You are on page 1of 6

TUGASAN 1: Pengurusan Grafik

1.0 Konsep pengurusan bilik darjah

Proses untuk memastikan kelancaran pelajaran bilik darjah walaupun


terdapat gangguan tingkah laku murid.

Menurut Richards (1990), pengurusan bilik darjah merupakan


organisasi dan kawalan guru keatas tingkah laku, pergerakan
serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung
supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran guru


menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran,
peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu
iklim pembelajaran yang sesuai. (Alberto & Troutman,
1986).

Pengurusan bilik darjah menggalakkan tingkah laku positif


murid, mengurangkan masalah disipiln murid dan membentuk
suasana pembelajaran kondusif.

Pengurusan bilik darjah meliputi kawalan bilik darjah serta penglibatan


dan kerjasama murid dalam aktiviti bilik darjah.

Menurut Richards (1990), Alberto & Troutman (1986) dalam buku Haliza Hamzah & Joy Nesamalar
2.0 Peranan guru mewujudkan suasana yang efektif

Mempelajari tentang murid, sensitif dan peka terhadap perbezaan cara


belajar dan keperluan murid.

Menyusun atur sumber dan fasiliti bilik darjah.

Merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian

Mengamalkan nilai akhlak dan moral yang tinggi.

Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid

Merancang dan menyusun pengajaran dan pentaksiran

Sentiasa bersemangat dan proaktif untuk memotivasikan murid untuk


belajar.

3.0 Analisis isu pengurusan bilik darjah dan tingkah laku


Perbezaan tahap pembelajaran murid
Kawalan guru terhad kerana murid terlalu
menyebabkan masalah tingkah laku
ramai.
murid.

Guru terhad untuk memenuhi keperluan Perbezaan taraf sosioekonomi keluarga


fisiologi dan memberi perhatian kepada memberikan pelbagai pengalaman yang
keperluan individu. mempengaruhi tingkah laku murid.

Masalah disiplin yang bersifat disruptif.


4.0 Kesan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku berdasarkan isu

Murid tidak terlibat secara aktif dan kurang bermotivasi dalam pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) kurang berkesan menyebabkan objektif


pembelajaran tidak tercapai.

Penggunaan masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran tidak efisen.

Suasana pembelajaran tidak menyeronokkan kerana murid tidak menumpukan perhatian.

Komunikasi dan interaksi antara guru murid dalam penyampaian ilmu menjadi sukar.

Pencapaian prestasi akademik murid-murid berkurangan terutamanya dalam membentuk


daya berfikir serta membina akhlak dan moral yang tinggi.

Pembelajaran koperatif tidak berlaku kerana penglibatan murid yang minimum dalam aktiviti
pembelajaran.
5.0 Model Pengurusan Disiplin yang sesuai bagi membantu guru menangani masalah
tingkah laku.

Pengurusan bilik darjah dilakukan secara asertif (beryakinan dan tegas).

Memberikan peneguhan positif dan sesuai dan peneguhan negatif yang berstruktur.

Melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturandengan tegas

Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Satu pendekatan yang berstruktur dan sistematik untuk muwujudkanbilik darjah yang
kondusif.

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

6.0 Intervensi yang digunakan untuk mengatasi masalah disiplin murid


Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU


Menggunakan prinsip peneguhan untuk menukar tingkah laku tidak diingini
kepada yang diingini.

Peneguhan positif berupa peningkatan ganjaran sehingga memperoleh tingkah


laku diingini.

Peneguhan negatif merupakan pengeluaran rangsangan negatif untuk


meningkatkan tingkah laku diingini.

Tingkah laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah
laku ditunjukkan.

Murid mempelajari tingkah laku yang diterima dan tidak diterima berdasarkan
akibat yang diperoleh untuk menguatkan atau melemahkan tingkah laku pada
masa akan datang.

Akhiar Bin Pardi. (2015). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

You might also like