You are on page 1of 17

PROGRAM TERANCANG “KELAS TANPA GURU SUBJEK”

1.0 LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Bakong (SKB) sebagai salah sebuah sekolah yang terletak dipinggir bandar
daerah Bachok, di mana rata-rata para pelajarnya terdiri daripada anak-anak petani, buruh kasar dan
segelintir penjawat awam dan swasta. Ramai diantara guru-gurunya yang mempunyai tahap kepakaran yang
tinggi dalam bidang masing-masing. Justru itu ramai guru-guru SKB yang terpaksa menjalankan tugas rasmi
di luar sekolah dalam waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN dan KPM.

Penglibatan guru-guru SKB di peringkat PPD, JPN dan KPM dan agensi kerajaan yang lain sangat
ketara sama ada dalam bidang kurikulum lebih-lebih lagi dalam bidang kokurikulum. Fenomena ini sedikit
sebanyak menjejaskan “core business” mereka sebagai guru iaitu mengajar di bilik darjah. Akibatnya secara
purata 2 hingga 5 orang guru tiada di sekolah pada setiap hari dan jadual “relief” terpaksa dibuat.

Selain daripada penglibatan guru-guru atas kepentingan perkhidmatan, fenomena biasa


sebagaimana sekolah-sekolah lain juga berlaku di SKB seperti guru pergi berkursus, cuti sakit, cuti sambilan
dan lain-lain lagi. Rekod pada setiap tahun menunjukkan pada musim-musim puncak seperti acara sukan
tahunan peringkat daerah dan mengawas peperiksaan UPSR, PMR,SPM dan STPM secara purata sehingga 5
kadang-kadang mencecah 10 orang guru tiada di sekolah.

Isu ini telah sekian lama disedari oleh warga SKB dan telah sejak sekian lama juga hangat
diperkatakan oleh masyarakat luar SKB sama ada di kalangan waris, pihak berwajib atau mereka yang
perihatin terhadap SKB.

2.0 PENGENALAN

Suatu kaedah perlu difikir dan dilaksanakan untuk menangani isu di atas. Pembolehubah-
pembolehubah yang boleh kita kawal perlu kita manipulasikan semaksimum mungkin agar hak pelajar tidak
dinafikan. Program yang dicadangkan ini dirancang supaya walaupun guru bagi subjek tertentu tidak hadir ke
sekolah, proses PdPc bagi subjek tersebut berjalan sama ada dengan kehadiran guru relief atau tanpa
kehadiran guru relief.

Untuk menjayakan program ini perlu ada kesedaran yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru
dan pelajar tentang situasi yang berlaku dan kesediaan untuk memberikan komitmen bagi melaksanakan
program. Usaha ini sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan guru-guru terutama di peringkat
penyediaan bahan atau modul dalam bentuk ‘hardcopy’ atau ‘softcopy’, tetapi sebenarnya itu memang
menjadi tanggungjawab kita kerana prinsip asasnya ialah setiap kelas yang kita tinggalkan perlu kita ganti.

Tanpa tekad dan azam yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan program ini kemelut yang
berlaku di SMKPS akan berpanjangan tanpa kesudahan. Pihak waris dan masyarakat luar SKB memberi
komen bahawa guru kerap tidak masuk kelas atau PdPc kerap tidak berlaku dan reaksi kita ialah alasan-
alasan tentang fenomena yang wujud di SKB. Walaupun sebenarnya kedua-dua pihak betul, namun
penyelesaian tidak wujud dan pelajar menjadi mangsa.

3.0 RASIONAL
Program Terancang Kelas Tanpa Guru Subjek amat perlu dilaksanakan di SKB walaupun mekanisme
dan proses menyediakan guru relief yang sedia ada telah pun mantap dan proses tersebut berjalan lancar
pada setiap hari persekolahan cuma kadang-kadang beberapa penyesuaian terpaksa dibuat apabila terlalu
ramai guru tidak hadir pada hari tersebut. Program ini perlu dilaksanakan kerana alasan-alasan berikut;

3.1 Guru mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilaksanakan dan berkemungkinan guru relief
tidak dapat masuk awal ke kelas atau mengambil alih tugas secara ‘ad hoc’/ segera.

