You are on page 1of 1

CONTOH KARANGAN BERITA

SOALAN:

Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di


Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita, tuliskan berita
tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka:

1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.

2. ISI

a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-


beberapa orang ditahan.
b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh -
lima orang ditahan -salah seorang ialah
pakar mekanik.
c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu
dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan


maklumat tentang lelaki
berkenaan.

CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket
mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta
curi hasil daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat


beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan
untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di


sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu.
Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik

Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor


kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki
yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket
tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat
tentang lelaki berkenaan.

You might also like