You are on page 1of 24

PENGURUSAN KURIKULUM

KPF6044

TAJUK:

REKABENTUK KURIKULUM

(SAMBUTAN HARI DUNIA)

PENSYARAH
DR.ROSMA BINTI OSMAN

DISEDIAKAN OLEH
AMOS EDWIN RAJ A/L INNASIMUTHU
(M20162001918)

PENGAJIAN KURIKULUM
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Isu Alam Sekitar 1

2.0 Rasioanal 2

3.0 Pengenalan 3

4.0 Aliran Falsafah 4

5.0 Rekabentuk Kurikulum 5

6.0 Objektif Program 7

7.0 Kandungan Program Sambutan Hari Dunia 10

8.0 Kerangka Konseptual Program Sambuatan Hari Dunia 16

9.0 Refleksi Program Sambuatan Hari Dunia 21

10.0 Kesimpulan 21
ISU ALAM SEKITAR

Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. Sekitar bermaksud
di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam Bahasa inggeris disebut
“inviroment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh iti, sekitarnya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa
sahaja yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang
berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002). Terdapat satu lagi definisi alam
sekitar. Namum ia lebih kepada satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan
penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan
aktiviti manusia. (A.Bullock & O.Stallybrass, 1977)

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan
alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era permodenan
menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat
untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam
sekitar yang boleh membahayakan diri manusia. Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu
kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara
kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju
dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.

Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap
yang kritikal adalah disebabkan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali
melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah,
bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media
massa namun manusia ”durjana” yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap
permasalahan pencemaran alam sekitar.

Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. penyusutan lapisan
ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan
peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap alam
sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang
berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah
air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini. Oleh itu,
pihak sekolah berinisiatif untuk melancarkan satu program untuk memberi kesedaran kepada para
pelajar supaya alam sekitar yang semakin di cemari ini dapat diselamatkan oleh mereka kelak
melalui sikap kesedaran yang wujud selepas menjalani program ini.

RASIONAL PROGRAM

Rasional program pendidikan luar bilik darjah ini di jalankan bagi memantapkan lagi
motivasi dalam kalangan peserta yang sedia ada dalam diri mereka agar lebih menghargai alam
sekitar. Oleh itu, program pendidikan ini di jalankan sebagai aktiviti yang memberi input-input
berkenaan kesihatan tubah badan, semangat berdaya saing, ketahanan mental yang tinggi, kawalan
emosi yang baik, kepekaan terhadap alam sekitar dan nilai murni yang tinggi.

LATAR BELAKANG PROGRAM SAMBUTAN HARI DUNIA

Program Sambutan Hari Dunia sangat penting kepada semua lapisan masyarakat. Program
ini amat bermakna juga dilaksanakan kepada semua golongan pelajar terutamanya kepada mereka
yang semakin meningkat ke alam remaja. Kebanyakkan pelajar pada masa kini tidak menyedari
akan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan diri dan juga kepada masyarakat sekeliling. Para
pelajar juga masih tidak menyedari tanggungjawab dan peranan mereka sebagai salah seorang
pengguna dalam muka bumi ini dalam menjaga alam sekitar.

Berdasarkan kepada masalah di atas, saya berinisiatif untuk merangka satu program atau
kursus tentang kepentingan menjaga alam sekitar atau dunia dan melibatkan diri secara proaktif
dalam mengurus alam sekitar secara bersama kepada semua pelajar tahun 6. Program ini akan
diadakan di SJKT Alor Gajah, Melaka. Program ini di tumpukan kepada 80 orang pelajar Tahun
6. Saya berpendapat bahawa program ini sangat sesuai diadakan kepada mereka kerana murid ini
lah yang merupakan bakal remaja pada masa depan. Tambahan pula, program ini lebih sesuai
untuk diadakan selepas peperiksaan UPSR sebagai satu aktiviti dalam Program Selepas UPSR
yang bermanfaat kepada pelajar. Program ini akan dijalankan selama 2 hari dan terbahagi kepada
4 slot.

Oleh itu, program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran dan mengajar cara menjaga
alam sekitar kepada para pelajar demi masa depan generasi akan datang serta kepentingannya
kepada mereka. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” peribahasa yang sesuai bagi pelajar
dalam menerapkan nilai ‘sayangi Alam Sekitar’. Oleh itu sikap bertanggungjawab terhadap alam
sekitar perlu dipupuk dalam jiwa pelajar sejak dibangku sekolah lagi. Para pelajar akan dibimbing
dalam” Program Sambutan Hari Dunia” mengenai kepentingan alam sekitar dan kepentingan
penjagaan alam sekitar sepanjang program ini dijalankan.

PENGENALAN

Kebanyakkan pelajar menganggap bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan


terhadap penjagaan alam sekitar dan tidak bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berlaku
keatas alam sekitar. Oleh itu, ” Program Sambutan Hari Dunia ” diperkenalkan dan dijalankan
di sekolah sebagai satu program untuk menyedarkan para pelajar tentang kepentingan alam sekitar
kepada kehidupan di muka bumi ini.

