu. Seterusnya pada tahun berikutnya tampuk
pentadbiran bertukar tangan iaitu Puan Hajjah Puziah Bt Zakaria ( berkhidmat
dari tahun 2004-2006), Puan Saniyah binti Abas (2006 – 2011), Tuan Haji Mat
Jaafar bin Mat Zain (2011 – 2013), Encik Ibrahim bin Mat Diah (2013-2014)
dan kini mulai tahun 2015 sekolah ini diterajui oleh Tuan Haji Kamaruzaman
bin Abd. Murad dengan jumlah gurunya meningkat kepada 65 orang guru, 17
staf sokongan dan jumlah murid-murid-murid-muridnya kepada 630 orang.
Pada awal tahun 2017 Puan Hajah Fadhilah binti Hawary menggantikan Tuan
Haji Kamaruzaman sebagai pengetua manakala Tuan Haji Kamaruzaman
berpindah menjadi pengetua di SMK Clifford.

Mulai bulan Ogos 2004, sekolah ini dilengkapi juga dengan kemudahan
sebuah asrama harian yang boleh menempatkan kapasiti penghuni seramai
270 orang murid-murid. Asrama ini menyediakan dua blok bangunan asrama
tiga tingkat, sebuah dewan makan, sebuah surau dan sebuah pondok
pengawal. Pada awal pembukaan asrama ini, jumlah penghuninya ialah
seramai 100 orang dan kini pada tahun 2014, jumlah murid-murid yang tinggal
di asrama sekolah ini ialah seramai 265 orang dengan diawasi oleh lima
orang warden asrama dan tiga orang penyelia asrama. Pada tahun 2017,
jumlah murid-murid-murid-murid yang menghuni di asrama berjumlah 229
orang.

Gambar 1: Pintu pagar SMK Muhibbah, Sg. Siput (U)

Mulai sesi persekolahan tahun 2016, SMK Muhibbah telah menerima


murid-murid sulung tingkatan satu untuk Sekolah Seni Malaysia Perak
(SSeMPk) seramai 51 orang yang akan mengikuti kelas di dalam empat

2
bidang seni iaitu Seni Muzik, Seni Visual, Seni Tari dan Seni Teater.
Seterusnya dijangka pada tahun 2020, secara rasminya SMK Muhibbah akan
bertukar menjadi Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) bagi Zon Utara.

1.1.2 Visi dan misi

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan


Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

1.1.3 Objektif

i. Melahirkan murid-murid yang menguasai dalam ilmu pengetahuan


dan mempunyai jati diri yang baik.
ii. Memastikan murid-murid menjadi seorang wargnegara yang dapat
menyumbang bakti kepada negara secara holistik.
iii. Memastikan setiap murid-murid mendapat pendidikan yang
seimbang dan memenuhi hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan.
iv. Melahirkan murid-murid yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia
dan dapat meyumbang bakti kepada negara.

1.1.4 Falsafah dan Nilai

Berusaha merealisasikan hasrat dan dasar pendidikan Negara ke arah


kecemerlangan yang konsisten dalam program pendidikan dan
persekolahan peringkat menengah untuk melahirkan warga negara yang
terdidik dan sejahtera.
3
1.1.5 Piagam Pelanggan

i. Menyediakan prasarana pendidikan dan persekolahan yang


mencukupi, sempurna, berkualiti dan selesa kepada semua
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Sentiasa peka dan bertindak sewajarnya ke atas kehendak
murid-murid, ibu bapa, penjaga, anggota masyarakat dan
pelanggan lain dalam konteks perhubungan awam.
iii. Menyertai, memupuk dan memperkembangkan potensi diri
murid-murid di dalam dan di luar bilik darjah yang dapat
menyumbang ke arah memenuhi kehendak pasaran tenaga
kerja yang bersesuaian di samping dapat berdikari.
iv. Memberi bimbingan dalam persediaan hala tuju masa depan ke
arah penghayatan budaya ilmu sepanjang usia, kecintaan
kepada sekolah dan berakauntabiliti.
v. Memberikan dan menyediakan perkhidmatan kaunter yang
mesra pelanggan, cekap dan cepat di samping bersedia
memperbaiki kelemahan dan menerima teguran dari semasa ke
semasa.

1.1.6 Lencana sekolah

Gambar 2: Lencana SMK Muhibbah, Sg. Siput (U)

4
Lencana SMK Muhibbah 31100 Sg. Siput (U) Perak Darul Ridzuan
mempunyai lambing-lambang seperti berikut:

i. Warna biru

Melambangkan perpaduan iaitu murid-murid ditanamkan semangat


bekerjasama dan bersatu padu dalam semua aktiviti sekolah.

ii. Warna putih

Melambangkan bersih, suci iaitu murid-murid sekolah ini diibaratkan


sehelai kain putih yang bersih yang akan dicorakkan mengikut visi
dan misi sekolah.

iii. Warna merah

Melambangkan kecekalan dan keberanian warga sekolah dalam


menjalankan tugas masing-masing.

iv. Buku

Melambangkan sumber ilmu murid-murid sekolah ini diajar dan


dididik untuk menjadi individu yang berilmu pengetahuan dalam
empat bidang utama iaitu bidang bahasa, sains dan matematik,
teknologi, vokasional dan kemanusiaan.

v. Komputer

Melambangkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat


(ICT) dalam semua urusan sekolah sama ada di bidang akademik,
sahsiah dan juga kokurikulum.

5
vi. Binaan atom dan gear

Melambangkan bidang ilmu berasaskan sains dan teknologi yang


diberi penekanan khusus kepada murid-murid bagi melahirkan
ramai tenaga mahir professional pada masa hadapan.

vii. Berwawasan berilmu dan beramal pada lencana sekolah


merupakan moto sekolah

1.1.7 Moto

Berwawasan berilmu beramal.

1.1.8 Lagu

Muhibbah sekolah tercinta


Berwawasan berilmu beramal
Berdikari dan berusaha
SMKM gemilang
Kami warga berketrampilan
Jati diri perkasa
Maju SMKM di persada
Kejayaan pendidikan
Berwawasan berilmu beramal

6
1.1.9 Struktur organisasi

Rajah 1: Struktur organisasi SMK Muhibbah, Sg. Siput (U)

1.1.10 Lokasi sekolah beserta lakaran

Gambar 3: Peta lakar lokasi sekolah

7
Gambar 4: Gambar lokasi SMK Muhibbah, Sg. Siput (U)

SMK Muhibbah terletak di Jalan Simpang Jalong, 31100 Sungai Siput, Perak
Darul Ridzuan. Sekolah ini dibina di pinggir bandar Sg. Siput (U) lebih kurang
tiga kilometer dari bandar tersebut. Lokasi yang agak jauh dari bandar
memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah berkenaan.
Sekolah ini juga berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Kampong
Muhibbah dan SJK (C) Simpang Jalong. Kawasan sekitarnya di kelilingi oleh
ladang kelapa sawit dan juga terdapat kawasan perumahan yang
berhampiran termasuk perumahan Polis DiRaja Malaysia. Kawasan sekitar
juga terdapat kilang-kilang yang menghasilkan seramik dan kilang memproses
minyak kelapa sawit.

8
1.1.11 Kemudahan di sekolah

Jadual 1: Kemudahan sekolah

Bil. Bangunan Unit Kegunaan

1. A 4 PdPc Pendidikan Khas

2. B 1 Pusat sumber dan bilik

darjah

3. C 10 Pejabat pentadbiran dan bilik

darjah

4. D 3 Bilik darjah dan makmal

sains, bilik muzik

5. E 4 Makmal sains, bilik seni

visual, bilik KHB dan bilik

tarian.

6. F 2 Bilik Sains Pertanian

7. Kantin 1

8. Asrama lelaki 1

9. Asrama perempuan 1

10. Rumah warden asrama lelaki 2

11. Rumah warden asrama 2

perempuan

12. Kuarters guru 2

9
Bil. Bangunan Unit Kegunaan

13. Pondok pengawal 2

14. Padang bola 1

15. Gelanggang bola jaring 1

16. Gelanggang bola baling 1

17. Gelanggang bola tampar 1

18. Dataran perhimpunan 1

19. Gelanggang sepak takraw 1

20. Dewan makan 1

Kemudahan yang terdapat di SMK Muhibbah memenuhi keperluan sebagai


institusi pendidikan yang baik. Sekolah ini dikategorikan sebagai “design and
built” di mana mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah diuruskan
untuk aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sebagainya. Reka bentuk bangunan
utama berbentuk “U” memudahkan pengurusan mengawal aktiviti seharian
murid-murid dan juga aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Terdapat sebanyak sebanyak enam buah bangunan yang melibatkan


aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), satu bangunan kantin, dua
bangunan asrama, satu dewan makan, dua rumah guru dibina berkembar dan
juga dua pondok pengawal keselamatan.

