You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

SK PARIT BAKAR TENGAH, MUAR.


BIL 1/2017

Tarikh : 26 Disember 2016


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SKPBT.
Pengerusi : Puan Nor Zakiah bt Mohd Sarif
Kehadiran : 29/31
Tidak hadir : 1. Pn Razifah bt Selat (Cuti Sakit)
2. Pn Aida Nirwana bt Ismail@Husin (Cuti Bersalin)

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan penghargaan di atas komitmen guru-guru yang dapat
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 1 Tahun 2017.

1.2 Pengerusi menyemak kehadiran guru.

1.3 Pengerusi meminta semua pihak mengorak langkah mendidik murid-murid serta
meneruskan amanah kerja dengan penuh iltizam demi memartabatkan bangsa.

1.4 Pengerusi memperkenalkan barisan pemimpin di PPD Muar bagi tahun 2017

1.5 Pengerusi menyatakan sekolah Parit Bakar Tengah telah mendapat waran sebanyak 2
kelas; 10 kelas - 12 kelas

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat Pengurusan Kurikulum Bil 3/2016 bertarikh
27 November 2016 untuk disahkan. Beliau meminta guru-guru menyemak agenda-agenda
yang telah diminitkan.

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Zarina bt Hj Kintan


Disokong untuk pengesahan oleh : Cik Latifahtulnor bt Kasmon

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.0, pengerusi berharap semua guru dapat merancang Rancangan
Tahunan matapelajaran masing-masing mengikut 36 minggu berdasarkan credit
hours yang dipilih oleh pihak sekolah.

MS 1
MJK Bil 1/2017
3.2 Perkara 4.2, pengerusi meminta agar pembetulan pada frasa ayat ”Pendidikan
Jasmani bergabung dengan Pendidikan Jasmani dan dinamakan sebagai
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)” kepada ”Pendidikan Jasmani bergabung
dengan Pendidikan Kesihatan dan dinamakan sebagai Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK)”.

3.3 Perkara 4.4, perubahan Jawatankuasa Penyelaras KSSR Semakan Tahun 1, 2017
bagi wakil tahun 5, Pn Hjh Ainon bt Abd Aziz kepada Pn Aisah bt Abul Hassan.
Pengerusi juga meminta setiausaha untuk memasukkan senarai Jawatankuasa
Penyelaras KSSR Semakan 1/2017 ke dalam Buku Pengurusan Sekolah.

4.0 TAKWIM 2017

4.1 Pengerusi membentangkan perancangan kurikulum bagi tahun 2017. Guru-guru


diminta merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah 2017 seperti yang telah
diedarkan.

4.2 Program Persembahan Panitia setiap minggu seperti yang telah dibincangkan dan
ditetapkan akan bermula pada minggu pertama persekolahan.

5.0 PENETAPAN JADUAL WAKTU 2017.

5.1 Pengerusi mengedarkan jadual kelas dan jadual persendirian kepada semua guru.
Memandangkan bilangan kelas yang bertambah dan belum ada kemasukan tenaga
guru baru, pengerusi berharap guru-guru bersedia menerima pertambahan masa
mengajar yang agak ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

6.0 PENETAPAN JAWATANKUASA KURIKULUM 2017

6.1 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa Kurikulum 2017. Pengerusi meminta


guru-guru meminda perubahan pada Jawatankuasa 2017 disebabkan oleh
pertukaran guru, iaitu Pn Rohaya bt Daud dan Pn Aida Nirwana akan digantikan
dengan En Fadhil bin Mohamad Amin dan Pn Norhafiza bt Mohd Taha dengan
mengambilkira kesesuaian. Segala perubahan jawatankuasa Kurikulum 2017 akan
dimaklumkan dari masa kesemasa

6.2 Semua Ketua Panitia diberikan kuasa untuk melantik Setiausaha Panitia dalam
kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan dan memaklumkan
kepada Setiausaha Kurikulum untuk direkodkan dalam senarai Jawatankuasa
Kurikulum.

MS 2
MJK Bil 1/2017
6.3 Surat pelantikan Jawatankuasa Kurikulum akan diserahkan kepada semua guru
pada minggu pertama persekolahan setelah mengambilkira segala perubahan dan
senarai beban tugas guru serta mengikut pemberatan tugas yang disandang.

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Pengerusi mengingatkan supaya semua Ketua Panitia dapat menyerahkan Pelan
Strategik panitia masing-masing pada atau sebelum 31 Januari 2017.

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.


8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 1.25 pm

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

(NORAINI BT ABD RAHIM) (NOR ZAKIAH BT MOHD SARIF)


Setiausaha Pengurusan Kurikulum Sekolah, Guru Besar,
SK Parit Bakar Tengah, Muar. SK Parit Bakar Tengah, Muar.
Tarikh: Tarikh:

MS 3
MJK Bil 1/2017

You might also like