Hari Dunia merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza. Kedua-duanya diadakan
setiap tahun ketika musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi yang dimulakan oleh John Mc
Connell pada tahun 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan
oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970 ia juga dikenali sebagai
Hari Bumi yang diraikan dikebanyakkan Negara setiap tahun pada 22 April.
ALIRAN FALSAFAH BAGI PROGRAM

Bagi merangka rekabentuk “ Program Sambutan Hari Dunia”, saya memilih aliran
falsafah moden, iaitu aliran falsafah Progresivisme yang dipelopori oleh alih-alih falsafah seperti
Charles Pierce, William James dan John Dewey dan aliran falsafah Rekonstruktivisme yang
dipelori oleh George S. Counts (1899 - 1974) dan Harold O. Rugg (1886 - 1960).

Aliran Progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti
keperluan dan minat sendiri. Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian
kehidupan harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperoleh ilmu
pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bekerja dan hidup secara bermasyarakat.
Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran-matapelajaran tertentu diperkenalkan dan
dipelajari dengan kaedah praktik di persekitaran sekolah demi memupuk kemahiran-kemahiran
tertentu dalam kalangan pelajar. Oleh itu, perkara-perkara yang hendak disampaikan patutlah
berlandaskan minat, pengalaman dan kebolehan pelajar.

Manakala dalam aliran Rekonstruktivisme pula, pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-
masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang. Selain
itu, dalam aliran Rekonstruktivisme juga, pelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan
masalah agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak.
Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama dalam pembinaan semula masyarakat yang
menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik yang sesuai dengan masyarakat akan
datang. Aliran Rekonstruktisvisme menekankan teknik perbincangan dan teknik penggunaan
kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Tujuan saya memilih kedua-dua aliran ini adalah kerana aliran rekabentuk berpusatkan
pelajar adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar supaya mereka dapat melalui situasi
sebenar dan belajar berdikari dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya apabila
berdepan dengan situasi pencemaran yang berlaku di sekelilingnya. Dalam kedua-dua aliran ini,
guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti
atau dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Secara ringkasnya, dalam program ini
pelajar akan lebih bersikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
REKABENTUK KURIKULUM

Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu di konsepsikan dan penyusunan


komponen-komponen utama kurikulum seperti isi kandungan pelajaran, kaedah dan bahan
pengajaran, pengalaman dan aktiviti pelajar bagi menyediakan arah dan panduan dalam
membangunkan kurikulum. (Ornstein & Hunkins, 2004).

Terdapat dua model yang dititikberatkan dalam mereka bentuk kurikulum iaitu, Model
Tyler dan Model Konstruktivisme. Setelah mengkaji dengan teliti model untuk Program
Sambutan Hari Bumi, saya telah memilih Model Tyler. Berikut adalah Model Tyler (Model
Kurikulum / Model Objektif) yang diperkenalkan oleh Ralph Tyler (1949). Konsep Tyler tentang
kurikulum mendapat kritikan namun masih dipertimbangkan hingga sekarang dan dianggap
sebagai model yang klasik dan terkenal serta banyak digunakan dalam bidang perkembangan
kurikulum. menurut Tyler, apabila membentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas iaitu,

1. Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?


2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai
tujuan tersebut?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan?
4. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya?

Mengikut Tyler, tujuan sebenar pendidikan ialah untuk membawa perubahan dalam
tingkah laku pelajar. Di dalam bukunya, Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler
memberi definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh
pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut beliau, objektif
pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaitan, iaitu perkembangan tingkah laku
kendiri pelajar dan isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar.

Oleh itu,Program Sambutan Hari Bumi ini akan dijalankan mengikut proses perkembangan
kurikulum yang dititikberatkan oleh Tyler (Model Kurikulum) yang mengandungi perkara-perkara
berikut, iaitu :

a. Objektif yang harus dicapai.


b. Kandungan yang berdasarkan objektifnya.
c. Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasarkan objektifnya.
d. Penilaian untuk mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF

KANDUNGA
PENILAIAN
N

KAEDAH

RAJAH 1: MODEL KURIKULUM RALPH W. TYLER


Keempat-empat proses ini penting dari peringkat awal perancangan hingga ke
peringkat akhir pelaksanaan program ini. Selepas mengenalpasti proses-proses tersebut ,
langkah-langkah seperti dibawah dijalankan untuk memastikan program ini dijalankan
secara teratur dan dikendalikan secara professional. Langkah-langkah yang dilaksanakan
adalah seperti di bawah dan ianya berasaskan kepada objektif Model Tyler.

Menentukan matlamat atau objektif pendidikan yang hendak dicapai

Pembinaan kurikulum atau pemilihan pengalaman pembelajaran

Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik

Pengujian dan penilaian perlu dibuat untuk menentukan pencapaian objektif


Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan keperluan pelajar, keperluan semasa
masyarakat serta negara.
Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi:
a) Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, soial, emosi dan kerohanian.
b) Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap dan tabiat pelajar.
c) Menentukan apakah minat pelajar.

Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa:


a) Menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam
masyarakat semasa.
b) Memastikan pendidikan dapat dipindahkan kea lam pekerjaan.

Sumber objektif pendidikan didapati daripada cadangan pakar subjek:


a) Melalui penulisan dan cadangan pakar.
b) Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.

OBJEKTIF PROGRAM SAMBUTAN HARI DUNIA


Sambutan Hari Dunia diraikan pada 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha
menghargai dunia dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan
masyarakat untuk melindungi dunia dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada setiap tahun telah
terlibat dalam penganjuran program-program kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari
Dunia sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam
sekitar. Oleh itu, Program Sambutan Hari Dunia ini akan di dedahkan dan akan disambut
diperingkat sekolah. Penerapan pendidikan alam sekitar yang berkesan mampu membentuk
generasi yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dan bijak menguruskan alam sekitar secara yang lebih efisien.
Menurut Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong dari Jabatan Pengurusan Sumber dan
Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dalam kajiannya, Tahap
Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor
menyatakan bahawa 70% responden mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi tetapi
tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan responden adalah sederhana.
Selain itu, Tan Pei San & Norzaini Azman (2011), Hubungan antara Komitmen Terhadap
Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti (The
Relationship between Commitment towards Environment and Pro-environment Behaviour among
University Students) berpendapat bahawa umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap
isu alam sekitar tetapi tahap amalan penjagaan alam sekitar amatlah rendah. Dapatan hasil kajian
beliau, digunakan untuk menjana idea dan cadangan untuk meningkatkan amalan dan tingkah laku
tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti.
Di samping itu, Human (1998) menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk
memberi pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992)
berpendapat bahawa para pelajar memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan dengan
keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan perniagaan merentasi bidang lain agar dapat
mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran dan perubahan sikap. Meyer (1992)
pula menyatakan bahawa adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar khas
untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti, minat untuk
memulakan perniagaan akan wujud.
Rohaty Mohd. Majzub (1998) menyatakan selain daripada ibu bapa di rumah, guru di
sekolah merupakan orang dewasa paling rapat dengan pelajar dan dapat menelurkan pandangan
serta pengalaman mereka kepada individu pelajar yang ingin mengatasi sesuatu masalah sama ada
masalah pembelajaran atau masalah peribadi.
Memandangkan kepentingan kursus, saya menetapkan dua objektif iaitu objektif umum
dan objektif khusus berdasarkan Model Tyler. Kursus ini uga mempunyai objektif sampingan.

Objektif Umum
Objektif umum dalam rekabentuk Program Sambutan Hari Dunia adalah untuk memberi
kesedran kepada pelajar tentang kepentingan alam sekitar kepada kehidupan di muka bumi ini.
Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang sikap menyayangi
alam sekitar iaitu kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem serta sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Sebagai contoh, dengan memberi kesedaran tentang sikap sayangi alam sekitar dan juga
pendedahan tentang konsep keusahawanan, pelajar dapat mengetahui cara menjaga alam sekitar
dan kepentingannya serta memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghasilkan barang secara
inovatif dan kreatif serta menceburi bidang perniagaan yang boleh membantu mereka pada masa
akan datang.

Objektif Khusus
1. Pelajar dapat menzahirkan perasaan apabila menjaga alam sekitar.
2. Pelajar dapat menyenaraikan cara dan kepentingan menjaga alam sekitar.
3. Pelajar dapat kesan jika tidak menjaga alam sekitar.
4. Pelajar menunjukkan penglibatan diri secara proaktif ketika mengurus alam sekitar
secara bersama.
5. Pelajar mempunyai sikap jaya diri, iaitu berusaha mengembangkan potensi yang
ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup. Pelajar dapat
mempertimbangkan kemahiran yang ada.
6. Pelajar akan dapat meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas
perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna
atau pengeluar yang sejajar dengan etika perniagaan.
7. Pelajar dapat mempelajari ilmu keusahawanan serta teknik-teknik menarik
pelanggan.
8. Pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan
mereka.
9. Menanam sikap kreatif, inovatif, jujur, dan ikhlas, komitmen yang tinggi dan
sanggup bekerja kuat, bekerjasama, mahir berkomunikasi, berani mengambil
risiko, bijak membuat keputusan dan penilaian serta tabiat kerja yang selamat, sihat
dan bertanggungjawab.

Objektif Sampingan
Objektif sampingan program ini juga memberi kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang
potensi diri anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sedar bahawa kesedaran atau keprihatinan terhadap
alam sekitar bermula sejak dari anak kecil lagi. Mungkin seawal umur 6 tahun atau 7 tahun apabila
anak-anak mendapat didikan awal disekolah rendah. Oleh itu, ibu bapa berperanan untuk
mendidik anak mengurus alam sekitar atau kawasan sekeliling rumah serta mengurus kewangan
sendiri dengan bijak sejak kecil lagi.

