You are on page 1of 12

Tugasan 1

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang
mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia
terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang
mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat
sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya.
Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, perpaduan
adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu-padukan seluruh anggota
masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan
mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa
perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang
boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Keadaan ini telah menunjukkan bertapa
penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan
menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk
menjadi Malaysia sebuah negara yang aman dan maju.

Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan
usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi
sebuah negara aman dan maju. Merujuk kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib,
penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah
bahawa sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan
dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara
Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai
pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara
memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum. Sebagaimana yang kita tahu
sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya semua kaum
atau kaum berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau kaum
dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi
secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana
yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

1
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan
integrasi di antara kaum. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara
kaum pada hari ini, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses
integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara
kaum di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau
rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara kaum di sekolah. Ia
hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. Pada hari ini tidak dinafikan menerusi
sistem dua aliran yang ada, integrasi antara kaum di sekolah telah mencapai banyak kemajuan.
Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses
integrasi antara kaum di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala
menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses
integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi
menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara kaum yang terbaik.

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di


sekolah. Malaysia telah merangka rukun negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar
pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun negara
ini terdiri daripada lima prinsip yang utama. Dalam usaha untuk membina suatu sistem
pendidikan yang berdasarkan perpaduan ini, kelima–lima prinsip Rukun Negara perlu
diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah
seperti KBSR dan KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara.
Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa
sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan
danpembentukan akhlak yang sempurna dalam proses pendidikan serta murid dapat
mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum.
Oleh yang demikian, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum
harus menekankan unsur integrasi nasional , iaitu kepatuhan terhadap ideologi RukunNegara.
Dalam situasi ini, pemilihan matapelajaran yang terkandung dalamKBSR dan KBSM seperti
matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral ,Sejarah dan Aktiviti Ko-kurikulum adalah
sangat penting dalam usaha untukmencapai cita – cita yang termaktub dalam Rukun Negara.

Dasar pendidikan negara sebagaimana dalam akta pelajaran 1961 menjadikan


perpaduan sebagai matlamat terakhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah – kaedah seperti
membentuk kurikulum yang sama. Kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia
tanpa mengira bahasa pengantarnya. Semua sekolah rendah menggunakan Kurikulum

2
Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan semua sekolah menengah menggunakan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Selain daripada itu, pendidikan berunsurkan
ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke dalam semua matapelajaran.
Dengan cara ini semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara dapat dipupuk. Oleh
sebab penekanan dibuat ke atas keadaan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
budaya, maka sifat – sifat toleransi, persefahaman dantolak ansur boleh dibentuk bagi
melahirkan sebuah mastarakat yang bersatupadu.

Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan


satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi
memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang,melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak,
seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri danmemberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Antaranya menerusi Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian
seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam
matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar
dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta
menjadi warga negara yang baik.

Dalam usaha mewujudkan perpaduan, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar


utama. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah
dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai tahun 1970. Bahasa Malaysia adalah medium
paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan
satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain telah dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan
rasa harmoni antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam
Rukun Negara. Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia yang bersepadu,
semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1 Malaysia seperti yang dihasratkan oleh
kerajaan akan dapat dilaksanakan. Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah
kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda
masing-masing wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya.

3
Selain daripada itu, Aktivitiko-kurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di
sekolah – sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perpaduan diterapkan melalui aktiviti
kokurikulum seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah. Para pelajar dilibatkan dalam
aktiviti di luar sistem akademik pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan
beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi u
disahut oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah pelajar. Kegiatan ini dibahagikan kepada
tiga ketagori iaitu aktiviti berpersatuan, unit beruniform dan sukan atau olahraga. Dengan cara
ini usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu
padu akan mudah di capai. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai kaum secara
lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam
kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat
bekerjasama antara kaum dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain.

Selain daripada itu, Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-


sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Peperiksaan yang sama dan seragam telah mulakan oleh kerajaan seperti UPSR, PMR, SPM
dan STPM. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan
tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk
lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti. Dengan cara adanya peperiksaan yanag seragam
dan sama ini maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu identiti yang sama dan
sepadu dapat dibentuk.

Menerusi Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus


memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam
Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan keperibadian,
pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan
di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an. Oleh
itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-
kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih
mantap bagi memupuk integrasi antara kaum perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran

4
Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak
sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat
sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.

Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara kaum


Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk
memastikan agar semua kaum atau kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam
pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di
bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu
alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.
Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sama ada yang digunakan oleh kaum
Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah. Pelajar-pelajar dari pelbagai kaum
tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh
memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat
kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar
yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara
berpusat.

Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program yang
realistik dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat
perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar. Antara program yang telah dijalankan
ialah perlaksanaan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan
mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini
adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan etnik dan
agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan
menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan
sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

Sekolah wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana
tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan
pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing.Melalui Sekolah
Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan
secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang

5
secara bersama-sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara bersama, sudah tentulah
mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan
interaksi di kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan.

Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak
bangsa Malaysia yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Jika kerangka
konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem
pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi
sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah cina dan tamil. Sekolah wawasan bolah
dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-
sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar
yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dangan cepat dan
berkesan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar yang
berasal dari pelbagai bangsa walaupun berlainan aliran persekolahan.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah,


iaitu SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang
bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin
dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara
langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin dan semasa mengadakan hari terbuka
sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat
awal usia pelajar lagi. Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza
di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai bahasa Melayu.
Ini kerana penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar SRJK agak lemah. Implikasinya,
dengan adanya interaksi pelajar pelbagai keturunan ini telah membuka ruang seluas-luasnya
untuk mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama pula,
ia membolehkan pelajar memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum
lain. Kini terdapat 6 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya
iaitu Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak, Kompleks Sekolah
Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau
Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks Sekolah
Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.

Pihak kerajaan juga telah melaksanakan program pendemokrasian pendidikan yang


juga dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah

6
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau
etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang
bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Kemudahan yang sama bermaksud seperti
reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama, alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi,
meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak akan timbul perbezaan antara
sekolah sama ada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sabah dan
Sarawak.

Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah
di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah mengikut pilihan masing-masing. Sekolah-
sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan yang sama. Walaupun mereka
menggunakan bahasa penghantar yang berlainan, tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan
peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Kumpulan-kumpulan etnik lain juga berhak untuk
mempelajari bahasa dan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing dan patut dihormati dan
diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kebebasan seperti ini, adalah diharapkan agar
pendemokrasian pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program


Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. RIMUP ialah satu program yang
menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam
kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan
tenaga dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha untuk
memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia. KPM memandang berat akan
pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt
resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid
pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup
bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar,
kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan
persembahan pentas.

7
Selain daripada itu, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya
bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat
majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para
remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya
perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam
iltizam membentuk perpaduan kaum.

Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah,


sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan seperti sukan, kelab dan persatuan serta ceramah dipergiat dan
dipertingkatkan. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan
telah menunjukkan semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Tambahan
pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-
menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar
pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan
melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan
bersosial dalam masyarakat. Para pelajar dilibatkan dalam aktiviti di luar system akademik
pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Jelaslah bahawa
usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap
lapisan masyarakat termasuklah pelajar.

Seseorang pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi


negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan.
Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.
Berdasarkan kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru sebagai Pembina negara
bangsa dan modal insan dilaksanakan menerusi cara memperkasakan bahasa kebangsaan,
memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional dan memupuk kecintaan terhadap
seni, warisan dan budaya bangsa. Justeru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru
menangani cabaran integrasi nasional dengan cara menggalakan penggunaan bahasa
kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Di sekolah, guru akan malancarkan minggu
bahasa dan mengadakan program-program seperti pertandingan pidato, pertandingan debat

8
dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan serta program
Wacana Ilmu dan lain-lain.

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan
pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan
keadaan mobiliti masyarakat terus berubah. Dalam masa yang sama, kita harus terus
mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan
merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara kaum. Hanya menerusi
pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang kaum dapat disemai rasa semangat kekitaan
dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat
memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia.

Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita
merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di
rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara kaum di sekolah dengan berkesan.
Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan
integrasi di antara kaum. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah
akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya
universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan kaum
tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara kaum di sekolah.
Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna.
Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun
perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi kaum terpenting jangan sesekali
hilang upayanya. Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum atau kaum dapat
hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

9
Bibliografi

Buku

Syed Ismail Syed Mustapa.2012.Budaya dan Pembelajaran.Penerbitan Multimedia

SND.BHD.Selangor

Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008).Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian

Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Sharifah Md.Nor, 2000 .Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi

Kementerian Pelajaran Malaysia(2006), Program Gemilang 7 Malaysia, Kuala Lumpur

10
Laman Web

http://www.1malaysia.com.my/affiliates/memupuk-semangat-perpaduan-di-sekolah

http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-

rakyat-malaysia-0

https://www.scribd.com/doc/33177261/Usaha-Memupuk-Perpaduan-Kaum

11
12

You might also like