You are on page 1of 3

Definisi

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita,
lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,
ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.
Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan
dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas
dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau
dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam
keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan
terkawal.

(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Untuk melaksanakan didik hibur ini beberapa faktor perlu diambil kira bagi menjayakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor yang perlu dititik beratkan adalah dari aspek
guru dan aktiviti.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada
kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang
aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang
sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid
tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas
sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan
ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas
dalam pengajaran dan pembelajaran

You might also like