You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

SK PARIT BAKAR TENGAH, MUAR.


BIL 2/2017

Tarikh : 19 Jun 2017


Masa : 1.40 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer, SKPBT.
Pengerusi : Puan Nor Zakiah bt Mohd Sarif
Kehadiran : 30/31
Tidak hadir : Pn Noraini bt Abd Rahim – Mesyuarat Sains

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada guru-guru yang dapat
menghadirkan diri pada Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali ke-2, 2017.

1.2 Pengerusi menyemak kehadiran guru.

1.3 Pengerusi menyatakan bahawa sekolah Parit Bakar Tengah telah didatangi oleh
pegawai dari PPD; En Yusri. Beliau mengingatkan agar semua program yang
dijalankan di sekolah perlu didokumentasikan dan disampaikan di PPD

1.4 Pencerapan PdP.


1.4.1 Beliau menyatakan ; Pegawai Penilai (PP1) - Guru Besar
; Pegawai Penilai (PP2) - Barisan GPK

Beliau menyatakan Pegawai Yang Dinilai ( PYD ) di bawah Pegawai


Penilai GPK 1 :

1. En M. Jamaluddin .9. Pn Siti Aisah


2. En Noor Azmi 10. Pn Hasnah
3. Pn Siti Salwa 11. En Shokri
4. Pn Zarina 12. Pn Hjh Ainon
5. Pn Juliana 13 Pn Aisah
6. Cik Latifahtulnor 14. Pn Hafsah
7. En Fadhil 15. Pn Noraini
8. Pn Norazrin

MS 1
MJKS 2/2017
1.4.2 Beliau menyatakan Pegawai Yang Dinilai ( PYD ) di bawah Pegawai
Penilai GPK HEM :

1. Pn Jumiah 6. Pn Siti Zaharah


2. Pn Maziana 7. Pn Norhafiza
3. En Abd Rashid 8. En Norazlin
4. Pn Sumaiyah 9. Pn Halimahton
5. Pn Masuwita 10 Pn Razifah

1.5 PDPC Dalam Kelas.

Pengerusi menyarankan agar guru-guru dapat meningkatkan penglibatan murid


dalam kelas melalui pembelajaran koperatif. Pengerusi juga berharap agar guru-
guru dapat mengamalkan strategi pdp PAK21 pada tahun 2017.

1.6 Pengerusi menyatakan setiap minit mesyuarat perlu disiapkan seminggu selepas
mesyuarat berlangsung dan didokumentasikan.

1.7 Pn Zawiah menyatakan minggu 22 merupakan minggu pencerapan. Markah akan


dimasukkan dalam penilaian kedua.

1.8 ADAPT- daripada buku pengurusan ; 5 kali pencerapan

1.9 Beliau menegaskan bahawa keterlibatan dalam PAK 21 dalam kalangan murid
adalah sangat penting.

1.10 Beliau meminta semua ketua panitia untuk membincangkan dapatan daripada
Peperiksaan Pertengahan Tahun. aspek yang perlu diperbincangkan adalah;
 kekuatan,
 kekurangan dan
 penambaikan.

1.11 Pn Nor Zakiah secara rasmi melantik En Mohd Norazlin sebagai Penyelaras Kelab
Sukan dan Permainan manakala Pn Sumaiyah dilantik sebagai setiausaha LDP
2017.

1.12 Beliau menyatakan peserta untuk program BOSOT ; Blue Ocean Strategy adalah
Cik Latifahtulnor dan Pn Azlinda.

MS 2
MJKS 2/2017
1.12.1 Beliau mengingatkan guru tersebut supaya menyiapkan program BOSOT
tersebut dalam talian sesawang; program tersebut boleh dimasukkan
dalam kursus LDP .

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat Pengurusan Kurikulum Bil 1/2017


bertarikh 26 Disember 2016 untuk disahkan. Beliau meminta guru-guru menyemak
agenda-agenda yang diminitkan.

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Jumiah bt Hj Hashim


Disokong untuk pengesahan oleh : En M Jamaluddin bin Mohd Dawi

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 5.0. Pengerusi mengumumkan terdapat beberapa perubahan dalam jadual
waktu guru-guru disebabkan persaraan Pn Hjh Siti Halimah dan Tn Hj
Zainalabidin.

3.2 Perkara 6.0. Pengerusi juga mengumumkan terdapat beberapa perubahan dalam
Jawatankuasa Kurikulum. Pn Sumaiyah dilantik sebagai Penyelaras LDP bagi
menggantikan Pn Hjh Siti Halimah yang telah bersara.

4.0 TAKLIMAT KURIKULUM (PN ZAWIAH BT NORDIN)

4.1 Panitia yang belum memurnikan dan menyerahkan Pelan Strategik disarankan
agar dapat menyerahkan dengan kadar segera.

4.2 Mesyuarat Panitia perlu dijalankan mengikut takwim sekolah 4 kali setahun.

4.3 Beliau memaklumkan Guru Besar telah mengingatkan panitia yang belum
melengkapkan fail panitia, harap pihak Panitia tersebut melengkapkannya.

4.4 Beliau telah mengedarkan senarai isi kandungan fail yang lengkap dan meminta
semua guru agar menghantar buku latihan murid untuk disemak oleh pihak
pentadbir.

4.5 Pn Zawiah mengumumkan akan berlaku perubahan jadual dalam waktu yang
terdekat dan diharap guru-guru dapat menerima perubahan tersebut.

