You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

SK PARIT BAKAR TENGAH, MUAR.


BIL 4/2017

Tarikh : 25 September 2017


Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Bilik Komputer, SKPBT.
Pengerusi : Puan Nor Zakiah bt Mohd Sarif
Kehadiran : 27/36
Tidak hadir : 1.Pn Aisah Abul Hassan - Cuti Sakit
2. Pn Nor Hafiza - Kursus
3. Pn Sumaiyah - Seminar
4. Pn Norafida - Cuti Sakit
5. Pn Zaharah - Kenyataan
6. Pn Noraini- Mesyuarat
7. En M.Jamaluddin- Kursus
8. Pn Nooraida-Cuti bersalin
9. En Fadhil-Belajar Sepenuh Masa

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang pada guru-guru yang dapat
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Bil 4 Tahun 2017.

1.2 Pengerusi menyemak kehadiran guru.

1.3 Pengerusi menbincangkan mengenai program akhir tahun serta pengurusan akhir tahun
2017.

1.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada AJK Payung dan AJK Pelaksana
sepanjang UPSR;
- murid yang tidak hadir sepanjang UPSR: Muhd Syafiq bin Ariffin;
 murid tersebut sudah dipanggil untuk hadir ke sekolah
 murid tersebut juga telah diberikan surat amaran kedua

1.6 Pengerusi menyatakan dapatan daripada kehadirannya ke Seminar Pendidikan


Kebangsaan di Muar Traders Hotel pada 23-24 September 2017.

1.6.1 Banyak input berguna untuk dimanfaatkan.


1.6.2 Sekolah rintis PAK 21: SK Bandar Maharani, SK Convent, SK Orang Kaya '
Ali.

MS 1
MJKS 4/2017
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Cik Latifahtulnor membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum


Sekolah Bil 3/2017 bertarikh 15 Ogos 2017 untuk disahkan. Beliau meminta guru-
guru menyemak agenda-agenda yang telah diminitkan.

Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Maziana bt Mohd Fauzi


Disokong untuk pengesahan oleh : En Norazrin bt Mohd Nor

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.3, Perancangan Strategik (2017-2019). Beliau memohon guru yang
terlibat dalam bidang pengurusan kokorikulum dan HEM untuk menghantar
perancangan strategik berpandukan SKPM g2.

3.2 Perkara 4.4, pengerusi menjelaskan mengenai keberadaan Ustaz Fadhil.


- perkara tersebut telah diajukan kepada PPD. PPD sedang menyediakan guru
ganti yang bukan secara tetap.

3.5 Perkara 4.6, pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah
menjalankan Saringan Membaca (LINUS). Beliau juga mengingatkan Saringan
Bertulis (LINUS) bermula pada 24 September hingga 6 Oktober serta pengisian
data dalam talian bermula 8 Oktober hingga 20 Oktober.

Makluman: Semua guru

4.0 TAKLIMAT GURU BESAR

4.1 Pengerusi berharap panitia selain daripada Panitia Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris supaya menghantar minit Panitia kali ke 3 kepada Pn Zawiyah.

4.2 Pengerusi menyatakan En Abd Rashid daripada PPD telah datang untuk
pemantauan LINUS. Dapatan dari hasil pemantauan;
4.2.1 Bimbing rakan guru BM untuk membuat saringan LINUS dalam kelas.
4.2.2 Tuliskan dalam RPH-
LBM : Saringan Menulis
LBI : Numerasi Saringan Bertulis

4.2.3 Murid yang tidak hadir atau sakit : Darwisy Tahun 1 Pintar dan Nurain
Sofea Tahun 2 Cerdas - perlu membuat konstruk 1-22 dengan kebenaran
Guru Besar. Guru LINUS yang terlibat perlu membuat salinan photostat
surat amaran ketidakhadiran murid serta dikepilkan di dalam fail.

4.2.4 KPI LINUS Saringan 2 : 100% ; SK Parit Bakar Tengah memperoleh


97.62% (LINUS BM).

MS 2
MJKS 4/2017
4.3 Pengurusan Stok
4.3.1 Semua panitia perlu membuat coding stok sendiri. Pengerusi akan
membuat LDP mengenai tentang coding stock.

4.4 Ujian Altitud Tahun 3 ;


4.4.1 Ujian perlu dijalankan sebelum 30 September 2017.
4.4.2 SKPBT akan menjalankan ujian tersebut pada 27 September 2017 jam
11.00-12.00 tengah hari.

4.5 Aktiviti Selepas UPSR;

4.5.1 Beliau menyatakan murid Tahun 6 akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.;


- Kumpulan memasak
- Kumpulan kraftangan
- Kumpulan House Keeping
- Kumpulan Pertanian/Mengecat

4.5.2 Mohon penyelaras Tahun 6 untuk menyediakan kertas kerja bagi


memudahkan pemantauan daripada pihak luar.