Kemudahan lain melibatkan aktiviti sukan dan kokurikulum seperti


padang permainan, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar,
gelanggang bola baling dan gelanggang bola jaring. Kemudahan permainan
ini digunakan sepenuhnya oleh murid-murid sekolah ini yang merupakan
sebahagian besar tinggal di asrama.

10
1.1.12 Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Pn. Suriati Karina bt. Mohamed Kamal


YDP PIBG

En. Fazli bin Mohd. Zairy @ Khairi


Naib YDP PIBG

Cik Noor Aziatie binti Salman


Setiausaha

Pn. Hasniza bt. Hussein


Bendahari

Ahli Jawatan kuasa

En.Mohd. Yusreen Pn. Norhazaliah Pn. Norazhariah bt.


Bin Darmawan bt. Zainal Mohd. Noor

Pn. Wan Nurul Hekmah Pn. Rajabi bt. En. Paul Rizal Baird
bt. Wan Mokhtar Noordin

Pn. Sarirah @ Intan Pn. Nor Haslinda Pn. Suhanum bt. Basir
bt. Sabri bt. Jaafar

En. Mohd. Azmi bin Pn. Hazida bt. Hashim


Jamaluddin

Rajah 2: Carta Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

11
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini ditubuhkan sebaik
sahaja sekolah ini beroperasi pada 2001. Persatuan Ibu bapa dan Guru
ditubuhkan mengikut Peraturan-Peratuan Pendidikan di bawah P.U. (A)
118. Aktiviti PIBG merujuk kepada perlembagaan PIBG yang dibenarkan
oleh Pendaftar Sekolah dan Guru, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

PIBG banyak membantu sekolah dari segi kewangan dan juga


peningkatan akademik murid-murid. Salah satu bantuan terkini oleh PIBG
ialah menyediakan peralatan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
abad ke 21 iaitu menyediakan sebanyak 2 unit televisyen bagi membantu
menjayakan PdPc abad ke 21 bagi kemudahan guru-guru dan murid-
murid. Bantuan ini sangat baik dan memberi peluang kepada guru-guru
mempelbagaikan PdPc dan juga memberi peluang kepada murid-murid
belajar dalam suasana yang berbeza daripada PdPc sebelum ini. Alatan
PdPc abad ke 21 ini, diharapkan murid-murid berasa gembira belajar
dalam kelas dan mendapat maklumat terkini.

PIBG juga bekerjasama dengan program oleh syarikat Caltex yang


dikenali sebagai Caltex Fuel Your School Programmed an juga MyKasih
membantu menyediakan sekolah kemudahan yang diperlukan khususnya
dalam peningkatan akademik. Sekolah ini berjaya memenangi program
berkenaan dengan bantuan oleh Caltex dan MyKasih sebanyak lapan
buah unit televisyen pintar berukuran 49 inci.

PIBG juga telah melaksanakan inovasi kepada sekolah pada ini


dengan melaksanakan pembelian makanan di kantin dan koperasi
menggunakan program “e-patrol” iaitu “cashless” di mana murid-murid
hanya membuat bayaran makanan menggunakan kad tanpa membawa
sejumlah wang. Kaedah ini bagi mengurangkan kehilangan wang dalam
kalangan murid-murid terutamanya yang tinggal di asrama.
PIBG turut sama-sama membantu program yang melibatkan
persembahan oleh murid-murid seni seperti Malam Gala Sinaran Bintang
yang diadakan pada 29 hingga 30 September 2017 baru-baru ini. Ahli

12
jawatan kuasa PIBG bersama-sama guru-guru bekerjasama bagi
menjayakan program berkenaan dengan menjadi sukarelawan menjual
tiket, membantu persembahan murid-murid dan sebagainya.

1.2 Data/ statistik

1.2.1 Enrolmen murid

Jadual 2: Enrolmen murid

Ting Bangsa Jum Jum


Besar
Melayu Cina India Orang Lain-lain
Asli

1 28 56 1 1 0 1 0 0 0 1 29 59 88
2 17 28 0 0 0 0 1 1 0 0 18 29 47
3 23 22 0 0 0 3 0 2 0 0 31 27 58
4 19 29 0 0 8 2 14 28 0 0 41 59 100
5 26 24 0 0 7 3 14 21 1 0 48 48 96
Pend 9 4 9 2 10 8 0 0 0 0 28 14 42
Khas
Jumlah Keseluruhan 431
(Sumber: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

1.2.2 Bilangan staf.

Jadual 3: Staf akademik dan staf sokongan

Bil. Staf Bangsa / Jantina Jum


M C I L M C I L
L P L P L P L P L P L P L P L P

1. Guru 16 36 - 1 1 1 - - 55

2. Staf 3 11 - - - 1 - - 15
Sokongan
(Sumber: Penolong Kanan Pentadbiran)

13
1.2.3 Pencapaian akademik/kokurikulum

Jadual 4: Pencapaian akademik (SPM) 2013 – 2017

Bil. Peperiksaan Taraf 2013 2014 2015 2016 2017

1. Sijil Pelajaran Gred 5.25 6.03 5.74 5.98 5.01


Malaysia purata
sekolah
(GPS)

Kualiti 0 1 1 1 7

Kuantiti 92.0 77.9 80.0 71.9 91.8


(%)
(Sumber: Setiausaha Peperiksaan SPM)

Pencapaian kokurikulum pada 2017

Jadual 5: Pencapaian sekolah dalam kokurikulum

Bil. Jenis Permainan Pencapaian Catatan

Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa

1. Olahraga / / Lompat
tinggi (L)
tempat ke
3

2. Drama KOMSAS / / Johan

3. Drama Bahasa / / Johan


Inggeris Daerah
Kuala
Kangsar

4. Pertandingan / / Johan
tarian Daerah

5. Jambori / / Johan
Pengakap
(Pertandingan
kebudayaan)

6. Perkhemahan / / Penyertaan
Kor Kadet Polis
kali ke19

14
7. Kem Silang / Johan
Budaya

8. Karnival / Anugerah
Kesenian koreografi
Perpaduan terbaik
Sekolah Negeri
Perak

9. Malaysian floor / Johan


pattern sport
dance
competition

10. Pertukaran / Wakili


budaya badan Malaysia
beruniform (Puteri
Malaysia – Islam)
Indonesia
(Sumber: Penolong Kanan Kokurikulum)

1.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini.

Kejayaan SMK Muhibbah pada tahun 2017 boleh dibahagi kepada bidang
akademik, kokurikulum dan sukan serta program-program bersama
komuniti. Dalam bidang akademik, pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia di
mana seorang mendapat keputusan “A” sepenuhnya (straight A’s).

Dalam bidang kokurikulum pula, banyak kejayaan yang dimenangi oleh


pasukan sekolah ini sama ada acara individu atau berkumpulan. Di
peringkat daerah, seorang atlet lompat tinggi (lelaki) berjaya mendapat
tempat kedua dan mewakili Daerah Kuala Kangsar ke kejohanan balapan
dan padang di peringkat negeri. Atlet berkenaan iaitu Muhammad Azreen
bin Yahaya telah mendapat tempat kedua di peringkat negeri.
Pertandingan drama KOMSAS, drama Bahasa Inggeris dan pertandingan
tarian berjaya menjadi johan di peringkat Daerah Kuala Kangsar dan juga
negeri.

Perkhemahan Kadet Polis peringkat kebangsaan juga berjaya diwakili


oleh seorang kadet Polis iaitu Nasrawi Aisy bin Roselan di mana

15
mendapat tempat kedua keseluruhannya mewaklili negeri Perak. Begitu
juga dengan pertandingan “Malaysian floor pattern sport dance
competition” berjaya menjadi johan di peringkat kebangsaan dengan
mengalahkan kumpulan tarian professional lain khususnya kumpulan
tarian dari Kuala Lumpur.

Jambori pengakap mewakili sekolah ke peringkat antarabangsa yang


diadakan di Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman. Pasukan pengakap ini
berjaya menjadi johan dalam pertandingan dalam kebudayaan antara
negara yang mengambil bahagian iaitu Malaysia, Thailand, Singapura
dan Indonesia. Pertukaran budaya badan beruniform yang diadakan di
Yogjakarta juga diwakili oleh seorang murid sekolah ini iaitu Raheeza
Emilia binti Rahim Tingkatan 4 Anggerik. Pertukaran budaya ini dapat
menjalinkan hubungan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

1.2.5 Projek/program

Projek yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2017 diberi nama
Kelas Bestari (Kbes). Projek ini memenuhi hasrat pengajaran dan
pemudahcaraan pembelajaran abad ke 21 (PdPc) menggunakan salah
satu bahan pengajaran dan pembelajaran (tool). Projek ini akan
dilaksanakan secara berperingkat hingga mencapai hasrat di mana alatan
untuk PdPc abad ke 21 dapat disediakan sepenuhnya sekurang-
kurangnya pada akhir tahun 2018 yang melibatkan 9 unit set televisyen,
remote control dan alatan yang berkaitan yang disediakan di tujuh dalam
kelas dan dua bilik ICTL dan pusat sumber sekolah (bilik APD).