3.2 Berlaku pembaziran waktu selama masa ketiadaan guru subjek sekiranya guru relief tidak
mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama
bagi kumpulan pelajar yang motivasi dalamannya rendah.

3.3 Menambah beban kerja guru relief untuk memikir dan/atau menyedia bahan atau perancangan
bagi pengisian waktu tersebut.

3.4 Proses PdPc subjek berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir.

3.5 Sukatan Pelajaran tidak dapat dihabiskan atau penguasaan bagi topik-topik
tertentu tidak mantap.

Oleh itu suatu program terancang untuk menangani isu tersebut perlu dilaksanakan dengan kadar
segera terutama dalam konteks SKB yang jelas menunjukkan fenomena tersebut berada di tahap yang
membimbangkan.

4.0 MATLAMAT

Meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan proses PdPc di SKB dengan mempastikan aktiviti
PdPc berjalan secara berterusan supaya pelajar-pelajar mendapat manfaat secara maksimum sewaktu
mereka di sekolah.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memantapkan pelaksanaan sistem guru relief yang sememangnya berjalan lancar diperingkat
penyediaan dan pengedaran jadual tetapi kurang berkesan di peringkat pelaksanaan oleh guru-
guru yang menerima tugas “relief” tersebut.

5.2 Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti khusus yang berfaedah yang menyumbang ke
arah memperkembang minda dan menggilap potensi pelajar walaupun tanpa kehadiran guru
subjek.

5.3 Membolehkan guru relief rasa terpanggil untuk masuk ke kelas kerana program ini telah diberi
tumpuan khusus dan dipantau oleh semua pihak termasuk oleh pelajar-pelajar kelas berkenaan.

5.4 Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah oleh kerana suatu tugas rasmi atau sebab-sebab
lain tetap bertanggungjawab merancang dan menyedia bahan bagi subjek dan kelas yang
sepatutnya diajar.

5.5 Membolehkan guru relief rasa terpanggil untuk melaksanakan PdPc setelah masuk ke kelas
kerana bahan telah tersedia.

5.6 Membantu pelajar mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru subjek
tersebut.

5.7 Membantu mengurangkan kes-kes perlanggaran disiplin semasa guru subjek tidak hadir.

6.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Encik Mohamed Fhadil Bin Hassan


Guru Besar

Naib Pengerusi : Encik Mohd Rizalman Bin Mohd Razi


Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Marizan Bin Mamat


Penolong Kanan (HEM)

Ahli Jawatankuasa : Haji Muhamad Nubli Bin Talib (Fasilitator)


Guru Jadual

Puan Mazila Binti Muhammad (Setiausaha)


Kaunselor Pelajar

Encik Mohammad Rafee Bin Che Soh


(Ketua Kumpulan)

Encik Mohd Haniffa Bin Mohd Husain


Encik Zamri Bin Zakaria
Encik Mohammad Ridzuan Bin Mohamed Rosli
Encik Ariffin Bin Awang
Encik Mohd Faz'iz bin Safei
Puan Zanariah Binti Mustapha
Puan Wan Rasyidah Binti Wan Ab Rahman
7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 PRA PELAKSANAAN

7.1.1 Guru subjek merancang dan menyediakan bahan atau modul dalam bentuk ‘softcopy’
atau ‘hardcopy’ dan menyerahkannya kepada Guru berkenaan (hardcopy) dan memuat
naik sendiri bahan ke ‘virtual storage’ (softcopy) atau meminta bantuan Panitia untuk
melakukannya sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah. Bahan yang disediakan
seboleh-bolehnya selari dengan RPT guru subjek berkenaan dan spesifik khusus untuk
kelas-kelas yang ditinggalkan.

7.1.2 Taklimat kepada semua guru dan Panitia cara memuat naik bahan ‘softcopy’ ke ‘virtual
storage’ dan cara untuk memuat turun pula jika ingin digunakan untuk PdPc yang
menggunakan media baru seperti kemudahan internet.

