You are on page 1of 4

PERATURAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN BOLA SEPAK


KELOMPOK CHANIS BAWAH 12 TAHUN 2022

1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Sepak MSSM Kelompok Chanis Bawah 12 Tahun.

2. PENGELOLA

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 8 pada 26 Julai 2022 (Selasa)

3. UNDANG-UNDANG

Undang-undang Permainan FAM/FIFA


Peraturan Am MSSM
Sebarang keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

4. PENYERTAAN
Semua pasukan sekolah dalam kelompok Chanis

5. PERATURAN TEKNIKAL

a. Kelayakan Pemain

Bawah 12 Tahun – yang lahir pada 2010 dan selepasnya.

b. Pendaftaraan Pemain

Pendaftaran setiap pasukan 15 orang dengan menggunakan borang yang


disertakan.

c. Pendaftaran Pegawai

Seorang pengurus pasukan , dua orang jurulatih dan seorang pengadil bagi
setiap sekolah.

d. Bukti Lahir

Salinan Sijil Lahir yang disahkan


e. Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.


Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan A dan B.
Johan dan naib johan kumpulan layak ke peringkat separuh akhir dan
penentuan perlawanan separuh akhir adalah seperti berikut:

Johan A vs Naib Johan B


Johan B vs Naib Johan A

Kedudukan bagi setiap pasukan setelah tamat peringkat kumpulan akan


ditentukan berdasarkan :
a. Perbezaan jaringan
b. Jaringan terbanyak
c. Pasukan yang menang ke atas pasukan tersebut
d. Lambungan Syiling.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengelola


semasa hari kejohanan.

f. Masa Bermain

Bawah 12 Tahun - 7 minit + 3 minit + 7 minit

Jika keputusan seri selepas masa bermain tamat TIADA tambahan masa.Pada
peringkat separuh akhir, masa permainan akan dilanjutkan ,jika seri TIADA
tambahan masa sebaliknya tendangan penalti akan diadakan.

g. Pengantian Pemain

6 orang sahaja

h. Pemain minima

9 orang

k. Nombor Jersi

Tidak boleh ditukar sehingga tamat perlawanan.

i. Warna Jersi

Setiap pasukan mestilah membawa 2 set jersi.

Mewartakan warna jersi tuan rumah seperti dalam Borang Pendaftaran yang
disediakan.

Jika terdapat persamaan, pasukan pelawat mestilah menukarkan jersinya.


6. PERLAWANAN DITUNDA

Akan ditentukan oleh Pengurus Pertandingan

7. TINDAKAN TATATERTIB

Peraturan Tatatertib MSSM/PBNP

8. BANTAHAN

Dalam masa 30 minit selepas perlawanan beserta yuran bantahan sebanyak


RM200.00. Yuran bantahan tidak akan dikembalikan jika bantahan gagal.

Bantahan hendaklah tidak melibatkan keputusan perlawanan dan keputusan pengadil


kecuali status pemain yang bermain di dalam kejohanan ini.

9. ETIKA PEGAWAI

Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pegawai,


pemain dan penyokong.

10. KEPENGADILAN

Setiap pasukan wajib menyediakan seorang pengadil.

11. PERALATAN

Setiap sekolah wajib membawa sebiji bola baru semasa hari kejohanan

12. TEMPAT PERTANDINGAN

Padang SK Keratong 8

Peringkat separuh akhir , penentuan tempat 3 & 4 dan perlawanan akhir di SK


Keratong 8. Sebarang perubahan tempat akan dimaklumkan semasa kejohanan.
KESALAHAN-KESALAHAN
AMARAN KAD KUNING AMARAN KAD MERAH

K1 Gegabah atau melakukan M1 Kata-kata yang memperkecilkan


kesalahan menghina pengadil, penolong
pengadil, pegawai keempat, pemain-
pemain lain atau orang lain.

K2 Permainan berbahaya M2 Bermain dengan amat kasar atau


menggunakan daya yang berlebihan

K3 Mengkritik keputusan,membantah M3 Berkelakuan ganas


dengan perkataan atau perbuatan

K4 Kesalahan tiada semangat M4 Meludah ke pihak lawan atau orang


kesukanan lain.

K5 Kerap mengulangi kesalahan M5 Menggagalkan gol pihak lawan atau


Undang-undang permainan peluang jelas untuk menjaringkan gol
dengan sengaja memegang bola

K6 Melambatkan permulaan semula M6 Menggagalkan peluang jelas untuk


permainan (membuang masa) menjaringkan gol dengan melakukan
kesalahan yang dihukum dengan
sepakan percuma atau penalty.

K7 Gagal beredar ke jarak yang M7 Menggunakan kata-kata memaki,


dikehendaki apabila sepakan menyinggung perasaan atau lucah
percuma atau sepakan penjuru gerak laku
hendak dibuat.

K8 Masuk atau masuk semula ke M8 Menerima 2 kad kuning di dalam satu


padang permainan tanpa perlawanan yang sama.
kebenaran pengadil.

K9 Sengaja meninggalkan padang


permainan tanpa kebenaran
pengadil

You might also like