You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

jabatan Pendidikan Negeri Perak


Jalan TunAbdul Razak Tel : 605 501 5000
Faks :605 527 7273
30640 lpoh, Perak Darul Ridzuan
Laman Web : http ://jpnp er ak.mo e. goo.my

..
1 MALAYSIA: RAKYAT DI DAHU LU KAN, PE NCAPAIAN DIUTAMAKAN,,

Ruj. Kami: J.Pel.Pk.(AM)1452121J1d.26( 05 )


Tarikh : JFebruari2)1l
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH


NEGERI PERAK BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019 DAN 2O2O

Sukacita saya merujuk perkara di atas,

2. Dengan ini
dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari
2003 melalui Surat Pekeliling lktisas Bn Mt2002. Sehubungan itu4tuanipuan adalah dipohon
untuk melaksanakannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut :

2.1 Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah


hanya boleh dibuat seawal DUA TAHUN sebelum kanak-kanak itu
bersekolah bagi kumPulan berikut:

i. Kanak-kanak yang lahir 2.1.2012 hingga 1.1.2013 yang belum membuat


permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2019.

ii. Kanak-kanak yang lahir 2.1 .2013 hingga 1.1.2014 untuk tahun
persekolahan 2020.

Z.Z Semua urusan permohonan penempatan hendaklah dilaksanakan mulai


1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 melalui 2 pilihan :

i. Pendaftaran di sekolah

Tarikh : 1 Mac 2018 hingga 30 APril 2018


Hari : Hari bekerja
Masa : Waktu pejabat

ii. Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) oleh ibubapa kanak- / penjaga
kanak (warganegara sahaja) di sesawang laman
https:/ipublic.moe.gov.my mulail Mac 2018 hingga 30 April 2018.

2.3 Sila hebahkan perkara tersebut melalui semua guru, pekerja dan murid
sekolah tuan/puan. Poster-poster berkaitan dengan perkara ini hendaklah
dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dilihat dalam kawasan sekolah.
Jabatan Pendidikan akan membuat pengumuman yang serupa dalam media
massa tempatan dan melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak
di http://jpnperak. moe. gov. mY

Sila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung

e@rte#
2.4 Permohonan penempatan LEWAT bagi kanak-kanak yang lahir pada
2.1.2012 hingga 1.1.2013 untuk memasuki Tahun Satu dalam tahun 2019
boleh terus dijalankan di peringkat sekolah atau PPD masing-masing.

3. Bagi pendaftaran secara terus di sekolah, dokumen yang perlu dibawa bersama
oleh ibu bapa/penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah seperti berikut:

3.1 Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (salinan asal dan salinan fotostat).
3.2 Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa I penjaga
3.3 Salinan surat nikah ibu bapa / Akuan bersumpah hak penjagaan (ika
bercerai)
3.4 Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik/airltelefon atau dokumen lain yang
berkenaan)
3.5 Buku Rekod Kesihatan Bayi 0 hingga 6 tahun

4. Sila semak sijil lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan kanak-kanak


tersebut adalah Warganegara Malaysia.

5. Sila pastikan bahawa kanak-kanak lelaki membuat permohonan penempatan di


sekolah lelaki dan kanak-kanak perempuan di sekolah perempuan. Walau bagaimanapun,
kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh membuat permohonan penempatan di sekolah-
sekolah bercampur.

6. Semasa permohonan dibuat, ibu bapa/penjaga hendaklah mengisi borang PPM dan
ditulis tarikh permohonan pada borang serta bilangan permohonan pada borang tersebut.
Sekiranya, ibu bapa/penjaga telah mendaftar di sekolah lain yang belum dibatalkan, ibu
bapa/penjaga hendaklah dinasihatkan supaya memohon pembatalan permohonan sebelum
kanak-kanak itu boleh membuat permohonan penempatan di sekolah tuan/puan.

7. Bagi permohonan secara atas talian (online), ibu bapa perlu melengkapkan
maklumat yang diperlukan dan menghantar cetakan permohonan ke sekolah pilihan dalam
tempoh 14 hari untuk semakan dan tindakan sekolah dengan menyertakan bersama
dokumen berikut:

7.1 Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (salinan asal dan salinan fotostat).
7.2 Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa
7.3 Salinan surat nikah ibu bapa / Akuan bersumpah hak penjagaan
7.4 Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik/airltelefon atau dokumen lain yang
berkenaan jika perlu)
7.5 Buku Rekod Kesihatan Bayi O hingga O tahun

8. Permohonan Penempatan Bagi Kanak-Kanak Cacat Penglihatan/Cacat


Pendengaran/Terencat Akal Ri n gan ( Bermasalah Pem belajaran )

8.1 Kanak-kanak seumpama ini dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor


sebelum ia boleh didaftarkan. Borang pemeriksaan doktor boleh didapati di
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri.

9. Permohonan Penempatan Kanak-Kanak Bukan Warganegara Untuk Bersekolah


pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

9.1 Semua Kanak-kanak Bukan Warganegara, dikehendaki membuat


permohonan di Jabatan Pendidikan Negeri selepas 01 Oktober 2018.
Setiap borang permohonan diisi dalam 3 salinan (Permohonan Penerimaan
Masuk Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan
Kerajaan)(Jadual Perlama). Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan
bersama borang permohonan:

i. 2 salinan sijil lahir kanak-kanak


ii salinan kad pengenalan ibu bapa
iii. salinan passport anak dan ibu bapa

iv. Jika ibu bapa bekerja di Malaysia, sertakan.


a. 2 salinan pas penggajian yang sah
b. 2 salinan pas tanggungan (anak/ibu)
c. 2 salinan surat majikan
v. Jika permohonan bukan daripada ibu bapa murid, sila sertakan:
a. 2 salinan sijil lahir kanak-kanak
b. 2 salinan kad pengenalan penjaga
c. 2 salinan passport murid dan penjaga
d. 2 salinan surat keterangan hubungannya dengan murid (contoh surat
daftar anak angkat).

vi. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh guru besar. Sila
hubungi Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Perak untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut mengenai perkira
di atas.

10. Permohonan penempatan ini hanya merupakan satu permohonan kanak-kanak


untuk memasuki sekolah. JPN/PPD tidak menjamin kanak-kanak berkenaan akan
ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat permohonan. penempatan bergantung
kepada kekosongan di sekolah tersebut.

11. Semasa ibu bapa/penjaga membuat permohonan penempatan, mereka hendaklah


dimaklumkan mengenai perkara seperti yang dinyatakan di atas.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.


..BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah


b.p Pengarah Pendidikan Negeri perak.

s.k.: 1. Pengarah Pendidikan Negeri perak


2. Timbalan Pengarah pendidikan Negeri perak
3. Semua Ketua Sektor, Jabatan pendidikan Negeri perak
4. Semua Pegawai pendidikan Daerah
5. Ketua Unit Sekolah Rendah
6. Ketua Unit Pendaftaran dan perhubungan

You might also like