You are on page 1of 9

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Mukasurat

1 Borang maklum balas


2 Halaman pengakuan
3 Soalan tugasan

4 Tugasan 1
Dengan berpandunkan teori atau rujukan yang sesuai, 1-6
Bincangkan satu isu atau trenda pelaksanaan program
pemulihan khas berlandaskan KSSR atau LINUS secara
kritis. Di samping itu, berikan pandangan anda mengenai
imlikasi isu tersebut terhadap profesionalisme guru
pemulihan khas.

5 Tugasan 2
Kajian
TAJUK- MASALAH MEMBACA PERKATAAN KV+KV 1-13
MURID PEMULIHAN KHAS SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
(TAMIL) LADANG YEOW CHENG LUAN DAN CADANGAN
MENGATASINYA

6 Bibliografi
7 Lampiran

1
Tugasan 1

Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah “Satu perkhidmatan yang
diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi
Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan


insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan
kemahiran asas membaca dan menulis (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program
Pemulihan Khas mengutamakan prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak
menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan berita


bahawa 85,000 orang pelajar tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran membaca
dan menulis (2M). Data pula menunjukkan pencapaian KIA2M tidaklah membanggakan. Jadi,
bermula pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key Performance Indicators (MPKI)
Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan
untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah
menjelang 2012.

Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRA)
Kementerian Pelajaran Malaysia. LINUS ialah akronim kepada saringan Literasi dan Numerasi
(Literacy and Numeracy Screening). LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk
untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi
(Matematik) di akhir tiga tahun persekolahan pada pendidikan rendah. LINUS disasarkan
kepada murid yang mempunyai masalah dalam membaca, mengira dan menulis (3M). Program
LINUS berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1-3) untuk literasi dan kemahiran numerasi.
Program intervensi yang lain hanya fokus kepada kemahiran literasi (KIA2M) pada murid tahun
4 hingga 6 (Protim). Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitator berdedikasi
dikenali sebagai FasiLINUS ditempatkan di semua Pejabat Pelajaran Daerah. Satu FasiLINUS
akan menyelia tiga puluh buah sekolah. Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasi ke Pejabat

2
Pelajaran Daerah dan dipantau oleh Jemaah Nazir. Sebelum ini perkara ini tidak dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru terbaik kini akan ditempatkan pada Tahun 1 dan 2
iaitu semenjak dari program LINUS (bukan hanya di kelas peperiksaan iaitu tahun 6). Guru
pemulihan LINUS tambahan seramai 3, 246 orang untuk membantu sekolah dalam mengatasi
masalah pemulihan LINUS di sekolah.

Berdasarkan respons yang diterima sama ada dari sekolah, media massa, NGO,
masyarakat, ibu bapa atau orang perseorangan membayangkan bahawa ramai dalam kalangan
murid Tahun 1 yang belum menguasai saringan, mereka dianggarkan 50% hingga 70%. Ini
kerana instrumen yang dibina sukar untuk murid Tahun 1. Pembinaan instrumen saringan
dibina mengikut teori dan konsep pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Instrumen harus dibina mengikut tahap atau aras pelajar Tahun 1. Contohnya, Konstruk
2: keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka ini merupakan konstruk yang aras tinggi
dan mengambil masa yang lama untuk mengajar kepada murid Tahun 1. Murid- murid Tahun 1
mengambil masa yang lama iaitu 1 ½ bulan untuk membaca dan menulis huruf vokal dan
konsonan. Selepas murid- murid menguasai huruf, guru akan mengajar suku kata terbuka bagi
setiap huruf konsonan. Ini akan melambatkan proses pengajaran kemahiran atau konstruk lain.
Murid-murid Tahun 1 selalunya menghadapi masalah untuk mengenal sebutan suku kata
terbuka. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelbagai kaedah untuk meningkat
kefahaman terhadap kemahiran ini. Ini akan mengambil masa yang lama iaitu 2 bulan.

Segelintir murid tahun 1 tidak mengikut tadika sebelum memasuki Tahun 1. Faktor ini
menyebabkan kelambatan penguasaan murid tersebut dalam sesuatu konstuk. Murid- murid
yang tidak mengusai Konstruk 1 dan 2 akan dikenali sebagai sebagai Linus Tegar dan dimasuki
kelas pemulihan. Murid-murid mempelajari Linus di kelas pemulihan sehingga mereka
menguasainya, Manakala, murid- murid Tahun 1 yang menguasai Konstruk 1 dan 2 tetapi tidak
menguasai Konstruk 3 hingga 8 akan mempelajari Linus di kelas biasa, Murid- murid Tahun 1
yang menguasai Konstruk 1 hingga 8 akan mengikuti pembelajaran mengikut sukatana KSSR
Bahasa Melayu. Mereka dikenali sebagai arus perdana.