16
BAB 2

PERANCANGAN STRATEGIK

2.1 Kajian Keperluan

Kajian ini dilakukan hasil dari mengenalpasti data pentaksiran mata pelajaran
Matematik dalam PT3 selama tiga tahun berturut-turut dari 2014 hingga 2016.
Analisa pada 2014 mendapati gred purata mata pelajaran (GPMP) Matematik
ialah 5.2, tahun 2015 ialah 4.7 dan tahun 2016 ialah 5.3. Ini menunjukkan
berlaku penurunan pada 2016 walau pun pada 2015 menunjukkan kenaikan
GPMP iaitu sebanyak 0.5. Data ini akan digunakan untuk menjalankan kajian
Matematik dalam kalangan murid-murid Tingkatan Empat Anggerik
menggunakan alatan PA 21 selama lima minggu. Kajian penggunaan alatan
PA 21 diharapkan dapat meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik
kelas berkenaan. Kajian ini dilakukan apabila dapatan isu yang dapat dikenal
pasti ialah kadar kelulusan Matematik dalam kalangan murid-murid Tingkatan
Empat Anggerik merosot pada peperiksaan pertengahan tahun. Kajian ini
dilakukan melalui analisa membandingkan keputusan Ujian Selaras 1 (US1)
dengan peperiksaan pertengahan tahun (PPT).

Jadual 6: Analisis Pencapaian Pentaksiran PT3 2014 hingga 2016

Bil. Tahun Jumlah Calon Calon Peratus Calon Peratus GPMP


Calon Tidak Lulus Lulus Gagal Gagal
Hadir
1. 2014 102 9 26 28.0 67 72.0 5.2
2. 2015 125 1 64 56.1 60 43.9 4.7
3. 2016 125 7 39 33.1 79 66.9 5.3
(Sumber: Setiausaha Peperiksaan PT3)

17
Dalam Ujian Selaras 1, seramai 22 orang murid telah mengambil ujian
kertas Matematik. Seramai 17 orang lulus iaitu sebanyak 77.27 peratus
manakala murid-murid yang gagal seramai lima orang iaitu 22.73 peratus.
Gred purata mata pelajaran (GPMP) ialah 4.73.

Dalam peperiksaan pertengahan tahun pula, seramai 22 orang murid-


murid telah mengambil Ujian Kertas Matematik. Seramai tujuh orang murid-
murid yang lulus ujian berkenaan iaitu 31.82 peratus manakala murid-murid
yang gagal lebih ramai iaitu seramai 15 orang atau 68.18 peratus. Gred
purata mata pelajaran (GPMP) ialah 7.91. Ini menunjukkan berlaku penurunan
dalam mata Matematik ikut GPMP sebanyak 3.18. Kemerosotan ini sangat
ketara melibatkan seramai 10 orang.

Jika dilihat dari segi fakta, pencapaian murid-murid Tingkatan Empat


Anggerik dalam peperiksaan pertengahan tahun sepatutnya meningkat
melebihi 17 orang atau dalam lingkungan 20 orang melebihi kelulusan Ujian
Selaras 1. Permasalahan ini akan cuba diatasi dengan melaksanakan
pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke 21 (PA21)
dengan menggunakan tool iaitu smart televisyen, tablet atau pun smartphone
oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

Jadual 7 : Keputusan Matematik Murid Tingkatan Empat Anggerik

Bil. Ting. Jumlah Jenis Mata Lulus Gagal GPMP


Calon Ujian pelajaran
Bil. % Bil. %
1. 4 Ang. 22 US1 Matematik 17 77.27 5 22.73 4.73
2. 4 Ang. 22 PPT Matematik 7 31.82 15 68.18 7.91
(Sumber: Setiausaha Peperiksaan Dalaman)

Penurunan pencapaian keputusan Matematik dalam peperiksaan


pertengahan tahun (PPT) Tingkatan Empat Anggerik memerlukan satu proses
penambahbaikan yang sesuai bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam

18
mata pelajaran Matematik. Penambahbaikan yang dicadangkan ke arah yang
lebih positif agar memberi kesan yang bermakna dalam pencapaian
pembelajaran murid-murid. Satu kaedah pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) akan dilaksanakan dalam kelas tersebut di mana guru yang
berpengalaman dan komited mengajar mata pelajaran Matematik akan
menggunakan tool atau alatan PdPc abad ke 21 iaitu menggunakan
televisyen dan tablet bagi menukarkan kaedah PdPc sebelum ini yang
menggunakan papan putih (white board) dan white board marker.
Penggunaan alatan ini (tool) diharapkan dapat meningkatkan pencapaian
dalam peperiksaan akhir tahun dengan suasana persekitaran bilik darjah yang
berbeza dengan sebelum ini.

Merujuk kepada analisas yang dilaksanakan didapati murid-murid


menghadapi masalah seperti berikut:

i. Gagal memahami konsep pembelajaran Matematik dengan baik;


ii. Tidak memberi tumpuan yang serius ketika sesi pengajaran dan
pemudahcaraan;
iii. Gagal menjawab soalan peperiksaan dengan cepat; dan
iv. Kurang melakukan latihan Matematik di rumah.

Kajian tindakan untuk mengenalpasti faktor menyebabkan murid-murid


mendapat keputusan yang rendah dalam Matematik telah dilaksanakan.
Seramai 22 orang dalam kalangan murid-murid Tingkatan Empat Anggerik
terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid gagal memahami
konsep Matematik dengan baik. Analisis jurang di bawah ini menunjukkan isu
yang dihadapi oleh murid-murid dan tindakan selanjutnya yang boleh diambil
bagi mengatasi masalah berkenaan.

19
Jadual 8 : Analisis Jurang

Keadaan Semasa Keadaan Yang Dikehendaki

Murid-murid kurang menguasai Murid-murid boleh menguasai


konsep matematik konsep matematik dengan baik

Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan pengajaran dan


pemudahcaraan (PdPc) menggunakan tool seperti smart-tv dan tablet atau
smartphone untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Matematik.

Analisis SWOT/C akan dilakukan untuk melihat dari segi kekuatan,


kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis SWOT merupakan proses
mengenalpasti pelbagai faktor secara sistematik bagi menentukan rumusan
yang tepat dan melakukan strategi yang terbaik. Analisis ini merujuk kepada
fakta yang memaksimumkan kekuatan (strengths) dan peluang (opportunities)
dan meminimakan kelemahan (weaknesses) dan ancaman (threats). (Freddy
Rangkuti 2009:18)

Analisis SWOT yang ingin dilaksanakan di SMK Muhibbah, Sg. Siput


(U) melibatkan analisis data pencapaian murid-murid Tingkatan Empat
Anggerik dalam mata pelajaran Matematik yang dilihat keputusan yang
merosot dalam peperiksaan pertengahan tahun berbanding Ujian Selaras 1 di
awal tahun. Kemerosotan ini sudah tentu terdapat kelemahan tertentu yang
dapat dilihat melalui analisis SWOT ini.

2.2 Kajian Literatur

Berdasarkan kepada analisa dan pemerhatian, didapati terdapat perbezaan


dalam penguasaan akademik mengikut jantina. Busch (1995) melaporkan
bahawa kajian mengenai jantina dalam tahun 1980-an dan awal 1990-an
banyak berkisar mengenai isu kecekapan kendiri murid-murid dalam mata
pelajaran sains dan matematik dan juga dari segi penggunaan komputer

20
yang menunjukkan perbezaan antara jantina yang agak ketara. Boleh
dikatakan kajian-kajian tersebut merumuskan bahawa murid-murid lelaki
mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi berbanding murid-murid
perempuan dalam bidang berkenaan.

Dapatan kajian yang ditinjau juga mendapati murid-murid perempuan


lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja-kerja
sekolah berbanding murid-murid lelaki (Dwyer 1974; Fennema 1987;Halpern
1992). Mereka juga menunjukkan minat membaca yang lebih baik (McKenna
1997). Murid-murid lelaki dan perempuan juga dikatakan menggunakan stail
pembelajaran yang berbeza (Picou,Gatlin-Watts & Packer 1998). Dalam
peperiksaan SPM juga secara keseluruhannya menunjukkan pola yang
serupa dengan murid-murid perempuan mengatasi murid-murid lelaki.
Dapatan ini adalah selaras dengan tinjauan yang dibuat oleh Sutherland
(dalam Tinklin et al. 2000) yang melaporkan kecenderungan yang serupa di
beberapa negara Barat. Keadaan ini juga selari dengan kajian yang dijalankan
oleh Bridgement dan Wendler (1995). Bagi menjelaskan keadaan ini,
keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kajian persepsi oleh Nor’ain Mohd. Tajuddin, Marzita Puteh, Mazlini


Adnan dan rakan-rakan pada tahun 2015 menunjukkan Penyelesaian
Masalah Algebra (PMA) merupakan topik tumpuan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Seramai 18 orang guru matematik dipilih secara
teknik persampelan yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah temu bual secara
separa berstruktur digunakan bagi mengumpul data. Guru berpendapat,
konsep algebra perlu diajar dengan cara yang berkesan agar mudah difahami
oleh murid-murid. Kebanyakan guru didapati mengamalkan pengajaran
menggunakan model Polya dalam pengajaran PMA yang melibatkan empat
langkah yang terdapat dalam model tersebut untuk menyelesaikan masalah
matematik. Kajian ini memberi petunjuk bahawa amalan pengajaran yang
dipamerkan oleh guru adalah sangat penting dan mampu membantu murid-
murid dalam mengukuhkan pembelajaran PMA dan ini secara tidak langsung

21
dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid-
murid.