7.1.3 Semua guru subjek hendaklah menyediakan bahan umum mengikut subjek dan kelas
yang diajar bagi tujuan kes-kes kecemasan. Penyediaan bahan ini bolehlah dibincang
diperingkat panitia dan dibuat secara bersama.

7.1.4 Bahan yang telah siap hendaklah diserah kepada PKP secepat mungkin untuk mula
digunakan.

7.1.5 Guru yang terpaksa meninggalkan tugas dengan bersebab atau kes-kes kecemasan perlu
memaklumkan kepada pihak pentadbir dan pengurusan sekolah. Catatan ketidakhadiran
guru perlu direkodkan sendiri oleh guru berkenaan atau staf dalam buku rekod
kehadiran harian guru. Satu memo perhubungan mengenai ketidakhadiran guru perlu
disedia dan disenggarakan dengan teratur.

7.1.6 Semua guru dikehendaki menulis maklumat tugas rasmi di luar sekolah yang bakal
dihadiri dalam buku di pejabat untuk tujuan penyediaan guru relief.

7.1.7 Untuk kes-kes kecemasan atau urusan peribadi lain yang melibatkan cuti tanpa rekod,
cuti bersalin, cuti sakit dan yang seumpamanya guru-guru perlu mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada pihak pengetua atau sekurang-kurangnya memaklumkan
ketidakhadiran pada pagi hari tersebut seawal mungkin (kes-kes kecemasan) untuk
direkodkan.

7.1.8 Memaklumkan kepada guru-guru relief jika menggunakan bahan ‘softcopy’, kelas relief
boleh dijalankan dimana-mana tempat yang boleh akses kepada internet.
7.2 PELAKSANAAN

7.2.1 Semua guru perlu sampai ke sekolah dan “punch card” nama untuk rekod
kehadiran sebelum atau selewat-lewatnya jam 7.30 pagi.

7.2.2 Pada jam 7.30 pagi setiap hari Guru Jadual Waktu akan menyemak rekod
kehadiran guru dan rekod guru menjalankan tugas-tugas luar dan seterusnya
membuat jadual relief. Guru relief akan mendapat slip relief sebelum jam 7.40
pagi.

7.2.3 Guru yang membuat jadual relief menampal salinan jadual relief di papan
kenyataan berkenaan guru relief dan menandakan juga di papan kenyataan
tersebut. (Rujuk Pangkalan Data Excell)

7.2.4 Guru relief perlu mengenalpasti guru subjek yang diganti dan seterusnya
mendapatkan bahan atau modul (hardcopy) daripada Guru Kanan berkenaan
atau ditempat yang telah di khaskan untuk bahan-bahan tersebut. Jika
menggunakan bahan softcopy guru relief boleh ke bilik-bilik yg mendapat
akses internet atau menghubungi PKP untuk pemasangan ‘ZOOM One
Bestarinet’ di kelas tersebut.

7.2.5 Menjalankan PdPc berdasarkan modul yang disediakan. Aktiviti semasa PdPc
adalah bergantung kepada kesesuaian bahan yang disediakan, kreativiti dan
kepakaran guru relief. Guru relief dikehendaki menyerahkan keratan
kenyataan relief selepas masa tamat. Serahkan keratan tersebut kepada ketua
kelas untuk dihantar kepada PKP. Bahan atau modul atau kertas jawapan
hendaklah dikumpul dan diserahkan kepada PKP (sekiranya perlu), hubungi
guru bestari jika PdPc menggunakan ‘YES 1Bestarinet.

7.2.5 Sekiranya guru relief tidak dapat masuk ke kelas selepas 10 minit masa berlalu,
Ketua Kelas perlu melihat senarai guru relief di papan Kenyataan Relief dan
menghubungi kakitangan pejabat untuk menghubungi guru berkenaan.
Selepas usaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke kelas, Ketua
Kelas hendaklah melaporkannya kepada PKP / Guru Besar.
7.3 POST PELAKSANAAN

7.3.1 Selepas selesai kelas bahan atau modul ‘hardcopy’ sahaja atau skrip jawapan
pelajar hendaklah diserah kepada Guru Kanan berkenaan dan guru kanan
hendaklah menyerahkan skrip jawapan kepada guru subjek apabila beliau
kembali ke sekolah (sekiranya perlu).

