You are on page 1of 4

Ulasan Kritis

Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan


negara.Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan
pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan
pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah
sekolah berada. Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagi
sesebuah peradaban adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadah pendidikan
ianya akan melahirkan manusia berilmu yang pasti beriman dan beramal dengan didikan yang
diperolehinya. Menyedari akan hakikat ini, pihak kerajaan dibawah Rancangan Malaysia ke-9
telah merangka satu pelan serta bertungkus lumus bagi memajukan sektor pendidikan di dalam
mempersiap negara kita untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan
mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan taraf pendidikan murid peribumi.
Kumpulan pribumi dan minoriti yang lain termasuk kumpulan seperti Orang Asli, Penan, Pribumi
Sabah, dan Pribumi Sarawak, merangkumi 4% daripada semua murid sekolah rendah dan
menengah di Malaysia. Sebanyak 68% daripada murid ini tinggal di kawasan luar Bandar dan
80% di Sabah dan Sarawak. Statistik mengenai keberhasilan murid kumpulan pribumi dan
minoriti di sekolah kebangsaan selain murid Orang Asli agak terhad. Oleh itu, bahagian ini akan
memberi tumpuan kepada prestasi sekolah rendah yang majoritinya murid Orang Asli. (Bagi
memudahkan komunikasi, penulisan bahagian ini akan menggunakan terma Sekolah
Kebangsaan Orang Asli, SK Asli).Temu bual bersama guru menunjukkan bahawa murid
kumpulan pribumi dan minoriti lain juga mengalami cabaran yang sama seperti rakan Orang
Asli mereka. Oleh itu, walaupun laporan ini mengiktiraf terdapat perbezaan antara kedua-dua
kumpulan ini, pengalaman murid Orang Asli akan digunakan untuk membuat jangkaan terhadap
prestasi murid kumpulan pribumi dan minoriti lain sehingga data yang lebih tepat diperoleh.
Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan Orang Asli menyebabkan hasil pendidikan dalam
kalangan mereka agak rendah berbanding purata peringkat kebangsaan. Hanya 30% murid
Orang Asli menamatkan sekolah menengah, iaitu kurang daripada separuh purata peringkat
kebangsaan iaitu 72%. Berbanding purata peringkat kebangsaan, iaitu 87%, hanya 61% murid
SK Asli lulus mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR. Hanya 1% sekolah kebangsaan
berada dalam band sekolah berprestasi rendah (Band 6 and 7) berbanding 35% SK Asli
Pembentukan dan pembangunan kurikulum kontekstual seperti Kurikulum Asli dan
Penan (KAP) khusus untuk murid Orang Asli dan Penan. Pada tahun 2007, kajian rintis KAP
telah dijalankan di 14 SK Asli dan enam sekolah Penan, dan mengandungi dua elemen, iaitu
sukatan pelajaran minimum dan kurikulum yang mengikut konteks komuniti Orang Asli dan
Penan. Dapatan awal menunjukkan tanda positif (contoh: murid yang menggunakan KAP
dilaporkan lebih berkeyakinan, mencapai tahap yang lebih tinggi untuk literasi dan numerasi,
dan mempunyai penghargaan kendiri yang lebih baik);

Selain daripada itu kerajaan juga membentuk Program Sekolah Model Khas
Komprehensif (K9) yang menyediakan kemudahan asrama dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3.
Objektif utama adalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid antara Tahun 6 dan
Tingkatan 1. Program ini dirintis pada tahun 2007, dan setakat ini, kadar kehadiran murid
bertambah setiap tahun daripada 85.7% pada tahun 2007 kepada 97.6% pada tahun 2010.
Seterusnya, kerajaan membuat Penerapan bahasa pribumi dan bahasa minoriti lain dalam
kurikulum. Dalam KSSR yang diperkenalkan pada tahun 2011, Kementerian telah memperluas
pilihan bahasa elektif seperti bahasa Iban, bahasa Kadazan Dusun, dan bahasa Semai; dan
Memberi Peruntukan untuk Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) bagi mendidik
golongan dewasa orang Asli mencapai kadar literasi dan numerasi yang sesuai untuk mereka
membantu pembelajaran anak-anak.