Secara keseluruhannya, Program Sambutan Hari Dunia bermatlamat untuk mendidik para
pelajar supaya apabila meninggalkan alam persekolahan, mereka akan mampu menjaga dan
mengurus alam sekitar dengan bertanggungjawab dan bijak agar pencemaran yang berlaku
sekarang dapat di bending di masa akan datang. Di samping itu, para pelajar juga dapat
menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan mampu membuat perniagaan sampingan dengan
kemahiran yang sedia ada.

KANDUNGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI DUNIA

Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Kandungan


kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan
pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip
dalam penyusunan kandungan, iaitu:
1. Prinsip Kesinambungan Kandungan bermaksud objektif atau kandungan yang penting
hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai
kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.
2. Prinsip Ketertiban (urutan) Kandungan yang menyarankan pembelajaran hendaklah
berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang
mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.
3. Prinsip Kesepaduan menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara
satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.

Perancang kurikulum perlu memilih mata pelajaran, kandungan atau pengalaman


pembelajaran yang perlu didedeahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan
manusia dunia kini. Oleh itu, pembentukan dan perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan
pembangunan Negara dan perkembangan dunia.
Berdasarkan Model Tyler, kandungan pelajaran mestilah disusun daripada mudah ke susah.
Oleh itu, untuk Program Sambutan Hari Bumi ini, saya menyusun kandungan kursus ini daripada
tajuk atau slot yang senang kepada susah. Program ini diadakan selama 2 hari. Pada hari pertama,
pelajar akan mengikuti dua slot, iaitu Slot 1 mengadakan lawatan ke Taman Botani Sekolah
dan menulis refleksi dan Slot 2 Isu Alam Sekitar. Manakala pada hari kedua juga, pelajar akan
mengikuti dua slot lagi iaitu, Slot 3 Mengumpul Bahan Terbuang untuk di Kitar Semula dan
Slot 4 Menghasilkan Cenderahati Daripada Sumber Alam Sekitar dan Aktiviti Jual Beli.
(Lihat Tentatif Program).

Slot 1 Lawatan ke Taman Botani sekolah


1.1 Objektif
Dalam Slot 1, para pelajar akan dipupuk mengenai kepentingan nilai “Sayangi Alam
Sekitar” iaitu kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem. Para pelajar juga ditegaskan bahawa sikap “Sayangi Alam
Sekitar” ini penting untuk keperluan semua benda hidup di muka bumi ini selain terhadap
kesihatan dan kesejahteraan manusia. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan
kepentingan pemeliharan dan pemuliharan terhadap alam sekitar dimana adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Pemeliharaan dan pemuliharaan penting agar manusia
mendapat sumber alam sekitar yang baik dan tidak tercemar seterusnya mengelakkan penyakit.

1.2 Kandungan
Dalam slot ini, pelajar akan memberikan maksud nilai “Sayangi Alam Sekitar” dan
menyenaraikan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar kepada kehidupan dimuka
bumi ini. Selain itu, dalam slot ini juga pelajar akan turut mempelajari cara menunjukkan rasa
bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Oleh itu, sebagai langkah untuk menyedarkan pelajar
mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pelajar akan didedahkan
dengan isi kandungan matapelajaran sains.
1.3 Kaedah
Dalam slot ini, pelajar akan mengetahui cara atau langkah untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar daripada pencemaran. Mereka akan melawat Taman Botani Sekolah dan
menyenaraikan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar kapada kehidupan di muka
bumi. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Dalam slot ini, pelajar akan belajar cara untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar yang tercemar.

1.4 Penilaian
Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat pembentangan pelajar bagi aktiviti
kumpulan dan kerjasama diantara ahli kumpulan. Kumpulan yang paling menonjol dari segi
keyakinan dan motivasi akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah.

Slot 2 Isu Alam Sekitar

2.1 Objektif

Dalam slot 2, pelajar akan menyenaraikan mengenai isu-isu alam sekitar yang sedang
berlaku di muka bumi ini pada masa kini. Sebagai salah seorang pengguna di muka bumi ini,
seorang individu perlulah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap alam sekitar serta bersikap
bertanggungjawab terhadap pencemaran yang dilakukannya. Mereka juga perlu mempelajari
pengajaran dari kesilapan yang telah dilakukan iaitu kesan pencemaran alam sekitar terhadap diri
mereka dan benda hidup lain. Dalam slot ini, pelajar akan mengenali mengenai isu alam sekitar
seperti pencemaran udara, air dan juga bunyi dan kesannya kepada kehidupan dimuka bumi ini.
Para pelajar akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan akan
bersikap lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar di masa akan datang.

