You are on page 1of 3

LAPORAN PERTANDINGAN

BOLA KERANJANG L12 DAN P12 MSSP TAHUN 2018

TARIKH : 27 – 2 MAC 2018

HARI : SELASA - JUMAAT

MASA : 8:00 PAGI – 5:00 PETANG

TEMPAT : SJKC TRIANG 1

PERKARA :

a. SJKC Sungai Jan telah menghantar dua pasukan bola keranjang yang terdiri
daripada 12 orang pemain lelaki dan 8 orang pemain perempuan untuk
mewakili daerah Jerantut. Seramai empat orang guru telah diamanahkan
untuk menjaga dan menguruskan pasukan ini .
b. Secara rumusnya, pertandingan telah dijalankan dengan lancar .
c. Para pemain telah menunjukkan kesungguhan begitu juga dengan pengurus
dan jurulatih yang tidak putus-putus memberi sokongan dan arahan dari tepi
gelanggang.
d. Walau bagaimanapun, pasukan daerah Jerantut tidak layak ke pusingan
separuh akhir kerana tewas dalam semua perlawanan.
e. Berikut adalah perjalanan Pasukan Daerah Jerantut L12 dan P12 menempuh
perlawanan dan keputusannya :

KEPUTUSAN LELAKI BAWAH 12


PERLAWANAN Vs Keputusan
KUMPULAN JERANTUT VS BERA KALAH 16-38
KUMPULAN JERANTUT VS LIPIS KALAH 27-30
KUMPULAN JERANTUT VS CAMERON KALAH 49 -16

KEPUTUSAN PEREMPUAN BAWAH 12


PERLAWANAN VS KEPUTUSAN
KUMPULAN JERANTUT VS BERA KALAH 20-30
KUMPULAN JERANTUT VS TEMERLOH KALAH 7-70
KUMPULAN JERANTUT VS KUANTAN KALAH 1-50
f. Kekuatan
a. Para pemain telah menunjukkan kesungguhan semasa bermain.

g. Kelemahan
a. Masih ada pemain leka dan gagal mendengar arahan semasa perlawanan
menyebabkan banyak peluang terbuang begitu sahaja.
b. Adakalanya pemain hilang fokus disebabkan tidak berpuas hati dengan
rakan sepasukan yang kerap melakukan kesilapan akibat kelekaan
semasa bermain.
c. Kurang ketajaman dalam penyudah menyebabkan banyak peluang
menjaring yang dilepaskan begitu sahaja.
d. Kekurangan latihan

h. Kesimpulan
Secara keseluruhan pencapaian pasukan Bola Keranjang L12 dan P12 daerah
Jerantut adalah kurang memuaskan. Sesungguhnya komitmen guru-guru dan para
pemain pasukan sekolah amat menggalakkan namun rezeki tidak berpihak kepada
pasukan Jerantut. Diharap penglibatan pada tahun hadapan akan membuahkan hasil
yang lebih baik.

Laporan disediakan oleh,

.....................................................
(CIK KOOI WAI YEE)
PENGURUS PASUKAN
SJKC SUNGAI JAN

 LAMPIRAN A – SCORESHEET
 LAMPIRAN B – JADUAL PERTANDINGAN
 LAMPIRAN C – NAMA PESERTA PASUKAN
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA
KERANJANG
L12 DAN P12 MSSP
TAHUN 2018

5 MAC 2018

DI SJKC TRIANG 1 , BERA

DISEDIAKAN OLEH:

PASUKAN BOLA KERANJANG


DAERAH JERATUT

You might also like