Selain daripada itu, usaha kerajaan yang seterusnya adalah meningkatkan akses dan
keberhasilan untuk meningkatkan taraf pendidikan. Dasar semasa Kementerian bertujuan
memberikan peluang pendidikan yang relevan dengan keperluan murid Orang Asli dan Penan.
Justeru, pada bulan Julai 2012, Kementerian telah melancarkan Pelan 5 Tahun Transformasi
Pendidikan Orang Asli bermula pada tahun 2013 hingga tahun 2018 (iaitu semasa Gelombang
1 dan 2 Pelan Pembangunan Pendidikan). Pelan yang hampir serupa untuk kaum minoriti di
Sabah dan Sarawak akan dilancarkan menjelang tahun 2013. Gelombang 1 (2013-
2015):adalah meningkatkan akses dan meletakkan asas untuk pembaharuan seterusnya.
Fokus Gelombang 1 bertujuan meningkatkan enrolmen dan kadar kehadiran murid Orang Asli
dari sekolah rendah hingga menengah. Inisiatif utama adalah untuk menambah bilangan
sekolah K9 daripada dua buah kepada enam buah; diikuti dengan menaik taraf infrastruktur
sekolah dan asrama sedia ada serta pembinaan sekolah berasrama yang baharu. Kedua,
Kementerian memberi tumpuan kepada pemantapan kurikulum. Perkara ini termasuklah
mengemaskinikan KAP untuk memastikan kandungannya selari dengan kerangka dan prinsip
KSSR, serta memperluas kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di sekolah menengah
untuk menawarkan pelbagai pilihan. Kementerian juga melaksanakan program KEDAP untuk
faedah komuniti di kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak.

Dalam konteks pembelajaran anak-anak indigenious, kementerian pelajaran telah


memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan
mereka. Pendefinisian semula ini dilakukan untuk membantu anak-anak orang asli dan
indigenious supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan.

Melalui pendemokrasian ini, kemudahan infrasruktur yang sempurna

Gelombang kedua pembaharuan ini member tumpuan kepada usaha meningkatkan


hasil pembelajaran dan standard kurikulum bagi semua murid kumpulan pribumi dan minoriti
lain menggunakan intervensi yang direka khas. Dengan menggunakan data yang diperoleh
daripada proses pengurusan data yang dikemaskini, Kementerian memberikan sokongan
kepada JPN dan PPD untuk merangka program intervensi khusus dan memberikan bantuan
mengikut keperluan kumpulan pribumi dan minoriti lain. Dalam jangka masa ini, Kementerian
mengurangkan jumlah SK Asli yang berada dalam Band 6 dan 7 sehingga sifar, dan
memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan lagi standard semua SK Asli.
Kementerian juga membuat kajian rintis dan melancarkan program pendidikan ICT untuk
mewujudkan kandungan kurikulum yang interaktif, relevan dari segi budaya murid pribumi, dan
meningkatkan akses kepada bahan belajar berkualiti tinggi untuk murid pedalaman.
Kementerian juga mengkaji semula program KAP untuk memastikan sama ada program ini
perlu diperluaskan pelaksanannya dari peringkat rendah kepada peringkat menengah rendah,
atau dimansuhkan setelah asas literasi dan numerasi dikuasai murid.

Kesimpulanya, Secara tuntasnya, apabila langkah-langkah untuk mengatasi dan


menangani isu-isu ketidaksamaan peluang pendidikan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan pihak
kerajaan, maka murid-murid yang berada di kawasan pedalaman akan mendapat peluang
menuntut pendidikan yang sama seperti murid-murid yang lain. Murid-murid merupakan
harapan negara dan tulang belakang bagi menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan.

You might also like