Di samping itu kaedah penyelesaian masalah adalah satu aspek yang


sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran
matematik. Menurut Gagne (1985), penyelesaian masalah adalah satu bentuk
pembelajaran pada tahap yang tertinggi. Ini selari dengan pernyataan
McCormick (1997) iaitu penyelesaian masalah matematik adalah satu bentuk
pemikiran aras tinggi dalam pengetahuan “procedural” bagi menentukan
strategi penyelesaian dilaksanakan. Pemikiran aras tinggi melibatkan
kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran menaakul dan membuat keputusan

Kajian oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia


menggunakan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik dijalankan pada tahun 2009 yang melibatkan murid-
murid tingkatan satu di Daerah Mersing, Johor. Pendekatan kaedah yang
digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra, ujian
pos dan soal selidik dengan memfokuskan tajuk perimeter. Hasil daripada
tinjauan, mendapati murid-murid menghadapi beberapa kelemahan menjawab
soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil pemerhatian semasa
kajian dijalankan didapati murid-murid tidak memberi tumpuan semasa proses
pengajaran dan pemudahcaraan, tidak memahami kehendak soalan dan tidak
memahami konsep perimeter itu sendiri. Kaedah konstruktivisme ini
memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik, khususnya di sekolah menengah untuk membantu murid-murid
membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina.

Kajian oleh Daliyanie binti Mat Saaid (2011), berkaitan dengan


Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu kaedah
pembelajaran aktif yang berasaskan teori konstruktivisme sosial yang

22
melibatkan murid-murid sekolah menengah dalam mata pelajaran matematik. Commented [S1]: Tahun rujukan

PBM merupakan pembelajaran yang bermula dengan masalah dan murid-


murid membina idea baru menggunakan bahan sokongan, maklumat dan
pengetahuan sedia ada. PBM dilaksanakan secara kolaboratif di mana proses
ini akan membantu murid-murid membina beberapa kemahiran dan
menggalakkan murid-murid melalui proses penyelesaian masalah. Kaedah ini
memerlukan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis, dapat menganalisis
masalah sebenar dan berkebolehan dalam berkomunikasi (Duch et. al,
2001b). Kaedah ini juga memerlukan murid-murid untuk bekerjasama dalam
kumpulan supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan idea untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

Kajian oleh Mazlini binti Adnan dan Nurul Sarah binti Jalil dari Fakulti
Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 2016
berkaitan dengan keupayaan murid-murid cemerlang dalam akademik
tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin di
Sarawak. Seramai 88 orang murid-murid tingkatan empat dipilih secara rawak
sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap keupayaan murid-
murid cemerlang akademik dalam menyelesaikan masalah algebra bukan
rutin adalah pada tahap sederhana. Hasil ini menunjukkan keupayaan
responden dalam mentafsir dan menterjemahkan penggunaan ayat masalah
bukan rutin kepada bentuk perwakilan adalah agak lemah. Keputusan yang
diperolehi mendapati murid-murid cemerlang akademik ini mempunyai sikap
positif terhadap penyelesaian masalah matematik yang agak tinggi iaitu
kesemua dimensi melebihi 70 peratus. Murid-murid juga mempunyai
keyakinan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah matematik yang
diberikan kepada mereka. Hasil keputusan ini menyokong dapatan Mahmud
(2001), yang menyatakan bahawa murid-murid yang cerdas mempunyai
keyakinan dalam menyelesaikan masalah matematik berbanding dengan
murid-murid sederhana dan lemah.

23
2.3 Pembinaan Pelan Strategik (Penjanaan strategi penambahbaikan)

2.3.1 ANALISIS SWOT


Strength (S) Kekuatan Weakness (W) Kelemahan

S1 Kepimpinan pengetua yang W1 32 % murid-murid kurang


mantap menguasai konsep pembelajaran
S2 100% guru terlatih dan Matematik.
berpengalaman W2 30% murid yang tidak
S3 Lima orang guru Matematik komited dan ambil mudah PdPc.
adalah guru opsyen. W3 10% guru kurang gemar
S4 Persekitaran sekolah yang menggunakan BBM dalam PdPc.
kondusif. W4 Perkhidmatan wireless kurang
S5 Sembilan orang guru memuaskan.
berpengalaman membantu PLC.
S6 Sokongan yang baik daripada
pengurusan sekolah.

Opportunity (O) Peluang Challenge (C) Cabaran

O1 Sokongan kewangan yang kuat C1 Kurang sokongan daripada ibu


dari bapa.
PIBG.
O2 Kerjasama yang baik dengan
swasta.
O3 Hubungan baik dengan JPN dan
PPD.
O4 Sokongan kuat ahli komuniti yang
pakar dalam bidang ICT.

24
2.3.1 TOWS MATRIKS

Persekitaran Dalaman Strength (s) Kekuatan Weakness (W) Kelemahan

S1 Kepimpinan pengetua yang W1 32% murid-murid kurang menguasai


mantap konsep pembelajaran Matematik.
S2 100% guru terlatih dan W2 30% sikap murid yang tidak komited
berpengalaman dan ambil mudah PdPc.
S3 Guru Matematik adalah guru W3 10% guru kurang gemar
opsyen. menggunakan BBM dalam PdPc.
S4 Persekitaran sekolah yang W4 Perkhidmatan wireless kurang
kondusif. memuaskan.
S5 Guru berpengalaman membantu
PLC.
S6 Sokongan yang baik daripada
Persekitaran Luaran
pengurusan sekolah

Opportunity (O) Peluang Strength (S) + Opportunity (O) Weakness (W) + Opportunity (O)
O1 Sokongan kewangan yang kuat S1 + S3 + S4 + S5 + S6 + O1 + O2 + O4 W1 + W4 + O3
dari PIBG.
O2 Kerjasama yang baik dengan Menyediakan PA21 untuk PdPc
swasta. Bantuan oleh SISC+ dari PPD untuk
dalam bilik darjah. tingkatkan penguasaan dalam
O3 Hubungan baik dengan JPN dan
PPD. Matematik.
Mewujudkan kerjasama erat dengan komuniti
O4 Sokongan kuat ahli komuniti yang bagi meningkatkan PdPc.
pakar dalam bidang ICT

Challenge (C) Cabaran Strength (S) + Challenge (C) Weakness + Challenge (C)

C1 Kurang sokongan daripada ibu S2 + C1 W3 + C2


bapa. Meningkatkan peranan PIBG. Mewujudkan PdPc yang menarik
C2 Perkhidmatan wireless kurang
memuaskan. Commented [S2]: a kat W

25
2.3.2 Analisis Pemilihan Strategi / Matriks Ranking

Merujuk kepada strategi yang dijana menggunakan Tows Matriks, disenaraikan strategi yang dikenalpasti seperti di
bawah ini.

Jadual 9 : Analisis Pemilihan Strategi / Matriks Ranking

BIL. KOD STRATEGI STRATEGI

1. STRATEGI SO Menyediakan PA21 iaitu smart-tv untuk PdPc dalam bilik darjah bagi
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran Matematik.
S1 S3 S4 S5 S6 O1 O2 O4

2. STRATEGI WO Khidmat nasihat oleh SISC+ dari PPD untuk tingkatkan penguasaan guru
dan murid dalam Matematik.
W1 W4 O3

3. STRATEGI SC Tingkatkan peranan PIBG.

S2 C1

4. STRATEGI WC PdPc yang menarik

W3C2

26
2.3.3 Analisis Pemilihan Strategi.

Analisis pemilihan strategi dilakukan bagi mengenalpasti strategi yang menjadi keutamaan untuk mencapai matlamat
yang ditentukan. Pemilihan strategi berdasarkan kepada pemberatan berikut:

Jadual 10 : Skala Linkert.

1 : Sangat kurang perlu


2 : Kurang perlu
3 : Sederhana perlu
4 : Perlu
5 : Sangat perlu

Bil. KRITERIA PEMILIHAN STRATEGI1 STRATEGI 2` STRATEGI 3 STRATEGI 4


S1O1 W1O3 S2C1 W3C2
1. Tahap kesukaran proses kerja 4 3 3 3
2. Kompetensi guru yang bertanggungjawab 5 3 3 5
3. Sumber kewangan dan kos program yang terlibat 5 2 4 3
4. Kemudahah insfrastruktur dan peralatan 5 2 4 4
5. Andaian keupayaan mengatasi halangan 4 2 4 4
6. Kesesuaian dengan persekitaran terkini 5 3 4 4
Jumlah Skor 28 15 22 23
Ulasan Strategi 1 dipilih dan menjadi keutamaan untuk pelaksanaan kerana darjah
peluang amat tinggi untuk mencapai objektif.