7.3.2 Guru subjek hendaklah melihat dan meneliti atau memeriksa bahan atau skrip
jawapan pelajar yang diterimanya dan membincangkannya semula di dalam
kelas mengikut keperluan.

8.0 JADUAL PELAKSANAAN

Pelaksanaan program berkuatkuasa sertamerta dan diharapkan berjalan secara


menyeluruh pada bulan Julai 2018. Carta Gantt jadual pelaksanaan program adalah seperti
berikut:

Mei Jun Julai Ogos Sept Okt


Bil Aktiviti 2018 2018 2018 2018 2018 2018

1 Kajian Keperluan X

2 Cetusan Idea & Perbincangan


Awal X

Penyediaan Kertas Cadangan


& Kelulusan Peringkat
3 Pengurusan X X

Taklimat Penyediaan Bahan/


4 Modul & Program Dimulakan. X

Program Dilaksanakan
5 Sepenuhnya. X X X X

6 Pemantauan X X X X
9.0 CARTA ALIRAN KERJA

9.1 Guru subjek tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yang tarikhnya diketahui terlebih
awal dan persediaan sempat dibuat.

Mula

Guru subjek mengetahui tarikh yang terlibat.

Guru subjek merancang dan menyediakan bahan/modul P dan P


untuk setiap subjek dan kelas bagi setiap hari yang bakal ditinggalkan.

Bahan/Modul P DAN P hendaklah mencukupi bagi kegunaan semua pelajar


dalam kelas berkenaan.

Bahan/Modul P DAN P yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada
guru kanan berkenaan.
Guru relief atau ketua kelas mengambil bahan daripada guru berkenaan
di tempat yang telah dikhaskan sebelum masuk ke kelas.
Guru relief melaksanakan P DAN P berdasarkan bahan/modul yang telah diserahkan
Kepada guru kanan.
Guru relief/ketua kelas mengumpul bahan/modul dan menyerahkan semula
kepada guru kanan/meletakkan ditempat yang telah dikhaskan.
Guru kanan menyerahkan bahan/modul yang telah digunakan atau skrip jawapan
kepada guru subjek (sekiranya perlu).
Guru subjek memeriksa kertas jawapan atau membincangkannya semula
bersama pelajar kelas terbabit (sekiranya perlu).
Tamat
9.2 Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan dan perancangan tidak
sempat dibuat.

Mula

Semua guru subjek menyediakan bahan/modul umum untuk digunakan


di waktu guru berkenaan tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan.

Bahan atau Modul P dan P hendaklah mencukupi bagi kegunaan kelas dengan
bilangan pelajar paling ramai.

Bahan atau modul P dan P yang telah siap diproses dan berlabel diserah
kepada guru kanan berkenaan.

Guru Kanan menyimpan dengan kemas bahan atau modul ditempat yang mudah
dicapai dan diketahui oleh semua guru di tempat masing-masing.

Guru relief atau ketua kelas mengambil bahan daripada guru berkenaan
di tempat yang telah dikhaskan sebelum masuk ke kelas.

Guru relief melaksanakan P dan P berdasarkan bahan atau modul


yang telah disediakan oleh guru kanan.

Guru relief atau ketua kelas mengumpul bahan atau modul dan menyerahkan semula
kepada guru kanan dan meletakkan ditempat yang telah dikhaskan.

Guru kanan menyerahkan bahan/modul yang telah digunakan atau skrip jawapan
kepada guru subjek (sekiranya perlu).

Guru subjek memeriksa kertas jawapan atau membincangkannya semula


bersama pelajar kelas terbabit (sekiranya perlu).

