You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN POS RAYA

31300 KG.KEPAYANG, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/2017

Tarikh : 23 Ogos 2017 (Rabu)


Masa : 1.15 tengah hari
Tempat: Kelas Tahun 2 Orkid

Kehadiran :

1. En. Fadzir B. Shaharuddin (PK HEM)


2. En. Mohd Shahidin Bin Abu Nazri (Ketua Panitia)
3. Pn. Nurul Ainaamira Bt. Mohd Nor Rashidi (Setiausaha)
4. En. Abdul Rahman B. Johari (AJK)

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 En. Mohd Shahidin Bin Abu Nazri mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran ahli jawatankuasa pada mesyuarat panitia bagi kali ketiga ini.
1.2 Beliau berharap agar peratus murid Tahun 6 lulus dalam peperiksaan UPSR
akan mencapai sasaran yang ditetapkan setelah segala program dalam
perancangan strategik panitia dijalankan sepanjang lapan bulan ini.

Tindakan : Makluman
2. Ucapan Penasihat

2.1 En. Fadzir B. Shaharuddin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang
kepada beliau untuk turut serta dalam mesyuarat panitia ini.
2.2 Beliau mengingatkan guru panitia Sains supaya sentiasa mengemaskini fail
panitia untuk tujuan pemantauan dan sebagainya.
2.3 Beliau turut mengingatkan para guru agar mengemaskini ‘headcount’ masing-
masing.
Tindakan : Semua guru panitia Sains

3. Pengesahan minit mesyuarat lalu

Perkara : Minit Mesyuarat Bil 2/2017


Dicadang oleh :Pn. Nurul Ainaamira Bt. Mohd Nor Rashidi
Disokong oleh :En. Abdul Rahman Bin Johari

1
4. Perkara-perkara Berbangkit

4.1 Merujuk perkara 6.2, En. Mohd Shahidin memaklumkan bahawa Teknik
Menjawab Kertas Sains bagi UPSR telah pun diadakan pada 12/5/2017 dengan
jayanya.
4.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
program tersebut.
Tindakan : Makluman

5. Peperiksaan UPSR dan Peperiksaan Akhir Tahun

5.1 Peperiksaan UPSR akan berlangsung pada 11-14 September 2017.


5.2 Semua calon UPSR diharapkan telah bersedia untuk menghadapi kertas Sains
pada 14 September 2017 ini.
5.3 Program terakhir yang akan dijalankan untuk murid-murid Tahun 6 ialah
Program Kepung UPSR 2017.
5.4 Peperiksaan Akhir Tahun pula akan dijalankan pada bulan Oktober ini.
5.5 Beliau berharap agar guru-guru dapat menyiapkan soalan dengan lebih awal.

Tindakan : Guru mata pelajaran Sains

6. Hal-hal Lain

6.1 En. Mohd Shahidin meminta agar PBS yang dijalankan untuk mata pelajaran
Sains perlu disiapkan untuk penilaian sehingga bulan Jun dan disimpan di
dalam fail PBS guru masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang.

Disediakan oleh,

……………………
(Pn. Nurul Ainaamira Bt Mohd Nor Rashidi)
Setiausaha Panitia Sains,
SK Pos Raya.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………… …………………….
(En. Mohd Shahidin B. Abu Nazri (En. Azmi B. Mat Adam)
Ketua Panitia Sains, Guru Besar,
SK Pos Raya. SK Pos Raya.

You might also like