27
2.3.4 Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

Jadual 11 : Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

STRATEGI KOD STRATEGI STRATEGI

S1 S1 S3 S4 S5 S6 Menyediakan PA21 iaitu smart-tv untuk PdPc dalam bilik darjah bagi
O1 O2 O4 meningkatkan penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran
Matematik.

S2 W3C2 PdPc yang menarik.

S3 S2C1 Tingkatkan peranan PIBG

S4 W1 W4 O3 Khidmat nasihat oleh SISC+ dari PPD untuk tingkatkan penguasaan


murid dalam Matematik.

28
2.4 Pelan Taktikal Penambahbaikan Sekolah

Jadual 12: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menggunakan alatan PA 21 (Kbes)

Bil. Pelan Tanggungjawab Tempoh Kos/ KPI Sasaran Pelan


Taktikal Mula/Akhir Sumber Prestasi Kontigensi
(RM)
Mula Akhir

19.11.17
1. Pelaksanaan Pengetua/ 16.10.17 22,100.00 Peratus a.Murid- Motivasi
(Ujian Pos)
Kelas Bestari Penolong Kanan (Ujian Pra) kelulusan murid kepada
(Kbes) Kurikulum murid b.Guru- murid-murid
menggunakan dalam guru berminat
peralatan abad ke Matematik belajar
21 (PA21) meningkat mata
pelajaran
Matematik

29
2.5 Pelan Operasi Penambahbaikan

Jadual 13: Pelan Operasi

Pelaksanaan Kelas Bestari (Kbes) menggunakan peralatan


Nama Pelan Taktikal/Projek/Program abad ke 21 (PA21)

Objektif Program/Projek 1. Meningkatkan pencapaian Matematik melalui PdPc


Kelas Bestari (Kbes) menggunakan alatan PA 21.
2. Meningkatkan pemahaman konsep Matematik dengan
tajuk yang dipelajari dalam kalangan murid-murid.
3. Meningkatkan kemahiran mengira dengan pantas.

Tempoh Pelaksanaan Kajian Keseluruhan Lima minggu

Langkah Proses Kerja dan Tanggungjawab Tempoh Status

1. Mengkaji dan memilih tingkatan yang terlibat 1 hari

2. Merancang perbelanjaan dan sumber 1 hari Perbelanjaan keseluruhan


pendapatan RM22,100.00

3 Melantik Jawatan kuasa Kerja 1 hari Dicadangkan dalam


Mesyuarat Pengurusan
Bil.18/2017

4 Memaklum secara lisan dalam Mesyuarat 10 minit


Jawatan Kuasa PIBG Bil.3/2017.

5 Membentang Kertas Cadangan Kelas Bestari 30 minit Dipersetujui


(Kbes) dalam Mesyuarat Pengurusan
Bil.18/2017 pada 3 Oktober 2017

30
Memberi taklimat kepada guru-guru
6 pelaksanaan Kelas Bestari (Kbes) dalam
Mesyuarat Mingguan Guru pada 5 Oktober 15 minit Semua guru memahami Kbes
2017

7 Menyediakan alatan Kelas Bestari (Kbes) 2 hari


oleh kontraktor

8 Pelaksanaan Kelas Bestari (Kbes) 6 minggu Kelas kajian program


dalam kalangan murid-murid Tingkatan Sandaran Kbes menggunakan
Empat Anggerik PA 21.
Kaedah Penilaian
9 1. Penilaian diadakan sebanyak dua (2) 90 minit 1. 45 minit Ujian Pra
kali iaitu Ujian Pra sebelum
pelaksanaan dan Ujian Pos. 2. 45 minit Ujian Pos.
2. Soalan berbentuk penyelesaian
masalah disediakan oleh guru mata
pelajaran Matematik dan disemak
oleh Penolong Kanan Kurikulum.
Kekangan
10 1. Pada bulan Oktober, peperiksaan 1 minggu
akhir tahun tingkatan empat telah
bermula.
2. Terdapat guru-guru yang terlibat
dalam PdPc menjadi pengawas
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Instrumen pemantauan.
11 1. Instrumen pemantauan menggunakan 60 minit 1. 30 minit pemantauan
borang yang disediakan oleh Ujian pra
pengurusan sekolah. 2. 30 minit pemantauan
Ujian Pos

31
BAB 3

PELAKSANAAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

3.1 Pelaksanaan Projek Sandaran

Pelaksanaan projek Kelas Bestari (Kbes) menggunakan “tool” dalam pengajaran


dan pemudahcaraan (PdPc) seperti smart-tv, tablet atau telefon pintar telah
dirancang mulai 22 September 2017 dengan memaklumkan hasrat berkenaan
dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke
tiga 2017. Satu Kertas Cadangan Program Kelas Besatari (Kbes) Penggunaan
Alatan Pengajaran Abad ke 21 (PA 21) telah disediakan untuk dibentang dalam
Mesyuarat Pengurusan SMK Muhibbah 31100 Sg. Siput (U) Perak Darul
Ridzuan. Pembentangan kertas cadangan berkenaan telah mendapat
persetujuan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 18/2017 pada 3 Oktober 2017.
Mesyuarat Pengurusan menyokong sepenuhnya pelaksanaan program Kbes di
sekolah ini.

Program Kbes ini telah diberi penerangan dalam kalangan guru-guru


dalam Mesyuarat Mingguan Guru pada 5 Oktober 2017. Program Kbes ini
menarik perhatian guru-guru untuk mereka laksanakan secara berperingkat
memandangkan penggunaan alatan PA 21 ini merupakan sesuatu yang baharu
kepada mereka. Pada hari yang sama sebanyak dua unit smart-tv berukuran 49
inci telah dipasangkan di sekolah ini.

Percubaan pertama Kbes ini telah dilaksanakan pada 11 Oktober 2017 di


mana pada hari berkenaan merupakan Pelancaran Program “Caltex Fuel Your

32
School” di mana Syarikat Caltex dengan kerjasama Yayasan MyKasih telah
menyumbang sebanyak tujuh unit smart-tv kepada sekolah ini bagi membantu
melaksanakan Kbes di sekolah ini selain daripada dua unit smart-tv yang
disumbangkan oleh PIBG.

Pelaksanaan PdPc Kbes menggunakan PA 21 ini telah dimulakan pada 16


Oktober 2017 dalam mata pelajaran Matematik yang melibatkan Tingkatan
Empat Anggerik. Pelaksanaan Kbes ini memberi satu alternatif kepada guru-
guru untuk melaksanakan PdPc menggunakan alatan seperti smart-tv di samping
memberi kelainan kepada murid-murid untuk mengalami suasana PdPc yang
baharu berbanding sebelum ini menggunakan alatan seperti papan putih (white
board ) pen marker.

33
Mula

Memaklum dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa


PIBG

Menyediakan Kertas Cadangan PA 21.

Membentang Program Kelas Bestari (Kbes)


dalam Mesyuarat Pengurusan Bilangan
18/2017.

Taklimat kepada guru-guru pelaksanaan Kbes


 SOP
 Carta alir Kbes.
35.

Pemasangan smart-tv

Sesi PdPc
 Ujian pra

Pemantauan dan penilaian


 Pemerhatian
 Lawatan e kelas oleh pengurusan

Tindakan susulan

Tamat

Rajah 3: Carta Alir Pelaksanaan Program

34
Merujuk kepada pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi, saya akan
bincangkan kaedah pelaksanaan strategi berkesan pelaksanaan PdPc
menggunakan peralatan PA21 dalam PdPc Matematik dalam kalangan murid-
murid Tingkatan Empat Anggerik. Strategi ini meliputi proses kerja yang telah
saya rancangkan bersama Penolong Kanan Kurikulum dan guru yang melibatkan
proses sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program ini.

i. Pemberitahuan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa


dan Guru (PIBG).

Mesyuarat Jawatan Kuasa PIBG kali ketiga 2017 telah


dimaklumkan tentang hasrat melaksanakan program menggunakan alatan
PA21 dalam PdPc Matematik dan semua mata pelajaran lain oleh guru-
guru sekolah ini. Pemberitahuan ini kerana pada peringkat awal
pelaksanaan program ini menggunakan peruntukan dari PIBG bagi membeli
dua unit smart-tv, proses pendawaian dan membeli satu unit tablet. Semua
Ahli Jawatan Kuasa PIBG bersetuju untuk melaksanakan program ini
kerana dapat memberi kesan positif kepada PdPc murid-murid dalam bilik
darjah.

ii. Menyediakan Kertas Cadangan Kelas Bestari (Kbes) Penggunaan


Alatan (tool) Pembelajaran Abad ke 21 (PA21).

