You are on page 1of 3

Pendahuluan

Feudalisme merujuk kepada sistempemerintahan yang muncul ekoran ketiadaan


sistem pemerintahan pusat yang berkesan. Feudalisme dapat dilihat daripada segi
ciri-ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan.

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang
individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Persamaanya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep
pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan
ikatan peribadi kesetiaan.
Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang jerman di
Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman kamakura.

Persamaan

- Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan
berada diatas diikuti oleh tentera dan petani.
- Kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal atau kekurangan mobiliti sosial
.
- Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarkan sebagai petani,
sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap menjadi anak bangsawan.
- Zaman feudal di Eropah dan Jepun sering dilanda peperangan.
- Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai
peranan yang penting pada zaman feudal. Kedua-dua ini berkhidmat dengan golongan
bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep
chivalry, manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
- Peralatan peperang yang digunakan oleh knight dan samurai ialah kuda, pedang dan
baju perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi.
Baju perisai di Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam.
Knight memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi
samurai tidak memerlukan bantuan.
Perbezaan

- Di Eropah pembinaan istana daripada batu bagi melindungi knigh dan vassal daripada
serangan. Du Jepun, istana daimyo diperbuat daripada kayu.
- Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun perlahan berbanding Eropah.
- Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat
dan raja-raja Tudor di England.
- Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan tetapi tidak ada raja melainkan jeneral
tentera yang menjadi perancang kesatuan.
- Konsep undang-undang Rom menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu
hubungan antara mereka yang lahir peribadi zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman
feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang melebihi undang-undang dan
lebihkan menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Ini bermakna kekuasaan
dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
- Perbezaan ketara ialah dalam pemilikan tanah. Knight di eropah mendapat tanah
sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan
petani yang bekerja di tanah-tanah mereka.
- Samurai tidak mempunyai tanah kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk
membayar gaji samurai dalam bentuk beras.

Huraikan ciri-ciri ekonomi Feudalisme pada zaman pertengahan awal di Eropah ( 476 – 1050M ) .

Pendahuluan :
o Ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dn penggunaan bahan-
bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu
sains sosial kerana kajian ekonomi bisanya melibatkan aspek-aspek gelagat ( perilaku ) manusia.

o Zaman Pertengahan awal di Eropah juga dikenali sebagai zaman gelap . Zaman ini bermula selepas kejatuhan
tamadun Rom. Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan
kehidupan perbandaran. Pada masa itu juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sistem
masyarakat pada zaman gelap di Eropah ini dikenali sebagai sistem Feudalisme.

Isi :

Ciri-Ciri Ekonomi Feudalisme :


o Sistem ekonomi feudalisme tiada hubungan dengan dunia luar. Serangan orang gasar menyebabkan tidak
wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan
tanah, iaitu lords dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanaman mereka
kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah dkenali sebagai lord’s tenant atau vassal.
o Sistem ini disebut feudalisme di mana hubungan peribadi antara lord dan vassal adalah berasaskan kontrak
yang tidak bertulis. Dalam institusi feudalisme , raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang
tertinggi, diikuti oleh count, lord, manor dan serf. Setiap seorang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-
masing yang bergantung kepada jenis tanah.

Ekonomi Masyarakat Feudal :


o Di bawah sistem manor, tanah dibahagikan kepada beberapa ladang yang disebut manor dan ketuanya
digelar lord/siegneur dan pekerja di bawah mereka digelar petani.

o Kaedah pertanian mereka dikenali sistem tanah lapang dan diamalkan untuk menjamin kesuburan tanah.
Tanah dibahagikan kepada tiga bahagian untuk penanaman mengikut pusingan:

o Pusingan pertama dikenali sebagai tanaman musim bunga di mana oat dan barli ditanam, pusingan kedua
melibatkan tanaman musim gugur, iaitu gandum. Pada pusingan ketiga, tanah rang dibiarkan kosong.
o Di bawah sistem manor, kehidupan petani tertutup kerana keperluan seperti makanan, pakaian dan peralatan
dihasilkan dalam isntitusi manor. Oleh yang demikian, tiada hubungan dagang dengan dunia luar. Dalam
sistem manor , pertukaran barangan diutamakan.
Sistem feudal ini kemudiannya menjadi rentang sejarah saling ketergantungan rakyatsehingga
meninggalkan impak yang besar kepada konsep patron-client .Manakala kaum bangsawan terus
mengutip cukai dan menjadi penguasa yang rakus sehingga menjadikanrakyat sebagai tidak mempunyai
ruang kehidupan peribadi. Sistem budaya yang dikenalisebagai “serah dan kerah” melingkari sepanjang
kehidupan rakyat, dan menjadi semacamsatu kontrak sosial, iaitu “kerja raja dijunjung, kerja sendiri di
kelek .”

You might also like