Tamat
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

10.1 PERBELANJAAN

10.1.1 Rak penyimpanan bahan atau modul PdPc yang disediakan oleh guru subjek di bilik guru kanan.
10.1.2 Kos Percetakan Bahan atau modul
10.1.3 Papan Kenyataan khas maklumat relief

10.2 SUMBER KEWANGAN

Semua kos yang terlibat ditanggung oleh pihak sekolah daripada peruntukan berikut:

10.2.1 Kumpulan Wang Kerajaan


10.2.2 Kumpulan Wang SUWA

11.0 PEMANTAUAN

11.1 Pemantauan oleh pelajar kelas yang terlibat dengan ketiadaan guru subjek.
11.2 Pemantauan oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan Penolong Kanan (HEM) melalui rondaan dari kelas
ke kelas secara rawak.
11.3 Pemantauan oleh PKP melalui senarai guru yang tidak hadir (mengikut bidang masing-masing) dan
bahan yang sepatutnya diambil oleh guru relief.
11.4 Pemantauan berkala oleh Guru Bimbingan Pelajar berdasarkan senarai guru relief dan senarai kelas
yang tiada guru subjek.

12.0 PENUTUP

Usaha untuk merealisasikan hasrat yang dirancang bukanlah suatu perkara yang mudah jika tanpa
penglibatan yang menyeluruh dan komitmen yang bersungguh-sungguh dari semua pihak. Semoga kita semua
mempunyai komitmen yang tekal ke arah mencapai matlamat program ini agar rungutan berkaitan guru tidak
masuk kelas, P dan P tidak berjalan dan agihan tugasan untuk relief yang hampir sama atau sama kerap di antara
guru-guru. Apa yang penting, suatu usaha yang terancang dan bersungguh-sungguh telah kita buat untuk
memperbaiki keadaan. Mudah-mudahan usaha murni cikgu-cikgu semua dirahmati Allah. Bersama-samalah kita
memartabatkan imej SKB dalam usaha menjunjung warisan dan wawasan.

Disediakan oleh:
Muhamad Nubli Bin Talib.
LAMPIRAN 1

Pengurusan

Guru Jadual

SASARAN

Kelas/Pelajar
Guru Relief

Guru Subjek
LAMPIRAN 2

Aliran Kerja JK Jadual Relief Sebelum Pelaksanaan

MULA

Semak kehadiran Guru

Bentukkan jadual relief

Serahkan Slip relief kepada guru berkenaan

Catat dalam buku

TAMAT
LAMPIRAN 3

Aliran Kerja JK Jadual Relief dan KIK Setelah Pelaksanaan

MULA

Semak kehadiran Guru

Pastikan guru yang sesuai untuk relief Serahkan slip relief dan borang relief

Rekod di hamparan data Excell YA KIK ? Catat dalam buku

Rekod di Pangkalan Data Access


TIDAK

Rekodkan di papan kenyataan


TAMAT
LAMPIRAN 4

Aliran Kerja Guru Relief Sebelum Pelaksanaan

MULA

Terima Slip Relief

Isikan Rekod Kawalan Kelas YA MASUK

KELAS
?

P dan P Dijalankan
TIDAK

TAMAT
LAMPIRAN 5

Aliran Kerja Guru Relief Setelah Pelaksanaan

MULA

Terima Slip dan Borang Relief

Semak Guru Subjek dan Kelas

YA Mas
Ambil Bahan/Modul
uk
Kelas
?
TIDAK

Hubungi EIO/GPM P dan P di Bilik Sumber

Pemasangan Zoom/Softcopy Bahan P dan P Softcopy

Catat Buku Kawalan Kelas

P dan P dijalankan

Kembalikan Borang Relief

TAMAT
LAMPIRAN 6

Instrumen

1. Memo Relief

2. Borang Relief

3. Rekod (ASc Time Table)

4. Pangkalan Data ACCESS (ASc Time Table)

5. Papaan Kenyataan

6. Bilik/Rak Penyimpanan Bahan/Modul (Hardcopy)

7. Google Drive (skbakong@gmail.com )

8. yes 1 Bestarinet
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKONG
16390 BACHOK
KELANTAN
097531819
skbakong@gmail.com

PROGRAM TERANCANG

“KELAS TANPA GURU SUBJEK”

You might also like