Kertas cadangan berkenaan telah disediakan pada 29 September


2017 untuk memaklum dan mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan
Bilangan 18/2017. Kertas tersebut telah dibentangkan pada 3 Oktober
2017 dan mendapat persetujuan dan kelulusan dalam Mesyuarat
Pengurusan. Pelaksaan Kbes ini mampu membantu guru dan murid-murid
mengalami situasi PdPc yang berbeza dan diharapkan dapat
meningkatkan pencapaian akademik murid-murid sekolah ini dalam jangka
masa panjang.
35
Gambar 5 : Pembentangan Kertas Cadangan Dalam Mesyuarat
Pengurusan

iii. Taklimat kepada Guru-guru.

Taklimat pelaksanaan Kbes menggunakan alatan (tool) PA21 telah


dilaksanakan dalam mesyuarat guru pada 5 Oktober 2017 supaya semua
guru memahami menggunakan alatan tersebut. Taklimat ini termasuk juga
juruteknik komputer yang bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara
alatan tersebut sekiranya guru-guru memerlukan bantuan daripada beliau.
Standard Operasional Procedure (SOP) juga telah diterangkan dalam
mesyuarat ini.

iv. Pemasangan alatan smart-tv dan pendawaian.

Pemasangan alatan smart-tv dan pendawaian telah dilakukan oleh


pembekal pada 5 Oktober 2017. Pemasangan ini dirancang mengikut
fasa tetapi telah dapat dilaksanakan dengan cepat apabila mendapat

36
sumbangan smart-tv dari syarikat Caltex dengan kerjasama Yayasan
Mykasih.

Gambar 6: Pemasangan alatan smart-tv dan pendawaian.

v. Sesi Tunjukcara PdPc Kelas Bestari (Kbes) Menggunakan Alatan


PA21.

Sesi PdPc yang pertama atau percubaan dilakukan pada 11


Oktober 2017 selepas majlis pelancaran Caltex Fuel Your School. PdPc
ini bertujuan mendedahkan kepada guru-guru dan juga pegawai dari
syarikat Caltex dan Yayasan MyKasih pelaksanaan Kbes menggunakan
alatan PA21. Semua tetamu yang hadir berpuas hati dengan PdPc Kbes
menggunakan smart-tv.

vi. Sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bermula pada 16


Oktober 2017. Guru yang terlibat telah melaksanakan ujian pra dalam

37
kalangan murid-murid Tingkatan Empat Anggerik untuk melihat
pencapaian mereka dalam Matematik. Pemerhatian yang dilakukan
semasa sesi PdPc ini menunjukkan murid-murid berminat untuk belajar
menggunakan alatan PA21 kerana ianya memebri kelainan dalam PdPc.

Gambar 7 : Sesi pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc)

38
vii. Ujian Pra dan Ujian Pos.

Ujian Pra dan Ujian Pos digunakan untuk megukur


keberkesananPdPc dalam Kbes. Data yang diperolehi akan
direkodkan dan dibuat perbandingan skor bagi melihat bagi tujuan
menilai keberkesanan penggunaan alatan tersebut.

viii. Pelaksanaan Projek.

Projek Kelas Bestari (Kbes) dilaksanakan dalam jangkamasa lima


minggu yang melibatkan seramai 23 orang murid Tingkatan 4
Anggerik. Peringkat awal guru dan murid-murid diterangkan
pelaksanaan kelas Bestari di mana guru mengajar menggunakan
alatan PA21. Murid-murid juga diterangkan bahawa mereka akan
menjalani ujian pra dan ujian pos bagi melihat peningkatan akademik
dengan menggunakan kaedah PdPc ini.

ix. Pemantauan Projek Kelas Bestari (Kbes)

Pemantauan projek ini dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti


melalui pemerhatian, lawatan ke kelas oleh pengurusan sekolah,
menyemak hasil kerja murid-murid dan menggunakan borang
pemantauan sekolah. Pemantauan ini dilakukan untuk memastikan
matlamat pewujudan Kelas Bestari mencapai objektif yang ditetapkan.
Namun begitu, perbincangan dari semasa ke semasa di antara
pengurusan dengan guru dan murid yang terlibat dalam kelas
berkenaan merupakan pemantauan yang berkesan untuk melihat
kejayaan dalam jangka masa pendek.

39
BAB 4

PENILAIAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

4.1 Teknik Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi Projek Kelas Bestari (Kbes) dilaksanakan melalui


pemerhatian, temu bual dengan murid terlibat dan juga mengumpul data hasil
Ujian Pra dan Ujian Pos. Pengumpulan data berkenaan untuk melihat
keberkesan projek Kbes sama ada berjaya atau di sebaliknya. Pencapaian
murid-murid yang dapat dilihat dengan ketara ialah melalui Ujian Pra dan Ujian
Pos. Ujian ini akan dibuat analisis yang akan menunjukkan pencapaian murid-
murid Tingkatan Empat Anggerik dalam Matematik. Keputusan analisis akan
ditunjukkan dalam bentuk graf dan juga peratus pencapaian murid-murid.

4.2 Dapatan Penilaian Terhadap Projek.

Penilaian projek dilakukan dengan membuat perbandingan di antara Ujian Pra


dan Ujian Pos untuk memastikan projek Kbes ini berkesan atau sebaliknya.
Penggunaan “tool” dalam Pengajaran Abad ke 21 (PA21) merupakan salah satu
kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dilaksanakan bagi
mewujudkan iklim pembelajaran yang baharu dan berkesan dalam bilik darjah
kepada murid-murid. PdPc begini diharapkan akan lebih memotivasikan murid-
murid untuk belajar dan dapat meningkatkan keputusan dalam Matematik. Jika
keputusan analisis menunjukkan peningkatan dalam PdPc Matematik
menggunakan “tool” PA21, maka kaedah berkenaan merupakan salah satu
kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi meningkatkan Matematik
dalam peperiksaan khususnya dan juga mata pelajaran yang lain.

40
4.2.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dilakukan sepanjang projek Kbes dilaksanakan.


Pemerhatian dilakukan di dalam kelas semasa PdPc berlaku. Keseluruhan murid
didapati tertarik dan berminat untuk belajat menggunakan “tool” PA21 di samping
memberi tumpuan sepenuhnya semasa PdPc.

4.2.2 Temubual.

Penilaian secara temubual dilakukan dalam kalangan 10 orang daripada seramai


23 murid dalam Tingkatan Empat Anggerik. Hasil dari temubual berkenaan,
mereka memberi maklum balas yang positif terhadap penggunaan “tool” PA21.
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang berminat supaya guru dapat
melaksanakan PdPc dengan lebih berkesan agar mereka lebih memahaminya.

4.2.3 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian dilakukan untuk membandingkan dapatan pencapaian murid-


murid sama ada penggunaan “tool” PA21 ini memberi kesan sepertimana yang
diharapkan oleh pengurusan sekolah dan saya sendiri. Sekiranya pada Ujian Pos
terdapat pencapaian yang lebih tinggi dari Ujian Pra, ini menunjukkan
penggunaan “tool” PA21 merupakan kaedah yang berkesan untuk meningkatkan
pencapaian murid-murid khususnya dalam Matematik. Saya sangat berharap
agar berlaku pencapaian yang positif sepertimana dapatan yang saya perolehi
ketika melaksanakan projek penandaarasan di SMK Clifford, Kuala Kangsar yang
menunjukkan bahawa penggunaan “tool” PA21 dalam Kbes dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam Matematik.

41
Jadual 14 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Tingkatan Empat Anggerik

Mata Pelajaran Matematik

Bil. Ting. Jumlah Calon Jenis Mata Lulus Gagal GPMP


Calon Ambil Ujian pelajaran
Ujian
Bil. % Bil. %
1. 4 22 21 Pra Matematik 7 31.82 15 68.18 5.0
Ang. Ujian
2. 4 22 18 Ujian Matematik 18 77.30 4 22.30 1.64
Ang. Pos

4.2.4 Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid dari Ujian Pos mendapati bahawa terdapat peningkatan
kelulusan Matematik dalam kalangan murid-murid. Peningkatan kelulusan ini
menunjukkan murid-murid memahami PdPc menggunakan alatan PA 21.
Peningkatan kelulusan seramai 11 orang berbanding dengan Ujian Pra seramai
tujuh orang murid sahaja yang lulus. Walau pun jumlah murid yang mengambil
Ujian Pos seramai 18 orang berbanding 21 orang dalam Ujian Pra, namun ia
menunjukkan peningkatan yang ketara. Ini boleh dikatakan bahawa PdPc guru
dapat meningkatkan pemahaman konsep Matematik dalam kalangan murid-
murid dalam tajuk yang diajar selama lima minggu. Peningkatan ini dari segi
kuantiti, kualiti dan juga GPMP dari 5.0 kepada 1.64.

42
4.2.5 Temubual Guru-Guru Lain.