Murid-murid Tahun 1 yang tidak mengusai Konstruk 3 hingga 8 akan mempelajari di


kelas arus perdana bersama murid–murid arus perdana. Guru perlu menulis 2 Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) untuk dua jenis kumpulan. Disinilah kedua-dua kumpulan murid akan
diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru perlu mengajar kedua-
dua kumpulan secara serentak. Semasa guru mengajar murid-murid arus perdana, murid-

3
murid Linus akan terabai. Ini kerana terdapat beberapa kemahiran dalam Linus yang perlu
dikuasai oleh murid. Setiap murid mempunyai kelemahan yang berbeza dalam setiap konstruk.
Ini akan menyukarkan guru untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akibat
daripada masalah ini, guru linus akan menghantar murid-murid ini ke kelas pemulihan Perkara
ini akan membebankan guru pemulihan khas.

Pelaksanaan linus ini memberi implikasi kepada profesionalisme guru pemulihan khas.
Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional
(longman, 1987). Pelbagai tanggungjawab yang sangat berat harus dipikul oleh guru pemulihan
khas dalam membantu melaksanakan program LINUS dan ini amat memberi tekanan dan boleh
menjejaskan prestasi kerja dan menurunkan motivasi diri jika tidak dapat mengawal emosi dan
tekanan. Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak
mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru
sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini kerana profesion
keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun diiktirafkan sebagai
professional. Sesetengah guru pemulihan kurang berminat untuk mengajar murid-murid
pemulihan khas apabila dibebani dengan tugasan yang banyak. Sikap negatif ini merupakan
satu masalah yang dihadapi oleh pengurusan sekolah.

Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga
khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’. Mengikut surat pekeliling yang diedarkan,
guru Pemulihan dikehendaki mengajar sebanyak 990 minit seminggu tidak termasuk 120 minit
yang diperuntukkan untuk persediaan dan panduan. Guru Pemulihan juga dikehendaki memberi
tumpuan terhadap murid tahun 1 hingga 3 (sistem lama – kini murid tahap 1 atau tahun 2 – 3
sahaja. Murid tahun 4-6 dimasukkan dalam program PROTIM). Dalam membantu guru linus.,
guru pemulihan dikhendaki melaksanakan saringan bagi Lisan dan bertulis dalam tempoh yang
ditetapkan bersama-sama guru LINUS. Guru pemulihan juga perlu membantu guru LINUS
dalam menyediakan media pengajaran. Selain daripada itu, guru pemulihan khas dikhendaki
merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS tegar dan murid pemulihan. Guru
pemulihan perlu mengajar murid LINUS tegar dan menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di
sekolah.

Mengikut kajian yang dijalankan, guru Pemulihan telah dibebankan dengan terlalu
banyak kerja yang tiada kaitan dengan tugas mereka. Ada guru Pemulihan diberi peranan lain
sebagai setiausaha sukan sekolah, ditugaskan mengajar subjek PJK, Muzik, Matematik,

4
Bahasa Melayu, menggantikan guru pra-sekolah yang cuti bersalin dan banyak lagi. Akibat
daripada tugas-tugas yang terlalu banyak ini, maka kadang-kala tugas guru Pemulihan banyak
yang tergendala. Apabila sudah banyak tergendala, maka kerja kelas Pemulihan secara
langsung akan terganggu dan terjejas. Pada kebiasaannya, guru Pemulihan lebih kerap
diberikan kelas ganti kerana ada guru yang tidak hadir. Akibatnya, guru Pemulihan mengalami
amat banyak gangguan dalam usahanya ‘membetulkan’ anak didiknya yang bermasalah. Guru
Pemulihan boleh menjadi guru ganti dengan syarat kelas yang diganti tidak bertindih dengan
jadual mengajar pada hari tersebut. Guru Pemulihan juga mempunyai pilihan untuk menolak
jawatan yang dianggap membebankan dan mengganggu tugas utama di Kelas Pemulihan.
Walaubagaimana pun, cara menolak jawatan itu perlulah dengan menggunakan budi bicara
yang profesional.

Tiap-tiap buah sekolah masa kini sudah mempunyai guru pemulihan tetapi hakikat
sebenarnya guru yang dilantik bukannya guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan
pemulihan. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran
perdana ke dalam aliran pemulihan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud
pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak pemulihan. Kesannya guru
atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati dengan perasaan
gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Kekurangan guru di sekolah juga menyebabkan guru pemulihan khas diminta


mengajar linus Tahun 1. Hal ini akan membebankan lagi guru pemulihan khas dalam
menyediakan segala urusan berkaitan pelaksanaan linus di sekolah. Oleh sebab itu, guru
pemulihan khas dibeban dengan tugas menggantikan guru-guru lain dan terpaksa menjalankan
tugas-tugas bukan mengajar. Sesetengah guru kurang berminat untuk mengajar murid-murid
pemulihan khas. Sikap negatif ini merupakan satu masalah yang dihadapi oleh pengurusan
sekolah. Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara
penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya.
Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan
menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari. Sikap negatif sesetengah guru
yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid pemulihan khas juga
menjadi satu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh individu yang terlibat dalam pendidikan
pemulihan.