4.6 Program lain yang akan dijalankan untuk tahun 6


 Program Awal Remaja/ Akil Baligh
 Ceramah persediaan ke Sekolah Menengah.

Makluman: Semua guru

5.0 PENGURUSAN KURIKULUM

5.1 Pn Zawiah mengucapkan ribuan terima kasih;

 Semua guru UPSR kerana telah menjayakan kelas tambahan UPSR sepanjang
tahun 2017.
 Setiausaha UPSR (En Noorazmi) - kerana telah bertungkus lumus menyiapakan
data -data sehingga UPSR berakhir.

5.2 Pn Zawiah meminta semua setiausaha panitia menyerahkan salinan minit


mesyuarat panitia kali ke-3 kepada beliau. Setakat ini, panitia yang telah
menyerahkan hanyalah panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

5.3 Pn Zawiah menyatakan mengenai borang keberhasilan PBPPP; Pertengahan Tahun


Akhir.
5.3.1 beliau meminta guru menyiapkan borang keberhasilan tersebut dan
menyerahkan pada beliau mulai 1 Oktober 2017 kerana pencerapan PDPc kali ke-2
akan dijalankan.

MS 3
MJKS 4/2017
5.4 E-Operasi;
5.4.1 Pn Zawiah mengucapkan ribuan terima kasih pada guru-guru yang telah
membuat pembetulan ralat pada sistem e-Operasi dan menghantar ralat
tersebut kepada beliau.
5.4.2 Pn Zawiah juga meminta guru meletakkan gambar profesional di sistem
e-Operasi.

5.5 PBS Offline


5.5.1 Pn Zawiah memohon semua guru menyiapkan PBS dan menyerahkan pada
Pn Jumiah

5.6 LINUS 2.0


5.6.1 Pn Zawiah menyatakan setiap aktiviti LINUS perlu dicatatkan dalam buku
RPH guru LINUS tersebut. Ini kerana dikhuatiri fasi LINUS akan hadir
sepanjang tempoh saringan dijalankan.

5.7 Penandaan buku rampaian ;


5.7.1 Sila rujuk pada Buku Pengurusan muka surat 89.; Rekod Penghantaran
buku rampaian.
5.7.2 Buku rampaian boleh dihantar mulai hari esok.

5.8 Pn Zawiah membentangkan secara ringkas program-program yang akan


berlangsung sepanjang musim persekolahan. Sila rujuk lampiran .

5.9 Tarikh pengedaran slip SAPS UPPM 4 akan dimaklumkan kemudian.


Makluman: Semua guru

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi memohon pandangan guru-guru samada buku persediaan mengajar


menggunakan buku atau komputer.

6.1.1 Beliau menyatakan jika bersetuju pemakaian fail untuk rekod mengajar
2018, beliau tidak akan membeli buku dan menggantikannya dengan
pembelian fail.

6.1.2 Pn Zarina mencadangkan jika persediaan mengajar menggunakan


komputer, segala maklumat perlu diseragamkan. Mesyuarat panitia
perlu merancang format RPH panitia yang seragam untuk semua ahli
Panitia.

6.1.3 Tahun 2018- pihak sekolah akan membekalkan fail 2 inchi dan cover depan
fail.

MS 4
MJKS 4/2017
6.2 Pengerusi mengingatkan tentang peringatana mesra supaya guru yang tidak
menghantar Lesson Note supaya menghantarkannya secepat mungkin.

6.3 Pn Zarina; memaklumkan bahawa pada bulan Oktober ,seramai 5 orang murid
SKPBT dijemput ke Johor Bahru untuk pertandingan IQ Challenge.

6.4 En Zulkipli; Terima kasih kepada semua pihak SKPBT kerana sudi menerimanya
sebagai ahli dalam sekolah ini dan berharap agar sekolah ini akan terus bangkit
berkualiti dan cemerlang.

6.5 Pengerusi memohon agar semua warga sekolah mendoakan agar segala hasrat
untuk memajukan sekolab tercapai dengan penglibatan secara bersama-sama.

6.6 Pn ZawiahmMemaklumkan bahawa semua guru adalah guru disipilin. Harapan


agar guru-guru dapat menegur murid jika murid melakukan kesilapan.

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.


7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(LATIFAHTULNOR BT KASMON) (ZAWIAH BT NORDIN)


Pen. Setiausaha Pengurusan Kurikulum Sekolah, Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK Parit Bakar Tengah, Muar. SK Parit Bakar Tengah, Muar.
Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh,

MS 5
MJKS 4/2017

You might also like