2.2 Kandungan

Dalam slot ini, pelajar akan di dedahkan tentang defini “Isu-Isu Alam Sekitar” iaitu prihatin
terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya dan juga
isu-isu berkaitan dengan alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan bunyi. Isi kandungan
matapelajaran Bahasa Melayu iaitu tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau diterapkan dalam
diri pelajar. Selain itu, isi kandungan matapelajaran Sains, turut dimasukkan dalam slot ini.
2.3 Kaedah

Dalam slot ini, pelajar akan berbincang dalam kumpulan tentang isu-isu alam sekitar
seperti pencemaran udara, air dan bunyi. Pelajar juga akan perlu menyenaraikan kesan-kesan
pencemaran tersebut kepada kehidupan di muka bumi ini dalam bentuk peta i-Think yang sesuai.
Kemudian mereka akan membuat pembentangan. Aktiviti kumpulan dicadangkan kerana pelajar
dapat berinteraksi dan berkongsi pendapat serta dapat mengelakkan perasaan rendah diri di
kalangan pelajar apabila berinteraksi di khalayak orang ramai.

2.4 Penilaian

Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat pembentangan pelajar bagi aktiviti
kumpulan yang mana kumpulan mengeluarkan idea dan pendapat yang bernas mengenai isu alam
sekitar dan kesan kepada kehidupan di muka bumi ini. Penilaian juga akan dibuat berdasarkan
kerjasama antar ahli kumpulan. Kumpulan yang paling menonjol dari segi keyakinan dan motivasi
akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah.

Slot 3 Mengumpul Bahan Terbuang untuk di Kitar Semula

3.1 Objektif

Dalam slot 3, pelajar perlu mengetahui mengenai Program 5R iaitu Reduce, Reuse,
Recycle, Rethink and Repair. Para pelajar perlu mengetahui maksud setiap istilah tersebut iaitu :

a. Reduce – Kurangkan isipadu penghasilan sampah-sarap


b. Reuse – Guna semula jika masih boleh digunakan
c. Recycle – Asingkan mengikut jenis
d. Rethink – Fikir dahulu sebelum buang
e. Repair – Baiki selagi boleh dibaiki

Para pelajar juga perlu mengetahui tentang warna-warna tong kitar semula dan bahan-bahan yang
sesuai dibuang dalam setiap tong tersebut serta mengetahui kepentingan kitar semula kepada
kehidupan dimuka bumi ini.
3.2 Kandungan

Dalam slot ini, pelajar akan didedahkan tentang Program 5R iaitu Reduce, Reuse, Recycle,
Rethink and Repair. Isi kandungan Pendidikan Moral Unit 11 Masyarakat Prihatin Alam
Terpelihara dititikberatkan dalam slot ini. Para pelajar didedahkan juga mengenai kepentingan
Program 5R dan Kitar Semula ini kepada kehidupan di muka bumi ini.

3.3 Kaedah

Dalam slot ini, para pelajar akan dipecahkan secara berkumpulan. Para pelajar akan
melibatkan diri dalam aktiviti Gotong-Royong Perdana. Pelajar akan mencari dan mengumpul
bahan-bahan terbuang yang boleh dikitar semula dan mengkategorikan mengikut warna tong kitar
semula.

3.4 Penilaian

Penilaian akan dibuat oleh guru dengan melihat kepada bahan-bahan buangan yang
dikumpul oleh pelajar dan mengkategorikannya dengan betul mengikut tong-tong kitar semula
iaitu:

a. Biru – kertas
b. Coklat – kaca
c. Jingga – tin aluminium, tin keluli dan plastik

Penilaian juga dibuat berdasarkan kerjasama di antara ahli kumpulan. Kumpulan yang paling
menonjol dari segi keyakinan dan motivasi akan di beri ganjaran dalam bentuk hadiah.
Slot 4 Menghasilkan Cenderahati Daripada Sumber Alam Sekitar dan Aktiviti Jual Beli

4.1 Objektif

Dalam slot 4, pelajar akan mempelajari cara menghasilkan cenderahati daripada sumber
alam sekitar seperti tabung, perhiasan rumah dan sebagainya. Selain mempelajari mengenai
kepentingan menjaga alam sekitar, mereka juga dapat menggunakan masa lapang dengan
berfaedah. Di samping itu, pelajar juga akan merancang dan mengurus aktiviti jualan secara teratur
serta mengamalkan etika perniagaan, serta mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan
berkesan. Pelajar juga akan mempelajari selok-belok perniagaan dan mahir berkomunikasi.

4.2 Kandungan

Dalam slot ini, isi kandungan matapelajaran RBT iaitu Unit 2.1 Pengurusan Projek Reka
Bentuk, iaitu 2.1.2 Menjana Idea Reka Bentuk akan diterapkan kepada pelajar. Dalam slot ini juga
isi kandungan matapelajaran RBT, iaitu Unit 2.1.6 Anggaran Kos Kaedah Unit dan Konsep
SMART akan di dedahkan. Unit 2.1 iaitu Mengenal pasti Perbezaan Pengiraan Anggaran Kos
Secara Kaedah Unit dan Konsep SMART serta Unit 3.1 Menunjukcara Pengiraan Kos
Menggunakan Kaedah Unit.