5
Jika seseorang guru pemulihan dibebani dengan tugas-tugas yang lain yang bukan
berkaitan pemulihan, maka guru pemulihan tersebut akan mengalami tekanan. Ini kerana guru
pemulihan tidak mengajar seperti guru-guru lain di aliran perdana. Dari segi strategi pengajaran
dan pembalajaran (P&P) turut berbeza bagi murid-murid pemulihan khas. Ini kerana mereka
mempunyai masalah pembelajaran yang berlainan antara satu sama lain. Dalam pemulihan
khas pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dan dilaksanakan sama ada secara
individu atau berkumpulan. Bagi guru-guru Pemulihan khas, pengajaran yang dijalankan sangat
berbeza dengan murid yang berada di kelas perdana. Di kelas perdana murid-murid mudah dan
boleh mendengar kata serta kurang masalah tingkah laku jika hendak dibandingkan dengan
murid-murid di Pemulihan Khas. Guru pemulihan khas perlu mengenalpasti masalah
pembelajaran setiap murid pemulihan khas secara teliti. Guru pemulihan perlu mengajar
mengikut kumpulan kelemahan murid pemulihan tersebut dengan kaedah dan bahan bantu
belajar yang sesuai. Jika guru pemulihan diberi tugas lain yang banyak, kemungkinan besar
guru pemulihan akan mengalami kekurangan masa untuk menyediakan bahan bantu belajar
atau tugasan lain yang berkaitan pemulihan.

Sekiranya guru yang mengajar kelas pemulihan hanya guru aliran biasa sahaja, maka
guru tersebut tidak dapat menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai untuk murid pemulihan
tersebut. Ini kerana guru perlu menggunakan kaedah dan bahan bantu belajar yang sesuai
dengan kemahiran yang dipelajari oleh murid pemulihan khas. Terdapat juga bilangan murid
pemulihan khas yang terlalu ramai bilangannya berbanding dengan seorang sahaja guru
pemulihan. Apabila bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan guru untuk memberi
pendidikan pemulihan yang terbaik. Hal ini juga menyebabkan sukar untuk melaksanakan
program pemulihan dengan berkesan. Guru adalah tenaga pendorong yang besar untuk
membangkitkan minat belajar murid. Kaedah pengajaran yang jitu, penggunaan peralatan
mengajar yang berkesan, pendekatan pengajaran yang tepat, alat komunikasi yang sesuai
untuk mempercepatkan pemerolehan ilmu dan lain-lain dapat membantu guru membuat
pemulihan dengan berkesan. Masalah yang timbul di sini ialah sikap guru yang gemar membuat
jangkaan yang rendah terhadap pelajar pemulihan.

Hari ini, setiap guru Pemulihan sentiasa berasa tercabar dengan profesion mereka.
Begitu banyak halangan yang boleh membantutkan usaha murni mereka mendidik murid
masing-masing. Sesetengah guru terutama mereka yang mengajar murid lambat menganggap
tugas itu sebagai satu kerja yang tiada harapan dan membazirkan masa mereka sahaja.
Justeru, mereka mengambil kesempatan ini dengan menyerahkan seluruh tanggungjawab itu

6
kepada guru Pemulihan dengan alasan tugas tersebut adalah kerja rutin guru Pemulihan. Di
sini, guru Pemulihan perlu menyedarkan semula guru-guru lain bahawa masalah murid lambat
adalah masalah bersama dan mengatasi rasa negatif mereka terhadap pengajaran Pemulihan.

Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak sepertimana yang disangkakan.


Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid-murid menjadi
sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di kelas perdana. Pendidikan pemulihan juga
bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu yang membimbangkan,
malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan ini memberi satu cabaran secara tidak langsung
kepada guru pemulihan untuk membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan
yang membanggakan suatu hari nanti. Belakang pasang diasah lagikan tajam. Di sinilah
peranan guru pemulihan khas dituntut untuk memilih kaedah pengajaran yang benar-benar
sesuai bagi pelajar-pelajarnya berdasarkan kecenderungan, bakat, saiz kelas, daya
pemerolehan pelajar dan cara belajar murid-murid ini.

7
Bibliografi

Buku

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Jabatan Pendidikan khas. Kuala Lumpur

Kamaruddin bin Hj Hassan, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Penerbitan Sarjana, 1986.

Surayah Zaidon, Haslinda Md.Ali. Penilaian dalam pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur.
Percetakan Zafar Sdn. Bhd. 2009.

Pelaksanaan Program pemulihan khas.(2003).Jabatan Pendidikan khas.Kementerian

Pendidikan Malaysia

Jurnal Kajian Tindakan, Cabaran guru program linus dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya

Laman Web

https://www.scribd.com/doc/206694514/cabaran-guru-program-linus

http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf

https://www.scribd.com/doc/94175787/Pkp-3111-Full-Note

8
9

You might also like