You are on page 1of 1

Menurut Abdullah Haji Ahmad Badawi (1985), pendidikan yang seimbang

sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan kegiatan
kokurikulum. Kegiatan kokurikulum merupakan salah satu program yang penting
dalam melahirkan pelajar-pelajar yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS). Di Malaysia, setiap murid wajib menyertai sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerak kerja badan beruniform, satu persatuan/kelab dan
satu kegiatan sukan/permainan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989). Merujuk
kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 7hb
November 1979, Perkara 53(1) iaitu sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan
persatuan/kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid.

You might also like