4.3 Kaedah

Dalam slot ini, kaedah kemahiran akan diajar kepada pelajar. Pelajar belajar teknik-teknik
menghasilkan barang yang berguna daripada sumber alam sekitar. Dalam slot ini, guru akan
menjadi fasilitator di mana guru akan membimbing pelajar untuk menghasilkan barang seperti
tabung dan perhiasaan rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpul sewaktu
Gotong-Royong Perdana. Dalam slot ini juga, pelajar akan melakukan aktiviti jual beli. Mereka
akan menjual barang-barang yang dihasilkan kepada rakan, guru dan orang lain. Pelajar akan
melakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Selain itu, pelajar juga akan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghias dan menyusun barangan di gerai supaya dapat menarik perhatian orang
ramai berkunjung ke gerai mereka.
4.4 Penilaian

Guru akan membuat pemantauan terhadap kemahiran pelajar untuk membuat penilaian.
Guru boleh menilai kesabaran dan ketekunan pelajar dalam mempelajari kemahiran atau teknik
menghasilkan barang-barang baru daripada kitar semula. Selain itu, setiap kumpulan juga dinilai
melalui jualan yang paling banyak dan cara melayan pelanggan. Pelajar akan mengira untung rugi.
Hasil yang diperoleh akan di sumbangkan kepada tabung sekolah.

KERANGKA KONSEPTUAL PROGRAM SAMBUTAN HARI DUNIA

Kerangka konseptual sangat penting dalam reka bentuk kurikulum. Kerangka konseptual
rekabentuk kurikulum terbahagi kepada dua organisasi, iaitu:

a) organisasi menegak
b) organisasi mendatar

Menurut Ornstein & Hunkins (2004), beberapa pekara yang perlu dipertimbangkan dalam
dimensi reka bentuk kurikulum iaitu, Urutan, Kesinambungan, Skop, Kesepaduan dan
Keseimbangan. Organisasi menengak terdiri daripada unsure Urutan dan Kesinambungan.
Manakala organisasi mendatar pula terdiri daripada Skop, Kesepaduan dan Keseimbangan.

Organisasi menegak merujuk kepada sesuatu matapelajaran atau kursus sahaja, misalnya
Program Sambutan Hari Dunia ini khusus kepada matapelajaran Pendidikan Moral sahaja.
Manakala organisasi mendatar merujuk kepada matapelajaran atau kursus satu kumpulan atau
pakej pelbagai matapelajaran seperti Sains, Geografi, dan RBT.

Urutan

Organisasi menegak yang terdiri daripada Urutan bererti bagaimana isi kandungan dan
pengalaman pembelajaran sebelum itu dapat disatukan bagi proses pemahaman pembelajaran ke
peringkat berikutnya. Urutan menyusun isi kandungan sesuatu matapelajaran yang mana perlu
diajar dahulu dan kemudian, iaitu mengajar dari mudah ke sukar atau dari konkrit ke abstark.
Misalnya, Program Sambutan Hari Dunia menitikberatkan kesedaran pelajar tentang cara menjaga
alam sekitar dengan menzahirkan perasaan apabila menjaga alam sekitar slot 1 Lawatan ke
Taman Botani sekolah, kepentingan menjaga alam sekitar dan juga kesan jika tidak menjaga alam
sekitar dalam slot 2 Isu Alam Sekitar, Kepentingan Program 5R dan juga kitar semula dalam
slot 3 Mengumpul Bahan Terbuang untuk di Kitar Semula dan merekacipta barang baru
daripada bahan buangan dan menjualnaya dalam slot 4 Menghasilkan Cenderahati Daripada
Sumber Alam Sekitar dan Aktiviti Jual Beli. Dapat dilihat bahawa Program Sambutan Hari
Dunia direkabentuk mengikut urutan dari senang kepada susah.

Kesinambungan

Menurut Ornstein dan Hunkins (2009, ms. 186-189), kesinambungan terkandung dalam
organisasi menegak bermaksud kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke tahap lain.
Kemahiran-kemahiran yang terdapat pada kesinambungan ini akan meningkat dari kemahiran 1
ke kemahiran 2 dan meningkat ke kemahiran 3. Unsur kesinambungan dalam organisasi menegak
menjelaskan bahawa setiap matapelajaran yang diajar atau kursus yang diberi mesti ada tujuan
atau kemahiran. Kemahiran yang hendak dicapai atau disampaikan sentiasa diulang-ulang.
Program Sambutan Hari Bumi mempunyai kesinambungan di antara slot-slot yang diadakan.
Misalnya, slot 1 Lawatan ke Taman Botani sekolah merangkumi kepentingan menjaga alam
sekitar dan juga kesan jika tidak menjaga alam sekitar dalam slot 2 Isu Alam Sekitar,
Kepentingan Program 5R dan juga kitar semula dalam slot 3 Mengumpul Bahan Terbuang
untuk di Kitar Semula pula mempunyai kesinambunagan kepada aktiviti dan merekacipta barang
baru daripada bahan buangan dan menjualnaya dalam slot 4 Menghasilkan Cenderahati
Daripada Sumber Alam Sekitar dan Aktiviti Jual Beli. Nyata jelas bahawa Progran Sambutan
Hari Dunia direkabentuk mengikut kesinambungan dimana kemahiran atau aras yang diajar
meningkat dari satu tahap ke satu tahap.