Guru-guru yang mengajar dalam Tingkatan Empat Anggerik diadakan temubual


dengan mereka. Mereka memaklumkan bahawa penggunaan alatan PA 21
sebagai bahan bantu PdPc memberi satu kelainan kepada murid-murid untuk
mereka belajar dengan lebih baik dan dapat memberi tumpuan dalam mata
pelajaran yang diajar seperti Matematik. Secara khususnya mereka bersetuju
penggunaan PA 21 disebarluaskan dalam PdPc mata pelajaran yang lain bagi
menarik minat murid-murid untuk belajar seterusnya dapat meningkatkan
penguasaan dalam mata pelajaran tertentu.

4.3 Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos Mata Pelajaran Matematik
Tingkatan 4 Anggerik

Jadual 15: Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos


Mata Pelajaran Matematik Tingkatan 4 Anggerik

Ujian Pra Ujian Pos Catatan

Skor Jumlah Skor Jumlah


Murid Murid
Lulus Lulus

90 – 100 0 90 – 100 0

80 – 89 0 80 – 89 6

70 – 79 0 70 – 79 3

60 – 69 1 60 – 69 5

50 - 59 2 50 - 59 2

40 – 49 4 40 – 49 1

0 -39 14 0 - 39 1

Jumlah 21 Jumlah 18
43
25

22
21

20

15
14

10

0
Jumlah calon Calon Ambil Lulus Gagal
Ujian

Rajah 4 : Graf Analisis Data Ujian Pra Mata Pelajaran Matematik


Tingkatan 4 Anggerik

44
25

22

20

18
17

15

10

0
Jumlah calon Calon Ambil Lulus Gagal
Ujian

Rajah 5: Graf Analisis Data Ujian Pos Mata Pelajaran Matematik


Tingkatan 4 Anggerik

45
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan cara sela skor dan jumlah murid
yang lulus. Hasil analisis digambarkan dalam bentuk carta bar seperti di atas
untuk memudahkan pemahaman pembaca. Secara keseluruhannya didapati
terdapat peningkatan pencapaian dalam kalangan murid-murid Tingkatan Empat
Anggerik dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra sebelumnya. Seramai 17 murid
lulus Matematik dalam Ujian Pos berbanding seramai tujuh orang murid yang
lulus dalam Ujian Pra. Peningkatan kelulusan sebanyak 45.5 peratus atau
seramai 10 orang.

46
Jadual 18: Borang One Page Project Manager (OPPM)

47
Gambar 8 : Mesyuarat pemantauan PA 21 oleh Pengurusan Sekolah

Gambar 9: Contoh soalan Ujian Pra (kiri) dan Ujian Pos (kanan) Matematik
Murid Tingkatan Empat Anggerik

48
4.4 Dapatan Penilaian Terhadap Projek.

4.4.1 Penggunaan PA 21 membantu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)


Hasil dari pemerhatian dan pemantauan oleh pengurusan sekolah, dapati
bahawa penggunaan PA 21 membantu PdPc dalam kelas. Murid-murid didapati
berminat untuk belajar dan memberi tumpuan semasa PdPc dilaksanakan.
Kelainan PdPc oleh guru merupakan faktor utama murid-murid berminat belajar
Matematik.

4.4.2 Murid-murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa PdPc.

Kelainan bahan PdPc ini menarik perhatian murid-murid untuk belajar dengan
lebih baik. Guru dapat menggunakan alatan PA 21 dengan mempamerkan
pelbagai bentuk soalan melalui tablet yang digunakan semasa PdPc. Guru boleh
menayang bahan PdPc secara terus dari tablet ke smart-tv.

4.4.3 Guru perlu menguasai alatan ICT semasa PdPc.

Penggunaan tablet semasa PdPc bagi sesetengah guru merupakan masalah


yang sering mereka hadapi. Ramai dalam kalangan guru mengajar
menggunakan papan putih (white board) atau LCD. Mereka belum menggunakan
tablet dan smart-tv semasa PdPc. Bagi mengatasi masalah ini, sesi LADAP
dalam kalangan guru-guru perlu diadakan bagi memastikan mereka mengunakan
alatan ICT dengan berkesan ketika PdPc.

4.4.4 Sokongan Kewangan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

PIBG boleh membantu sekolah untuk merealisasikan Kelas Bestari (Kbes) di


sekolah saya atau mana-mana sekolah yang berhasrat menggunakan PA 21
untuk PdPc. Bantuan kewangan oleh PIBG dapat menggurangkan bebanan
pengurusan sekolah untuk mencari sumber kewangan bagi memastikan Kbes
49
dapat dilaksanakan dengan jayanya. PIBG tidak tertakluk kepada peraturan-
peraturan tertentu sepertimana sekolah yang perlu prosedur yang ditetapkan
oleh Kerajaan khususnya dalam hal kewangan.

4.4.5 Kelas Bestari (Kbes) Diperluas ke Seluruh Negara

Pelaksanaan Kbes ini perlu diperluaskan ke seluruh sekolah di negara ini yang
mempunyai akses internet yang berkelajuan tinggi. Kerajaan perlu membantu
melaksanakan Kbes ini supaya menjadi reality agar guru-guru dan murid-murid
berminat untuk mengajar dan belajar. Kelainan yang dapat dilaksanakan dalam
Kbes ini akan lebih mudah untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam
semua mata pelajaran khususnya Matematik.

4.5 Rumusan Keberkesanan Pelaksanaan.

Pembelajaran murid-murid dalam Kelas Bestari (Kbes) yang melibatkan


Tingkatan Empat Anggerik didapati berlaku peningkatan dari segi kuantiti dalam
Ujian Pos iaitu sebanyak 10 orang. Dalam Ujian Pra seramai tujuh orang murid
yang lulus (31.8%) manakala Ujian Pos seramai 17 orang (45.5%). Peningkatan
peratus lulus ialah 13.7 peratus.
Pada peringkat awal kajian pelaksanaan Kbes ini, didapati guru dan
murid-murid berasa kekok untuk melaksanakan dan juga mempelajarinya. Dalam
jangkasama lima minggu pelaksanaan, didapati guru dapat menguasai PdPc
manakala murid-murid dapat memahami pelaksanaan PdPc dalam Kbes.
Guru perlu menguasai alatan yang digunakan ketika PdPc supaya murid-
murid mempunyai keyakinan tinggi semasa PdPc dilaksanakan. Guru hendaklah
membuat persediaan awal sebelum memasuki kelas untuk PdPc bagi mencapai
objektif PdPc yang telah ditetapkan.
Murid-muid yang terlibat dalam PdPc mempunyai keyakinan yang tinggi
apabila mereka dapat belajar sendiri dan berbincang bersama rakan-rakan dalam
kumpulan masing-masing. PdPc Kbes ini berpusatkan murid-murid manakala
50
guru berperanan sebagai fasilitator dan membimbing murid-murid menyelesaikan
masalah yang dihadapi ketika menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan oleh
guru.
Pembelajaran abad ke 21 ini memerlukan guru-guru yang menguasai
empat ciri bagi memastikan PdPc mencapai matlamatnya. Empat ciri yang perlu
ada pada guru iaitu komunikasi, berfikir secara kritikal (critical thinking),
kolaborasi dan juga kreativiti. Ciri-ciri berkenaan dipercayai dapat memastikan
murid-murid berjaya menguasai pembelajaran sepertimana yang disarankan
dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Pada minggu kedua dan seterusnya, saya mendapati PdPc guru berjaya
dilaksanakan dengan baik manakala murid-murid memberi tumpuan yang serius
ketika guru mengajar. Hal ini saya lihat melalui pemantauan dalam kelas semasa
guru mengajar. Berlaku banyak soal jawab dalam kalangan murid-murid dengan
guru. Guru dapat bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan membimbing
murid-murid yang hadapi masalah pembelajaran. Dalam masa yang sama,
murid-murid yang menguasai pembelajaran akan terus menyelesaikan tugas
yang diberi oleh guru dengan melihat soalan-soalan yang dipamerkan di skrin
smart-tv.
Keseluruhannya saya berkeyakinan bahawa PA 21 dapat meningkatkan
lagi pencapaian murid-murid dalam menguasai mata pelajaran Matematik
khususnya dan mata pelajaran lain amnya. Bukti-bukti dari kajian yang dijalankan
selama lima minggu menunjukkan penguasaan tesebut. Kerajaan perlulan
berusaha untuk memastikan semua sekolah melaksanakan PdPc menggunakan
PA 21 supaya aktiviti PdPc lebih menarik dan menggembirakan murid-murid
untuk belajar di samping tidak menimbulkan rasa gelisah kepada mereka ketika
dalam bilik darjah.

51
BAB 5

REFLEKSI

5.1 Aspek Kepimpinan dan Pengurusan

Pelaksanaan Kelas Bestari (Kbes) yang merupakan projek pertama dilaksanakan


di SMK Muhibbah, Sg. Siput (U) dipercayai salah satu sekolah pertama
mempelopori di kawasan Sg. Siput (U) dan merupakan sekolah keempat selepas
Kolej Melayu Kuala Kangsar, SMK Sultan Tajul Ariffin dan SMK Clifford.
Pelaksanaan Kbes ini ini berkait rapat dengan aspek kepimpinan dan
pengurusan.