Makluman: Semua guru

MS 3
MJKS 2/2017
5.0 TAKLIMAT HARI TERBUKA

5.1 Pengerusi menjelaskan mengenai Hari Terbuka yang akan diadakan pada 22 Jun
2017 (Khamis).
5.2 Hari terbuka pada jam 10.30 pagi di kelas masing-masing.
5.3 Guru damping yang terlibat perlu bersama-sama guru kelas dalam kelas yang
telah ditetapkan.
5.4 Pn Zawiah memohon setiausaha PIBG untuk menjadikan program Hari Terbuka
tersebut sebagai salah satu program sarana ibu bapa. Mohon diambil kehadiran
ibu bapa dan dokumentasi bergambar.
Makluman: Semua guru

6.0 LAPORAN PANITIA MATA PELAJARAN

6.1 BAHASA MELAYU

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2017


En M Jamaluddin membentangkan analisis keputusan Bahasa Melayu
berdasarkan Lampiran 1 A. Sila rujuk Lampiran.

6.2 BAHASA INGGERIS

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2016


Pn Zarina membentangkan analisis keputusan Bahasa Inggeris
berdasarkan Lampiran 1 B. Sila rujuk Lampiran.
d) Pengerusi menyarankan, supaya pdp guru tidak hanya tertumpu pada
format UPSR, tetapi berlandaskan sukatan kurikulum yang telah
ditetapkan.

6.3 MATEMATIK

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2017


En Noor Azmi membentangkan analisis keputusan Matematik berdasarkan
Lampiran 1 C. Sila rujuk Lampiran.
b) Beliau memaklumkan kertas Matematik mempunyai 2 kertas iaitu kertas
satu ( 40 markah) dan kertas dua ( 60 markah).

6.4 SAINS

a) Analisis PKSR Akhir Tahun 2016


Pn Maziana membentangkan analisis keputusan Sains berdasarkan
Lampiran 1 C. Sila rujuk Lampiran.

b) Beliau menyatakan secara keseluruhannya, kelas Pintar 100% lulus.

MS 4
MJKS 2/2017
6.5 PENDIDIKAN ISLAM

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2017


Pn Sumaiyah membentangkan analisis keputusan Pendidikan Islam,
berdasarkan Lampiran 1 D. Sila rujuk Lampiran.
b) Pn Sumaiyah juga melaporkan pencapaian murid dalam Jawi, Khatam Al-
Quran dan Tasmik, Bahasa Arab, Kem Bestari Solat (Wudhuk, Perlakuan
dan Bacaan) berdasarkan data Rumusan Pencapaian Keseluruhan Murid
(Kutipan Jun). Sila rujuk Lampiran 2.

6.6 SEJARAH

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2017


Pn Hafsah membentangkan analisis keputusan Sejarah berdasarkan
Lampiran 1 D. Sila rujuk Lampiran. Beliau menyatakan bahawa secara
keseluruhannya, kualiti murid dalam subjek Sejarah kurang mempunyai
kualiti.

6.7 PENDIDIKAN SENI VISUAL/ PENDIDIKAN KESIHATAN

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2017


Pn Siti Salwa membentangkan analisis keputusan Pendidikan Seni Visual
berdasarkan Lampiran 1 E. Sila rujuk Lampiran.

6.8 RBT/TMK

a) Analisis PKSR Pertengahan Tahun 2017


Pn Maziana membentangkan analisis keputusan RBT/TMK berdasarkan
Lampiran 1 E. Sila rujuk Lampiran.

6.9 PENDIDIKAN KHAS

a) Analisis Pencapaian Murid


Pn Zainab melaporkan kedua-dua kelas pendidikan khas mengikut kaedah
KSSR.

6.10 PRASEKOLAH

a) Analisis Pencapaian Murid Pra A


 2 orang murid masih belum menguasai. (6 Tahun)
 Seramai 21 orang murid prasekolah 6 tahun mendaftar ke tahun 1 di
SK Parit Bakar Tengah.

Makluman: Semua guru

MS 5
MJKS 2/2017
7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Majlis sebulat suara bersetuju waktu rehat murid hanya sekali sahaja; 10.00-
10.30 pagi.
10.20 pagi: loceng tamat rehat dibunyikan
10.20-10.30 pagi : bacaan sifir, ayat lazim, spelling dsb
7.2 Waktu Kokurikulum dipinda pada hari Rabu jam 12.30-1.30 petang.
7.3 Perancangan Program Ihya Ramadhan oleh Cik Latifahtulnor

7.3.1 Cik Latifahtulnor menyatakan mengenai program iftar jamaie. Rujuk Ahli
Jawatankuasa di WhatsApp Bangkit Sekolah.
7.3.2 Rabu 10.00-10.30 pagi;
Tahun 3,4,5 dan 6- Solat Dhuha Perdana dijalankan di Dewan Bestari
Tahun 1 dan 2- Kem Bestari Solat di Kantin SKPBT dan dikelolakan oleh
Cik Latifah dan Pn Sumaiyah.
7.3.3 Khamis pula akan diadakan Program Khatam, Di Ambang Syawal dan
pemberian sumbangan untuk anak-anak yatim

Makluman: Semua guru

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.


8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 3.45 pm

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(LATIFAHTULNOR BT KASMON) (ZAWIAH BT NORDIN)


Pen. Setiausaha Pengurusan Kurikulum Sekolah, Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK Parit Bakar Tengah, Muar. SK Parit Bakar Tengah, Muar.
Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh,

MS 6
MJKS 2/2017

You might also like