Skop

Skop yang terkandung dalam organisasi mendatar boleh dijelaskan sebagai proses
pembelajaran yang meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor dari pelbagai cabang
matapelajaran. Skop juga menjelaskan berapa banyak isi kandungan atau muatan yang perlu
dimasukkan dalam sesuatu matapelajaran.
Domain kognitif merangkumi konsep asas ilmu, teori dan hokum, serta kemahiran
memahami dan berfikir. Domain kognitif memberi penekanan dari segi pemikiran dan kefahaman.
Menurut Benjamin S. Bloom, peringkat-peringkat dalam domain kognitif adalah

a. Pengetahuan – Kebolehan mengingat kembali perkara-perkara khusus seperti simbol,


fakta , kaedah, proses dan struktur.
b. Kefahaman – Untuk memehami sesuatu perkara memerlukan kemahiran mengingat.
Dengan ini dapat mengeluarkan pendapatnya dan membuat interpretasi.
c. Aplikasi – Keupayaan menghubungkaitkan sesuatu dengan situasi yang lain berdasarkan
prinsip, teori dan peraturan tertentu.
d. Analisis – Memerlukan daya kreatif yang baik. Berupaya mengenal pasti perkara asas
dan seterusnya menghuraikannya mengikut susunan tertentu atau betul.
e. Sintesis – Keupayaan untuk menggabungkan komponen-komponen kecil kedalam situasi
yang baru.
f. Penilaian – Keupayaan untuk membuat keputusan yang munasabah. dalam hal ini, perlu
dipertimbangkan yang wajar dan pengukuran yang tepat.

Dari aspek kognitif, bagi Program Sambutan Hari Dunia, pelajar-pelajar perlu memahami
atau mengetahui definisi atau maksud sesuatu teori, konsep atau prinsip. Contonya, pelajar-pelajar
perlu mengetahui definisi “Sayangi Alam sekitar’ iaitu kesedaran tentang perlunya memelihara
dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem dan juga defini “peka
Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar” iaitu prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
sekitar dan berusaha menyelesaikannya. selain itu, konsep atau istilah yang berkaitan dengan 5R
dan juga kitar semula perlu diketahui oleh pelajar-pelajar. Di samping itu, ciri-ciri kemahiran
berfikir juga boleh diperlihatkan daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini.
Misalnya, kreativiti pelajar dalam menghasilkan cenderahati daripada sumber alam sekitar dengan
cantik dan kemas, cara menghias gerai untuk menarik perhatian para pelanggan serta perbincangan
dalam kumpulan.

Domain Afektif pula berkait rapat dengan perasaan, sikap dan tingkah laku. Menurut
Karthwoal, Benjamin S. Bloom dan Betram B. Masia, terdapat lima hirarki dalam bidang ini.
a. Penerimaan – Menunjukkan sejauhmanakah penerimaan murid terhadap apa yang
disampaikan oleh guru.
b. Gerakbalas – Respon terhadap sesuatu perkara seperti menyoal, menjawab, membuat dan
menulis.
c. Menghargai nilai – Ditunjukkan melalui minat terhadap pelajaran dan sanggup
bekerjasama dengan rakan sebaya atau guru.
d. Organisasi – Menghubungkan nilai-nilai yang diterima ke dalam situasi lain.
e. Perwatakan – Tingkahlaku terawal serta pembentukan peribadi berdasarkan kepercayaan
dan sikap terhadap sesuatu perkara.

Dalam Program Sambutan Hari Dunia, domain Afektif yang dinyatakan di atas
dititikberatkan. Contohnya, nilai seperti menghargai alam sekitar, sayangi alam sekitar,
kerjasama, kesabaran, kerajinan, penglibatan secara proaktif dalam aktiviti kumpulan,
pembentangan serta aktiviti mencipta cenderahati secara kreatif dan menjualnya, keyakinan dan
motivasi diri serta mahir berkomunikasi dapat diterapkan kepada pelajar melalui program ini.

