You are on page 1of 15

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia.

Yang baru hanyalah


istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah
"Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telah pun
mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah
penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara
mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid
berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada
tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

1. Program Pendidikan Khas Integrasi


Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-
murid berkeperluan khas.
2. Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa
bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum
biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh
guru pendidikan khas (guru pembimbing).
3. Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran
perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
4. Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran
atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas
(guru pembimbing).

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan


disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses
pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-
kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme

Bermasalah komunikasi

Sukakan rutin

Berada di dunia sendiri

Ekolalia

Cederakan diri sendiri

Kompulsif tanpa tahu kesan

Tidak suka bergaul

Tidak ada tentangan mata

Kerencatan bahasa

Masalah kefahaman

Tidak suka disentuh

Bermasalah interaksi sosial

Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum

Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan

Masalah pergerakan

Masalah postur

Kekejangan

Pergerakan tidak terkawal

Masalah imbangan badan

Masalah komunikasi

Masalah motor halus/kasar


Masalah tulisan

Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa

Kecelaruan pertuturan

Kecelaruan bahasa

Kecelaruan suara

Masalah artikulasi

Masalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHD

Lambat menyiapkan tugasan

Mudah terganggu

Masalah kosentrasi

Masalah mengurus tugasan

Cepat lupa

Impulsif

Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu

Memerlukan pengawasan yang lebih

Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif

Tidak boleh duduk diam

Impulsif
Tumpuan perhatian singkat

Suka ganggu orang lain

Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat

Keupayaan umum yang istimewa

Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi

Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi

Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran

Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

DISLEKSIA

Definisi

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang
bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang
Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’
telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)

“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World
Federation Of Neurology, 1968)

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya
ialah;

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun
matematik

Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-
tangan
APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,
menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang
sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat
dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau
bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
(Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan.
Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara
terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi
percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk
membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses
tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan
Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a)Keturunan atau genetik

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang
sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.
Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1
dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

b)Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini
menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan
ini minimumc)

c)Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem
saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan.
Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA -Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah

-Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

-Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

-Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

-Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

-Tidak merangkak semasa bayi

-Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

-Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak Sekolah Rendah

6 hingga 9 tahun

-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan,
huruf dan nombor

-Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

-Keliru dengan kiri dan kanan

-Tulisan cermin atau terbalik

-9 hingga 12 tahun

-Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

-Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

-Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

-Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

-Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

-Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah

-Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

-Kesukaran menulis karangan

-Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

-Kesukaran mempelajari bahasa lain

-Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

-Jenis orang yang suka senyap

-Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

-Kurang kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA


Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses
pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

a)Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang


diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses
mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah
berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t–hf–v

b)Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada


rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa
rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti;

Batu – tuba Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti
berikut;

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem cat - cat

c)Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas.
Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut
garisan yang disediakan.

Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik


Bercakap dan mendengar

Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga
kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan
dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu
mengikut susunan.

d)Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan
matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan
nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;

3–5-89-6

i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan
pandai mengikat tali kasut

Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh

Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah
serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada
peringkat awal bagi tujuan menanganinya.

b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak
hal tetapi tetap disayangi.

c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan


semulajadi

d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan
yang berterusan.

e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana
harmoni
h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri

j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

CEREBRAL PALSY

“CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL


PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor
dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan
tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di
peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran

1. Jangkitan dalam rahim

2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung

3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran

1. Kelahiran tidak cukup bulan

2. kecederaan semasa lahir

3. lemas semasa lahir

4. jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning

2. Jaundis yang teruk (kemicterus)

3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira
jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :

1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.

2. perkembangan otak yang tidak normal.

3. rembesan (intraeraneal bleeding).

4. demam kuning.

5. terhentak / terhempas / kejutan.

6. serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :

1. bayi kelihatan lembik

2. lewat perkembangan

3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)

4. masalah menyusu

5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak
balas rangsangan

6. refleks primitive yabg kekal

7. sembelit

8. cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir
lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak
seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

Umur

Tahap Perkembangan

0 – 10 bulan

1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi
kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari
ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun

1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.

2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan
terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak
dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan
menangis, warna di mukanya kembali cerah semula.

8 tahun

1. Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :

1. rencatan akal (kurang kecerdasan)

2. kerencatan pertuturan

3. rencatan penglihatan

4. rencatan pendengaran

5. sawan (epilepsy)

6. kecacatan anggota

7. kecacatan gigi

8. masalah mengenai pernafasan

9. masalah mangenai pemakanan

10. masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy

1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah
kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary
movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan.
Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi
otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini
mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi
membantu mendapat keseimbangan postur tersebut.

1. Hypoytonik – otot lembik.

2. Campuran sifat-sifat di atas.

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi.
Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu
walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang
secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral
Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.

2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan
keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya,
sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.

3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist,
Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.

4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka
perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa
penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada
kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk
utama kelumpuhan otak iaitu :

1. Spasticity

2. Athetosis

3. Ataxia

Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum
sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak

Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak
yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan
otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan.
Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic
sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian
anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat
bahagian anggota badan.
Basal Ganglia

Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum
membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni
(bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan
berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah
athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang
normal dalam tubuh manusia.

Serebelum

Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’
fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum
dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf
tulang belakang.

Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian
serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang
badan.

Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas
biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.

Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

a)Kesukaran sewaktu makan

Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah


makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta
menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan
semula.

b)Masalah pernafasan

Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan
bising.

c)Masalah tidur.

Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering
menangis.

d)Masalah pertuturan.

Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu
bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa
yang dikatakan kepadanya.
e)Masalah pendengaran.

Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak
bertindak balas langsung terhadap bunyi.

f)Masalah penglihatan.

Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata
yang berterusan.

g)Reaksi yang tidak normal

Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-
kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.

Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah
tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak
berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.

Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan
berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar
yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas
tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke
atas.

Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal
yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini didedahkan
kepada komunikasi antara masyarakat.

You might also like