Kepimpinan di SMK Muhibbah merupakan kepimpinan yang dapat


memainkan peranan dalam menentukan hala tuju sekolah dan kepimpinan jenis
transformational. Ini bersesuaian dengan Bass (1985) menyatakan kepimpinan
transformational berupaya mengubah nilai kepercayaan dan budaya sesebuah
organisasi. Bennis and Nanus (2003) menterjemahkan kepimpinan
transformational adalah kebolehan pemimpin membentuk dan menterjemah
matlamat dalam kalangan pengikut untuk mencapai perubahan signifikan melalui
kepentingan dan tenaga bersama secara kolektif.

Peringkat awal di sekolah ini tidak ada disediakan smart-tv dalam kelas
untuk sesi PdPc.. Namun, atas kesedaran untuk kepentingan murid-murid
mencapai peningkatan dalam semua mata pelajaran khususnya Matematik,
pengurusan sekolah ini mengambil keputusan untuk melaksanakan Kelas Bestari
(Kbes) secara berperingkat. Kejayaan Kbes ini apabila Kertas Cadangan
pewujudan Kbes telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bilangan
18/2017 pada 3 Oktober 2017. Hasil pembentangan kertas berkenaan,

52
pengurusan sekolah bersetuju melaksanakan Kbes dengan kerjasama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga pihak swasta.

Guru-guru turut diberi penerangan berkaitan dengan hasrat untuk


melaksanakan Kbes ini dalam masa yang terdekat. Pada minggu kedua bulan
Oktober projek Kbes telah berjaya dilaksanakan dengan pemasangan dua unit
smart-tv dalam Tingkatan 1 harmoni dan 1 Irama. Ini diikuti dengan tujuh lagi
pemasangan smart-tv di beberapa buah kelas termasuklah di Tingkatan Empat
Anggerik. Guru-guru dapat menerima secara positif pelaksanaan Kbes ini dan
memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan sekolah ini di mana guru-
guru juga mengadakan PdPc menggunakan PA 21 apabila mengajar mata
peajaran masing-masing. Sehubungan dengan itu projek ini dapat dilaksanakan
dengan baik dan dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar dengan lebih
baik lagi.

Ciri kepimpinan transformasional yang ada pada pengurusan sekolah


berpotensi untuk membina komitmen yang tinggi dalam kalangan guru-guru yang
dalam usaha merealisasikan Kbes yang memerlukan komitmen yang tinggi dan
usaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Perancangan yang teliti bagi menjayakan Kbes melalui Mesyuarat


Pengurusan, Mesyuarat Jawatan kuasa PIBG dan perbincangan dengan pihak
swasta iaitu Caltex berjaya akhirnya. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan ini,
satu prosedur operasi standard (SOP) telah disediakan sebagai panduan kepada
guru-guru dan juga staf apabila mereka ingin menggunakan peralatan PA 21
sebagai medium PdPc atau pun perbincangann yang melibatkan kepentingan
sekolah.

Pengurus sekolah khususnya Pengetua telah memberi perhatian khusus


dalam melaksanakan Kbes ini. Beliau turut memberi pandangan pelaksanaan
yang lebih baik kepada guru-guru dalam memastikan kejayaan projek

53
ini.Perhatian khusus ini secara tidak langsung dapat memotivasikan guru-guru
untuk melaksanakan PdPc dengan mengunakan PA 21.

5.2 Kekuatan Projek.

Kekuatan projek ini bagi mencapai kejayaan sepertimana yang diharapkan


melibatkan pelbagai pihak seperti berikut:

5.2.1 Kepimpinan Pengetua.

Pengetua memberi sokongan yang kuat dalam memastikan projek Kelas


Bestari (Kbes) berjaya dilaksanakan. Perbincangan awal saya dengan beliau
menunjukkan kesungguhan beliau bagi menjayakan Kbes ini. Kesungguhan
beliau dapat dilihat apabila dalam Mesyuarat Pengurusan Kertas Cadangan
pelaksanaan Kbes terus disokong tanpa ada sebarang bantahan. Malah beliau
yang mempunyai keyakinan penuh terhadap projek Kbes telah mengarahkan
semua Penolong Kanan agar memastikan projek Kbes berjaya sepenuhnya.
Beliau akan sentiasa memantau kemajuan projek ini melalui Mesyuarat
Pengurusan setiap minggu agar tidak ada sebarang masalah dari segi
pelaksanaannya.

5.2.2 Sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah memebri komitmen dan
sokongan bersungguh-sungguh dalam menjayakan projek Kbes ini. Dua unit
pertama smart-tv dan alatan berkaitan merupakan sumbangan dari PIBG sebagai
permulaan projek Kbes. Semua ahli jawatan kuasa PIBG sangat komited
membantu bagi menjayakan projek Kbes. Ada dalam kalangan ahli PIBG yang
pakar dalam bidang ICT bersedia membantu bagi menjayakan Kbes dengan
memberi nasihat dari segi teknikal dan menyumbang alatan penerima isyarat
kepada sekolah. Kesungguhan PIBG dalam hal ini sangat dibanggakan demi
kemajuan murid-murid dalam bidang akademik.

54
5.2.3 Komitmen Oleh Guru-Guru.

Guru-guru sekolah ini dapat menerima perubahan baru ke arah yang lebih
baik dalam menyediakan prasarana pembelajaran kepada murid-murid. Guru-
guru bersedia untuk menggunakan smart-phone sendiri bagi merealisasikan
PdPc dalam bilik darjah memandangkan pengurusan sekolah dapat membekal
peralatan secara berperingkat. Komitmen guru-guru mempercepatkan
pelaksanaan Kbes ini.

5.2.4 Kerjasama Dengan Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Pihak swasta khususnya Caltex dengan kerjasama Yayasan MyKasih


telah membantu memberi sumbangan smart-tv sebanyak tujuh unit kepada
sekolah. Pada peringkat awal pelaksanaan Kbes ini, pengurusan sekolah
merancang untuk menyediakan sebanyak sembilan unit smart-tv sehingga
Disember 2018. Dengan sumbangan oleh pihak swasta dan badan bukan
kerajaan berkenaan, pelaksanaan Kbes dapat direalisasikan dalam masa
sebulan. Komitmen pihak swasta dan badan bukan kerajaan dapat membantu
mempercepatkan pelaksanaan Kbes dan membolehkan murid-murid belajar
menggunakan PA 21 dengan lebih awal.

5.3 Kelemahan Projek.

Kelemahan projek ini dari segi kewangan. Pengurusan sekolah memerlukan


sumber kewangan bagi memastikan setiap kelas mempunyai alatan PA 21 yang
mencukupi. Namun, pembelian alatan akan dapat diadakan secara berperingkat
bergantung kepada keupayaan PIBG untuk membantu sekolah membeli
peralatan berkaitan khususnya tablet.

55
5.4 Cadangan Penambahbaikan.

Projek Kelas Bestari (Kbes) menggunakan alatan PA 21 ini diharapkan dapat


dilaksanakan sepenuhnya dalam jangkamasa dua tahun iaitu pada akhir 2018
yang melibatkan kesemua kelas di sekolah ini termasuklah makmal sains dan
bilik khas. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan penambahbaikan yng
difikirkan sesuai bagi menjayakan projek berkenaan seperti berikut:

5.4.1 Mengadakan Latihan Dari Semasa ke Semasa.

Latihan dari semasa ke semasa perlu dilakukan dari dalam kalangan guru-guru
agar pelaksanaan Kbes menggunakan PA 21 berjaya. Latihan berterusan akan
dapat menambah pengetahuan guru-guru untuk menggunakan alatan PA 21
dengan berkesan dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan
baik dan terkini. Guru akan dapat meneroka ilmu baru dari seluruh dunia untuk
memastikan murid-murid mereka menguasai ilmu pengetahuan setaraf dengan
murid-murid luar negara.

5.4.2 Kesemua Murid Dapat Mengikuti Kelas Bestari (Kbes) Sepenuhnya.

Di peringkat awal pelaksanaan Kbes ini, sebanyak sembilan kelas dapat


disediakan dengan kemudahan PA 21. Namun, dalam masa setahun diharapkan
semua kelas di sekolah ini disediakan dengan smart-tv agar semua murid dapat
mengikuti PdPc dengan lebih baik.

5.4.3 Mewujudkan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) Dengan Pihak


Swasta.

Pengurusan sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan Strategi Lautan Biru


Nasional (NBOS) dengan pihak swasta dalam menjayakan Kbes ini. Penyertaan
pihak swasta seperti Caltex berupaya memastikan Kbes dilaksanakan
sepenuhnya. Selain dapat membantu dari segi kewangan, pihak swasta juga
mempunyai kepakaran dari segi ICT dan sebagainya untuk membantu PdPc
berjaya sepenuhnya.

56
57

You might also like