Domain Psikomotor pula mementingkan kemahiran fizikal seperti membuat, membina,


mencipta, membentuk dan sebagainya. Menurut Simpson, E.J, aspek-aspek dalam domain
psikomotor terdiri daripada

a. Pengamatan – Langkah yang paling penting sebelum seseorang itu melakukan perkara
berikutnya
b. set – Bagaimana seseorang itu menyediakan pergerakan diri untuk sesuatu aktiviti atau
tindakan.
c. Gerakbalas terbimbing – Gerakbalas yang dibimbing oleh guru.
d. Mekanisme – Gerakbals yang sudah menjadi lazim kepada seseorang untuk
melakukannya dengan yakin dan cepat.
e. Gerakbalas komples yang nyata – Keupayaan melakukan sesuatu kerja yang susah
dengan tabah dan berani.
f. Penyesuaian – Kebolehan menyesuaikan kemahiran yang telah diperoleh untuk
diaplikasikan dalam situasi yang baru.
g. Keaslian – Kebolehan mencipta atau membentuk sesuatu pergerakan baru berdasarkan
kepada pengalaman kemahiran yang diterima sebelumnya.
Program Sambutan Hari Bumi juga menekankan domain Psikomotor di mana pelajar
belajar cara, teknik, atau kemahiran untuk menghasilkan cenderahati iaitu bahan baru yan
dihasilkan daripada sumber alam sekitar dengan bimbingan guru. Misalnya, pelajar mengumpul
bahan buangan yang diperlukan, menyusun dan mencipta cenderahati daripada bahan buangan
tersebut. Kreativiti dan pengalaman pelajar membolehkan mereka berani untuk mencuba
menghasilkan cenderahati dalam masa yang singkat dengan menggunakan teknik atau kemahiran
baru. Keselamatan diri pelajar juga dititikberatkan semasa menghasilkan cenderahati.

Kesepaduan

Kesepaduan yang terkandung dalam organisasi mendatar pula bermaksud perkaitan antara
pelbagai jenis pengetahuan dan pengalaman yang terkandung dalam pelbagai matapelajaran.
Kesepaduan menunjukkan bagaimana integrasi antara matapelajaran supaya semua matapelajaran
menjurus ke objektif atau tujuan yang hendak atau harus dicapai. Dalam Program Sambutan Hari
Dunia, matapelajaran Pendidikan Moral, Sains dan RBT juga diterapkan. Misalnya, Penghasilan
kerja tangan dalam matapelajaran RBT, Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dalam
matapelajaran Bahasa Melayu, 7.2 Pembakaran dan 7.3 Pencemaran Udara dalam
matapelajaran Sains serta pengiraan untung rugi dalam matapelajaran matematik juga turut
diintegrasikan dalam slot-slot yang diadakan sepajang program ini.

Keseimbangan

Unsur keseimbangan dalam organisasi mendatar menjelaskan bahawa kandungan dalam


sesuatu matapelajaran perlu seimbang atau sama banyak dalam setiap matapelajaran supaya tidak
membebankan pelajar. Dalam Program Sambutan Hari Bumi ini, pelajar akan mengadakan
lawatan ke Taman Botani sekolah, berbincang dalam kumpulan, membuat pembentangan,
menghasilkan cenderahati daripada bahan buangan dan melakukan aktiviti jual beli. Kepelbagaian
aktiviti yang seimbang dapat menarik minat pelajar, membolehkan mereka tidak merasa bosan,
melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan selain mencungkil bakat mareka.
REFLEKSI PROGRAM SAMBUTAN HARI DUNIA

Refleksi akan dibuat oleh guru dan pelajar pada akhir program ini untuk menilai
keberkesanan dan pencapaian objektif Program Sambutan Hari Dunia. Pendapat guru dan pelajar
akan di dengar dan diambil kira supaya dapat membuat penambahbaikan program ini pada masa
akan datang. Selain itu, dapat merangka semula satu kerangka konseptual yang berkualiti supaya
matlamat program ini dapat dicapai demi kepentingan dan masa depan pelajar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya memilih aliran falsafah Progresivisme yang berpusatkan


pelajar dan aliran falsafah Rekonstruktivisme yang menekankan penyelesaian masalah dalam
merangka reka bentuk Program Sambutan Hari Dunia. Selain itu, Model Tyler yang merangkumi
objektif, kandungan, kaedah dan penilaian digunakan dalam membentuk program ini. Kerangka
konseptual program dibina berdasarkan urutan, kesinambungan, skop, kesepaduan dan
keseimbangan. Domain kognitif, afektif dan psikomotor juga dititikbertkan dalam setiap slot yang
diadakan. Refleksi dijalankan pada akhir program untuk menilai keberkesanan dan pencapaian
objektif Program Sambutan Hari Bumi.
RUJUKAN

Sukatan Pelajaran RBT

Sukatan Pelajaran Sains

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

Rancangan Tahunan Matapelajaran RBT

Rancangan Tahunan Matapelajaran Sains

Rancangan Tahunan Matapelajaran Bahasa Melayu

Rancangan Tahunan Matapelajaran Pendidikan Moral

http://psasir.upm.edu.my/3585/1/Tahap_Keprihatinan_Alam_Sekitar_dan_Amalan_Kepenggunaan_Hijau
pdf

http://journalarticle.ukm.my/4506/1/2-Tan_Pei_San_et_al.pdf

You might also like