You are on page 1of 3

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu…..

Yang Berusaha Puan Guru Besar SK LKTP Jengka 25, Puan Aniza binti Wahab, Yang Dihormati
Barisan Guru Penolong Kanan, guru- guru dan rakan- rakan yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul pada hari ini sempena majlis
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di Dewan Sir Azman.

Semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, negeri
Pahang dan sekolah..

Hadirin diminta duduk….

Majis menjemput al fadhil ustaz Abdul Muris untuk mengetui bacaan doa bagi memberkati
majlis kita pada hari ini……..majlis mempersilakan

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi….

Seterusnya, majlis menjemput ………………………………………………untuk meyampaikan ucapan bagi


wakil murid…… majlis mempersilakan

Seterusnya majlis menjemput Puan Guru Besar SK LKTP Jengka 25 untuk menyampaikan ucapan
sepatah dua kata…………..majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar….

Seterusnya, majlis menjemput Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk membacakan
Perutusan Hari Guru ….majlis mempersilakan……

Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Razak atas bacaan perutusan sebantar tadi…..
Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan deklamasi sajak Guru Oh
Guru……dijemput Farah Diana, Najizah, Zaril dan Muhamad Haziq faiz naik ke pentas untuk
mendeklasikan sajak mereka…

Terima kasih kepada penyajak – penyajak kita yang cukup berbakat….

Majlis menjemput semua guru ke atas pentas untuk melafazkan ikrar dan dan menyanyikan tiga
buah lagu kami guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan Biarku Menjadi Lilin…majlis
dengan segala hormat mempersilakan….

Majlis akan berhenti seketika untuk acara sukaneka dan akan disambung semula selepas acara
sukaneka…….

Dijemput semua hadirin masuk ke dewan kerana majlis kita akan diteruskan sebentar lagi…….

Majlis seterusnya menjemput semua guru ke pentas untuk upacara memotong

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua guru….

Bagi tidak membuang masa, majlis menjemput murid –murid pra sekolah untuk menyanyikan
dua buah lagu iaitu The Transport Song dan Lima buku…. Majlis mempersilakan…….

Terima kasih kepada murid – murid pra sekolah atas persembahan yang penuh bersemangat itu
tadi….

Seterusnya, dijemput fawizah dan Amira untuk menyampaikan lagu Arjuna Beta……majlis
mempersilakan…..

Terima kasih fawizah dan Amira….

Seterusnya , majlis menjemput murid – murid tahap satu untuk menyampaikan lagu Terima
Kasih Cikgu….majlis mempersilakan…..

Terima kasih kepada murid tahap satu….

Majlis diteruskan pula dengan persembahan murid – murid tahap dua dengan persembahan
……………………………………………………………………………………….majlis mempersilakan……

Terima kasih atas persemabahan yang penuh bersemangat itu tadi

Majlis diserikan lagi dengan Tayangan video Khas Guru –guru……

Seterusnya majlis diteruskan pula dengan acara penyampaian cenderahati kepada guru-
guru…..dijemput Puan Guru Besar Puan Aniza binti Wahab diiringgi oleh Puan Norhayati bin Md
Noor….majlis mempersilakan……
Semua murid diminta berbaris untuk bersalam salaman dengan semua guru…..

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada pagi
hari ini…

Sebelum mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sepanjang
saya mengendalikan majlis ini terdapat ketelanjuran kata dan perbuatan secara sengaja atau
tidak sengaja…. Sesungguhnya segala kelemahan adalah daripada kelemahan diri saya dan yang
baik adalah daripada Allah S.W.T……

Sebelum mengundurkan diri terimalah serangkap pantun daripada saya

You might also like